Anda di halaman 1dari 24

KARANGAN UPSR (cerita) : Rumah Jiranku Terbakar

Pada suatu petang, ketika pulang dari sekolah, aku ternampak asap tebal berkepul-kepul
di udara. Aku segera berlari untuk melihat apa yang berlaku.

Ketika itu aku berasa bimbang kerana lokasi asap tebal itu berdekatan dengan
rumahku. Rupa-rupanya rumah Tok Lebai yang terbakar.

Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah
untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung.

Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus


memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. 

Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira 20 minit kemudian,
bomba pun sampai ke tempat kejadian. 

Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi
malangnya rumah Tok Lebai telah pun musnah sama sekali dijilat api.

Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada litar
pintas.Syukurlah kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Tok Lebai dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang
menolong memadamkan kebakaran rumah mereka. Memandangkan Tok Lebai jiran
terdekat kami, ibu bapaku mengajak Tok Lebai sekeluarga menumpang di rumah kami
untuk sementara waktu.

Semasa di rumah kami, Tok Lebai selalu kelihatan muram kerana mungkin
mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya. Aku cuba memujuk dan
menenangkan mereka.

Selang tiga bulan kemudian, rumah Tok Lebai telah siap dibina semula hasil
daripada sumbangan dan gotong-royong penduduk kampung.

Tok Lebai berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada aku dan
keluarga serta penduduk kampung yang banyak membantu mereka. 
KARANGAN UPSR (Cerita) : Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan

SOALAN : Setiap orang pastinya ada sesuatu pengalaman yang tidak dapat
dilupakan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman yang tidak dapat kamu
lupakan.

Contoh Jawapan            

Apabila disebut nama Aiman, semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai
seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana
aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.            

Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan
beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku.

Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak
meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.          

Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu.
Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu.

Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku


terjun dari atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri.          

Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar


akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.          

Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku
berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.          

Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak
mendengar nasihat ibuku.

Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan
aku kenang selagi hayat dikandung badan.
Kamu telah ternampak kejadian kebakaran. .
Tuliskan sebuah karangan menceritakan tindakan yang kamu lakukan.

       Pada suatu petang, saya dan beberapa orang rakan sedang bermain di padang
permainan.Tiba-tiba, saya ternampak kepulan asap dari arah kawasan perumahan. Tanpa
berlengah, kami bergegas ke tempat kejadian.

       Saya dapati rumah rakan sekelas saya, Razi sedang terbakar. Saya telah menyuruh
Adi ke pondok telefon untuk menelefon pihak bomba. Manakala, saya dan rakan-rakan
yang lain membantu mengangkat barangan penting ke tempat yang selamat.

       Sementara menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung cuba
memadamkan kebakaran dengan mengambil air menggunakan baldi. Usaha kami berjaya
mengelakkan api merebak dengan cepat.

       Saya kemudiannya mendekati Razi dan ibunya yang sedang bersedih dan panik. Saya
cuba menenangkan Razi supaya bersabar dan saya juga berjanji akan membantunya. Razi
hanya mampu menangis di bahu saya.

       Sejurus tiba, pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Rumah
Razi tidak dapat diselamatkan. Saya mengajak Razi dan keluarganya menginap di rumah
saya untuk sementara waktu.

       Saya, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah banyak memberikan sokongan moral
kepada Razi. Keluarganya juga menerima banyak bantuan daripada orang ramai. Razi
sekeluarga amat bersyukur kerana selamat dalam kejadian kebakaran itu.
KARANGAN UPSR (CERITA) Tindakan Apabila Rakan Tercedera

SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik


Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana
terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.     

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba
seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat.

Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu.

Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami
bergegas ke bilik Kemahiran Hidup.     

Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat
pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku
pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu.     

Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon
kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut.

Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.     

Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas
pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh
hari.

Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih.   Dia
berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan
berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Karangan UPSR : Cerita Lemas Di Sungai

SOALAN : Kamu dan rakan kamu telah memancing di sungai. Tanpa diduga, rakan kamu
telah tergelincir lalu lemas. Tulis cerita kamu selengkapnya.

Aku dan Hasan tinggal berjiran. Kami berkawan sejak kecil lagi. Hubungan kami sangat
akrab. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu memancing ikan.           

Pada suatu hari, aku dan Hasan merancang untuk memancing ikan di sungai
berdekatan. Setelah menyiapkan semua peralatan seperti joran dan umpan, kami pun
bertolak ke lokasi yang ditetapkan. Aku dan Hasan menunggang basikal untuk ke sungai
yang terletak di hujung kampung kami.           

Setibanya kami di lokasi, aku dapati banyak kanak-kanak sedang mandi-manda di


sungai itu. Aku mencadangakan kepada Hasan supaya mencari lokasi yang lebih sesuai
dan jauh daripada riuh-rendah kanak-kanak.

Kami meletakkan peralatan di bawah pokok, kemudian terus melabuhkan punggung


untuk memancing. Lokasi yang kami pilih memang sesuai.

Dalam beberapa minit sahaja, kami sudah berjaya memancing pelbagai jenis ikan
seperti ikan talapia, ikan lampam dan ikan puyu.

Oleh sebab terlalu asyik memancing, kami tidak sedari hari sudah semakin senja.
Ketika bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba pancing Hasan ditarik sesuatu. Hasan cuba
menarik pancingnya tetapi tidak berjaya. Hasan masih terkial-kial menarik pancingnya.

Tiba-tiba, Hasan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Dia cuba berenang ke
tepi tebing tetapi tidak berjaya kerana arus deras. Aku cuba menghulurkan joranku
untuk dicapai olehnya tetapi gagal.

Aku segera menjerit meminta tolong apabila melihat Hasan semakin lemah.

Jeritanku didengari oleh seorang pemuda yang kebetulan memancing di lokasi


berhampiran. Dia bergegas terjun ke dalam sungai dan menarik Hasan ke tepi tebing.
Hasan berjaya diselamatkan.

Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan. Sejak hari itu,
kami berdua lebih berhati-hati apabila memancing di sungai.

KARANGAN UPSR (syarahan) "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid"


SOALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk
syarahan yang diberi ialah "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid".

Tulis syarahan itu


selengkapnya. ........................................................................................................           

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya
di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, "Kebersihan Sekolah
Tanggungjawab Murid".         

Hadirin Sekalian,           

Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid. Pelbagai usaha
telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam
keadaan bersih.

Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah pertandingan kelas terbersih. Selain
dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria, usaha ini juga dapat memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan murid-murid.           

Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah


murid-murid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata.
Sebagai murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja itu
terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka.           

Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah
disediakan di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala kotoran
dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran murid-
murid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan menzahirkan pemandangan yang
kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukan perhatian kepada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri?

Hadirin sekalian,           

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bersama-sama
menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnya menjaga kebersihan merupakan
ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan.

        

Sekian, terima kasih.

KARANGAN UPSR (SYARAHAN) :

FAEDAH MENABUNG
Selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis. Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Faedah Menabung’.

Hadirin yang saya hormati,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan


pada masa hadapan di dalam tabung atau di bank. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul
lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Sikap
suka menabung perlu dipupuk sejak kecil kerana menabung memberi banyak faedah
kepada kita.

Antara faedah menabung ialah dapat memupuk amalan berjimat-cermat. Kita


akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan.
Amalan berjimat cermat seperti membawa bekalan air dan makanan ke sekolah
membolehkan kita menyimpan baki duit saku yang diberi oleh  ibu bapa ke dalam tabung.
Ini akan menjadikan kita insan yang berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar
wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung dapat membantu kita atau keluarga apabila ditimpa
kesusahan ataupun di saat kita memerlukan wang. Contohnya menggunakan wang
tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah ataupun untuk membeli
ubat-ubatan di kala kita sakit.. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita
terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan
menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan
sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan
sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku
idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu
mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada
masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Seterusnya, amalan menabung juga membolehkan kita membantu orang lain.
Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran
sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya.  Ini secara tidak langsung
akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa


menabung itu mendatangkan banyak faedah.

Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan


menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi
daripada amalan ini. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum
habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit. Sekian, terima kasih.

SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang faedah komputer kepada seseorang.


Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita
bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan.
Penggunaan komputer semakin popular di dunia dewasa ini.

Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi, komputer meja,


komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya. Murid-murid terdedah kepada
dunia komputer sejak peringkat sekolah rendah lagi.  Pendedahan ini memberikan banyak
faedah kepada mereka.

Antaranya, murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui


penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan
mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.
Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik
mereka.    

Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini
dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan
penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan
mudah dan cepat.

Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam


pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-murid


mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini mungkin
akan membosankan para murid yang dibesarkan dalam zaman teknologi maklumat ini.
Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik
minat para pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.

Justeru, akan memudahkan murid memahami sesuatu pelajaran kerana mereka


mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari. Komputer juga
mempunyai program untuk memperkembang bahasa, contohnya tesaurus. Murid-murid
boleh belajar makna perkataan dan penggunaannya.

Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan idea. Penulisan karangan juga


akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan kosa kata yang lebih meluas.

Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini. Guru-
guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang
berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak menggunakan
komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan teknologi komputer
sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.
Soalan : Persatuan Sejarah sekolah kamu merancang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Langkawi. Sebagai setiausaha, tulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu
untuk memohon mengadakan lawatan tersebut. Tulis surat tersebut selengkap.   

Persatuan Sejarah,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun,

14000 Simpang Empat, Pulau Pinang.


_______________________________________________________________
Tuan Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun,

14000 Simpang Empat,

Pulau Pinang.                                                                                         20 MAC 2019

Tuan,

Memohon Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Langkawi

Berhubung perkara di atas, Saya Nor Firzana binti Mohd Arif, setiausaha Persatuan
Sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun ingin memohon untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Langkawi.

2.    Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah sekolah telah
merancang untuk mengadakan lawatan ke Langkawi pada 20 hingga 23 April 2014.
Seramai 40 orang murid Tahun 6 akan menyertai lawatan ini dengan diiringi oleh 4 orang
guru pengiring iaitu Cikgu Faizul, Cikgu Nazariah, Cikgu Azhari dan Cikgu Mazlina.
Antara tempat-tempat menarik yang akan dikunjungi semasa di Langkawi nanti ialah
Taman Marin Pulau Payar, Taman Agrotek Mardi, Tasik Dayang Bunting dan Dataran
Helang.

3.    Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk menambah ilmu
pengetahuan serta pengalaman peserta. Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk
mengurangkan tekanan para pelajar sebelum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) pada bulan September nanti.

4. Lawatan ini juga diharap dapat membantu para pelajar mengetahui dengan lebih
jelas tentang tempat-tempat menarik yang ada di negara kita. Semoga mereka akan
lebih bangga dan bersyukur dilahirkan di negara tercinta ini. 
5.    Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kami juga
berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat
membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian,
maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain. Kerjasama daripada pihak tuan
amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. 

Yang menjalankan tugas,

 _________norfirzana_______

(NOR FIRZANA BINTI MOHD ARIF)

Setiausaha Persatuan Sejarah 

Sekolah Kebangsaan Bukit  Tambun.


