Anda di halaman 1dari 16

Tugasan 2 – Laporan Amali (30%)

2.1 Menyediakan TIGA laporan amali berkaitan tajuk-tajuk dalam Anatomi dan Fisiologi.

2.2 Penyediaan laporan berdasarkan konsep, kaedah, huraian dan mengabungkan darpada
pelbagai sumber yang relevan

2.3 Memahami isi pelajaran dan yakin terhadap laporan yang akan dilaksanakan.

2.4 Laporan/catatan yang disediakan hendaklah dijilidkan bersama penulisan .

2.5 Setiap laporan amali adalah sebanyak 400 patah perkataan termasuk gambar dan lain-lain.

Panjang Keseluruhan Tugasan : 1200 patah perkataan


NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD IDRIS BIN S. SYED AHAMED
NAMA PELAJAR : AMEER RIF’AD BIN SULAIMAN

KELAS : PENDIDIKAN JASMANI


NO. K/P : 021019-07-0731

ANGKA GILIRAN : 2021232340131


AMBILAN : JUN 2021

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


IPG : KAMPUS PERLIS
AMALI 1 (A)

Tajuk Amali

Posisi, satah, arah dan region anatomi

Objektif

1. Tujuan amali ini dijalankan adalah untuk memastikan para pelajar dapat
mengenalpasti posisi, satah, arah dan region anatomi.
2. Para pelajar juga dapat mengenalpasti kedudukan pembahagian struktur luaran
anatomi manusia dan pembahagian kedudukan struktur dalaman anatomi manusia.

Prosedur

1. Para pelajar merujuk bahan-bahan yang dimuat naik oleh pensyarah berkaitan
posisi, satah, arah dan region anatomi.
2. Para pelajar mencari bahan rujukan tambahan di internet dan membuat catatan
untuk memudahkan pelajar membuat rujukan mengenai posisi, satah, arah dan
region anatomi.
3. Para pelajar menonton video ilmiah di Youtube yang berkaitan dengan tajuk laporan
yang diberi.

Keputusan

1. Selepas mencari bahan rujukan tambahan di internet, posisi anatomi merujuk


kepada individu yang berada dalam keadaan berdiri tegak, mata, kepala dan kaki
menghadap ke hadapan. Contoh posisi anatomi seperti dalam rajah 1.
Rajah 1 : Posisi anatomi

2. Seterusnya, satah dibahagikan kepada tiga iaitu satah sagittal, satah frontal dan
satah transverse. Satah seperti dalam rajah 2.
- Satah sagittal merupakan satah menegak yang membahagikan tubuh badan
manusia kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan.
- Satah frontal merupakan satah yang memotong tubuh badan atau organ
kepada dua bahagian iaitu bahagian hadapan (anterior) dan bahagian
belakang (posterior).
- Satah transverse pula memotong secara melintang yang membahagikan
badan kepada bahagian atas (superior) dan bahagian bawah (inferior).

Rajah 2 : Jenis-jenis satah


3. Kemudian, arah pula dibahagikan kepada lapan bahagian iaitu anterior, posterior,
superior, inferior, lateral, medial, proksimal dan distal.
o Anterior – menuju ke arah depan jasad.
o Posterior – menuju ke arah belakang jasad.
o Superior – bahagian yang berada di atas bahagian lain dan menuju ke arah
kepala.
o Inferior – berada di bawah bahagian lain dan menuju ke arah kaki.
o Lateral – berada di bahagian jauh dari garisan tengah dan berada pada
bahagian tepi jasad.
o Medial – bahagian hampir dengan garisan tengah jasad.
o Proksimal – bahagian yang lebih dekat dengan batang tubuh.
o Distal – bahagian yang menjauhi batang tubuh.

