Anda di halaman 1dari 210

Modul

MPU 3123
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Ghazali Darusalam
Isi Kandungan
.....................................
Panduan Kursus

Topik 1 : Pengenalan Ilmu Tamadun


Pengenalan
1.1 Konsep Tamadun
1.2 Ciri Tamadun
1.3 Prinsip Tamadun
1.4 Matlamat Tamadun
1.5 Sumber Tamadun
1.6 Perbezaan Dan Hubungan Tamadun Dengan Kebudayaan
1.7 Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 2 : Tamadun Islam


Pengenalan
2.1 Difinisi Tamadun Islam
2.2 konsep tamadun islam
2.3 asas-asas tamadun islam
2.4 keistimewaan tamadun islam
2.5 sumber pembinaan tamadun islam
2.6 matlamat tamadun islam
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 3 : Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Kesejahteran Hidup


Insan Sejagat
Pengenalan
3.1 Bidang Sosial
3.2 bidang ekonomi
3.3 bidang perubatan
3.4 bidang mathematik
3.5 bidang astronomi
3.6 bidang seni muzik
3.7 bidang seni bina
3.8 bidang seni kaligrafi
3.9 bidang seni sastera
3.10 bidang politik
3.11 bidang sejarah
3.12 bidang geografi
3.13 bidang industri
3.14 bidang pertanian
3.15 bidang zoologi
3.16 bidang fizik
3.17 bidang falsafah
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 4 : Tamadun Melayu


Pengenalan
4.1 Konsep Tamadun Melayu
4.2 Pembentukan Tamadun Melayu
4.3 Ciri-Ciri Tamadun Melayu
4.4 Hubungan Tamadun Melayu Dengan Islam
4.5 Tamadun Melayu Asas Tamadun Malaysia
4.6 Tamadun Melayu Asas Tamadun
Malaysia
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 5 : Sumbangan Dan Hasil Pencapaian Tamadan Melayu Terhadap


Peradaban Dunia
Pengenalan
5.1 Pencapaian Tamadun Melayu
5.1.1 Kerajaan Dan Sistem Pemerintahan
5.1.2 Ekonomi
5.1.3 Pendidikan
5.1.4 Perundangan
5.1.5 Agama Dan Adat Istiadat
5.1.6 Komunikasi
5.1.7 Bahasa, Tulisan, Persuratan Dan Sastera
5.1.8 Kemahiran Pembuatan
5.1.9 Kesenian
5.1.10 Sains Dan Teknologi
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 6 : Tamadun China


Pengenalan
6.1 Kemunculan Tamadun China
6.2 Pembentukan Tamadun China
6.3 Zaman Pembentukkan Tamadun China
6.4 Unsur-Unsur Tamadun China
6.5 Hubungan Tamadun China Dan Kebudayaan
6.6 Hubungan Tamadun China Dengan
Tamadun Melayu
6.7 Peranan Tamadun China Dalam Pembinaan
Budaya Malaysia
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 7 : Tamadun China Dan Sumbangannya Terhadap Peradaban Dunia


Pengenalan
7.1 Ekonomi
7.2 Ketenteraan
7.3 Pertanian
7.4 Perusahaan
7.5 Pemerintahan Dan Pentadbiran
7.6 Kebudayaan
7.7 Perayaan
7.8 Kemasyarakatan
7.9 Sains Dan Teknologi
7.10 Kesusasteraan
7.11 Kalendar
7.12 Perundangan
7.13 Politik
7.14 Pendidikan
7.15 Perubatan
7.16 Astronomi
7.17 Mathematik
7.18 Falsafah, Agama Dan Kepercayaan
7.19 Sistem Tulisan
7.20 Kesenian
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 8 : Tamadun India


Pengenalan
8.1 Pembantukkan Tamadun India
8.2 Nilai Tamadun India
8.3 Unsur Utama Tamadun India
8.4 Keistimewaan Tamadun India
8.5 Hubungan Tamadun India Dengan Tamadun Negara Lain
8.6 Hubungan Tamdun India Dengan Kebudayaan
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 9 : Sumbangan Tamadun India Terhadap Beradaban Dunia


Pengenalan
9.1 Sistem Sosial Dan Kekeluargaan
9.2 Sastera
9.3 Falsafah
9.4 Bahasa
9.5 Sains Sosial
9.6 Ilmu Perubatan
9.7 Seni Bina Dan Perbandaran
9.8 Seni Ukir
9.9 Seni Halus
9.10 Seni Muzik
9.11 Seni Tarian
9.12 Seni Lukis
9.13 Agama
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 10 : Isu-Isu Semasa Dan Masa Hadapan Berkaitan Dengan Tamadun


10.1 Persamaan Dan Perbezaan Tamadun Melayu,
China Dan India
10.2 Keilmuan Asas Kesinambungan Peradaban
Manusia
10.3 Sistem Nilai Dan Jatuh Bangunnya Sesebuah
Tamadun
10.4 Pertembungan Tamadun Barat Dan Timur
Serta Impaknya Terhadap Pascamodenisme.
10.5 Realiti Globalisasi Dan Cabaran Abad Ke-21
10.6 Pengaruh Isme Barat Terhadap
Tamadun Asia
10.7 Persefahaman Antara Pelbagai
Tamadun Menjana Kesatuan
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan
PANDUAN KURSUS
PENGENALAN

Kursus MPU3123 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia adalah satu kursus yang
ditawarkan oleh Open University Malasysia (OUM) di bawagh seliaan Fakulti
Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan mengambil masa
selama 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

Kursus ini ditujukan kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda.
Pelajar-pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang apa sahaja akan
mengambil kursus ini sebagai matapelajaran minor. Sila baca dengan teliti Panduan
Kursus ini sebelum merujuk kepada isi kandungan kursus. Panduan ini
menerangkan objektif kursus, sinposis kursus, organisasi kursus dan kaedah
penilain.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan kepada piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukan 40


jam pembelajaran bagi setipa jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaraan. Anggaran penggunaan masa adalah seperti
berikut:

Jadual 1 : Anggaran PeruntukanMasa bagi Kursus

Aktiviti Jam
Membaca modul dan menyiapkan latihan 70
Menghadiri lima sesi tutorial pada kadar 2 jam setiap sesi 10
Perbincangan atas talian 6
Menyiapkan tugasan 24
Ulang kaji / Amali al-Quran 10
Jumlah 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan konsep, ciri dan keistimewaan sesebuah tamadun
2. Mengaitkan sesebuah tamadun dengan hasil pencapaiannya
3. Menyelesaikan masalah dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pertembungan antara Tamadun Melayu, China dan India.
4. Merancang strategi meningkatkan amalan peradab ketamadunan dalam
konteks perguruan
5. Membina watak sebagai individu dan bangsa yang bertamadun

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan definisi, prinsip, asas, ciri,


keistimewaan,konsep, matlamat dan sumber pelbagai jenis tamadun seperti
Tamadun Islam, Melayu, China dan India. Kursus ini juga mengenengahkan
sumbangan atau hasil pencapaian Tamadun Islam dan Tamadun Asia terhadap
kesejahteraan manusia sejagat tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan negara.
Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami pembentukan
sesebuah tamadun sehingga kejayaannya dalam mencapai peradaban yang tinggi
melalui pelbagai aspek seperti; kerajaan dan pentadbiran, kemasyarakatan,
kebudayaan, bahasa dan komunikasi, kesusasteraan, sains dan teknologi, sains
sosial, agama, keseniaan, falsafah dan sebagainya serta interaksinya antara satu
tamadun dengan tamadun yang lain. Kandungan kursus ini juga disusun agar
membolehkan para pelajar saling mengenali kehebatan sesebuah tamadun bangsa
dan negara bagi melahirkan satu generasi bangsa Malaysia yang berpengetahuan
tinggi, berbudaya mulia, beradab, berdaya saing, beretika, berintegriti, memiliki
semangat patriotisme yang tinggi serta sentiasa mengutamakan perpaduan dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat.

PERISIAN

Berikut aadalah perisian sepuluh topik perbincangan di dalam kursus ini.

Topik 1 : Pengenalan Ilmu Tamadun


Rentetan sejarah kewujudan manusia di dunia ini sejak sepuluh ribu tahun sebelum
masihi turut membawa kepada penemuan-penemuan yang mengkagumkan
daripada pelbagai hasil ‘man-made’ yang datangnya daripada sesuatu bangsa.
Tamadun manusia bermula daripada zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun
yang lebih maju seperti; tamadun Mesir, Yunan. Romawi, Byzantrium, Parsi, China,
India dan Islam. Setiap negara dan bangsa memiliki tamadunnya tersendiri yang
berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana mereka.

Topik 2 : Tamadun Islam


Terminologi tamadun Islam amat sinonom dengan konsep; madaniyyat, hadharah,
Thaqafah dan umran. Keempat-empat istilah inilah yang membezakan tamadun
Islam dengan tamadun lain didunia ini khususnya dari segi konsep, asas.
Keistimewaan dan sumber tamdunnya. Para sarjana Islam telah banyak
menghasilkan pelbagai karya dan khazanah materi yang memberi kecemerlangan
hidup didunia Islam.

Topik 3 : Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Kesejahteran Hidup Insan


Sejagat
Keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan yang
amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Hasil
pencipataan karya para sarjana Islam boleh ditemui dalam pelbagai bidang seperti;
seni bina, astronomi, ekonomi, kesenian, politik, ilmu pengetahuan, sejarah,
geografi, pertanian, sains, falsafah dan lain-lain yang telah melahirkan tokoh-tokoh
ternama yang sangat ramai. antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-
Biruni dan sebagainya.

Topik 4 : Tamadun Melayu


Tamadun Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara sejak zaman puleolitik.
Pembentukan tamadun Melayu adalah berteraskan kepada agama Islam, adat dan
budaya, samada berlangsung secara defusi dan integrasi antara lingkungan etnik
dan geografi di nusantara. Banyak sumbangan dalam tamadun Melayu yang
mewarnai bangsa Malaysia bermula daripada penempatan, artifak, pembinaan,
sistem pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, keilmuan, intelektual,
pertahanan, keseniaan dan kebudayaan dan sebagainya.

Topik 5 : Sumbangan Dan Hasil Pencapaian Tamadun Melayu Terhadap


Peradaban Dunia
Tamadun Melayu adalah satu tamadun secara keseluruhannya dibangunkan oleh
bangsa Melayu yang berteraskan Bahasa dan budaya Melayu setelah kedatangan
dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu. Hasil pencapaian ini
dibuktikan dalam banyak bentuk seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya,
sains dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga
hari ini. Pencapaian ini juga menggambarkan masyarakat Melayu mampu berusaha
sendiri dan berhadapan dengan segala perubahan zaman yang mendatang.
Pencapaian Tamadun Melayu boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu merangkumi
tiga elemen penting; aspek material (kebendaan), intelektual (ilmu pengetahuan)
dan spritual (agama/kepercayaan).

Topik 6 : Tamadun China


Tamadun China telah lama wujud bermula di lembah sungai Hwang Ho (sungai
kuning) sekitar 5000 S.M. Oleh kerana sungai Hwang Ho menjajari sungai-sungai
lainnya seperti; sungai Nil (Mesir), Tigris (Iran), Euphrate (Iraq) dan Indus (India)
maka tamadun China dan tamadun lainnya di Asia saling asimilasi. Tamadun China
banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dalamannya bermula daripada kepelbagaian
etnik, perkahwinan, upacara keagamaan , bahasa dan sebagainya. Banyak
sumbangan daripada tamadun china terhadap peradaban dunia seperti: sistem
tulisan, kesenian dan kesusasteraan, sains dan teknologi, kalendar, astronomi,
matematik, falsafah dan agama.

topik 7 : Sumbangan Tamadun China Terhadap Beradaban Dunia


Tamadun China yang dibina sejak 4000 tahun yang lalu telah membawa kepada
kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan
kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, sosial, falsafah,
kesusasteraan, perundangan, perubatan, methematik dan perekonomian.
kegemilangan Tamadun China turut memberi sumbangan kemajuan dan
kemakmuran kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Sebagai
contohnya pembinaan tembok besar China merupakan salah satu daripada tujuh
keajaiban dunia seiringan dengan piramid di Mesir, taman tergantung Babylon di
Iran dan taj mahal di India.

Topik 8 : Tamadun India


Perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjodaro di
Harrapa sekitar lembah sungai Indus yang berkembang sejak 2500 S.M. Pencapaian
tamadun India sezaman dengan tamadun purba Mesir dan Babylonia. Asas
tamadun India ialah agama Hindu melalui seni bina kuil sejak zaman Gupta 320-540
masihi. Pelbagai sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India diperkayakan lagi
dengan kemunculan kaum Arya (1500 S.M) yang juga turut menambah peradaban
dunia melalui; kebudayaan (cara hidup, keseniaan dan muzik), sistem perbandaran,
pemerintahan, seni bina bangunan, kesusteraan Bharata, astronomi, matematik,
Sains dan perubatan dan lain-lain.

Topik 9 : Sumbangan Tamadun India Terhadap Beradaban Dunia


Tamadun India adalah tamadun tertua di dunia muncul kira-kira 3000 SM. Tamadun
India berpusat di sekitar lembah Sungai Indus yang dikenali sebagai ‘Harrapa’.
Keunikan Tamadun India terletak pada pengaruhnya terhadap ketiga-tiga agama
besar dunia iaitu Hindu, Buddha dan Islam. Daripada tiga agama terbesar inilah
lahirnya sumbangan dan hasil pencapaian Tamadun India yang dilihat daripada
pelbagai sudut seperti; kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan dan
pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan,
pendidikan dan keilmuan, Sains dan Teknologi, kesenian, falsafah, arkitektur dan
sebagainya.

Topik 10 : Isu-Isu Semasa Dan Masa Hadapan Berkaitan Dengan Tamadun


Asas pembinaan tamadun sesuatu bangsa dan sesebuah negara terletak pada ilmu
dan intelektual, bangsa yang berilmu adalah bangsa yang bertamadun tetapi harus
diingat ada isu lain yang lebih penting darinya iaitu sistem nilai yang diamalkan
oleh bangsa dan negara berkenaan, ini kerana jatuh bangunnya sesebuah tamadun
juga berpunca daripada keruntuhan nilai yang dianuti. Dunia dan isi masyarakatnya
diabad ke-21 hidup dipenuhi dengan pelbagai konflik yang secara nyatanya kesan
daripada pertembungan dua tamadun besar; barat dan timur seperti ungkapan ‘east
is east, west is west, never twin shall meet, inilah reality dan impak daripada arus
globalisasi dan jajaan isme/ideologi barat zaman post-modernism. Untuk mencari
masa hadapan yang lebih baik, lebih cerah, lebih harmonis perlu wujud
persefahaman antara dua tamadun ini demi eksistensi manusia di bumi Tuhan yang
fana’ ini.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya,
susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran : Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membcaa setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan
dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda
telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-
perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak
kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada telah memahami kandungan
sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan
kelak. Kebanyakkan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam
modul itu sendiri.

Aktiviti : Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


semua topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memeperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.
Rumusan : Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci : Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang
digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan : Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik, atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus ( di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia adalah kursus
berstatus wajib MQA.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myLMS.


Topik 1

Pengenalan
Ilmu
Tamadun
HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami maksud tamadun
2. Mengetahui konsep, ciri, prinsip, matlamat dan sumber tamadun
3. Menganalisis perbezaan dan hubungan tamadun dengan kebudayaan
4. Menilai persamaan dan perbezaan antara tamadun

 PENGENALAN

Seorang sarjana bernama Courtland Canby (1980) telah menyenaraikan rentetan


tamadun manusia yang bermula sejak 10,000 S.M. Ia bermula di Timur Tengah pada
zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti; tamadun Mesir
(Saba’ dan Samarra’), Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi, China, India
dan Semenanjung Arab. Pembinaan tamadun dan peradaban oleh bangsa dan
negara-negara berkenaan berlaku secara evolusi yang didukung oleh para
sarjananya yang memiliki keilmuan yang tinggi sehingga dapat menyumbangkan
hasil-hasil kesarjanaan mereka kepada keperluan bangsa dan negaranya. Sejarah
kewujudan manusia di dunia ini juga turut membawa kepada penemuan-penemuan
yang mengkagumkan daripada pelbagai hasil ‘man-made’ yang datangnya daripada
sesuatu bangsa. Setiap negara dan bangsa memiliki tamadunnya tersendiri yang
berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana mereka. Pembentukan tamadun
berasaskan kepada ilmu dan kesarjanaan. Sejarah juga telah membuktikan kepada
kita bahawa sewaktu memuncakknya sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan
kehadiran bagitu ramai para cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang
dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.

Tamadun Barat Moden yang sedang kita saksikan sekarang merupakan peradaban
baru yang begitu dikagumi oleh seluruh penghuni dunia itu juga tidak terlepas
daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin diterapkan oleh tamadun
tersebut. Tetapi malangnya tamadun moden kini sama ada yang muncul di dunia
Barat mahu pun di sebelah Timur rata-rata tidak bertunjangkan kepada sistem nilai
moral dan agama. Akhirnya kita menyaksikan dua aspek yang terpecah dan
terpisah, di mana pembangunan material nampaknya begitu hebat pada satu sisi
lain pembangunan rohaninya kelihatan bejat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan
sesuatu tamadun yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara lambat launnya
akan hancur. Peperangan, berbalahan etnik dan agama, ketamakan kuasa politik dan
perebutan sumber ekonomi menjadi punca runtuhnya sesebuah tamadun yang telah
dibina sekian lama akan runtuh sekelip mata sahaja.

1.1 KONSEP TAMADUN

Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis
Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Sesetengah
serjana pula berpendapat Ibnu Khladunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah
‘tamadun’ yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari sudut etimologi dalam Bahasa
Inggeris, tamadun selari dengan perkataan civilization. Perkataan ini diambil
daripada bahasa Latin ‘Civitas’ yang bererti bandar atau City, atau proses urbanisasi,
dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan ciri asas peradaban
manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar. civilization juga bermaksud
tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam
membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat
negara. Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku
Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.

Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan


dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama
pengertiannya dengan parkataan ‘tamadun’ ialah perkataan ‘peradaban’ yang
membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani).

Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan


dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah
tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau
didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang
tinggi peradabannya. Tokoh-tokoh Barat (Eropah) seperti Max Weber, Dancy
Rebeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell, David Rodnick dan lain-lain (sarjana Sains
Kemasyarakatan) melihat konsep tamadun daripada perspektif ‘materi’ (kebendaan)
semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di mana
kebudayaan mencakupi aspek; bahasa, cara berfikir, agama, adat resam,
kepercayaan, kesenian dan lain-lain. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran.
Manakala Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) pula seperti; Ibnu Khaldun,
Muhammad al Bahi, Syed Muhammad al-Nquib al-Attas, M.A.J Beg dan lain-lain
mengatakan bahawa tamadun bukan berdasarkan kepada aspek materi semata-mata
atau akal fikiran sahaja sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek
kerohanian (agama) iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan
kebudayaan yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis adalah bukan tamadun
dan kebudayaan Islam. Menurut mereka tamadun adalah kesepaduan pencapaian
manusia dalam aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam
bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan,
perundangan dan politik. Tamadun menurut mereka adalah beberapa situasi dan
kondisi yang melebihi daripada apa yang ada dalam konteks kemajuan. Dengan itu
tamadun membawa makna; segala kemajuan dan perkembangan yang mencakupi
kegiatan manusia yang meliputi semua aspek kebudayaan, keilmuan dan agama
manusia.

Tamadun Mesir Purba


(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&sourc)

AKTIVITI 1.1
(a) Jelaskan perbezaan konsep tamadun daripada sudut pandangan Zurji
Zaidan dan Ibnu Khaldun
(b) Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun daripada perspektif
Barat dan Timur

1.2. CIRI TAMADUN

Dari dekat ke abad, manusia menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk menyesuaikan
kehidupan mereka dengan alam persektiaran. Perubahan ini bergantung kepada
pencapaian keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Proses pembentukan
tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua
aspek ini. Perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat dilihat dalam sebuah
negara yang bertamadun. Antara cirri-ciri tamadun adalah;
1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan
Kota (Urbanisasi)
Ciri utama kelahiran tamadun ialah kehidupan manusia ketika itu yang hidup lebih
teratur dan bersistematik. Mereka ingin memastikan bekalan makanan mereka
mencukupi dan berterusan. Pada masa ini, manusia menetap di suatu tempat.
Mereka memilih persisiran sungai sebagai penempatan kerana lembah sungai yang
subur amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi pengeluaran makanan. Selain itu,
sungai juga amat kaya dengan sumber bekalan makanan. Manusia juga boleh
menggunakan sungai sebagi salah satu jalan pengangkutan. Dengan adanya bekalan
air yang mencukupi, ia memainkan peranan yang penting dalam menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan dan
perdagangan.

Seterusnya, dari perusahaan pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan


bahan makanan dan penternakan binatang. Masyarakat ketika ini, lebih maju dan
berdaya saing dalam mencipta peralatan baru seperti cangkul untuk memudahkan
aktiviti pertanian. Tambahan pula, mereka turut membina empangan dengan
menggunakan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan
bagi menampung keperluan asas kehidupan. Contoh, penempatan awal bermula di
Mesir iaitu sejak tahun 7000 Sebelum Masihi lagi. Kesinambungan daripada
berlakunya Revolusi Pertanian, akhirnya membawa kepada kemunculan banyak
bandar baru. Antara bandar yang muncul ketika ini ialah Memphis, Dhilkah dan
Thebes.

1.2.2 Pembahagian kerja Secara kolektif


Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia, setiap anggota masyarakat
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, pengkhususan
pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran menjadi
amalan mereka. Kewujud pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, penternak, dan
nelayan menjadikan kehidupan masyarakat ketika ini seimbang dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Barangan atau produk dihasilkan oleh ahli
komuniti ini secara tidak langsung membawa kepada proses pertukaran antara
barang dengan barang sesama mereka bagi memenuhi tuntutan keperluan seharian.

Proses pertukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai sistem barter. Ketika
itu, penggunaan mata wang masih belum berkembang. Sistem barter inilah yang
menjadi asas kepada aktiviti perdagangan yang berlaku pada zaman tersebut.
Sebagai contoh, tamadun China mengkhusus dalam pengeluaran kain sutera. Hasil
daripada kepelbagaian pengkhususan pekerjaan, akan mempercepatkan lagi proses
urbanisasi dan perkembangan tamadun. Kesannya, berlaku hubungan dengan
tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan
budaya berlaku antara masyarakat.

1.2.3 Stratifikasi Dan Organisasi Sosial


Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang
mencakupi pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula
daripada sebuah keluarga kecil kemudian menjadi sebuah masyarakat yang
kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid secara stratifikasi
(bersusun lapis). Pemimpin atau raja menggunakan unsur relegi dan magis atau
mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai
pemerintah. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah
membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki
kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan
sebagai pentadbir. Golongan teknokratik menjadi pemimpin diikuti oleh
pembesar istana dan seterusnya ahli agama, golongan
pendeta dan paling rendah adalah golongan rakyat.

Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan


dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa serta
harta benda. Contoh kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan
masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi.

1.2.4 Tulisan dan Komunikasi


Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan
ilmu pengetahuan dalam proses pembentukkan tamadun. Hasilnya dapat dilihat
sehingga ke hari ini. Pada awalnya tulisan dipahati dalam bentuk gambar, simbol,
atau berbentuk pepaku. Tulisan-tulisan ini digunakan untuk menceritakan kesah
dan peristiwa sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan alat bagi melahirkan
idea-idea secara kronoligi seperti perundangan, pengetahuan serta memudahkan
pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada zaman ini.

Bahasa amat penting untuk tujuan komunikasi dan penyebaran ilmu pengetahuan
di dalam sesebuah masyarakat dan juga mejadi medium antara sesebuah
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tulisan amat penting untuk tujuan urusan
pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal-hal
keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan instrument paling penting untuk
menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea pemikiran manusia.

Sistem tulisan adalah alat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, antara bahasa yang
tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. Contoh tulisan awal ialah tulisan Heiroglif
iaitu tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik , halus dan penuh
kesenian pada makam dan batu. Tulisan Cuneiform pula tulisan bergambar yang
dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh
masyarakat Mesopotamia untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan. Sistem
tulisan berbentuk pepaku pula dihasilkan oleh orang Sumeria. Tulisan Piktograt
pula telah dicipta oleh masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi.
Tulisan Histogram merupakan tulisan yang berbentuk simbol.

1.2.5 Sistem Agama Dan Kepercayaan


Agama adalah fitrah manusia, manusia memerlukan agama supaya ia mengetahui
matlamat hidup agar tidak tersasar daripada destinasi yang ingin ditujuinya.
Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan perkara yang
dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun. Pada awal ketamadunan, masyarakat
mengamalkan kepercayaan secara berevolusi bermula daripada naturalisme atau
penyembahan kepada alam semula jadi seperti pokok, batu dan sebagainya,
beransur kepada kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib
yang menguasai alam sekeliling seperti roh, kemudiaannya dinamisma iaitu
penyembahan kepada unsur supernatural seperti matahari, api, angin dan petir
yang dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga
keamanan dan kemakmuran hidup. Dari masa ke semasa, secara evolusi
kepercayaan bertukar menjadi agama yang menjadi pegangan hidup mereka.

Selain itu, terdapat amalan politeisme iaitu penyembahan banyak Tuhan seperti
menyembah dewa-dewi yang mana dewa dewi juga dipercayai mempengaruhi
kehidupan seharian manusia. Mereka mempercayai jika tidak disembah, dewa-dewi
akan membawa marah dan boleh mendatangkan malapetaka seperti banjir serta
kemarau. Amalan Politeisme ini diamalkan ketika zaman tamadun Indus yang
mana mereka menyembah dewi bermuka tiga. Masyarakat Tamadun Mesopotamia
juga mempunyai kepercayaan bahawa terdapat penyembahan dewa dewi. Ia yang
banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat oleh masyarakat Zaus.

1.2.6. Penggantian Kehidupan Normad Kepada


Kehidupan Moden Melalui Kemajuan Sains
Dan Teknologi
Pentaakulan pemikiran dan keilmuan yang tinggi melambangkan kemajuan sains
dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Kreativi dan peningkatan inovtif
dalam penciptaan teknologi dan pembinaan dibuat bertujuan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan manusia. Masyarakat awal adalah
golongan normad yang sentiasa berpindah randah dengan membuka kawasan
pertanian dan penternakan baru. Pada zaman itu mereka sudah pandai mencipta
peralatan pertanian seperti parang, bajak, cangkul kemudiannya maju setapak
dengan mecipta kincir air, roda, kapal, empangan, terusan dan perlatan peperangan.
Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan
pengangkutan. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung
kepada ketinggian sains dan teknologi. Kehidupan normadik beralih kepada
kehidupan yang lebih moden dengan penciptaan yang lebih hebat seperti robotik,
computer, telefon dan sebagainya.

1.2.7 Keseniaan Dan Estetika


Setiap unsur kesenian memiliki nilai estitika. Nilai estetika adalah perasaan indah
yang dapat dirasakan jauh ke dalam jiwa manusia. Hal ini dapat dilihat dari segi
seni lagu, seni tari, seni bina, seni ukir, lukisan, kraf dan sastera. Contoh dalam
tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan
bangsanya. MIliyad dan Odysey yang dihasilkan. Homer juga banyak menceritakan
tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani. Keindahan seni lukisan
Leonardo De Winci, Keindahan seni muzik oleh Muzad dan kelunakan taranum al-
Qur’an adalah contoh keseniaan estetika yang melambangkan ketinggian sesebuah
tamadun yang dicipta.

Keindahan seni bina Masjid


(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&sourc)

1.3 PRINSIP TAMADUN

Prinsip-prinsip tamadun mencakupi pelbagai aspek berikut:

1.3.1 Sosioekonomi

Sosioekonomi merupakan prinsip paling asas dalam mewujudkan sebuah tamadun.


Ini supaya manusia boleh menjalani kehidupan mereka dengan lebih sistematik.
Sosioekonomi menggambarkan bagaimana sesebuah masyarakat melaksanakan
aktiviti perekonomian berdasarkan sesuatu etnik dan kaum. Pada asalnya sesuatu
kaum melambangkan kegiatan penguasaan perekonomiannya seperti kaum China
dengan perniagaannya, masyarakat dengan pertanian estetnya dan kaum Melayu
dengan pertanian. Pendidikan dan keilmuan telah mengubah persepsi ini di mana
pada zaman pasca modernisme tiada lagi berlaku penguasaan ekonomi berasaskan
kaum sebaliknya semua kaum bebas menjalankan kegiatan perekonomian mengikut
kebolehan dan minat mereka. Kebijaksanaan sesuatu kaum dalam menguasai dan
memonopolikan perekonomian melambangkan ketinggian keilmuan dan kemahiran
dalam mencipta ketamadunan bangsa.

1.3.2 Interaksi Manusia dengan Alam

Manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk terus hidup. Interaksi
dengan alam pula hendaklah dibudayakan secara kolektif. Pembudayaan idea,
tenaga, usaha dan pengalaman akan terhasil daripada interaksi antara manusia
dengan alam. Bermula dengan memahami alam dan menerokai alam, manusia
dapat mengeluarkan isi alam untuk dimanfaatkan bagi mengisi keperluan
kehidupan manusia. Penciptaan peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan
hasil mahsul bumi menunjukkan kebijaksanaan manusia dalam menggunakan
teknologi yang menjadi salah satu prinsip tamadun.

1.3.3. Daya Kreativiti Manusia

Manusia diberi akal dan pancaindera untuk berfikir serta mencari jalan
penyelesaian. Daya cipta manusia yang tinggi melambangkan tamadun sesebuah
bangsa. Bangsa Mesir contohnya telah membina piramid yang begitu unik sekali
pun dengan teknologi moden masa kini tiada satu bangsa pun di dunia ini yang
dapat menandingi ketinggian tamadun mereka.

1.3.4. Persaingan Manusia

Setiap manusia mempunyai kehendak masing-masing. Manusia perlu berhadapan


dengan dua batasan bagi memenuhi kehendaknya iaitu keupayaan diri sendiri dan
batasan sumber yang diperlukan. Ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing
antara satu sama lain. Dalam persaingan manusia sudah tentunya mereka saling
berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu idea dan pencipataan yang akhirnya
memberi manfaat kepada individu lain. Penciptaan dan inovasi baru adalah prinsip
tamadun.

1.3.5 Peminjaman Kepakaran


Manusia mempunyai keupayaan diri masing-masing dan kemungkinan berbeza
antara satu sama lain. Oleh itu, pertukaran kerjasama dan bantuan diperlukan.
Perkongsian idea atau kepakaran akan membantu menjimatkan tenaga, jarak dan
masa.

Manusia purba dan persaingan untuk mendapatkan tempat tinggal


(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&sourc)

1.4. MATLAMAT TAMADUN

Ada beberapa matlamat tamadun yang boleh dijelaskan seperti berikut:

1.4.1 Ilmu pengetahuan

Ilmu merupakan kekuatan extrinsik dan intrinsik sesuatu bangsa. Bangsa Yunan
yang hidup 2000 tahun yang lalu sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga
daripada kalangan mereka inilah lahir failasuf-failasuf terkemuka seperti Ploto,
Socrates, Hippocratic telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain di Eropah dan dunia
Arab.

1.4.2 Pencapaian material

Tamadun yang dibangunkan daripada pencapaian kebendaan melalui pelbagai


sektor ekonomi seperti; pertanian, perindustrian, perkapalan, penternakan dan
sebagainya boleh memberikan kehidupan yang sempurna kepada manusia.

1.4.3 Pengamalan agama, moral dan akhlak

Tamadun yang tinggi juga terbina daripada individu yang konsisten mengamalkan
agama dan nilai-nilai moral serta akhlak. Tamadun menghendaki setiap insan atau
bangsa bukan sahaja perlu memiliki agama bahkan diwajibkan untuk melaksanakan
segala suruhan dan menjauhi segala tegahan sesuai dengan taraf manusia sebagai
khalifah (pemimpin) di dunia ini.

1.4.4 Kesejahteraan hidup

Segala penciptaan terbaru hasil daripada kreativiti dan inovasi sesuatu bangsa telah
memberikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat. Penciptaan
komputer dan gajet-gajet terbaru contohnya memudahkan manusia melakukan
tugas dengan cepat dan dapat berkomunikasi tanpa sepadan ruang dan masa.

AKTIVITI 1.2
Lakarkan melalui peta minda:
(a) ciri-ciri tamadun berserta contoh setiap satu daripadanya.
(b) prinsip tamadun
(c) matlamat tamadun

1.5 SUMBER TAMADUN

Semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Sesebuah


tamadun mestilah bersumberkan asas-asas berikut:

1.5.1 Ilmu
Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu pengetahuan yang mengangkat
darjat ketinggian manusia berbanding dengan maklukNya yang lain. Dari ilmulah
manusia membina tamadun dan peradaban melalui pelbagai penciptaan yang
sangat maju.

1.5.2 Pemikiran

Tamadun-tamadun yang awal manusia seperti tamadun Yunan, Babylonia, Sumero-


Assyro Mesopotamia dan Mesir berkembang seiring dengan perkembangan
pemikiran, peradaban, kebudayaan dan pembangunan bangsa mereka. Melalui
pemikiran yang tinggi mereka dapat membina monumen-monumen yang dikagumi
sehingga hari ini.
1.5.3 Materi
Kebendaan adalah asas bagi pembinaan sesebuah negara, tanpa sumber dan hasil
bumi yang ada manusia tidak dapat membangunkan negara. Semakin kaya hasil
bumi sesebuah negara maka semakin tinggi kualiti tamadun yang dicipta.
1.5.4 Agama

Agama dapat membentuk peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti,


tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau
negara bangsa.

Ilmu adalah asas pembinaan tamadun


(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&sourc)

1.6 PERBEZAAN DAN HUBUNGAN TAMADUN


DENGAN KEBUDAYAAN

Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan dari sesuatu


yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna. Kebolehan
manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan
sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan
‘elite’ sesuatu masyarakat atau negara.

Menurut Kamus Dewan (1970), perkataan tamadun bermaksud kebudayaan,


peradaban, dan kemajuan. Dari segi penggunaan, peradaban adalah sinonim
dengan tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan
mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna,
maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks
penggunaannya.

Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai


masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada
tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya (termasuk persekitaran sosial)
dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula
merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam
kehidupan mereka. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila
dilihat dari dua keadaan berikut:

(a) Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh budaya.
Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu tamadun dalam
masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka kini jauh berbeza dari dahulu.
Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan
pengaruh budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh
seratus tahun ini.

(b) Tamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan budaya.
Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya
selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam
misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang
berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu
berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab
sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam. Budaya
sesesuatu tamadun biasanya terikat dengan kedudukan Geografi.

1.7 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA


TAMADUN

Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu
tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat
terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan
teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada
metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God).
Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi
monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan
Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi
kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain. Dalam konteks
melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut
dikemukakan:

1.7.1. Alam sekitar


Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima
oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar
dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai
khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan
beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah
Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu,
memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah
dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini,
namun tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam
sekitar.

1.7.2. Keluarga
Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas
pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi warisan turun-
temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan
melalui hierarki kuasa. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat
melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan
bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula
begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.

1.7.3. Komuniti

Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan


identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan
norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu,
komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada
anggota-anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan
bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan
dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

1.7.4. Kerajaan
Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau
akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan
dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang
saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun
Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh
yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India,
Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala
dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut
menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan
perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting
kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.

1.7.5. Ekonomi
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks
‘Moral Semesta’ (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak
kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold
path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram
mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini
menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap
moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan
moral manusia. Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dan sebagainya sangat
dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini
bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk
penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

1.7.6. Pendidikan
Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk
pembinaan sifat-sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran
ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensiinner-Being diberi penekanan
penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama
yang lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum
mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam.
Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.
Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam
transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran
Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

1.7.7. Kesihatan

Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam


tamadun-tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah
agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah
pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatu pandangan yang
mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih
luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati penyakit, menurut
konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses
ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya
keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras


kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-
tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam
persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud
beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan
antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk
lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya,
mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan
membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah
kehidupan yang lebih saksama.

SEMAK KENDIRI 1.1


Melalui aktiviti berkumpulan jelaskan :
(a) Perbezaan dan hubungan antara peradaban dan tamadun
(b) Cari persamaan dan perbezaan ciri-ciri tamadun yang dimiliki
oleh sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.

Perbezaanpendapat mengenai difinisi tamaduan antara sarjana Barat dan Timur


dilihat dari sudut etimologi. Barat lebih memfokuskan kepada maksud kebendaan
dengan pembentukan bandar-bandar sebagai kayu ukur pemodenan, kemajuan,
peradaban dan perubahan, manakala sarjana Timur pula mentakrifkan tamadun
dari sudut pandangan kerohanian dengan impak akhlak, moral, keimanan, hidup
dalam peraturan dan perundangan syariat disamping tidak menolak aspek materi.
Dari segi ciri-ciri tamadun ianya mencakupi aspek urbanisasi, sosial, pekerjaan,
bahasa, komunikasi, agama dan kepercayaan, sains dan teknologi dan seni estitika
sebagai manifistasi kandungan tamadun yang perlu ditunjulkan oleh sesuatu
bangsa. Interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan
ketinggian keilmuan mengisi prinsip tamadun itu sendiri. Matlamat tamadun
adalah untuk memperlihatkan kehebatan hasil penciptaan manusia dalam pelbagai
aspek kebendaan disamping pengamalan terhadap agama bagi menjamin
kesejahteran hidup manusia. Sumber tamadun diambil daripada ilmu, pemikiran,
materi dan agama. Perbezaan antara tamadun dengan kebudayaan amat ketara jika
dilihat dari segi maksud antara dua etimologinya. Tamadun memberi pengaruh
yang berkekalan sepanjang zaman, bersifat universal dan merentasi sempadan
geografi, manakala kebudayaan lebih bersifat sementara dan setiasa berubah
mengikut perubahan sesuatu kaum. Setiap bangsa dan negara memiliki tamadunnya
yang tersendiri dan setiasa dikongsi bersama secara sejagat.
SEMAK KENDIRI 1.5
Tamadun Urbanisasi
Peradaban Sosioekonomi
Kemajuan Stratifikasi
Pemodenan Dinamaisme
Perubahan Animisme
Taransformasi Naturalisma
Falsafah Estetika

Mohamad Taba. (1994). Pengenalan Tamadun Islam, al-Qur’an dan Ideologi Masa Kini, Bangi
: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim Mustafa et. all. (1972). al-Mu’jam al-Wasit, al-Maktabat al-Islamiyah.


Turki.

Kamus Dewan. (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Khaldun, Abd. Rahman Ibnu Khaldun,. (1960. Muqaddimah Ibnu Khaldun, Qaherah : Dar
al-Kutub al-Arabiyah.

Muhammad Abdul Jabar Beg. (1980). Islam and Western Concept of civilization. Kuala
Lumpur : The Universiti of Malaya Press.

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam : Fahaman Agama dan Asas Akhlak. Kuala
Lumpur : ABIM

Rebeiro, Darcy. (1968). The Civilization Process. City of Washington : Smithsonian Institution
Press.

Bell, Clive. (1973). Civilization and Old Friends. Chicago and London : The University of
Chicago Press.

Collin Renfew. (1972). Before Civilization. London : The Chaucer Press Ltd.