SOALAN ; Majlis Perpisahan Tahun Enam akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku
ketua darjah, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan
tersebut.Sediakan teks ucapan selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Encik Zafran bin Faizal Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tambun,
guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya
ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam
majlis perpisahan ini. Hadirin sekalian, Sudah hampir enam tahun kami berada di Sekolah
Kebangsaan Serti Tambun ini. Kini, hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum kami
meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Oleh
sebab itu, dengan berat hatinya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada
guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk
meninggalkan sekolah ini. Saya mewakili semua murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai
akan jasa kalian yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih
sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan
mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan
berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati. Hadirin sekalian . Kami
murid-murid Tahun 6 berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang begitu
berdedikasi di sekolah ini. Hasilnya, pada tahun ini kami mendapat keputusan yang
cemerlang dalam UPSR. Seramai 20 orang murid telah mendapat keputusan 5A dan tidak
ada seorangpun yang gagal walaupun dalam satu mata pelajaran. Ini pencapaian yang
amat membanggakan. Kejayaan yang cemerlang ini sudah pastinya hasil titik peluh dan
rasa tidak jemu guru-guru mendidik kami. Kami berjanji akan terus belajar dengan
bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah
nanti. Jasa dan pengorbanan guru-guru tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk
kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru
itu. Kami berharap agar guru-guru doakan kami supaya terus memperoleh kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran di sekolah menengah nanti. Akhir kata saya mewakili rakan-
rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di
sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa
sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan
kami kenang sehingga akhir hayat kami.Sekian, terima kasih.
SOALAN : Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat kepada
rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi
peperiksaan UPSR tersebut.                                                                                             
No 1, Lorong 12,                                                                                                        
Taman Tambun Jaya,                                                                                                        
14120 Simpang Empat,                                                                                                      
Seberang Perai Selatan,                                                                                                  
Pulau Pinang.                                                                                                          21
Julai  2013               Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah.
Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini
sihat-sihat sahaja. Sahabatku,                Apa khabar saudari sekarang? Saya harap
saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat
saudari telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana saudari masih
mengingati saya di sini.                 Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada
bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk
pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi
peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual
waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari
pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.                  Selain mengikuti kelas
tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa
saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu
untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar
bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.          
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham
supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak
gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan
rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.      
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam
Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke
Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa.
Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak
sukar dan bertukar-tukar nota.               Itulah antara persediaan saya untuk
menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan
mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat
tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudari serta
keluarga.                                                                                                            
Sahabatmu,                                                                                                            
.............................                                                                                                            
(Afiqah binti Aiman )
SOALAN : Baru-baru ini kamu telah berpeluang pergi ke pameran buku. Gambarkan
suasana di tempat pameran buku itu diadakan.        Pada minggu yang lalu, bertempat di
Dewan Besar Simpang Ampat Pulau Pinang telah diadakan suatu pameran buku secara
besar-besaran. Pameran buku ini berlangsung selama seminggu. Zafran rakan sekelas
saya telah mengajak saya berkunjung ke pameran buku tersebut. Kami pergi ke sana
dengan menaiki bas.        Menjelang tengah hari, kami pun tiba di ruang pameran. Saya
dapati banyak penerbit buku membuka gerai masing-masing. Ruang pameran penuh sesak
dengan orang ramai. Masing-masing sibuk membelek-belek dan memilih buku yang
dipamerkan. Banyak ibu bapa membawa anak-anak mereka datang ke pameran tersebut.
Pameran buku ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Pameran buku ini
telah disertai oleh 50 buah syarikat penerbit buku dari seluruh negara. Tujuan pameran
buku ini diadakan adalah untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia. Di samping itu, pameran ini juga memudahkan orang ramai memilih bahan
bacaan yang sesuai dan digemari oleh mereka.       Buku-buku yang dijual di pameran ini
murah-murah belaka. Pihak penerbit yang mengambil bahagian dalam pameran ini
memberi diskaun antara 10% hingga 70% bergantung kepada jenis, kualiti dan tahun
buku itu diterbitkan. Antara buku yang dijual ialah buku rujukan, buku cerita, majalah
dan buku-buku ilmiah.        Selain pameran buku, pelbagai aktiviti turut diadakan untuk
pengunjung yang hadir. Antaranya ialah kuiz, pertandingan melukis, pertandingan
mendeklamasikan sajak dan macam-macam lagi. Pelbagai hadiah disediakan seperti buku,
sijil dan wang tunai. Banyak kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan
melukis. Ibu bapa yang hadir juga terhibur dengan persembahan kebudayaan yang
diadakan.        Saya dan Zafran turut membeli beberapa buah buku cerita dan buku
rujukan UPSR. Saya dan Zafran menghabiskan masa hampir tiga jam di pameran itu,
Ketika kami ingin meninggalkan tempat itu, orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi
pameran tersebut.

