Anda di halaman 1dari 11

BELAJAR BAHASA MELAYU

(PERIBAHASA)

bersama
dengan
Cikgu Teoh
Peribahasa 1

bagai aur dengan tebing


守望相助 / 分工合作

orang yang suka bertolong-tolongan


Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing membersihkan
kawasan sekolah.
Peribahasa 2

gulung tikar
生意倒闭

perniagaan bankrap
Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaan Abu
merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.
Peribahasa 3

selalu bertengkar

Perangai dua beradik


itu bagai anjing
dengan kucing,
seperti anjing dengan kucing pantang berjumpa
时常争吵 sahaja mereka pasti
bertengkar.
Peribahasa 4

rambang mata
眼花缭乱

tidak tahu yang mana satu yang hendak dipilih kerana


banyak pilihan
Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang
cantik-cantik itu.
Peribahasa 5

hidung tinggi
骄傲

sombong

Chee Meng tidak disenangi oleh kawan-kawan kerana dia


bersikap hidung tinggi.
Peribahasa 6

kera sumbang
孤僻 / 不喜欢与他人来往

orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan


malam itu kerana dia seorang yang pemalu.
Peribahasa 7

bagai pinang dibelah dua /


seperti cincin dengan
permata
郎才女貌 / 十分匹配
pasangan yang sama padan
Pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua sedang
bersanding di atas pelamin.
Peribahasa 8

bagai murai tercabut ekor /


mulut murai
爱说话
Siti yang bercakap bagai
murai tercabut ekor itu

orang yang banyak telah didenda berdiri di atas


kerusi kerana membuat
bercakap
bising di dalam kelas.
Peribahasa 9

bagai kera mendapat bunga


不会珍惜所得到的东西

Seseorang yang tidak tahu menghargai


pemberian orang lain
Ain bagai kera mendapat bunga kerana hadiah yang
kuberikan kepadanya itu tidak dihargainya sama sekali.
Peribahasa 10

gaji buta
白领薪水

gaji tanpa bekerja


Aini hanya makan gaji buta di syarikat itu sebab dia selalu
curi tulang.

Anda mungkin juga menyukai