Anda di halaman 1dari 2

3.

0 PRINSIP LATIHAN i) Intensiti Intensiti adalah komponen kualitatif kerja yang dilakukan oleh atlit bagi satu jangka masa yang diberi dalam sesuatu latihan sukan. Lebih banyak kerja yang dilakukan oleh atlit dalam satu jangka masa yang diberikan, maka lebih tinggilah intensitinya. Intensiti juga boleh dirujuk sebagai kelasakan sesuatu latihan yang diberikan dan diukur melalui kadar kelajuan (meter per saat) bagi pencapaian jarak atau berat dalam kilogram bagi aktiviti melawan rintangan. Sekiranya intensiti senaman terlalu rendah, ia tidak dapat meningkatkan tahap kecergasan.Jika intensiti terlalu tinggi pula ia mungkin

menyebabkan kecederaan. Oleh itu, intensiti boleh diertikan sebagai darjah kesukaran latihan. Sebelum menjalankan latihan LSD, kita digalakkan menentukan intensiti jeda kerja supaya ia mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri. ii) Ansur maju Memulakan latihan ini dengan perlahan dan tingkatkan secara beransuransur atas jaraknya. Mencatatkan kadar nadi rehat sebelum membuat latihan LSD Menambah intensiti latihan secara berperingkat o Pemain yang beru belajar 60% o Pemain yang lebih mahir 70-90% iii) Kepelbagaian Bagi orang yang gemar berjaga malam tentunya tidak sesuai tentunya tidak sesuai merancang latihan ini seawall pada pukul lima pagi dan orang yang mudah terjaga pada waktu pagi tentunya sukar melakukan latihan ini pada waktu malam.

Memilih tempat scara suka hati tetapi syaratnya mestilah di tempat yang selamat.

iv) Kekerapan Digalakkan membuat latihan ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya dapat mengekalkan daya tahan kardiovaskular. v) Keselamatan Memulakan dengan aktiviti memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa latihan. Memakai kasut yang berlapik dengan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan kecederaan kaki. Pakaian hendaklah bersesuaian, longgar, selesa dan mudah serap peluh. Jangan melakukan latihan ini semasa lapar atau kenyang kerana pada masa itu darah dalam tubuh kita adalah mengalir dengan perlahan. Digalakkan membawa gula-gula atau manisan bersama untuk makan sekiranya berasa pening kerana hipoglisemia iaitu paras glukos rendah. Berhenti dengan serta merta jika mengalami ketidakselesaan (rasa nak muntah), sakit atau pening. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan selepas habis latihan seperti aktiviti regangan. Pastikan mengambil minuman yang secukupnya sebelum dan selepas latihan.

Anda mungkin juga menyukai