SOALAN : Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk 'Disiplin Penentu Kejayaan'.          
Anggapan bahawa orang yang berjaya adalah kerana mereka mempunyai pemikiran yang
pandai sejak dilahirkan merupakan tanggapan yang silap. Orang yang berjaya sebenarnya
mempunyai disiplin mengurus diri yang baik. Apabila pandai mengurus diri, pandailah pula
mengurus orang.                      Mengapakah disiplin itu dikatakan penentu kejayaan ?
Sebenarnya apabila seseorang itu berdisiplin, segala tugasan yang diamanahkan
kepadanya, sama ada daripada guru, ibu bapa, dan juga majikan dapat dilakukan dengan
sempurna. Jika tidak berdisiplin, biasanya sesuatu kerja atau tugasan akan bertangguh.
Kemudian, kerja tersebut akan dilakukan dengan tergesa-gesa. Akhirnya kerja siap
tetapi tidak seperti yang diharapkan.           Setiap sekolah pastinya mempunyai murid
yang tidak berdisiplin, seperti datang lewat, ponteng sekolah, melawan guru, tidak
membuat latihan yang guru berikan dan sebagainya. Cuba kita kaji prestasi peperiksaan
mereka. Sudah tentu pencapaian mereka dalam peperiksaan kurang memuaskan
berbanding dengan pelajar yang berdisipin.             Mereka yang tidak berdisiplin
bukanlah mempunyai otak yang lemah.Kadang-kadang mereka yang tidak berdisiplin ini
mempunyai kecerdasan otak yang lebih baik. Akan tetapi, akibat tidak memikirkan masa
depan, peperiksaan yang ditempuhi menemui kegagalan.           Jika sifat tidak
berdisiplin ini diamalkan hingga dewasa, tiada majikan yang akan memberikan
kepercayaan kepada mereka. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, orang ramai tidak
akan menghulurkan tali persahabatan. Ramai rakan-rakan dan sanak-saudara akan
menjauhkan diri.           Kesimpulannya, jelaslah bahawa disiplin itu asas kejayaan, bukan
sahaja di sekolah, malah di tempat kerja atau dalam masyarakat.Oleh itu, pelajar-
pelajar yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah kepada pihak sekolah,
perlulah beringat bahawa perjalanan hidup mereka masih jauh. Perjalanan yang jauh ini
memerlukan kejayaan dalam pelajaran. Jika tidak berdisiplin, jangan bermimpi untuk
meraih kejayaan itu.

Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlanmgan Sekolah.


Sebagai Setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah tersebut. Tulis laporan
itu selengkapnya.                                       Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah           Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun
telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal
pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di
dewan sekolah.          Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya
terus cemerlang.          Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Azhari.
Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah
disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ghazali. Dalam ucapan
tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-
anak.          Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara
persembahan yang menarik ialah persembahan Boria oleh murid tahun 6, persembahan
tarian zapin oleh murid tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad
Nizam daripada kelas 4 Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang
dipersembahkan.          Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid
yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-
murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.    
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan
juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi
pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang. Disediakan
oleh ,                                                                                                        20 OKTOBER
2012 ............................. (ALI BIN AHMAD) Setiausaha, Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun Mine

SOALAN : Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan pertandingan


syarahan. Guru kelas kamu telah memilih kamu sebagai wakil kelas untuk menyertai
pertandingan tersebut. Tajuk yang diberikan ialah "Belajar Secara Berkumpulan Lebih
Baik daripada Belajar Secara Bersendirian". Sediakan teks syarahan kamu
selengkapnya. 
_________________________________________________________________
_______ Yang dihormati Tuan  Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang
dikasihi. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Belajar
Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian. Hadirin yang saya hormati
sekalian, Menurut Kamus Dewan, belajar bererti menuntut ilmu dan menimba ilmu
pengatahuan. Manakala berkumpulan pula membawa maksud, beberapa orang individu
berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan. Secara
kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa berlajar berkumpulan adalah sekumpulan
individu menuntut ilmu bersama-sama. Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar
tesendiri. Kita pelu memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah.
Belajar secara berkumpulan lebih baik kerana banyak idea dan buah fikiran dapat
dikongsikan pada satu-satu masa. Idea atau pendapat yang diketengahkan itu dapat
digabungjalinkan menjadi satu pendapat yang sangat bernas. Berbeza dengan belajar
bersendirian, idea atau pendapat hanya tetumpu pada seseorang individu sahaja. Selain
itu, belajar berkumpulan dapat membentuk satu pasukan yang mantap. Pelajar yang
lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak. Mereka juga akan dapat
mengetahui maklumat dengan lebih cepat. Perkongsian ilmu ini sudah pastinya juga akan
mengurangkan kos membeli bahan-bahan bacaan dan latihan kerana pelajar juga boleh
berkongsi buku rujukan bersama-sama. Di samping itu, belajar secara berkumpulan juga
boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang
tentang pelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Secara tidak langsung akan
tersemainya nilai-nilai murni seperti bejkerjasama, tolong-menolong dan setiakawan.Ini
kerana kerja berkumpulan diistilahkan sebagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Segala susah dan senang dalam kumpulan akan dihadapi bersama-sama. Belajar secara
berkumpulan juga dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri. Ini dapat mewujudkan
persainagn lebih sihat dalam kalangan murid. Secara tidak langsung akan meningkatkan
motivasi murid-murid untuk belajar. Murid-murid akan lebih berdisiplin dan berusaha
dengan gigih untuk mencapai impian.     Hadirin hadirat yang dihormati,
Berdasarkan hujah-hujan yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa belajar
berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian. Oleh itu, untuk menjadi
murid yang cemerlang dalam akademik, belajar secara berkumpulan perlu dijadikan
amalan yang terancang.            Sekian, terima kasih.