Ciri –ciri Tamadun, dimuat turun pada 13 Oktober 2013, dari laman www:
http://cikgucyril.webs.com/13ciriciritamadun.htm

Prinsip-prinsip tamadun, dimuat turun pada;13 Oktober 2013, dari www:


http://leowchowngtew.blogspot.com/2012/04/prinsip-prinsip-dan-sumber-sumber.html

Takrif dan Prinsip Asas Tamadun : dimuat turun pada 13 Oktober 2013, dari www:
http://www.slideshare.net/wanbk/2takrif-prinsip-asas-tamadun

Topik 2 Tamadun
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
5. Menjelaskan konsep tamadun Islam
6. Membuat grafik asas-asas tamadun Islam
7. Menilai keistimewaan tamadun Islam
8. Menganalisis sumber tamadun Islam
9. Menyenaraikan hasil karya dan monumen yang terdapat dalam
tamadun Islam
 PENGENALAN

Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia berdasarkan
kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad. Tamadun yang dibina
adalah hasil dari sumbangan para sarjana yang telah menggarap ilmu yang tinggi
hasil dari sistem pendidikan yang telah dilalui. MENURUT ROZIAH SIDIK (2011)
KEHEBATAN Tamadun Islam SERING DIKAITKAN DENGAN PELBAGAI
FAKTOR. ANTARANYA IALAH PERANAN AKTIF SEMUA PIHAK TERMASUK
PEMERINTAH DAN ORANG PERSEORANGAN MELALUI KEGIATAN
PENTERJEMAHAN, SENIBINA, MONUMEN DAN PERPUSTAKAAN, SERTA
NAUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA SAINTIS, HUBUNGAN DENGAN
NEGARA LUAR, FAKTOR BAHASA ARAB DAN JUGA FAKTOR EKONOMI.
NAMUN, PADA HAKIKATNYA BANYAK LAGI FAKTOR LAIN YANG TURUT
MENYUMBANG KEPADA KEHEBATAN TAMADUN TERSEBUT. KOLABORASI
ANTARA MUSLIM DAN NON-MUSLIM MISALNYA TURUT MEMBERIKAN
SUMBANGAN. LEBIH-LEBIH LAGI APABILA BANYAK NAMA BESAR YANG
MENGGERAKKAN AKTIVITI PENTERJEMAHAN KHUSUSNYA TEKS
PERUBATAN GREEK YANG DIHASILKAN OLEH HIPPOCRATES DAN GALEN
KE DALAM BAHASA SYRIA DAN BAHASA ARAB. SATU LAGI PERKARA
YANG TURUT WAJAR DIBERI PERTIMBANGAN SEBAGAI ANTARA FAKTOR
YANG MENONJOLKAN LAGI KEHEBATAN TAMADUN ISLAM IALAH ASPEK
PENGUASAAN ILMU. ISLAM BUKAN HANYA TERHAD KEPADA
PENGUASAAN ILMU YANG DIMILIKI OLEH SARJANA YANG
MENGGERAKKAN TAMADUN TERSEBUT SAHAJA, BAHKAN TURUT
MELIPUTI PENGUASAAN ILMU DARI PELBAGAI ASPEK LAIN SERTA
HUBUNG KAIT PENGUASAAN ILMU DARI TAMADUN TERDAHULU YANG
KETARA MENERUSI KEUPAYAAN MENGHASILKAN KARYA ASLI DALAM
BIDANG YANG DICEBURI. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa
pembangunan tamadun didahului dengan pembangunan manusia. selama berabad-
abad Tamadun Islam telah mencipta the golden age yang kemudiannya menerangi
Barat yang pada waktu itu berada dalam the dark age of Europe sebegitu lama.

2.1 DIFINISI TAMADUN ISLAM

Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti pemilihan
sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkansesuatu kawasan
hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan maddana juga membawa pengertian
hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju
(Mustafa et al., 1990). Menurut Mustapha Kamal Ahmad Kassim dan Zahiah Haris @
Harith (2012) Perkataan tamadun telah melahirkan beberapa perkataan lain yang
dapat menjelaskan lagi maksud yang diungkapkan. Dalam dunia penulisan Arab,
terdapat beberapa istilah yang pernah digunakan selain istilah tamadun itu sendiri,
antaranya madaniyyah, umran, hadharah, dan thaqafah (Abdul Rahim et al., 1995).
Manakala Beg (1980) menjelaskan sebelum kemunculan perkataan tamadun, sudah
ada tiga perkataan lain yang pernah digunakan, iaitu: madaniyyah, umran, dan
hadharah.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks
Tamadun Islam. Antara istilah-istilah tersebut ialah ‘Madaniah’, ‘Tamadun’, dan
‘Hadarah’. Ibn Khaldun (2006) menjelaskan Tamadun Islam sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai
nilai-nilai syumuliah.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) juga telah memberikan takrifan Tamadun
Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ini
bermakna, Tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu
bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan
didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan
sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah
dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah
s.w.t.). Manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah
pemerentahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian. Tamadun
Islam. Antara sumbangan golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan
buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan
sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan
dengan prinsip-prinsip Islam.

(a) al- Umran

Ibn Khaldun pada abad ke-14 adalah sarjana Islam yamg mula-mula
memperkenalkan etimologi umran dalam mentakrifkan Tamadun. Perkataan ini terus
dipergunakan sehingga abad ke-19. Ibn Khaldun (2006) menggunakan istilah ‘Umran’,
yang bermaksud bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang
didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.
Menurut Ibn Khaldun (2006) lagi umran adalah merangkumi perkembangan dan
pembangunan masyarakat yang memiliki pegangan agama yang kuat, sistem
kenegaraan yang teratur, sistem perundangan yang tersusun rapi, dan pencapaian
ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai kepakaran. Umran dalam maksud yang
lebih sempurna ialah suatu kawasan yang didiami dan diusahakan dan berkembang
subur, aman makmur dan ditadbir secara baik dan sistematik. Perkataan umran juga
dikaitkan dengan ibu kota atau bandar yang telah didirikan oleh raja-raja pada zaman
pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah perkataan bunyan juga dirujukkan kepada
maksud tamadun tetapi dalam maksud yang lebih spesifik kepada struktur dan kerja-
kerja pembinaan sesuatu bangunan sahaja (Beg, 1980). Dengan kata lain, tamadun
atau umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek kemajuan
dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia dan akhirat

(b) al-Hadharah

Ibn Khaldun (2006), turut memperkenalkan perkataan Hadharah dalam kitabnya, Al


Muqaddimah. Perkataan ini bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di
sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian, atau suatu daerah, kota,
bandar, kampung atau tanah yang usahakan. Penggunaan perkataan hadharah mula
diperkenalkan pada abad ke-14 dan menjadi popular digunakan pada abad ke-20
apabila istilah Hadarah mengalami perubahan maksudnya dan penggunaannya
dalam bentuk yang lebih meluas dengan merujuk kepada pembangunan wilayah,
bandar dan kampung yang sudah mengalami perubahan dari segi penggunaan
tanah, pemikiran masyarakat, akhlak atau moral dan kehidupan masyarakat adalah
dalam bentuk yang lebih moden dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg,
1980).

Mengikut Malik Bennabi (2003), hadharah mengandungi dua pengertian, iaitu


i. Pengertian yang objektif – himpunan kemajuan dalam bidang ilmu
pengetahuan, teknikal dan perundangan yang dipindahkan dari satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.
ii. Pengertian yang subjektif – suatu peringkat perkembangan kehidupan
manusia yang lebih maju lebih bermoral atau digambarkan sebagai
kehidupan yang ideal dan bergantung kepada kedudukan masa, tempat
dan nilai-nilai yang dianuti.

Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini adalah dimaksudkan


kepada aspek-aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan sosial dalam
kehidupan sesuatu masyarakat dan lebih ketara dalam bidang ilmu pengetahuan,
kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan, peraturan moral dan adat resam,
budi pekerti dan kepercayaan agama atau dengan kata lain, perkembangan
peradaban dalam masyarakat.

(c) al-Madaniyyah

Perkataan Madaniyyah telah diperkenalkan oleh Al-Farabi pada abad ke-11.


Perkataan ini berasal daripada kata terbitan ‘Madinah’ yang bermaksud kota.
Madaniyyah ialah kehidupan yang berasaskan aqidah, syara’ dan akhlak (Beg, 1980).
Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti
memiliki ciri-ciri hidup di bandar, dan kota-kota dipanggil ‘Mudun’ yang memiliki
ciri-ciri tamadun. Perkataan maddana membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi
sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu
perbandaran, atau hidup dalam suasana kehidupan orang dandar dan menikmati
kehidupan yang maju (Mustafa et al., 1990).

Muhammad Farid Wajdi dan Sheikh Muhammad Abduh menjelaskan


perkataan madaniyyah diambildaripadaperkataan ‘Madinah’ atau‘City’ dan
perkaitannya dengan tamadun adalah kerana kebiasaannya bandar adalah induk
tamadun, atau tamadun asalnya berkembang di bandar. Beg (1980) menjelaskan
Madaniyyah sebagai gambaran ketinggian dalam kehidupan kebendaan dalam
sesuatu masyarakat khususnya dalam aspek pembangunan, perancangan dan
penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur dan wujudnya
pelbagai keperluan hidup yang asasi dan tidak asasi seperti makanan, minuman,
tempat tinggal dan hiburan. Keperluan ini memerlukan kepada adanya pelbagai
keperluan kewangan serta kemampuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Justeru itu,
penekanan yang diberikan oleh al-Madaniyyah adalah lebih bersifat kebendaan dan
keperluan lahiriah manusia. Ketamadunan sesuatu ummah dalam konteks ini
adalah bergantung kepada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi dan
pembangunannya (Mustafa, 2012).

i. Dengan membuat perbandingan, bezakan istilah-istilah yang merangkumi


maksud Tamadun Islam seperti; Madaniyah, Hadharah, Umran dan Taqafah.

ii Buat satu kumpulan kecil bagi membincangkan signifikan konsep ilmu


menjadi asas terhadap pembentukan sesebuah tamadun. Kemudian
bentangkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Pembinaan monumen adalah sebahagian daripada pencapaian dalam Tamadun Islam


(Sumber:https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source)

AKTIVITI 1.1
(a) Dengan membuat perbandingan, bezakan istilah-istilah yang
merangkumi maksud Tamadun Islam seperti; Madaniyah,
Hadharah, Umran dan Taqafah.
2.2 KONSEP TAMADUN ISLAM

Konsep Tamadun Islam merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan


sesebuah masyarakan agar dapat menguasai pelbagai bidang kemajuan terutama
dalam bidang kesenian dan arkitektur. Konsep tamadun Islam tidak hanya terbatas
dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral, berbanding
dengan konsep tamadun Barat yang mementingkan pembangunan lahirian iaitu
kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun Barat menolak
tentang kemajuan rohaniah.

Tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu Illahi melalui sumber al-Qur’an dan
al-Sunnah. al-Sunnah merupakan hadis-hadis Nabi Muhammad yang menjelaskan,
menerangkan, menegaskan dan sebagainya yang menyokong kepada isi kandungan
Al-Quran. Kandungan kedua-dua sumber Islam ini diamalkan oleh seluruh umat
Islam di dunia ini tanpa membezakan ras, etnik, kaum, bangsa dan negara. Ini
bermakna, Tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu
bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan atau reginal semata mata. al-Qur’an dan al-
Sunnah juga menjadi syariat dan perlu dipatuhi sepanjang masa walaupun zaman
berganti zaman. Ianya tetap kekal hingga ke hari qiamat. Justeru itu, Tamadun Islam
tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan pedoman yang
lengkap dan diamalkan oleh ummatnya di seluruh dunia. Tamadun Islam tidak
pernah mengetepikan hak-hak bangsa atau agama lain sebaliknya tetap mengambil
kira akan hak-hak mereka selagi mereka tidak menimbulkan ancaman atau bahaya
yang boleh menjejaskan kesucian Tamadun Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi
jelaslah di sini, bahawa Tamadun Islam boleh menjamin akan kesejahteraan dan
keharmonian kehidupan semua ummat yang bernaung di bawahnya kerana Islam
itu merupakan agama yang syumul tanpa menindas dan mengancam golongan yang
selain Islam.

Tamadun Islam berbeza daripada tamadun-tamadun lain di dunia ini kerana ianya
merupakan tamadun yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan
sedangkan tamadun-tamadun selain daripada tamadun Islam hanya lebih
merupakan kepada kebudayaan yang mana ianya mempunyai jangka hayat yang
pendek serta sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya
ianya dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu yang cuba menampilkan
kebudayaan mereka sendiri yang akhirnya akan ditolak oleh golongan lain atau
generasi yang berikutnya.

AKTIVITI 1.2
(a) Buat satu kumpulan kecil bagi membincangkan signifikan konsep
ilmu menjadi asas terhadap pembentukan sesebuah tamadun.
Kemudian bentangkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

2.3 ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam menitikberatkan 4 asas iaitu: aqidah, syariah, akhlak dan ilmu.

(a) Aqidah

Aqidah merupakan asas kelahiran Tamadun Islam di mana ia berasaskan tauhid.


Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan atau
keyakinan. Menurut etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada ‘aqada’(ikatan
atau simpulan). Aqidah merupakan pra-syarat kepada pembentukan peradaban
manusia. Istilah aqidah ialah mengakui kekuasaan Allah s.w.t dan membenarkan
keseluruhan ajaran Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keyakinan yang mutlak.
Secara tidak langsung seseorang yang bergelar Muslim perlu mempercayai dengan
hati tentang kewujudan Allah dan dibuktikan melalui pengamatan serta berfikir
tentang kejadian alam. Secara prinsipnya, sebagai Muslim, tidak ada perbezaan
antara manusia sama ada bangsa, keturunan dan warna kulit di sisi Allah melainkan
perbezaan daripada aspek iman. Akidah merupakan mekanisme yang menyatukan
umat Islam di dunia ini. Aqidah Islam adalah prasyarat yang mesti ada dalam
Tamadun Islam. Pendidikan pada era Rasulullah saw ini agak berbeza dengan yang
sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu. Aktiviti pembetulan akidah dan
pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh baginda di Mekah adalah proses
pertama ke arah pembentukan sebuah Tamadun Islam yang syumul. Program
peningkatan tamadun umat Islam ini diteruskan oleh Nabi Muhammad saw di
Madinah dengan memperbanyakkan lagi institusi pendidikan. Baginda telah
menjadikan masjid-masjid di sekitar Madinah sebagai pusat pendidikan dan
pembelajaran di samping kegiatan-kegiatan lain (Ismail 1999).

