1.0 Pengenalan
Sejak abad ke -14 sehingga kini, beberapa takrifan sejarah telah diutarakan
oleh para sarjana. Menurut Collingwood, sejarah merupakan satu bidang ilmu yang
bersifat kajian yang mana menyelidik peristiwa pada masa lepas. 1 Hal ini menunjukkan
bahawa Collingwood memperakui unsur kajian atau penyelidikan sebagai satu ciri yang
2
penting dalam mengemukakan takrifaannya tentang sejarah. Bagaimana pula dengan
Timbul persoalan tentang apa yang perlu dikaji dalam bidang sejarah. Terdapat
banyak pandangan tentang apa yang perlu dikaji dalam kajian sejarah sehingga
Collinwood ini, adakah kajian sejarah itu hanya merujuk kepada peristiwa sejarah yang
ada unsur pemikiran semata-mata? Bagaimana pula dengan tindakan manusia yang
tidak mempunyai unsur dalaman tetapi memberi kesan kepada masyarakat atau negara,
adakah hal tersebut tidak perlu dikaji oleh para sejarawan? Dalam penulisan ini
beberapa hujah tentang pendapat Collingwood berkaitan ruang lingkup sejarah akan
1
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hal 23.
2
R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, hal 4.
1
kelemahan idea Collingwood akan dijelaskan dengan mengemukakan beberapa contoh
peristiwa.
dari segi itu sejarah adalah sains´.3 Di sini menunjukkan bahawa sejarah itu disamakan
dengan sains di mana kajian-kajian mesti dibuat bagi mencari kebenaran dan bukti-bukti
sesuatu perkara itu terjadi. Hal ini menunjukkan sejarah dan kajian tidak boleh
dipisahkan. Jadi untuk menghasilkan penulisan sejarah, kajian hendaklah dijalankan dan
tindakan yang reflektif iaitu mempunyai unsur pemikiran. Unsur pemikiran inilah yang
membezakan kajian sejarah dengan kajian alam semulajadi yang mana dalam kejadian
alam tidak wujud unsur dalaman. Kejadian alam boleh dianggap bersejarah dalam
sifatnya jika ia dapat memenuhi syarat iaitu proses kejadian alam itu ditentukan oleh
aspek pemikiran. Namun syarat ini tidak dipenuhi, maka wujud perbezaan di antara
sejarah dan sains semulajadi dan tanggapan tentang kesejarahan semua hal tidak
berasas.4
Oleh itu, kejadian bencana alam seperti taufan, banjir kilat, gempa bumi dan
letusan gunung berapi disingkirkan dalam bidang kajian sejarah. Sebagai contoh,
peristiwa Tsunami pada 25 Disember 2004 yang berlaku di Aceh telah meragut beribu-
3
R. G. Collingwood, Idea Sejarah, hal 2.
4
R. G Collingwood, Idea sejarah, hal 210.
2
ribu nyawa manusia dianggap tidak perlu dikaji oleh ahli sejarah jika menurut
Collingwood kerana tidak wujud unsur pemikiran dalam proses kajadian bencana alam
tersebut.
Tindakan manusia yang tidak reflektif seperti tingkah laku manusia yang
ditentukan oleh sifat kebinatangan, nafsu dan selera manusia. Contohnya, soal makan
dan tidur tidak perlu dikaji kerana perkara tersebut berpunca daripada naluri semula jadi
sebagai seorang manusia begitu juga dengan kejadian-kejadian biologi seperti kelahiran,
tumbuhbesaran, kematian dan penyakit tidak perlu dikaji dalam sejarah kerana ia
merupakan proses semula jadi dan bukannya berpunca daripada pemikiran reflektif.
soal perasaan dan emosi dalam skop kajian sejarah mendapat bantahan. Prof W.H
menyempitkan istilah pemikiran hanya kepada perkara yang reflektif sahaja. Idea
Collingwood bertentangan dengan idea aliran Idealis sseperti Wilhelm Dithey yang
menganggap pemikiran reflektif merangkumi unsur perasaan, emosi dan juga sensasi
manusia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan wujud satu garis pemisah yang
mutlak antara pemikiran reflektif dan unsur-unsur emosi, perasaan dan sensasi.