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu


tentang faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh
dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara
kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai
membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah
dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi
faedah kepada kita.              Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan
memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat
mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan
terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok
dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan
mereka akan lebih cerah.             Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk
disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di
raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.             Di
samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan
wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana
sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan
untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli
barang keperluan yang lain.             Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak
faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi
kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan
rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan
seperti komik, majalah dan sebagainya.
SOALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk
syarahan yang diberikan ialah "Faedah Makan Buah-buahan Tempatan". Tuliskan teks
syarahan kamu itu selengkapnya.                  Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang
berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, serta
rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi
yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan
buah-buahan tempatan’’. Para hadirin yang dihormati,                Definisi buah-buahan
tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh,
buah-buahan tempatan negara kita ialah rambutan, manggis, durian, tembikai dan
sebagainya. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan
buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan
buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Dusun-
dusun buah-buahan dimerata tempat di negara kita ini membekalkan pelbagai jenis buah-
buahan yang bermutu tinggi. Buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak
mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di
seluruh negara.              Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga jauh
lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan
tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan
berbanding buah-buahan yang diimport.              Buah-buahan tempatan juga telah pun
berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport
keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan
buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.             
Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain
segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat
meningkatkan pendapatan para petani, seterusnya menjana perkembangan ekonomi
negara kita. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.
Sekian, terima kasih.

SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang " Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah"
Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu
Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting
dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus
bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.           Masa dapat digunakan
dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat.
Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika
kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan
kepada kita.          Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi
sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.          Aktiviti yang paling
bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat
dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita
dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.         Di
samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa
membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat
bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan
sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.        Kesimpulannya, kita sebagai manusia
sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa
sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

       Saya, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah banyak memberikan sokongan moral
kepada Rohani. Keluarganya juga menerima banyak bantuan daripada orang ramai. Rohani
sekeluarga amat bersyukur kerana selamat dalam kejadian kebakaran itu.

faedah perpustakaan kepada para pelajar


Setiap sekolah mempunyai kemudahan perpustakaan. Perpustakaan merupakan gedung
ilmu. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah perpustakaan kepada para pelajar.
         Perpustakaan ialah gedung ilmu. Banyak faedah yang bakal diperoleh jika para
pelajar bijak memanfaatkannya. Kebanyakan murid yang telah berjaya gemar berkunjung
ke perpustakaan apabila ada masa lapang.
         Antara faedah perpustakaan kepada para pelajar ialah memudahkan mereka
membuat rujukan. Hal ini kerana di perpustakaan terdapat banyak buku yang meliputi
pelbagai bidang yang dilabel dengan pengkelasan tertentu. Oleh yang demikian, para
pelajar akan mendapat banyak maklumat dengan mudah.
         Di samping itu, suasana sunyi dan tenang di perpustakaan membolehkan para
pelajar membaca dan menelaah pelajaran tanpa gangguan. Suasana sunyi juga mampu
merangsang daya ingatan murid-murid.Oleh itu apa-apa yang dibaca oleh mereka akan
diingati lebih lama.
         Selain itu, perkhidmatan pinjaman buku juga amat bermakna buat para pelajar.
Mereka boleh meminjam mana-mana buku yang diperlukan jika mempunyai kad pinjaman.
Justeru para pelajar dapat menjimatkan kos untuk membeli buku sama ada buku rujukan
ataupun buku cerita.
         Seterusnya, para pelajar juga dapat memupuk sahsiah diri dengan melangkah ke
perpustakaan. Peraturan-peraturan perpustakaan seperti menyimpan buku-buku yang
telah dibaca, menghantar buku pinjaman mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak
berbuat bising mampu menjadi elemen mendidik disiplin para pelajar.

         Sesungguhnya perpustakaan memang banyak faedahnya kepada para pelajar. Oleh
yang demikian, para pelajar perlu pandai memanfaatkannya supaya kemudahan yang
disediakan tidak sia-sia sahaja.

Tuliskan suasana di kantin


Semua murid pernah ke kantin. Tuliskan suasana di kantin.