(b) Syariah

Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT yang mana ia mengatur


hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia bagi
menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ummah yang
bertamadun adalah ummah yang hidup menurut hukum dan peraturan sama ada ia
datang daripada peraturan Illahi yang disebut sebagai syariah (syariat) atau apa
sahaja perundangan yang datang daripada adat (dari sesebuah kaum) atau
perundangan daripada perlembagaan negara.

(c) Akhlak

Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab ‘khuluq’. Ia membawa maksud


budipekerti, perangai, sikap, agama atau tabiat seseorang. Akhlak boleh terbahagi
kepada dua kategori iaitu akhlak baik (Mahmudah) seperti jujur, sabar, ikhlas,
benar, pemurah dan akhlak buruk (Mazmumah) seperti hasad, riya, takabur dan
ujub. Menurut iman al-Ghazali (1939), akhlak ertinya kebiasaan manusia yang tetap
yang wujud dalam diri manusia untuk menghasilkan tingkah laku yang baik.
Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak.
Akhlak Islam hendaklah berdasarkan kepada al-Quran, al-Hadis dan pendapat
Ulama. Perkaitan akhlak dengan Tamadun Islam, akhlak melambangkan
keperibadian dan tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah
peradaban. Nabi Muhammad s.a.w merupakan manusia yang paling sempurna dan
ideal dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh umat manusia. Sifat Baginda yang
tinggi budi pekerti, adab yang mulia, berintegriti, pemalu dan sebagainya diakui
oleh umat Islam bahkan diiktiraf oleh pihak lawan. Keperibadian Baginda yang
mulia telah melemahkan musuh Islam apabila berdepan dengannya.

(d) Ilmu

Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban manusia.


Kepentingan ilmu ini boleh dilihat dengan jelas di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang


mencipta (sekalian makhluk)”
(al-Alaq: 1)

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan.
Perkataan iqra’ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail AS berulang-ulang
kali kepada Rasulullah SAW menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji,
dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan
mengajak orang yang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad,
2002). Berdasarkan ayat ini juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau
mencari ilmu itu adalah wajib, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
agama Islam. Kejadian Allah SWT yang sangat luas memerlukan kajian yang
mendalam, memerlukan manusia menggunakan akalnya, dan memperoleh
pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru
itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan, untuk menuntut ilmu
secara berterusan. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu tergolong
dalam umat yang cerdas dan terhindar dari kejahilan. Inilah ayat-ayat pertama yang
diturunkan oleh Allah SWT dan ia merupakan rahmat Allah yang terbesar untuk
umat manusia.

Pemerhatian terhadap kebangkitan Tamadun Islam pada masa lalu tidak menafikan
pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting kekuatan sesuatu
tamadun. Tidak dinafikan juga bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau
umat. Kehormatan dan kemuliaan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara juga
terletak pada kekuatan ilmu setiap individu di dalam masyarakat. Ilmu yang
bermanfaat akan menjadikan setiap individu muslim itu maju, berdaya saing dan
berkembang di atas landasan syariat seperti mana yang telah ditunjukkan pada
zaman awal Islam (Zakaria stapa, et.all., 2012).

Institusi masjid adalah tempat pembinaan akidah dan akhlak muslim


(Sumber:https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source)

AKTIVITI 1.3
Diantara asas-asas Tamadun Islam, manakakah yang paling utama
pada pendapat anda, fikirkan.

2.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Keistimewaan Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tersndiri sesuai dengan sifat
ajaran Isalm itu sendiri yang tentunya berbeza dengan tamadun-tamadun bangsa
atau agama lain di dunia ini. Keistimewaannya terletak kepada:
(a) bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunah
(b) diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan
(c) bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bagnsa dan agama
(d) sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia
(e) bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.
Kesyumulan atau sifat global tamadun Islam boleh diterangkan seperti berikut:
‘Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya dapt
mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap
persoalan dunia dan akhiat’.

Islam adalah al-Dien bagi setiap zaman dan tempat. Risalah Islam adalah risalah
sejagat, Islam adalah risalah untuk semua manusia seutuhnya, di mana risalah Islam
mencakupi ke stiap peringkat kehidupan. Hanya Tamadun islam sahaja yang
bersifat Integrated dengan memadukan nilai-nilai duniawi dan ukhrawi atau
memadukan unsur-unsur materail dan spiritual. Tamadun Islam adalah sebuah
tamadun yang unik kerana mempunyai tiga dimensi hubungan yang sangat erat
iaitu:
(a) menghubungkan manusia dengan Tuhan
(b) menghubungkan mansuai dengan manusia
(c) menghubungkan manusia dengan alam.

2.5 SUMBER PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

Sumber bermaksud tempat pengambilan, tempat rujukan atau punca daripada mana
datangnya sesuatu perkara. Terdapat sembilan sumber dalam Tamadun Islam.

(a) al-Quran

al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran Tamadun Islam. al Quran


adalah sumber hukum yang paling utama yang diberikan Allah untuk manusia. al-
Quran juga adalah Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah-
kisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya. Kebenaran al-Quran adalah
muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
al-Quran juga adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Ia merupakan wahyu Allah
SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat
Jibrail AS. al-Quran mengandungi syariat Islam yang merangkumi semua aspek
kehidupan, Ketuhanan, Ibadah, alam ghaib dan sebagainya. al-Qur’an dan al-
Sunnah merupakan sumber utama dalam pembinaan tamadun Islam. Ini kerana
setiap tamadun yang berlaku memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan
perubahan sikap. Wahyu yang pertama dengan jelas dan nyata telah menyarankan
agar manusia berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf,
mencari dan meningkatkan pengetahuan di kalangan umatnya.

al-Quran adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dariisudut
akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa,spersejarahan, pemikiran dan intelektual,
ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Kandungan al-Qur’an sangat
sesuai diamalkan dalam sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan
tahappmanusia dan ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir
untuk mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat mereka
untuk meneroka alam di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang
dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan.ikehendaki
mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan

Al-Qur’an adalah asas sumber Tamadun Islam


(Sumber:https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source)

(b) al-Sunah

al-Sunnah dianggap sebagi wahyu yang kedua selepas al-Qur’an, yang juga
merupakan sumber Tamadun Islam yang penting. Ianya berfungsi sebagai penjelas
kepada al-Qur’an, serta memperkukuhkan kedudukan dan peranan al-Qur’an.
Sunnah adalah setiap perkara meliputi pengakuan, perkataan, perbuatan dan sifat
keperibadian Nabi Muhammad SAW. Sunnah berperanan sebagai pentafsir al-
Quran serta menjelaskan perkara-perkara yang terkandung di dalam al-Quran. Ia
merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan
mengembangkan tamadun mereka. Ringkasnya, semua sudut Tamadun Islam
dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah. Daripada al-Quran dan al-Sunnah
dicerakinkan akidah,,syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan
manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para ulama
selepas baginda.

(b) Akal Atau Pemikiran

Akal atau pemikiran pula adalah sumber pembinaan Tamadun Islam yang kedua
terpenting selepas al-Qur’an dan al- Sunnah. Ini kerana ilmu pengetahuan yang
dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat membentuk dan melahirkan
sesuatu yang baru dan menghasilkan tamadun. Manusia boleh membangun dan
bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun.
Namun sekiranya akal digunakan untuk mereka cipta sesuatu yang boleh
merosakkan keselamatan agama, maruah, keturunan, tubuh badan, dan harta benda,
maka ia boleh merosakkan dan memusnahkan tamadun manusia.
(c) Ijma’

Ijma’ adalah persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi


Muhammad SAW selepas kewafatan baginda untuk mengeluarkan hukum atau
fatwa bagi menyelesaikan masalah umat Islam, firman Allah SWT yang bermaksud:
‘Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah
kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya’.
(An-Nisa : 59)
(d) Qias

Qias bermaksud penetapan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain
kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah. Firman Allah SWT :
‘Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang- orang
yang mempunyai pandangan’.
(Al-Hasyr : 2)
(e) Ijtihad

Sekiranya terdapat beberapa permasalahan baru yang melibatkan permasalahan


hidup ummah Islam sejagat sedangkan al-Quran dan al-Hadis hanya menyebut dalil
secara umum mengenai sesuatu isu tersebut maka Mujtahidin dibenarkan untuk
berijtihad atau mengemukakan pendapat bagi menyelesaikan sesuatu isu dan
masalah yang melibatkan umat Islam. Mujtahidin adalah sekumpulan pakar atau
pemikir Islam yang sangat tinggi keilmuan dan akhlakanya yang diberikan outoriti
dalam mengeluarkan fatwa atau pendapat.
(f) Tamadun Lain dan Penemuan Terbaru

Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh
dijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak
melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima
untuk Tamadun Islam. Contohnya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur /
lambang sesuatu bangsa. Boleh diterima dalam Tamadun Islam setelah diubah
sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak ciptaan-ciptaan baru
dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di
Sepanyol.

Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen-monumen tamadun daripada


Greek, Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber Tamadun Islam .
Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan Tamadun
baru. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagai
sumber tamadun.

Menurut Osman Bakar (1998), elemen-elemen dalam tamadun lain contohnya


Tamadun Asia haruslah dilihat sebagai faktor pelengkap dan pengukuh kepada
Tamadun Islam sendiri. Keunggulan tamadun lain yang wujud pada tamadun
Melayu, India, Cina dan Jepun menjadi faktor penyumbang kepada usaha
meningkatkan kefahaman dan rasa perghargaan terhadap sejarah pembudayaan
masing-masing.

(g) Penemuan dan Penciptaan Baru

Allah menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat tertentu.


Kepelbagaian bakat yang ada pada manusia membolehkan mereka merekacipta
sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat Islam telah berjaya
menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan aqidah, syarak, dan akhlak serta
bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah seperti teknologi pelayaran, penyelidikan
angkasa lepas (falak), pertanian, saliran, timbangan, perubatan, dan lain-lain
(Mustapha Kamal Ahmad Kassim & Zahiah Haris @ Harith, 2012). Kreativiti umat
Islam meliputi penghasilan baru dalam bidang sains dan teknologi. Penemuan ini
adalah hasil daripada penyelidikan, penjelajahan, dan penerokaan seluruh alam dari
bumi hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan sebahagian sunnatullah
atau undang-undang Allah. Akhirnya,segala penemuan ini akan menghasilkan
penciptaan baru yang juga anugerah Allah terhadap manusia.

(h) Pengubahsuaian dan Penyempurnaan Semula

Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir Tamadun


Islam. Umpamanya, setelah wilayah Islam berkembang luas, umat Islam terdedah
kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi mutunya seperti tamadun Rom dan
Parsi (Iran). Mereka telah melalui pencapaian yang tinggi seperti dalam bidang
sains, perubatan, seni bina, pengurusan, dan pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan
lain, melainkan mempelajari dan menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu
mereka melakukan pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuai
dengan aqidah, syarak, dan akhlak Islam. Inilah beberapa keistimewaan dan
uniknya sumber Tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber sahaja,
iaitu sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai sumber yang
disebut di atas.

SEMAK KENDIRI 1.1


Mengapakah al-Qur’an dikatakan sebagai sumber utama
pembinaan Tamadun Islam berbanding sumber-sumber lain.
2.6 MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Islam adalah agama fitrah, agama yang selaras dengan fikiran yang sihat serta
sentiasa selari dengan peredaran zaman. al-Dien Islam juga bersendikan tamadun
yang tinggi yang dijelaskan dalam kitab suci al-Qur’an sebagai al-Dien yang luas dan
menjadi pedoman bagi seluruh kehidupan manusia kerana Islam adalah agama
berilmu, beradab, dinamik dan prograsif. Islam adalah al-Dien yang telah
membentuk tamadunnya yang istimewa dan mempunyai perbezaan dengan
tamadun sebelumnya (Tamadun Mesapotamia) atau selepasnya (Tamadun Barat).
Tamadun Islam mempunyai matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep al-Dien
yang mencakupi cara hidup manusia yang serba lengkap di alam ini. Terdapat enam
matlamat tamadun Islam iaitu:
(a) hubungan manusia dengan Penciptanya (Allah s.w.t)
(b) hubungan manusia dengan manusia
(c) hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat,jin, syaitan)
(d) hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan)
(e) hubungan manusia dengan alam jamadat (benda-benda rigid)
(f) hubungan manusia dengan alam hayawaniat (haiwan)
(Ghazali Darusalam, 2001).