Seterusnya, Collingwood turut tidak memberi perhatian kepada soal ingatan atau
persepsi. Sebagai contoh, usaha untuk mengingati sesuatu nama atau perkara yang
terlupa. Hal ini demikian kerana ahli sejarah tidak berkemampuan untuk menghayati
untuk mengingati atau melihat sesuatu. Setiap pengalaman yang cuba untuk diingat
semula tidak seratus peratus tepat dengan perkara sebenar yang telah terjadi.
3
3.0 Dua unsur utama dalam pengkajian sejarah
tidak ada dalam ilmu sains dan sejarah sejarah adalah sejarah pemikiran yang
Collingwood menyimpulkan kajian sejarah mesti meliputi dua aspek yang penting iaitu
tindakan dalaman manusia dan tindakan luaran manusia. Hal ini menunjukkan bahawa
peristiwa yang dikaji dalam sejarah itu bukanlah kejadian semata-mata. Unsur
pemikiranlah yang menjadi titik tolak sama ada sesuatu kejadian itu perlu dikaji atau
itu.
atau yang mendorong seseorang untuk melakukan suatu tindakan, pemikiran ini
merupakan satu perancangan yang dibuat oleh si pelaku sejarah manakala tindakan
luaran pula merupakan aspek fizikal tindakan itu yang mana asalnya daripada tindakan
dalaman. Collingwood juga mendakwa bahawa tindakan manusia yang dikaji dalam
sejarah adalah terbatas hanya kepada apa-apa yang didorong oleh pemikiran reflektif.
Sebagai contoh, peristiwa Julius Caeser menyemberangi sungai Rubicon pada tahun
49S.M. Dalam peristiwa tersebut, perkara yang perlu dikaji ialah aspek dalaman iaitu
pemikiran Caeser yang mana didorong oleh hasratnya menentang rang undang-undang
yang digubal oleh Senat Rom yang menyekat perluasaan kuasanya. Aspek lahiriah pula
berapa bilangan tentera yang turut serta dan senjata jenis apa yang mereka gunakan.
5
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hal 24.
4
Seterusnya, perkara-perkara lain boleh dianggap sebagai objek sejarah adalah
hal-hal yang ada pemikiran reflektif iaitu sesuatu yang dirancang atau mempunyai niat
tertentu sebagaimana perkara berkaitan politik dikaji kerana setiap tindakan ahli politik
itu adalah reflektif. Hal ini demikian kerana ahli politik mempunyai sebuah dasar iaitu
sebuah rancangan yang difikirkan sebelum pelaksanaan, dan kejayaan yang diperolehi
menyerang beberapa wilayah Jerman yang pernah jatuh di tangan musuh selepas Perang
Dunia Pertama adalah kerana wilayah tersebut mempunyai potensi untuk memulihkan
ekonomi Jerman kerana kekayaan hasil bumi disamping mampu menarik pelaburan
daripada luar Jerman. Misi inilah yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua
1939. Jelas dapat dilihat Hitler sebagai peminpim politik membuat keputusan
menyerang wilayah-wilayah tersebut atas tujuan tertentu bukan kerana dia saja
Peperangan juga boleh dikaji dalam sejarah kerana tujuan seseorang pemimpin
boleh difahami daripada laporan-laporan yang telah dicatat. Melalui kajian dan
membolehkan kita membina semula dalam akal kita akan rancangan peperangan yang
cuba dilaksanakan olehnya. Sebagai contoh, perang Teluk oleh Amerika Syarikat ke
atas Iraq ada tujuannya. Amerika Syarikat mendakwa bahawa pasukan ketenteraan yang
diketuai oleh negara mereka bertujuan untuk menghentikan pencerobohan Iraq ke atas
Kuwait pada tahun 1990. Namun hakikatnya tindakan Amerika Syarikat ini bukanlah
Amerika Syarikat sememangnya sudah merancang untuk menguasai Iraq yang kaya
dengan minyak petrol dan dengan menguasai Iraq maka Amerika Syarikat akan mampu
5
menguasai ekonomi seluruh dunia. Begitu juga dalam hal ekonomi, agama dan akhlak,
selagi ada tindakan reflektif maka hal yang demikan boleh dikaji dalam sejarah.