        Kantin merupakan tempat untuk murid-murid dan guru menjamu selera ketika di
sekolah. Semua murid pasti pernah pergi ke kantin.

        Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di kantin. Antara makanan yang dijual
ialah nasi lemak, kuih-muih, mihun goreng dan buah-buahan.Makanan yang dijual
merupakan makanan yang berkhasiat dan bersih.

        Pelbagai jenis minuman juga turut dijual di kantin. Ada sirap, air oren, teh ais dan
juga jus buah-buahan. Minuman yang dijual di kantin bukan sahaja sedap malah harganya
juga berpatutan.

        Semasa membeli makanan, murid-murid berbaris mengikut laluan yang disediakan.


Pengawas yang bertugas akan memantau supaya tidak ada murid yang melanggar
peraturan. Nama murid yang melanggar peraturan akan dicatat dan diserahkan kepada
guru disiplin.

Para pekerja kantin amat mementingkan kebersihan. Mereka memakai apron dan


penutup kepala serta menggunakan penyepit ketika menyentuh makanan.Oleh itu, murid-
murid sangat yakin untuk makan di kantin.    

Selain menjadi tumpuan pada waktu rehat, kantin juga turut dikunjungi oleh
murid-murid pada awal pagi untuk bersarapan.  Kantin merupakan salah satu tempat yang
sangat penting di sekolah.

Tindakan nampak basikal di tepi jalan.


Ketika pulang dari sekolah, kamu ternampak sebuah basikal terbiar di tepi jalan.Tuliskan
tindakan yang kamu ambil.
Isi penting:
1-periksa basikal        2-periksa kawasan sekeliling        3-nampak budak-budak
ponteng          4-lapor kepada guru

Pada suatu hari, ketika pulang dari sekolah, saya telah ternampak sebuah basikal
yang dibiarkan di tepi jalan. Jika tidak silap saya basikal itu adalah kepunyaan Zaidi,
anak jiran sebelah rumah saya.
        Saya memeriksa keadaan basikal itu kerana bimbang kemungkinan Zaidi terlibat
dalam kemalangan. Namun basikal itu tiada sebarang kerosakan. Saya menjadi
bertambah hairan.
        Saya cuba memeriksa kawasan sekeliling sambil memanggil-manggil nama Zaidi.
Namun demikian tiada sesiapa di situ. Keadaan di situ sunyi sahaja kerana jalan itu
memang jarang dilalui oleh orang ramai.
        Saya bertindak memeriksa kawasan hutan berdekatan. Apabila saya menghampiri
hutan tersebut, saya dapat melihat beberapa orang budak berpakaian sekolah. Rupa-
rupanya Zaidi dan beberapa orang murid lain sedang merokok. Mereka juga telah
ponteng sekolah.
        Saya segera meninggalkan tempat itu. Saya melaporkan hal itu kepada guru
disiplin, Cikgu Azman. Kemudian Cikgu Azman meminta saya menunjukkan tempat itu
kepadanya. Saya pun akur.

        Pihak sekolah telah mengambil tindakan disiplin terhadap Zaidi dan kawan-
kawannya. Kini sikap Zaidi sudah berubah. Dia tidak ponteng sekolah dan merokok lagi.

KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan
minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke
sekolah.Membawa bekal ke sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada
kita.

Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan


wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung
atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita akan bertambah,  seperti kata pepatah,
“sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.

Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh  ibu kita semestinya sedap dan
berkhasiat. Ini dapat mengelakkan  kita daripada terkena keracunan makanan.  Kita
juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu
rehat.

Di samping itu, kita tidak perlu lagi  berebut-rebut atau beratur untuk


membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari
rumah.  Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca
buku atau akhbar di perpustakaan.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan


kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain
itu, kita juga dapat merasa makanan yang pelbagai.

Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak


manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk
kebaikan diri kita sendiri.

Sambutan Hari Kanak-kanak

7.30 pagi-Semua murid dan guruberkumpul di dewan sekolah. Perhimpunan rasmi


dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian, wakil murid, Izwan menyampaikan
ucapan sempena Hari Kanak-kanak.

8.00 pagi-Guru besar menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau mahu semua
murid menjadi anak yang soleh. Beliau turut berpesan agar semua murid tahu menjaga
keselamatan diri sama ada di sekolah, di rumah ataupun di taman permainan. Kami
memasang telinga mendengar kata-kata beliau.

