Anda di halaman 1dari 1

PERHARGAAN

Titipan perhargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selamat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin. Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin saya mampu menyiapkan tugasan ini. Perhargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana sentiasa menitipkan doa untuk keberkatan saya disini. Ibu bapa saya banyak menyokong dari segi rohani dan

kewangan untuk menghasilkan tugasan ini Tidak lupa juga kepada guru kesayangan saya, Encik Mohd Radzi bin Ibrahim kerana dengan izin Allah, beliau sudi memberi tunjuk ajar kepada saya. Beliau juga sering

mengingatkan saya sekiranya alpa dan menegur dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya digandakan oleh Allah dengan kurniaan yang sebaiknya. Saya juga ingin mendedikasi ucapan perhargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan khususnya dalam menyiapkan tugasan ini. Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada pihak sekolah iaitu SMK Tengku Intan Zaharah yang menyediakan pelbagai kemudahan dalam menjalankan kajian ini. Saya mengucapkan kepada sesiapa yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai