Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya ingin merafakkan kesyukuran


kepada Allah SWT kerana telah memberi saya peluang
untuk berucap pada hari ini. Kejayaan yang saya dapat
pada awal tahun ini merupakan kejayaan yang sangat
bermakna bagi diri saya. Oleh itu, saya ingin
mengucapkan penghargaan saya kepada semua yang
menolong saya mencapai kejayaan tersebut.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkam terima kasih


kepada ibu bapa saya dan keluarga saya kerana
memberikan sokongan yang sangat padu dari setiap
aspek. Saya juga sangat berterima kasih kepada cg ii
saya yang berdedikasi dan komited dalam menjamin
kecemerlangan saya dan rakan ii saya. Jasa cikgu ii
memang tak dapat saya lupakan. Tidak dilupakan juga,
rakan ii fathwannajah yang menemani saya dalam jihad
ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang
mendoakan saya. Doa itu senjata orang mu'min dan
saya sangat menghargai doa ii kalian. Kejayaan ini
bukan hasil usaha saya sahaja tapi merupakan hasil
kolaborasi ramai pihak. Sekian dari saya, wabillahi
tawfiq wa hidayah

Anda mungkin juga menyukai