Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujian bagi Allah SWT,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta
sahabat baginda yang telah berjasa dan berbakti.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Gadong khusus
kepada Pengetua,Eillen Petra Francis dan Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam,Encik Rozlee bin
Gaffar kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan amanah kerja
kursus ini.

Sepanjang saya menyelesaikan dan menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Muhammad Fared bin Zulkifli dan Puan
Marya selaku guru Pengajian Am.Kedua-dua pendidik ini sentiasa meluangkan masa mereka dalam
memberikan tunjuk ajar dan membimbing saya bagi menyelesaikan tugasan kerja khusus ini.Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada dua insan ini kerana sentiasa memberi nasihat dan
semangat kepada saya agar tidak mudah berputus asa dalam melakukan tindakan yang pasti
mendatangkan hasil yang cemerlang.

Di kesempatan ini juga,saya inigin merakamkan jutaan terima kasih kepada insan yang sangat
istimewa dan bernilai dalam hidup saya (ibu bapa yang tercinta),iaitu Encik Muhamad Fared bin
Zulkafli dan Puan Normadiah binti Liasmat kerana sering memberikan sokongan moral kepada saya
setiap detik dalam hidup

Tidak juga lupa saya panjangkan kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah
mengkurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa membantu saya.Saya tujukan pengahargaan ini
kepada seluruh rakan baik saya di Pusat Pengajian Tingkatan Enam SMK Gadong kerana sudi
membantu saya dan atas nasihat yang diberikan.Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik
dan ditemu bual.

Akhir kata,dari lubuk hati saya yang paling dalam saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung.Semoga dengan adanya hasil kajian ini dapatlah kita semua mentarbiahkan diri untuk
menjadi insan yang lebih cemerlang di dunia ini.

Yang benar

Anda mungkin juga menyukai