Anda di halaman 1dari 5

Komunikasi intrapersonal Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam

m diri komunikator sendiri. Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari pesanpesan. Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan. Berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya. Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator.

CIRI-CIRI Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri). Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri. Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia. Mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku).

Contoh: Muhasabah Diri * menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Berdoa * memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala.

Bersyukur * berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain. Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain. CIRI-CIRI Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang. Biasanya berbentuk : - dialog - bercirikan tolak ansur lisan (verbal) orang biasanya mencelah antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.

CARA-CARA Komunikasi Antara Dua Individu Merupakan satu bentuk dialog Berlaku apabila seseorang berkomunikasi secara personal terus sebagai seorang individu Contoh : Hani dan Yazed berbincang mengenai masa depan rumah tangga mereka. Komunikasi Melibatkan Lebih Dua Individu Secara am terbahagi kepada dua : o Secara Formal Berlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat tanpa gangguan kepada satu kumpulan orang. Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala. Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi pendengar.

Contoh : Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi.

o Secara Tidak Formal Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea, perasaan dan maklumat. Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan dengan gangguan iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah. Contoh : Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.

Anda mungkin juga menyukai