perlu dikaji dalam sejarah sama ada dalam aspek politik, ekonomi, sosial mahupun
agama boleh dikaji dalam sejarah. Sebagai contoh, kes pembunuhan yang dirancang
oleh seorang suami untuk mewarisi harta isterinya. Bagi Collingwood, kejadian
pembunuhan ini perlu dikaji kerana melibatkan tindakan yang didorong oleh pemikiran
reflektif iaitu pembunuhan tersebut dirancang oleh si suami untuk mewarisi harta
isterinya. Ahli sejarah berkeupayaan untuk menghayati semula pemikiran si suami yang
isterinya. F. J Teggart mendakwa bahawa bidang kajian sejarah itu hanya tertumpu
kepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok seperti
rakyat atau negara. Selain itu, perjuangan genting yang menentukan nasib bangsa dan
negara merupakan suatu hal yang perlu dikaji dan bukanlah mengkaji tentang kehidupan
seseorang individu.6
Melalui takrifan ruang lingkup sejarah menurut Teggart ini maka dapat kita
simpulkan kejadian pembunuhan tersebut tidak perlu dikaji kerana ianya bukanlah
peristiwa yang memberi kesan kepada kelompok masyarakat yang besar. Walaupun
peristiwa pembunuhan si suami terhadap isterinya ini merupakan tindakan individu dan
memberi kesan kepada dirinya dan mungkin juga melibatkan kelompok kecil seperti
keluarga mereka tetapi ianya tidak melibatkan kesan kepada kelompok yang besar
6
F. J Teggart, 1972, Theory and processes of history, hal 18.
6
seperti kelompok masyarakat dan negara. Dalam hal ini pendapat Collingwood tidak
sesuai digunakan kerana pembunuhan kes seperti ini walaupun melibat unsur pemikiran
namun ianya tidaklah sepatutnya dikaji sebagai peristiwa sejarah kerana pembunuhan
sebegini merupakan sesuatu yang sering berlaku dalam masyarakat dan bukan sesuatu
Lain pula halnya apabila terjadi satu peristiwa yang sama sekali tidak dirancang
tetapi memberi kesan yang besar kepada kelompok masyarakat dan negara. Sebagai
contoh individu A secara tidak sengaja telah membunuh individu B dan kes
pembunuhan ini telah telah mengakibatkan rusuhan kaum dalam sebuah negara. Jika
menurut Collingwood, kejadian ini tidak perlu dikaji kerana ianya tidak melibatkan
tindakan reflektif. Pandangan ini dapat disangkal dengan mengemukakan idea Teggart
tentang ruang lingkup sejarah. Menurut Teggart peristiwa ini hendaklah dikaji kerana
ianya merupakan tindakan manusia yang akhirnya memberi kesan yang sangat besar
dalam sesebuah negara yang mana pembunuhan tanpa niat ini mengakibatkan rusuhan
kaum dan huru hara dalam masyarakat mahupun negara. Nyata disini terdapat
kelemahan pada idea Collingwood yang hanya memfokuskan kajian sejarah hanya
terdapat juga kejadian-kejadian yang tidak dirancang menjadi sejarah sesebuah negara
kerana kesan besar yang dialami itu sama ada positif atau negatif.
Demikian juga dengan kejadian spontan yang berlaku akibat perasaan marah
kadang kala membawa kesan-kesan seperti peperangan dan rusuhan. Sebagai contoh,
kemalangan yang melibatkan dua puak yang berbeza digempar-gempurkan sehingga isu
yang kecil itu menjadi besar dan mengakibatkan bergaduhan dan menimbulkan huru-
hara yang melibat kedua-dua puak tersebut. Kejadian ini pada dasarnya hanyalah
didorong oleh emosi contohnya marah yang meluap-luap dan sipelaku sejarah tidak
7
merancang kejadian tersebut. Menurut Collingwood, kejadian ini tidak perlu dikaji
dalam sejarah kerana tidak melibatkan unsur pemikiran dan ianya sememangnya
bertentang dengan ciri-ciri pensejarahan yang dicadangkan olehnya iaitu unsur emosi
diketepikan dalam ruang lingkup sejarah yang mana kejadian-kejadian yang melibatkan
unsur emosi tidak harus dikaji. Pandangan ini dapat disangkal dengan mengutarakan
idea Teggart yang mana menurut Teggart kejadian ini dianggap sejarah kerana member
kesan besar kepada kelompak yang besar. Kejadian ini melibatkan dua puak yang
bergaduhan antara satu sama lain akibat suatu perkara yang tidak dirancang dan ianya
hanyalah kejadian spontan tetapi disebabkan kejadian ini memberi kesan kepada
kelompak yang besar maka menurut Teggart kejadian adalah sejarah dan wajar dikaji.
