Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta sekelian alam dengan
segala sifat kesempurnaan yang ada padaNya. Selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga, para sahabat baginda.

Penghargaan tidak terhingga dititipkan khas buat Dr Al amin Maidin selaku


penyelia yang tidak pernah jemu membimbing dan menyokong saya sepanjang
tempoh pengajian. Tanpa tunjuk ajar beliau, penulisan ini pastinya tidak akan
dapat saya hasilkan dengan sempurna. Saya turut merakamkan penghargaan
kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, panel-
penel pakar sebagai rujukan, pengetua-pengetua sekolah, guru-guru yang sudi
menjadi reponden kajian serta semua pihak yang terlibat baik secara langsung
mahupun tidak langsung dalam kajian ini.

Teristimewa buat ayahanda Samsudin Bin Arshad dan bonda Paredah Bahruraji
yang telah bersusah payah membesarkan dan tidak pernah putus-putus
mendoakan kejayaan saya, terima kasih atas segalanya. Rahmat Allah s.w.t juga
didoakan buat ibu bapa mertua, ayahanda Ahmad Murad serta bonda Tuminah
Buang. Khas buat insan wasilah ke syurga, isteri tercinta Mazura Ahmad;
sesungguhnya segala doa restu, kasih sayang, pengorbanan serta penat
lelahmu hanya Allah s.w.t jua yang mampu membalasnya. Istimewa buat anak-
anak tersayang ; Aiman, Aliya, Alif dan Amsyar, kejayaan ini adalah untuk
kalian.

Akhir sekali, buat teman-teman seperjuangan di Universiti Sains Malaysia serta


guru-guru yang pernah mendidik saya sejak dari awal persekolahan hingga ke
menara gading, terima kasih atas segala-galanya. Semoga segala usaha murni
kita dalam menuntut dan menyampaikan ilmu di dunia ini menjadi saham akhirat
kita dan dirahmati oleh Allah sw.t. Insya Allah.. Amin.. Sekian, Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai