Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum.

Satu lagi tempat pelancongan menarik di Negeri


Sembilan ialah Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak di Daerah Kuala Pilah.
Ianya merupakan kolam buatan manusia yang mana airnya datang daripada
sungai batang Terachi.

Kedudukan di pinggir Hutan Simpan Angsi, namun bersebelahan jalan utama


iaitu di Kilometer 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah, 18 kilometer dari bandar
Seremban, menjadikannya unik kerana boleh diakses semua jenis
kenderaan. Jadi anda tidak akan ada masalah untuk sampai ke hutan lipur
ini.

Hutan Lipur Ulu Bendul menjadi tarikan disebabkan mempunyai sungai yang
sesuai untuk aktiviti riadah pelbagai peringkat umur, selain dilengkapi kolam
mandi yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pastinya satu
pengalaman yang menyeronokkan akan anda lalui.

Ianya juga sangat sesuai dijadikan tempat santai bersama keluarga. Anda
boleh datang berkelah dengan membawa makanan ke sini. Selain itu, sudah
pasti aktiviti utama adalah untuk mandi manda sambil melihat keindahan
flora dan fauna. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

COOL! MANDI MANDA DI HUTAN LIPUR ULU


BENDUL KUALA PILAH
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

 Alamat : Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Ulu Bendul, Kuala
Pilah, NS 72000.
 Nombor Telefon :  06-481 1036
 Waktu Operasi : 7:00 a.m – 6:00 p.m 
 Website : Ulu Bendul
 Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Ulu


Bendul Kuala Pilah

Aktiviti Sesuai
 Mandi manda
 Perkhemahan
 Jungle Trekking
 Berkelah
 Mendaki Gunung Angsi

Sejarah Ulu Bendul


Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh Tuan Tulis dan dijadikan
sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan
riadah iaitu rumah rehat dan lading kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20
jalan Seremban – Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil
masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban.

Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia
boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi
di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti
lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.

Tarikan Lain
– Gunung Angsi setinggi 825 meter
– Taman Ular Sawa
– Taman Herba

Kemudahan Disediakan
 Surau
 Tandas Awam
 Parking
 Gerai Makan
 Menara Tinjau
 Taman Ular
 Chalet
 Taman Permainan kanak-kanak
 Gerai Jualan
 Kolam Mandi
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan
Lipur Ulu Bendul

 
SEJARAH ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN
PADA zaman dahulu, Ulu Bendul lebih terkenal lokasi mempelajari ilmu agama iaitu bersuluk.
Dikatakan, kegiatan bersuluk itu bertujuan menuntut dan pelajari amalan baik (ilmu batin) untuk
memperkuatkan diri bagi orang-orang Islam ketika itu.
Justeru, nama Ulu Bendul ini dikiaskan dengan rumah yang dibina di sini dengan terciptanya
bendul yang terletak di bahagian hujung, yang mana bendulnya cantik dan biasanya berukir.
Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim,
Perak, Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, lokasi bersuluk dilakukan
di bahagian hulu atau hujung (lokasi yang sunyi).
“Jeram Kak Lang dikaitkan tempat orang bersuluk. Jadi kerap kali menyebut ulu dan bendul yang
cantik, maka terciptalah nama Ulu Bendul,” katanya.
Menurutnya, Ulu Bendul sama seperti Pulau Upih berdekatan dengan Port Dickson iaitu tempat
orang mempelajari ilmu tasawuf.
“Tempat itu dipilih sejak datangnya Bathin Terjali yang popular di Luak Jelebu. Maka ia sama
seperti Ulu Bendul, tempat mempelajari ilmu tasawuf dan bersuluk.
“Di Ulu Bendul sememangnya terkenal dengan Penghulu Naam, Tok Paroi, Tok Angsi dan juga
Tok Angsa yang hebat dari segi ilmu tasawuf dan juga bersuluk.
“Selepas era pentadbiran Penghulu Naam, wujud pula Tuan Tulis yang menjadi penasihat kepada
Almarhun Tuanku Muhammad,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Rosli berkata, Ulu Bendul juga dikaitkan dengan Gunung Angsi di mana tempat pertemuan
antara Luak Rembau, Inas, Johol, Jelebu dan juga Ulu Muar.
“Hulu Sungai Muar terletak di hujung Ulu Bendul. Orang dahulu menggunakan sungai jika mahu
ke mana-mana. Di bahagian hulu Ulu Bendul berkait dengan Gunung Angsi, dan di sinilah
golongan agama dan pahlawan dahulu memperkuatkan diri.
“Mat Kilau juga pernah datang ke sini. Ulu Bendul dikaitkan dengan Gunung Angsi sama seperti
Gunung Datuk di Rembau, Gunung Jono di Ulu Pilah, dan Gunung Ledang di Johor iaitu tempat
berkembangnya agama Islam dan guru-guru agama ternama.
“Di sini jugalah tempat berkembangnya aliran tasawuf. Mereka juga bersuluk dengan pelbagai
cara dan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin juga menyukai