Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGUCAPAN AWAM: “Tempat-tempat Pelancongan Yang Menarik di Sabah”

PENDAHULUAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam satu permata. Sekalung apresiasi saya


hulurkan buat yang dihormati, Puan Suzana Ahmad,Guru Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan, rakan-rakan seperjuangan seterusnya hadirin sekalian.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk tempat
tempat pelancongan yang menarik di Sabah iaitu negeri kelahiran saya sendiri.[0,18s]

ISI 1

Hadirin yang dihormati sekalian,

Salah satu tempat yang menarik yang sangat popular di Sabah ialah Gunung Kota Kinabalu. Gunung
Kinabalu menjadi dambaan ramai orang terutama para pendaki gunung yang ingin mencuba sesuatu
yang ekstrem. Bagi pecinta alam, tidak sah kalau tidak berkunjung ke gunung Kinabalu bagi
menyaksikan matahari terbit di puncaknya yang sentiasa menjadi salah satu tarikan utama bagi para
pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu sejak dari dahulu lagi kerana kekayaan biodiversitinya.
Laluan sepanjang kira-kira 8 km untuk ke puncak diharungi dengan melalui pelbagai jenis ekosistem
yang terdapat di sana. Para pendaki juga akan melalui dan melihat perubahan yang ketara dari
kepadatan hutan di bawah sehingga ke permukaan berbatu di puncak.[0.25s]

ISI 2

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tempat menarik yang seterusnya ialah Pulau Bohey Dulang yang terletak di daerah Semporna. Pulau
Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun
Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulai
Sibuan, Pulai Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau
Bodgaya.Keistimewaan Pulau Bohey Dulang ialah pulau ini mempunyai puncak bukit setinggi 300
meter. Dari situ, anda akan dapat menikmati pemandangan sangat indah keseluruhan laut membiru
dan tumbuhan menghijau mekar. Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi
kawasan seluas 313 hektar. [0.34s]
ISI 3

Sidang hadirin sekalian,

Akhir sekali,Lembah Danum juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di
Sabah.Lembah Danum terletak di daerah Lahad Datu iaitu tempat kelahiran saya. Lembah Danum
terletak kira kira 1km dari rumah saya. Lembah Danum adalah kawasan tadahan luas yang juga
habitat kepada badak sumbu Sumatra, gajah Asia, harimau dahan, kera bangkatan, Orang Utan,
ungka, kancil serta harimau bintang. Teradapat lebih daripada 300 spesies burung yang direkodkan
di kawasan ini. Tidak dinafikan tempat ini sangat menarik dan menakjubkan. Antara aktiviti yang
ditawarkan di sini ialah menjejaki laluan trek dalam hutan, bermandi di sungai, memerhati burung
dan meninjau hutan pada waktu malam. Aktiviti di Lembah Danum pastinya tidak lengkap jika tidak
mencuba berjalan di atas titi gantung sepanjang 100 meter di atas pokok yang mencecah ketinggian
40 meter di hutan itu.Selain itu, Lembah Danum juga mempunyai Menara yang merupakan tempat
yang wajib dikunjungi oleh para pelancong yang dikenali sebagai Menara Kayangan. Terletak pada
ketingian 880m dari aras laut menara ini menghadap ke arah Teluk Darvel yang membentangkan
pemandangan laut yang luas. Sangat sesuai bagi yang kaki bergambar. Disamping itu kawasan
menara ini juga menghidangkan udara sejuk dan nyaman. Memang menjanjikan kepuasan naik ke
menara ini walaupun terpaksa naik tangga lebih kurang 7 tingkat. Sangat sesuai bagi mereka yang
ingin melepaskan ‘stress’.[0.49s]

PENUTUP

Para hadirin yang dkasihi sekalian,

Kesimpulannya, banyak tempat pelancongan yang menarik di Sabah yang boleh kita kunjungi
semasa cuti sekolah.Disini saya hendak mengajak hadirin semua untuk menerokai tempat yang
indah dan menikmati keindahan alam semula jadi tersebut.

Sekian, terima kasih, Assalamualaikum, dan alam salam sejahtera.[0.25s]

Total= 2 minit 51 saat

Anda mungkin juga menyukai