Rajah 2.1 berikut menggambarkan hubungan Tamadun Islam dalam konteks al-
Dien.

hubungan manusia dengan Penciptanya (Allah s.w.t)

hubungan manusia dengan


alam ghaibat

hubungan manusia
dengan manusia hubungan manusia dengan
hubungan manusia alam jamadat
dengan alam nabatat
hubungan manusia dengan
alam hayawaniat

SEMAK KENDIRI 1.2


(a) Beri pendapat anda mengenai hubungan-hubungan berikut:

Alam Nature Culture Civilization


(Alam Semula jadi) (Ada usaha manusia) (Hidup bertambah
man-made maju)

Kementerian Pendidikan telah menggariskan sepuluh tujuan


matapelajaran Tamadun Islam dengan penegasannya seperti mana
dalam dokumen awal pelaksananannya . Ia adalah seperti berikut:
1. Memupuk persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati
di kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan bangsa dan
budaya di negara ini.
2. Memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai
menerusi musyawarah dan ijmak.
3. Memperkukuhkan jatidiri Malaysia sebagai Negara majmuk
yang megamalkan toleransi tinggi.
4. Memupuk nilai-nilai universal di kalangan rakyat Malaysia.
SEMAK KENDIRI 1.3
5. Melahirkan siswazah yang berfikiran luas dan perpandangan
global.
6. Melahirkan bangsa Malaysia yang betamadun tinggi dan
sanggup memperjuangkan nilai ketamadunan universal yang
luhur dan murni.
7. Memantapkan penghayatan nilai-nlai murni di kalangan rakyat
Malsysia.
8. Membekalkan bakal pewaris kepimpinan Negara dengan ilmu
yang membolehkan mereka memahami dan menghadapi
pergolakan dunia dan cabaran global semasa.
9. Membantu melahirkan masyarakat Madani dalam ertikata
sebenar.
10. Memajukan ilmu ketamadunan demi kemajuan ilmu
pengetahuan seluruhnya
SEMAK KENDIRI 1.5

Tamadun Islam telah mencapai aneka kegemilangannya dalam sejarah kemajuan


tamadunnya di Afrika Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan Asia Tenggara. Kini
pengaruh Islam mula menapak di Amerika dan Australia. Kehebatan Islam bermula
pada zaman Rasulullah hingga ke zaman Khalifah Al-Rasyidin, Abbasiyyah,
Umaiyyah di Andalusia, zaman Moghul, zaman Ottoman hingga ke zaman empayar
Melayu Melaka memang mengagumkan dunia Jadi tidak menghairankan apabila
Islam sentiasa berhadapan dengan mereka yang mencemburui kebesarannya
termasuk Nasara dan Yahudi. Zaman kegemilangan Tamadun Islam ditandai
dengan zaman umara (pemerintah) menghormati ulama (ilmuwan). Sebaliknya
zaman kejatuhan juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga sanggup
memperalat ulama. Ibn Khaldun (1332-1406) hidup di era kejatuhan tamadun Islam
di Afrika Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana kerajaan-
kerajaan yang gagah perkasa tumbang satu persatu Untuk memahami jatuh
bangkitnya sesuatu tamadun tidak cukup hanya dengan melihat kepada
pencapaian-pencapaian masa lalu. Kita perlu mengerti bahawa sesuatu pohon yang
rimbun dan kukuh semestinya memiliki akar yang kuat (asluha thabitun wa far’uha f
al sama’). Akar peradaban Islam adalah tawhid, ketinggian budaya ilmu, peranan
ilmuwan sebagai pencerah, akhlak dan nilai moral yang tinggi. Kerosakan pada
akar-akar ini, seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan ketidakcerdasan
pemikiran, hilangnya semangat kekitaan (asabiyyah) dan nilai akhlak yang rendah,
inilah fakor yang boleh dianggap sebagai musuh-musuh peradaban yang sejak mula
menjadi musuh Islam (Khalif Muammar 2007).

Madaniyyah Aqidah
Umran Sunnah
Hadarah Iqra’
Thaqafah Intelektual
Pengertian yang objektif Mukjizat
Pengertian yang subjektif Ijma’
Wahyu Qias

Al-Qur’an al-Karim

Abdul Karim Zaidan. (1982). Ma’alim al-Thaqafah al-Islamiyyah. Beirut :


Muassasah al-Risalah.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1979). Preliminary thoughts on the
nature of knowledge and the definition and aims in educations. al-
Attas, S.M.N (pynt.). Aims and Objectives of Islamic education, London:Hodder
& Stoughton. Hlm. 19-47.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1992). Tujuan dan Objektif Pendidikan


Islam.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1991). The Concept of Education in


Islam. Cetakan pertama 1980. Kuala Lumpur : ISTAC.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib & Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007).
The ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An Islamic Alternatif.
Kuala Lumpur : ICLIF.

Awang Yahya Ibrahim. (2004). Ilmu Pengetahuan dan Tujuan Pendidikan


Mengikut Pandangan Islam. Brunei : Pusat Dakwah Islam Kementerian Hal
Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Azhar, M.A., Azharudin, M.D., Suffian, M. & Zulkanain, A.R. (2002).


Tamadun Islam dan tamadun Asia. (2nd ed.). Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ab. Alim, A. R. & Syed Idrus, S. M. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abd. Karim Zaidan. (1987). Usul al-Dakwah, Mesir : al-Manaral-


Islamiyah.

Beg, M.A.J. (1980). The Image of Islamic Civilization. Bangi, Selangor Darul
Ehsan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ghazali Darusalam,. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala


Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Hasan, L. (1987). Pendidikan Islam: satu analisa sosio psikologikal. Kuala


Lumpur : Pustaka Antara.

Hitti, P. K. (1970). History of the Arabs. Cetakan ke-10. London : Macmillan.

Ibn Manzur. (1997). Lisan al-Arah, Beirut : Dar Ihya al-Turath.


Ibn Khaldun. (1990). Muqaddimah, Beirut : Dar Ihya al-Turath.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. (2004). Al-Muqaddimah. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Khaldun. (2000). Mukaddimah Ibn Khaldun. (Terj). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ibn Taymiyyah, Ahmad b. Abd al-Salam. (1988). Al-Siyasah al-Shar‘iyyah f


Islah al-Ra‘i wa al-Ra‘iyyah. Dlm. Abu Ya’la al-Quwaysani (pnyt.). al- Siyasah al-
Shar’iyyah Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ismail Bakar. (1999). Sejarah Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Perpustakaan


Negara Malaysia.

Iskandar, Teuku. (2007). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jaafar, Zainuddin. (2003). ‘Matlamat dan Fungsi Penubuhan Institusi


Pengajian Islam’ dlm. Suzalie Mohamad. Memahami Isu-isu Pendidikan Islam
di Malaysia. Kuala Lumpur : Institusi Kebajikan Islam Malaysia.

Kamil, B. (1983). Dinamika kaligraf Islam. (Terj. Sirojuddin, A. R. (1992).


Jakarta : Dar al-‘Ulum Press.

Kamus Dwihahasa. (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalaf Muammar. (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam : Pengajaran Dari

Masa Lalu. Jurnal Hadhari, Bil.2,. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal, 15-31

Khaldun, Ibn. (2006). Mukadimah Ibn Khaldun. (Terj.) Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka,

Khaldun, Ibn. (2000). Mukaddimah Ibn Khaldun. (Terj.), Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin, Y. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti


Sdn. Bhd.

Malik Bennabi. (2003). The question of culture, ISTAC : Islamic Book Trust.

Mohd Mokhtar, S. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur :


Nurin Enterprise.
Mustafa, Ibrahim, et al. (1990). Al-Mu’jam al-Wasit. Cairo : Majma’ al-
Lughah al-‘Arabiyyah, Dar al-Da’wah.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim & Zahiah Haris @ Harith. (2012). Peranan
Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal
Insan 5(2)

Osman Bakar. (1998). Bengkel Pengajian TITAS. Kuala Lumpur :


Universiti Malaya.

Ramlee Mustapha. (2003). Pemikiran Dalam Pendidikan Ke Arah Memperkasakan


Pendidikan Menurut Acuan Malaysia , Bangi: Fakulti Pendidikam UKM.

Reza, Syahrul. (2008). ‘Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn


Khaldun : Suatu Kajian terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam’.
Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Roziah Sidik. (2011). Tamadun Islam DamPengusaaan Ilmu dlm Jurnal


Usuluddin. Kuala Lumpur : Akademi islam, Univesiti Malaya.

Shuhairimi, et al. (2010). Melestari Pembangunan Manusia ke Arah


Penjanaan Modal Insan : Satu Tinjauan Umum Menurut Perspektif Al-Quran
dalam Mohd Roslan Mohd Nor & Ahmad

Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terj. Sutejo.
(1992) Bandung : Penerbit Mizan.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1972). Preliminary Statement on A


General Theory ofthelslamization of the Malay—Indonesian

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1997). Penjelasan Budaya Ilmu. Cet. Ke-3.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia:
Satu Cerminan Islamisasi Dua-Dimensi. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

Yaacob bin Yusoff Awang & Che Bakar Che Mat. (2012). Keperluan Kependidikan
Islam Dalam Pengajian Ketamadunan. Samarahan : Universiti Teknologi MARA
Yusuf Ahmad, Mohd. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Cet.2,
Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Yusuf al-Qaradawi. (1995). Fatawa Muasirah – Fatwa Masa Kini (terj.)


Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Zaki Berahim. (2010). Pembangunan Modal Insan & Tamadun dari Perspektif
Islam. Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam APIUM.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin. (2012).


Pendidikan Menurut Al-Quran Dan Sunnah Serta Peranannya Dalam
Memperkasakan Tamadun Ummah, Jurnal Hadhari Special Edition 2012, ,
Bangi : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal 7-22.
Topik 3 Sumbangan Tamadun
Islam Terhadap
Kesejahteran Hidup
Insan Sejagat

HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
10. Membuat grafik sumbangan Tamadun Islam dalam Sains Tabii
11. Menyenaraikan kegunaan ilmu astronomi terhadap umat Islam
12. Membezakan bentuk-bentuk tulisan khat seperti; thuluth, riqa’ah,
ijazi, dewani
13. Membezakan sumbangan Tamadun Islam dalam bidang
pertanian dan botani
 PENGENALAN

Keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan yang
amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Di antara ciri-ciri
keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka
dilihat melalui penciptaan mereka dalam pelbagai bidang yang seterusnya memberi
sumbangan terhadap kesejahteraan hidup insan sejagat baik manfaatnya untuk
dunia Timur (Islam) mahu pun dunia Barat (Kristian). Hasil pencipataan karya
mereka dalam pelbagai bidang seperti seni bina, astronomi, ekonomi, kesenian,
politik, ilmu pengetahuan, sejarah, geografi, pertanian, sains, falsafah dan
sebagainya telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai. antaranya
ialah al-khawarizmi, al-kindi, al-farabi, al-biruni dan sebagainya. mereka ini beserta
ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar dalam
kemajuan manusia sejagat. keagungan sesebuah negara atau bangsa banyak
bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. pencapaian ini, akhirnya
menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal
mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak zaman dulu hingga kini.
Tamadun Islam banyak memberi sumbangan kepada tamadun dunia seperti
Eropah, Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Afrika dan
lain-lain negara di dunia ini, berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan
dicatat dalam sejarah dunia.

3.1 BIDANG SOSIAL


Nabi Muhammad SAW berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial
masyarakat Arab daripada hidup berpuak-puak kepada kesatuan ummah di bawah
satu agama (Islam). Penyatuan masyarakat yang selama ini tidak pernah wujud
dalam kehidupan bangsa Arab telah menjadi kenyataan dengan kedatangan
Rasulullah SAW. Kehidupan mereka menjadi lebih aman dan tenteram. Contohnya,
Rasulullah SAW berusaha mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin
sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan
bersama. Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka dibolehkan menerima
harta pesaka kerana sebelum ini mereka tidak punya apa-apa hak.

Selain itu, Rasulullah SAW juga telah memberi fungsi penting kepada institusi
masjid iaitu sebagai pusat ibadat khusus sekaligus menjadikan masjid sebagai
sebuah markas, madrasah dan juga parlimen. Rasulullah SAW telah menyusun
segala aktiviti harian yang berbentuk sebaran, maklumat, arahan dan sebagainya
melalui institusi masjid. Ia juga berperanan sebagai tempat menerima tetamu,
tempat musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.
3.2 BIDANG EKONOMI

Melalui keagungan Tamadun Islam, orang Eropah juga telah mendapat


pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian,
teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi,
tembikai, aprikot dan limau juga telah dipelajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh
Islam yang dicontohi dalam bidang ekonomi ini ialah Ibnu Baytar dan al-Ghafiqi.

Selain itu, Rasulullah SAW telah mengemaskinikan sistem pungutan zakat, cukai
ghanimah, fai’ dan kharaj. Pada ketika itu, golongan Yahudi adalah kapitalis yang
menguasai ekonomi Madinah. Mereka mengaut keuntungan tanpa perhitungan
moral. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW telah memberi galakan kepada orang Islam
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli yang
selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Melalui cara ini, masyarakat Islam dapat
memecahkan jaringan kewangan golongan Yahudi yang telah memerangkap
golongan orang miskin dengan memberi pinjaman dengan kadar faedah yang
sangat tinggi.

3.3 BIDANG PERUBATAN


Tamadun Islam juga banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Tokoh-
tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razidan al-Asrar. Al-
Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan sebagai
rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina yang berjudul al-
Qanun yang telah menjadi bahan rujukan penting di Eropah.