yang melibatkan pemikiran reflektif juga dibantah oleh E.H Carr. Menurut E. H Carr,
kajian sejarah adalah kajian tentang sebab-munasabab.7 Hal ini bermaksud kajian yang
dilakukan bukanlah kajian pemikiran sipelaku sejarah tetapi kajian tentang persoalan
Collingwood kajian luaran itu dapat mengambarkan pemikiran si pelaku sejarah namun
Namun timbul kesangsian terhadap kajian pemikiran reflektif si pelaku sejarah sama
Berkemungkinan apa yang dirancang oleh si pelaku sejarah itu tidak seratus
peratus terjadi seperti apa yang dirancangnya. Sebagai contoh gerakan reformasi Martin
dilakukan oleh gereja Katolik Rom dan cuba membawa pembersihan dalam agama
tersebut. Namun kesan tindakannya agama Kristian terpecah kepada dua mazhab iaitu
7
E. H. Carr, Apakah Sejarah, hal 93.
8
mazhab Protestan yang dibawa olehnya dan mazhab Katolik yang dikatakan sudah
diseleweng. Tujuan utama gerakan Refomasi yang dipinpim oleh Martin Luther tidak
tercapai dan hal ini menunjukkan pemikiran Martin Luther tidak mencerminkan apa
yang terhasil pada akhirnya. Jadi wajarlah aspek pemikiran itu tidak boleh dikaji kerana
apa yang terhasil pada akhirnya tidak sepenuhnya mencerminkan pemikiran si pelaku
walaupun adanya bantuan daripada kajian unsur luaran. Apa yang perlu dikaji adalah
peristiwa-peiristiwa masa lalu yang mungkin penting atau tidak dan para sarjana yang
akan memilih untuk mengambil peristiwa tersebut sebagai sejarah atau tidak.8
4.0 Kesimpulan
pemikiran dalam sejarah nampak kuat dan kukuh dengan sokongan hujah-hujah yang
tertentu. Pandangan-pandangan sarjana yang lain seperti Teggart dan E. H. Carr nyata
sejarah.Hal ini demikian kerana tidak semua perkara yang terjadi di dunia ini mampu
dikawal oleh pemikiran yang mana kadang kala perkara-perkara diluar jangkaan berlaku
dan menjadi peristiwa bersejarah sama ada hal-hal yang dilakukan secara tidak sengaja
atau spontan. Lagipun, untuk apa kita mengkaji kejadian-kejadian yang ada unsur
8
Muhd. Yusof, Pengertian Sejarah, hal 21.
9
Kajian sebab-munasabab lebih wajar digunakan dalam kajian sejarah kerana
ianya dapat merungkai semua persoalan seperti bagaimana, kenapa, siapa, dimana dan
lain-lain persoalan lagi. Bukankah sejarah itu skopnya luas dan tindakan Collingwood
ini nyata menyempitkan ruang lingkup kajian sejarah. Sejarawan seharusnya mendekati
dan meneroka ruangan yang baru dan terpinggir bukan hanya berfokuskan kepada
kajian unsur pemikiran sahaja. Sekiranya kajian sejarah hanya kejadian-kejadian yang
ada unsur pemikiran, maka tiadalah sejarah penempatan, sejarah pinggiran dan sejarah
etnik dan sejarah dari bawah. Ruang lingkup sejarah seharusnya dibuka dengan seluas-
luas alam agar lebih banyak kajian dan penyelidikan sejarah yang dapat dilakukan demi
Bibliografi
Abdul Rahman Haji Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
Carr, E.H. Apakah sejarah. Abd. Rahman Haji Ismail (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1998.
Collingwood, R.G . Idea sejarah. Mohd Yusuf Ibrahim (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1985.
Muhd. Yusof B. Ibrahim. Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1975
10
11