8.30 pagi-Persembahan bakat oleh murid-murid tahun satu dan prasekolah.


Persembahan mereka begitu menghiburkan dan penuh dengan mesej. Sikap yakin diri
memang terserlah dalam kalangan murid yang membuat persembahan itu.

10.00 pagi-Semua murid berkumpul di kantin untuk menikmati jamuan. Para guru


memastikan setiap murid mendapat makanan dan minuman. Semua murid dijamu dengan
juadah yang sangat istimewa iaitu nasi tomato berlauk ayam.

11.00 pagi-Kami berkumpul di padang untuk menyertai aktiviti sukaneka. Pelbagai jenis


permainan sukaneka diadakan, antaranya ialah pancing botol, terompah gergasi dan isi air
dalam botol. Semua murid diberi peluang untuk mengambil bahagian.

12.00 tengah hari- Acara penyampaian hadiah diadakan. Pasukan yang menang begitu


gembira menerima hadiah masing-masing. Kemudian kami dibenarkan pulang awal.

Tindakan jika hilang buku perpustakaan


Pada bulan lepas, saya telah meminjam sebuah buku berjudul ‘Tips Untuk Berjaya’
dari perpustakaan sekolah saya. Malangnya buku itu telah hilang sebelum sempat saya
memulangkannya. Saya berasa sangat bersalah dan perlu bertanggungjawab.
Saya telah bertanya kepada ahli keluarga saya sekiranya mereka pernah
mengambil dan menyimpan buku itu. Malangnya, semua ahli keluarga saya tidak tahu.
Oleh sebab itu, saya meminta mereka membantu saya mencari buku tersebut di seluruh
rumah saya.

Saya mencari buku tersebut di dalam bilik saya. Semua rak dan almari telah saya
geledah, tetapi tetap tidak berjumpa. Selain di rumah, saya juga mencari di kelas, kantin
dan makmal sekolah kerana saya pernah membawa buku itu ke sana. Semua usaha
mencari gagal.

Setelah berbincang dengan ibu dan ayah, saya telah mengambil keputusan untuk
menulis surat memberitahu Pn Shahrum, guru perpustakaan sekolah saya tentang
kehilangan buku itu. Ketika menyerahkan surat tersebut, saya juga telah meminta maaf
dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama kelak.

Saya juga telah meminta wang daripada ibu untuk membayar ganti rugi. Saya juga
telah membayar ganti rugi sebanyak RM12.50, iaitu mengikut harga buku tersebut.
Mengikut kata Cikgu Shahrum, wang tersebut akan digunakan untuk membeli buku baru
sebagai ganti.

Pengalaman kehilangan buku merupakan pengalaman pahit dalam hidup saya. Saya
menyesal kerana tidak menjaga buku itu dengan baik. Saya berazam untuk lebih berhati-
hati selepas kejadian itu.

Perihalkan tentang rakan karib kamu itu.

        Saya mempunyai seorang rakan karib.  Rakan karib saya bernama Farhah. Umurnya
12 tahun iaitu sebaya dengan umur saya. Kami selalu bersama-sama di sekolah mahupun
di rumah.

        Farhah merupakan seorang yang ringan mulut dan pandai bergurau. Sesiapa sahaja
akan suka berbual dengan Farhah kerana dia sentiasa mempunyai idea menarik untuk
dibualkan. Dia juga selalu buatkan saya ketawa tidak kering gusi.

        Farhah bukan sekadar pandai, malah dia tidak kedekut ilmu.  Dia sering membantu
saya dan rakan-rakan lain dalam pelajaran. Saya kerap meminta tunjuk ajarnya dalam
mata pelajaran Matematik.

        Dalam bidang kokurikulum pula,Farhah merupakan murid yang pernah


mengharumkan nama sekolah. Tiga tahun berturut-turut dia mewakili daerah Kubang
Pasu dalam pertandingan Tilawah al-Quran. Kebolehannya membaca al-Quran amat
mengagumkan.

Pada waktu senggang, Farhah gemar melukis. Dia pernah menyertai beberapa
pertandingan melukis di sekolah mahupun di luar. Saya selalu menemaninya melukis
sambil berborak-borak.

     Hubungan saya dan Farhah bagaikan isi dengan kuku. Saya berasa sangat bertuah
dapat berkawan dengan Farhah. Saya berdoa semoga persahabatan kami kekal selama-
lamanya.

Anda mungkin juga menyukai