Rajah 3 : Arah dalam anatomi badan manusia

4. Region anatomi merujuk kepada anggota badan manusia yang terdapat pada badan.
Tubuh badan manusia dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dapat dilihat
daripada luaran iaitu kepala, leher, badan (axial parts), anggota atas dan anggota
luar (appendicular parts). Contoh region seperti dalam rajah 4.
Rajah 4 : Region anatomi

Rumusan

1. Setelah mengkaji laporan ini, para pelajar dapat mengenalpasti posisi, satah, arah
dan region anatomi dengan lebih baik.
2. Komponen-komponen posisi, satah, arah dan region anatomi dapat diterjemahkan
dengan mudah dan tepat.
3. Laporan ini dapat membantu para pelajar menerangkan secara terperinci mengenai
setiap organ yang terapat pada tubuh badan manusia.
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD IDRIS BIN S. SYED AHAMED

NAMA PELAJAR : AMEER RIF’AD BIN SULAIMAN

KELAS : PENDIDIKAN JASMANI

NO. K/P : 021019-07-0731

ANGKA GILIRAN : 2021232340131

AMBILAN : JUN 2021

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

IPG : KAMPUS PERLIS


AMALI 1 (B)

Tajuk Amali

Anatomi dan sistem integumentari

Objektif

1. Tujuan amali ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti struktur yang terlibat dalam
sistem integumentari.
2. Para pelajar dapat memberi penerangan tentang fungsi organ dan struktur dalam
sistem integumentari.

Prosedur

1. Pensyarah menghantar bahan bacaan berkaitan anatomi dan sistem integumentari di


Google Classroom.
2. Para pelajar membaca dan memahami bahan bacaan tersebut.
3. Para pelajar juga mencari bahan rujukan tambahan dari pelbagai sumber untuk
memperoleh ilmu pengetahuan tentang anatomi dan sistem integummentari.

Keputusan

1. Fungsi sistem integumentari adalah untuk melindungi struktur dalaman daripada


cedera dan jangkitan kuman. Sistem integumentari terdiri daripada kulit yang
bertindak sebagai pelindung kepada tubuh badan daripada pelbagai jenis kerosakan.
Kulit terbahagi kepada tiga bahagian utama lapisan tisu iaitu epidermis, dermis dan
hipodermis.
a) Lapisan epidermis.
o Lapisan epidermis merupakan lapisan kulit yang paling luar yang mempunyai
empat lapisan. Lapisan paling luar adalah corneum stratum. Lapisan kedua
dan ketiga terdiri daripada granulosum strata dan stratum lucidum. Lapisan
yang paling penting dalam epidermis adalah stratum germinativum.
b) Lapisan dermis
o Lapisan dermis terletak pada bahagian bawah epidermis. Lapisan ini sangat
tebal pada telapak tangan dan sangat nipis pada bahagian mata. Kelenjar
peluh juga wujud pada lapisan dermis ini dan berfungsi untuk mengumpul air
dan bahan buangan dari saluran darah.

c) Lapisan hipodermis
o Lapisan hipodermis merupakan lapisan terakhir kulit yang mengandungi tisu-
tisu adipos yang berfungsi sebagai pelindung kepada organ-organ bawah
kulit.

Rajah 1 : Struktur kulit

2. Anatomi seterusnya bagi sistem integumentari adalah rambut. Rambut terbentuk


daripada pertumbuhan sel epidermis ke dalam dermis yang dikenali sebagai folikel
rambut. Rambut terbentuk daripada gandaan sel bulb yang menolak ke bahagian
atas. Sel ini akan mati yang akan menjadi keratin. Selain itu, kelenjar sebum juga
merupakan anatomi dalam sistem integumentari. Kelenjar sebum mengandungi sel
yang merembeskan bahan minyak iaitu sebum ke folikel rambut. Kelenjar sebum
yang muncul di sekitar folikel rambut yang menolong menyimpan dan melembabkan
persekitaran rambut dan kulit.
Rajah 2 : Anatomi rambut dan kelenjar sebum

3. Kuku juga terlibat dalam sistem integumentari. Kuku merupakan sel yang diubah suai
daripada epidermis. Fungsi kuku adalah untuk membantu dalam menggenggam dan
memegang sesuatu benda. Kuku juga bertindak untuk meningkatkan sensitiviti dari
hujung jari. Seteursnya, kuku tangan memanjang lebih cepat berbanding kuku kaki
pada suhu yang tinggi.
Rajah 3 : Sktruktur kuku

4. Kelenjar peluh ini ada di merata-rata keseluruhan kulit. Kelenjar peluh berfungsi
untuk mengkumuhkan sisa-sisa terbuang dari sistem peredaran darah. Pada
kawasan seperti ketiak dan pangkal paha, kelenjar apocrine turut hadir. Ia adalah
satu lagi jenis kelenjar peluh yang mempunyai saiz yang besar dan merupakan
penyumbang yang utama kepada penghasilan bau badan. Fungsi kelenjar peluh
adalah untuk regulasi suhu badan.

Rajah 4 : Kelenjar peluh

Rumusan
1. Setelah mengkaji laporan ini, para pelajar dapat megenalpasti anatomi
dan sistem integumentari.
2. Para pelajar dapat mengetahui bahawa sistem integumentari mempunyai
pelbagai kegunaan pada tubuh badan.
3. Laporan ini dapat membantu para pelajar menerangkan secara terperinci
berkaitan anatomi dan sistem integumentari.
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD IDRIS BIN S. SYED AHAMED

NAMA PELAJAR : AMEER RIF’AD BIN SULAIMAN

KELAS : PENDIDIKAN JASMANI

NO. K/P : 021019-07-0731

ANGKA GILIRAN : 2021232340131

AMBILAN : JUN 2021

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

IPG : KAMPUS PERLIS


AMALI 3

Tajuk Amali

Sistem Tuas (fulkrum, beban, daya) dan Jenis Pergerakan

Objektif

1. Tujuan utama amali ini dilakukan adalah untuk memastikan para pelajar mengetahui
ilmu berkaitan sistem tuas yang terdiri daripada fulkrum, beban, daya.
2. Para pelajar dapat menerangkan jenis pergerakan yang melibatkan sistem tuas
dengan baik dan jelas.

Prosedur

1. Pensyarah menghantar bahan bacaan berkaitan sistem tuas dan jenis pergerakan di
Google Classroom.
2. Para pelajar membaca dan memahami bahan bacaan tersebut.
3. Para pelajar juga mencari bahan rujukan tambahan di internet berkaitan sistem tuas
dan jenis pergerakan sebagai ilmu tambahan.

Keputusan

1. Tuas merupakan satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Sistem tuas
terdiri daripada fulkrum, beban dan daya.
2. Tuas terbahagi kepada tiga kelas :
a) Tuas kelas pertama
 Tuas kelas pertama berlaku apabla fulkrum berada di antara daya dengan
beban. Fungsi tuas kelas pertama adalah untuk menghasilkan
keseimbangan pergerakan. Contoh aktiviti yang melibatkan tuas kelas
pertama ialah aktiviti merejam lembing dan melontar peluru.

 Contoh pergerakan yang melibatkan tuas kelas pertama dalam badan


manusia adalah seperti rajah di bawah.

b) Tuas kelas kedua


 Tuas kelas kedua berlaku apabila beban berada di antara fulkrum dengan
daya. Contoh aktiviti yang melibatkan tuas kelas kedua adalah seperti lompat
jauh.
 Contoh pergerakan yang melibatkan tuas kelas kedua dalam badan manusia
adalah pergerakan calf raise seperti rajah di bawah.

c) Tuas kelas ketiga


 Tuas kelas ketiga berlaku apabila daya berada di antara fulkrum dengan
beban. Contoh aktiviti bagi tuas kelas ketiga ialah menolak bola hoki dan
menyepak bola.
 Contoh pergerakan yang melibatkan tuas kelas ketiga dalam badan manusia
ialah seperti pergerakan biceps curl.

Rumusan

1. Setelah mengkaji laporan ini, para pelajar dapat mengetahui bahawa terdapat
tiga kelas tuas yang terdapat dalam sistem tuas iaitu tuas kelas pertama, tuas
kelas kedua dan tuas kelas ketiga.
2. Para pelajar dapat mengaplikasikan ketiga-tiga kelas dalam sistem tuas ini
dalam kehidupan seharian.
3. Para pelajar dapat menerangkan secara terperinci berkaitan sistem tuas yang
terdiri daripada fulkrum, beban dan daya.

Anda mungkin juga menyukai