Dalam bidang perubatan, Islam telah memperkenalkan kaedah perubatan melalui


eksperimen, amali dan pemerhatian. Perubatan dalam Islam terbahagi kepada; Tib
al-Nabi dan Tib bal-Nafs (perubatan jiwa), Ibnu Hazm telah menyatukan dua jenis
perubatan ini melalui rawatan jiwa dan perubatan fizikal melalui kauteri, sergeri
serta penyediaan ubat-ubatan. Etika kedoktoran juga mula diperkenalkan melalui
kelayakan, kebersihan badan, kebersihan pakaian dengan warna putih. Hospital
dibuka 24 jam mempunyai bahagian-bahagian yang berlainan menurut jenis
penyakit. Al-Razi, Haly Abbas dan Ibnu Sina antara tokoh terkemuka dalam
perubatan Islam. Ibnu Juljul (934M) telah mengkelaskan ubat-ubatan menurut
spesifikasi farmakologi. Ibnu Abd. Al-Rahman Ibnu Shuhayd terkanal dengan cara-
cara mengubati penyakit dan pakar mengenai dadah dalam perubahatan. Abu al-
Qasim al-Zahrawi (1013M) (Abd Casis) saorang pakar surgeri telah menulis al-Tasrif
yang merupakan ensiklopedia perubatan yang sangat lengkap. Abu Marwan Ibnu
Auhr (1162M) sangat popular di dunia Barat sebagi Avenzoar merupakan dokrot
perubatan dan farmasi, beliau telah melakukan banyak eksperimen dan perawatan
mengenai tumor melalui panduan perubatan melalui kitab al-Iqtisad f Islah. Ibnu
Rusyd (Averoses) juga sangat masyhur di Barat menulis Kulliyat f al-Tibb telah
diterjemahkan ke bahasa Latin memberikan penerangan yang lengkap mengenai
anatomi fisiplogi penyakit, sintom-sintom serta rawatannya, ubat-ubatan, makanan
dan pemeliharaan kesihatan. Tokoh-tokoh lain yang masyhur seperti: Ibnu Bajah,
Ibnu tufail, dan Maimonides

Sebahagian daripada peralatan pembedahan dalam perubatan Isla


(https://www.google.com/search?rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source)

3.4 BIDANG MATHEMATIK

Pada zaman pemerintahan Islam, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke
Andalus. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut.
Antaranya ialah Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan
orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi tentang teori
geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab
dalam terjemahannya. Leonardo Fibonacci of Pisa iaitu tokoh Matematik Eropah
pula telah mempelajari ilmu matematik di Andalus. Karya-karya beliau antaranya
Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga
George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak
berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-
Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.
Ilmu mathematik awal pada zaman Islam
(Sumber : http://upload.wikimedia.org/wikipedia)

3.5 BIDANG ASTRONOMI

Dalam bidang ini, terdapat beberapa karya Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya
mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bathdan John of Siville.
Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X.
Romond, astronomi Eropah telah menulis karya astronominya berdasarkan karya
Ibn al-Zarqiyali.

Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau telah mencipta
sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara
bintang-bintang dengan matahari. Selain itu, dalam bahasa Eropah terdapat
beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah
alsumut dan nadir (nazir).

Pada zaman keagungan tamadun Islam juga, umat Islam telah berjaya mencipta
kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan terciptanya kompas itu,
pelayaran di laut dan juga kegiatan perdagangan semakin berkembang dengan lebih
pesat. Muhammad bin Musa pula telah mencipta astrolab iaitu jam matahari. Beliau
juga telah mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-
12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal
yang sudah tenggelam. Sultan Malik Syah Sultan Malik Syah telah membina Balai
Cerap (Observatori) untuk kegunaan ahli-ahli astronomi mengadakan persidangan.
Di Balai cerap inilah Kalendar Parsi diperbaharui (Mahayudin, 2004).

Bidang astronomi Islam


(Sumber:https://www.google.com/search?rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source)

3.6 BIDANG SENI MUZIK


Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang
indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis
dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang
Islam telah memajukannya.Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman
pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat
muzik dijadikan pra syarat untuk diterima bekerja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya,
lahirlah ramai tokoh-tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-
Farabi dan al-Kindi.

Pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam
tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini giat dilakukan di
Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-
Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan
karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil
daripada kaedah nada suara muzik Arab.

Al-Farabi (847 Masihi) merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil
karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis
alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula
menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik
daripada alat rabah dan qanun. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang
mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Abd
Alim dan Syed Idrus (1995), Mahayudin (2004), Haliza (2006). Menurut Mahayudin
(2004), al-Farabi juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk
Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classifcation of Rhythm. Buku-buku
ini menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga member sumbangan
yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

al-Kindi (800M) merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak
menghasilkan buku-buku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris antaranya, Essentials of Knowledge in Music,
On The Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin,
2004). al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila
digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang
terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan.
al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di
samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap
kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).

Muhyiddin Ibn Arabi merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-
karyanya banyak berkisar tentang alat-alat muzik Di dalam bukunya beliau
menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan
(Mahayudin, 2004). Safi al-Din Abd al-Mu’min merupakan orang yang pertama
sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa karya
muzik menerusi Syarifya dan Modus Muzik. Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh
ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya (Mahayudin, 2004).

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din telah menulis buku muzik dan telah
diterjemahkan sebagai The Jewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies
(Mahayudin, 2004), juga al-Isfahani yang menulis al-Aghani dan telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Inggeris dengan nama The Grand Book of Songs yang mengandungi
21 jilid (Mahayudin, 2004). Khalil bin Ahmad adalah orang yang pertama berjaya
menghasilkan kamus muzik yang telah diterjemahkan bertajuk The Book Notes dan
The Book of Rhythm. Hasil karya beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan
bagi pelajar-pelajar universiti di Sepanyol (Mahayudin, 2004). al-Urmawi (1230M)
seorang pemuzik yang telah mencipta biola dan juga ahli muzik pada zaman
Khalifah al-Musta’sim.

Berdasarkan fakta-fakta di atas dapat disimpulkan bahawa orang-orang Islam


bukannya mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti
mereka begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.

Pemuzik Islam dengan dalam satu persembahan muzik


(https://www.google.com/search?q=images+seni+musik+islam&rlz)

3.7 BIDANG SENI BINA

Seni bina merupakan di antara bentuk-bentuk seni yang terdapat pada sesuatu
tamadun. Menurut Ab. Alim dan Syed Idrus (1995), seni bina bermaksud; satu
bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina
oleh manusia untuk digunakan oleh manusia. Mahayudin (2004) pula berpendapat
bahawa seni bina merupakan satu daripada ciri-ciri ketamadunan yang penting
kerana ia merupakan lambang atau mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa atau
negara.
Pencapaian dan pembangunan seni bina telah bermula sejak zaman Rasulullah
(SAW) yang dilihat menerusi pembinaan Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi
(Mahayudin, 2004). Pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin, terutamanya
zaman Khalifah ‘Umar al-Khattab, perkembangan seni bina dianggap paling berjaya
kerana beliau amat mengambil berat tentang pembaharuan dalam pelbagai bidang
khususnya pembinaan masjid. Pada zaman Kerajaan Bani Umayyah dan Bani
Abbasiyyah, khalifah-khalifah yang memerintah telah banyak memberi sumbangan
penting dalam pencapaian seni bina Islam.

Khalifah al-Walid bin ‘Abdul Malik (86-87H) telah membina Masjid Suriah di
Damsyik, membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi
mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah, Masjid
al-Haram di Makkah dan Masjid al-’Aqsa di Bayt al-Maqdis. Beliau juga telah
menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah.
(Mahayudin, 2004).

Khalid bin ‘Abdullah al-Qasri membina parit-parit dan tali air dalam usaha
menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-
Malik. Khalifah Abdul Rahman II membuat projek membina menara-menara lampu
di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapal-kapal perdagangan berlabuh di
pantai-pantai Andalus (Mahayudin, 2004). Khalifah Abu Ja’far al-Mansur pula telah
mendirikan sebuah istana yang bernama al- Khuldi di pinggir Sungai Dajlah.
Rekabentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah
menyebabkan beliau menamakannya ’Qasr al-Khuldi’ yang
bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membina Masjid Jami’ al-Mansur di
hadapan Istana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota
Baghdad (Mahayudin, 2004).

Khalifah al-Mahdi telah membina Istana al-Salam di Isabaz dan Masjid Jami’ al-
Rishafah pada tahun 157H. Khalifah al-Ma’mun sinonim dengan pembinaan
Universiti Nizamiyyah merupakan pusat pengajian tinggi secara formal, Imam Abu
Hanifah, Imam Shafie, Imam Malik, al-Kindi, al-Farabi, Abu Bakar al-Razi dan Ibn
Sina adalah antara tokoh-tokoh intelektual yang pernah menuntut di universiti
bersejarah tersebut. Al-Ma’mun juga telah membina Bayt al-Hikmah yang merupakan
pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terbesar terletak di Baghdad (Mahayudin,
2004). Pelbagai aktiviti penulisan karya-karya ilmiah dan juga aktiviti penterjemahan
buku ke dalam bahasa Arab dijalankan di kutub khanah ini. Beliau juga telah
memperkembangkan bidang astronomi dengan membina pusat astronomi di
Syamsiyah, berhampiran Kota Baghdad untuk mengawasi pergerakan bintang
(Mahayudin, 2004). Kesan daripada penubuhan ini ahli-ahli geografi Islam telah
berjaya membuktikan bahawa dunia ini bulat yang mengandungi 360 darjah.
Senibina dan seni halus Islam telah berkembang meluas meliputi Asia Barat, Asia
Barat dan Selatan Eropah. Bandar-bandar baru dibina seperti Kufah, Basrah,
Qayrawan dan Bagdad. Setiap bandar dibina msjid, istana, perumahan, pasar,
tembok. Monumen-momumen dari senibina Islam diakui keindahan senibinanya
baik di luar mahupun hiasan dalamannya. Masjid Cardoba, rumah rekriasi, istana,
dinding mihrab diukir dengan emas 8 ela panjang, mimbar diukur daripada kayu
jati pilar, al-Cazar, pintu gerbang yang dihiasi dengan tembaga diukir dengan halus
dan Giralda di Sevile, istana al-Zahra dan al-Zahirah yang dilengkapi dengan
lukisan berwarna, ukiran kayu yang berbunga dan geometri, dewan yang dilengkapi
dnegna kristal-kristial tulen yang disinari oelh cahaya matahari mengeluarkan
pelangi serta Masjid al-Hambra’ di Granada terkenal sebagai ‘the artistic genius of
Muslim Spin’ keindahannya terletak pada kehalusan geometrinya.

Seni bina Islam bercirikan bangunan Turki


(Sumber : Azizan Baharudin, (1986) Pengenalan Tamadun Islam di Andalus Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka)

3.8 BIDANG SENI KALIGRAFI

Syeikh Shams al-Din al-Akfani (dalam Mahayudin, 2004) menjelaskan bahawa seni
khat atau kaligrafi adalah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf
tunggal, letaknya dan cara-cara merangkainya menjadi tulisan yang tersusun atau
apa-apa yang ditulis di atas garis-garis bagaimana cara menulisnya dan menentukan
mana yang tidak perlu ditulis; menggubah ejaan yang perlu digubah dan
menentukan cara bagaimana untuk menggubahnya.

Terdapat banyak khat yang digunakan oleh orang Islam seperti khat kuf, nasakh,
thuluth, rayhan, muhaqqaq, tawqi’, riq’ah, diwan, ijazah, parisi, diwan jali, ta’liq, nasta’liq,
dan sebagainya (Kamil al-Baba, 1992). Terdapat sumber mengatakan bahawa khat
yang tertua ialah khat kuf (Seyyed Hossein Nasr, 1987, Ab. Alim dan Syed Idrus,
1995 dan Mahayudin, 2004). Di antara tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal dalam
bidang seni khat dan kaligrafi ialah Ibn Muqlah, Ibn Bawwab dan juga Yaqut al-
Musta’simi.

Ibn Muqlah (886M) merupakan di antara ahli kaligrafi yang masyhur di zaman
pemerintahan Bani Abbasiyyah. Ibn Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan khat
naskhi yang menggantikan tempat khat kuf dalam keseragaman kaligrafi Islam
(Kamil al-Baba, 1992). Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional
script) di dalam sejarah kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau telah menetapkan
satu sistem ukuran dalam menulis sesuatu huruf. Misalnya huruf alif ditulis
berpandukan titik-titik (3, 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba, 1992).

Ibn Bawwab merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap
sebagai pencipta kepada khat rayhani dan muhaqqaq. Terdapat sebanyak 64 buah al-
Qur’an ditulis oleh Ibn Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat rayhani
(Kamil al-Baba, 1992). Yaqut al-Musta’simi selain daripada menjadi ketua di
Perpustakaan al- Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan dan ahli
pujangga. Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan Ibn Bawwab.
Beliau pernah digelar sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat para penulis
khat (Kamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan pengasas kepada ”Sittah”enam
jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali Darusalam, 2001).

Contoh seni khat Islam dan peralatan penulisan khat


(Sumber : http://1.bp.blogspot.com/ALSBNwjZhS4)

3.9 BIDANG SENI SASTERA


Kesusasteraan Islam bermula sejak dari turunnya wahyu dari Allah (SWT) yang
terakhir iaitu kitab al-Qur’an al-Karim. Al-Qur’an merupakan sebesar-besar mukjizat
bagi umat Islam. Menurut Mustafa Haji Daud (1991) al-Qur’an adalah sumber
kesusasteraan Islam yang dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan
dari segi isi. Terdapat ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang memberi sumbangan
yang besar di dalam seni sastera Islam. Karya-karya seperti The Arabian Night, Ali
Baba and the 40 Thieves, Sinbad the Sailor, dan Aladin and the Magic Lamp begitu
popular hingga ke negara-negara Barat. Di antara intelektual Islam yang terkenal
dalam seni sastera ialah Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang
berjudul Hikayat 1001 Malam. Ceritanya telah banyak memberi kesan kepada
masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat sehinggakan ia telah
diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan karya
bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan
judul Epic Kings (Ghazali Darusalam, 2001).

Ibn Tufayl dalam karyanya, beliau menceritakan tentang bagaimana seseorang


mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada
orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl dengan karyanya
Hayy Ibn Yaqzan mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa
wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah
diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks
Arab di Oxford pada tahun 1671. Orang Eropah bukan setakat menterjemah
malahan mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan
idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Crusoe
yang dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan, 1971).

Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang failasuf dan penyair yang hebat di
zamannya. Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia Barat sejak
tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan Bahasa Inggeris bagi
bukunya, Rubayyat. Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz (1067M) banyak menggubah syair-
syair puji-pujian kepada raja untuk mencari rezeki. Selain antologi-antologi syair,
beliau juga menghasilkan karya sastera iaitu al-Mulah al-Asriyah, Hadiqah al-Adab,
dan al-Risalah al-Misriyyah (Mahmood Zuhdi, 2003). Ibn Bajjah merupakan seorang
sasterawan yang unggul, ahli bahasa dan seorang hafiz al-Qur’an. Beliau
menghasilkan karya seperti Risalah al-Wida’, al-Risalah al-Ittisal dan al-Madinah al-
Fadilah (Umar Furrukh, 1983).

AKTIVITI 1.1

(a) Buat kumpulan kecil di kelas anda, bincangkan aspek-aspek


berikut:
i). Kedudukan seni muzik dalam Islam
ii). Perubatan Tib al-Nabi dan perubatan moden
iii). Keindahan nilai estetika dalam seni bina Islam
iv). Penulisan sastera Islam
3.10 BIDANG POLITIK

Tamadun Islam juga banyak memberi sumbangan yang besar dalam bidang politik.
Menurut catatan Ibnu Hisyam, Saqifah al-Madinah atau Piagam Madinah adalah
perlembagaan negara yang pertama ditulis di dunia telah diasaskan selepas
terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian di antara orang-
orang Muhajirin dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang kaum
seperti Aus, Khazraj serta kaum Yahudi (Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan Bani al-
Nadir).

Termetrainya perjanjian ini bermakna Rasulullah SAW telah berjaya mengasas dan
memantapkan kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang sama
baginda telah berjaya mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai ‘Ummah’.
Ini juga telah mengubah prinsip suku bangsa yang selama ini melahirkan
ketegangan kaum yang berpanjangan. Kejayaan Rasulullah dalam bidang ini telah
membawa keharmonian kepada penduduk kota Madinah. Sebarang aktiviti yang
tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan kaum munafik di Madinah juga dapat
dibendung dengan baik. Sebarang pihak yang melanggar perjanjian akan dihukum.

3.11 BIDANG SEJARAH

Mengenai sejarah, Ibnu Khaldun (1332M), berpendapat ahli sejarah sepatutnya


mempunyai tamadun. ‘Abd. Al-Malik Ibnu Habib (845M) telah menulis karya
sejarah yang masyhur iaitu Tarikh. Muhammad Ibnu Musa al-Razi (886M), menulis
silsilah keturuan amair-amair di Andalus serta sejarah ibu kota, jalan raya bandar
dan peperangan, Marwan Ibnu Hayyan (987M) menulis buku-buku sejarah yang
tebal-tebal seperti al-Matin mengandungi 60 jilid, al-Muqtabis 10 jilid, menulis
protokol istana, masjil-majlis istana juga peperangan. Ibnu Hazm telah mengarang
400 jodol dalam pelbagai bidang seperti falsafah, teologi, moral, perundangan, puisi,
sastera dan sejarah. Ibnu Idhari dengan karya al-Bayan al-Maghrib, menjadi salah satu
sumber rujukan sejarah mengenai Afrika Utara, Ibnu al-Khatib (1313M), menulis
riwayat hidup Nabi Muhammad secara lengkap. al-Maqqari (1631M) kitabnya Naf
al-Tib dan Azhar al-Riyad mengandungi maklumat mengenai sejarah dan kebudyaana
di Andalus dan Arab (Azizan Baharudin, 1986).

3.12 BIDANG GEOGRAFI


Istilah Geografi itu sendiri telah diambil daripada perkataan Arab ‘Jughrafyah’.
Bidang ilmu Geografi sangat penting dalam mengetahui tentang dunia daripada
segi bentuk, kedudukan tempat, garis bujur dan lintang. Terdapat tiga pembahagian
ilmu Geografi; Geografi deskriptif, mathematik dan teoretikal. Geografi deskriptif
membicarakan hal-hal ketenteraan serta pemerintahan, topografi, cuaca dan sumber
asli. Kitab Ilm Ajaib al-Buldan merupakan sebuah ensiklopedia, kamus geografi dan
cerita-cerita pengembaraan. Geografi Matematik pula menjelaskan bentuk bumi,
garisan bujur dan garisan lintang, dan peta negara-negara dunia. Mengenai geografi
teoretikal dan amalinya,ia dikenali melalui tokoh seperti al-Khuwarizmi (847M)
yang mengarang kitab Surat al-Ardd di dalamnya mengandungi peta dunia, Ibnu
Kurdadhbih (900M) melalui kitab al-Masalik wa al-mamalik menjelaskan kedudukan
bumi dan benua-benua. Ibrahim al-Farazi merupakan seorang ahli geografi Islam
yang telah membuat banyak kajian. Beliau telah berjaya mencipta astrolab yang
digunakan oleh ahli pelayaran sehingga kini (Mahayudin, 2004).

Peta awal dalam geografi Islam


(sumber:https://www.google.com/search?
q=images+zoologi+tamadun+islam&rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source)

3.13 BIDANG INDUSTRI

Bidang perindustrian berkembang sejajar dengan bidang pertanian dan


perlombongan. Al-Qaysariayahd, Andalus adalah sebuah bangunan yang
menempatkan urusan perdangangan yang menjual pelabagai barang seperti, tekstil,
logam (emas, perak, besi, tembaga, koprum), Bab al-Attarin tempat menjual rempah
ratus di Cordoba, Sug al-Itr plaza takstil. Kilang pengisar tepung telah wujud sejak
kurun ke-8 Masihi di Andalus yang digerakkan dengan menggunakan jentera air
melalui tenaga angin dan haiwan. Kilang memerah minyak zaitun juga telah
digunakan pada abad ke 9 Masihi. Pertukangan kayu bagi pembinaan perkapalan
berkembang maju di sekitar pelabuhan seperti di Tortosa juga industri kulit dan
kertas di Samarkand tahun 704 Masehi. Pada kurun ke 12 Masihi pada zaman
kerajaan Umaiyyah oang Islam telah mempelajari membuat kertas yang bermutu
tinggi melalui perdagangan dengan orang Cina serta menjadi bahan eksport ke
Timur dan Barat. Pada kurun ke-13M orang Islam telah membuat kertas daripada
kapas dan linen di mana industri kertas dan penulisan ini mula ditiru di Perancis
dan England. Satu lagi perindustrian yang berkembang maju ialah industri tenunan
tekstil di sekitar laut Mediterranean (Byzantium, Mesir, Sepanyol dan kepulauan
Sicily). Industri tembikar juga mula berkembang sejak kurun ke-10M hingga ke-
14M, pada zaman Islam tembikar emas Hispono-Morisco sangat masyhur di dunia
Eropah.

3.14 BIDANG PERTANIAN

Masyarakat Arab adalah antara bangsa yang paling rajin dalam mengusahakan
tanah untuk pertanian serta bangsa yang pakar dalam mencipta peralatan pertanian
untuk menambahkan pengeluaran, menggunakan baja saliran air untuk
menyuburkan tanah. Ahli Botani yang mashyur seperti Ibnu al-Hajah dan Ibnu al-
Awwam telah melakukan kajian mengenai kualiti tanah kepada 10 kelas mengikut
sifat dan jenis tanah untuk pertanian. Terusan air dibina secara saintifik bukan
sahaja untuk pertanian juga untuk membekalkan air kepada beribu-ribu masjid dan
kepada pendudukan tempatan. Jentera Hidraulik dibina di Fez oleh Muhammad
Ibnu al-Haj pada kurun ke-13M. Pada masa itu orang Islam juga pandai
mengawetkan bijiran seperti; anggur, jagung, padi, gandum, zaitun,ceri dan peach
yang boleh digunakan sehingga 30 - 100 tahun.

Begitu juga Sains Botani mula diperkenalkan pada kurun ke-11M oleh Abu Ubaid al-
Bakri yang teleh menyusun tentang tumbuh-tumbuhan, menamakan dan
mengkelaskannya melalui tulisannya. Kemudian pada abad ke-12M Ibnu Sarabi
telah menulis buku al-Ghafqi juga mengenai botani di samping buku al-Nabati oleh
Abu al-Abbas. Serorang lagi tokoh ialah Ibnu Baytar (1197M) beliau adalah pengkaji
ilmu tumbuh-tumbuhan yang terbaik dengan membuat kajian yang mendalam
melalui pemerhatian dan uji kaji dengan mengembara keseluruh benua seperti
Afrika Utaram Semenanjung Arab, Syiria dan negeri-negeri dipesisir lembah Nil dan
Mesopotamia. ‘Buku Pertanian’ yang ditulis oleh Ibnu al-Awwam mengandungi 34
bab (Azizan Baharudin, 1986).

3.15 ZOOLOGI
Zoologi adalah ilmu mengenai haiwan. Ibnu Jawa Liqi telah menulis buku mengenai
perihal pelbagai jenis haiwan tentang, jantina, sifat dan ciri, sihat dan sakit sesekor
haiwan (Azizan Baharudin, 1986).

Ilmu Zoologi Islam


(sumber:https://www.google.com/search?
q=images+zoologi+tamadun+islam&rlz=1C2RNRC_)

3.16 FIZIK

Ibnu Bajah atau Avenpace terkenal dengan teori Avenpace mengeni teori daya gerak
atau pergerakan. Dari sinilah Galileo, St. Thomas dan Duns Scotus mengembangkan
idea Ibnu Bajah di dunia Barat dengan menggunakan formula yang telah ditulis oleh
Ibnu Bajah (Azizan Baharudin, 1986).

3.17 BIDANG FALSAFAH

Dalam bidang falsafah Tamadun Islam telah mempelajarinya daripada falsafah


Yunani dan Sanskrit pada kurun sekitar ke-7 dan ke-8M dan telah mencapai
kemuncaknya pada kurun ke-10M. Bermula dengan falsafah Hellenisme Yunani
orang Islam telah mengembangkan asas ilmu falsafah ini melalui penterjemahan
buku-buku falsafah ke dalam bahasa Arab. Pada zaman Khalifah Abbasiyah, al-
Mansur (754M) dan al-Ma’mun (833M) telah menterjemahkan karya-karya falsafah
daripada Aristotle, Galen, Hippocrates, Ptolemy dan Euclid ke dalam bahasa Arab.
Ilmu falsafah sangat dipentingkan dalam Islam kerana ia dapat membantu
pemikiran logik mengenai manusia, alam dan ketuhanan yang tidak bertentangan
dengan Wahyu.

Al-Kindi (865M) seorang failasuf Islam yang terkemuka kerana telah menulis lebih
daripada 270 karya yang antaranya mencakupi buku-buku falsafah. Al-Kindi
membahaskan al-Mahiyah dan realiti segala fizik (benda) dan metafizik (ketuhanan).
Al-Farabi (950M) membahaskan jirim dan hubungannya dengan bentuk dan roh.
Ibnu Sina (1037M) telah merungkai fahaman Ikhwan al-Safa mengenai ‘manusia akan
mencapai kesempurnaan apabila dapat memahami bahawa Tuhan itu satu, roh itu
satu, alam ini satu, kemanusiaan itu satu, agama itu satu, kebenaran itu satu dan
falsafah itu satu’. Ibnu Masarrah, Ibnu Hazm dan Ibnu Tumlus menjelaskan
kebenaran itu terletak dalam falsafah serta dapat memadukan antara agama dengan
falsafah.

Said Ibnu Fattah (1029M) telah menulis Shajat al-Hikmah mengenai pengenalan
terhadap ilmu falsafah. Ibnu Bajah melalui kitab Tadbir al-Matawahhid menulis
mengenai alam metafizik yang dirujuk daripada Plato, Aristotale, Galen, al-Farabi,
Ibnu Sina dan al-Ghazali. Ibnu Tufayl (1106M) dengan kitan Hayy ibnu Yaqzan
mengenai kronologi kehidupan seorang manusia. Ibnu Rusyd (1198M) atau
Averroism dengan aliran pemikiran bahawa dunia ini abadi, jirim dan bentuk, jasad
dan roh yang dimuatkan dalam kitabnya Fasl al-Maqal dan Tahafut al-Tahafut.

SEMAK KENDIRI
Semua pengetahuan daripada pelbagai disiplin keilmuan
khususnya bidang Sains Tabii mula mencerah di Andalusia sejak
kurun ke-8 hingga 13M. Dunia Eropah pada masa itu berada
dalam zaman kegelapan daripada sumber pengetahuan. Ini
kerana pihak gereja melarang penganutnya daripada menuntut
ilmu dengan tujuan memudahkan institusi gereja mengawal
orang-orang kristian. Situasi ini berubah apabila berlakunya
perang agama atau perang Salib pada abad ke 11M.
Pertembungan, pertempuran dan peperangan antara tentera
Kristian dengan Islam telah menyedarkan orang Kristian akan
kehebatan keilmuan yang dimiliki oleh orang Islam. Pertemuan
ini telah membuak fikiran mereka berminat terahdap intelektual
Islam. Kemasukan mereka melalui Sepanyol, Syira, Palestin dan
Sicily telah membawa kejayaan dalam bidang keilmuan kerana
orang Kristian belajar dengan orang Islam. Penterjemahan buku-
buku Arab ke bahasa Latin membolehkan khazanah Islam ini
tersebar dan berpindah ke dunia Barat sehingga kurun ke 16M.
Orang Islam Andaluslah yang telah menyampaikan keilmuan
Islam ke negara-negara Eropah.

SEMAK KENDIRI 1.5


1.2
Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas, sememangnya telah terbukti bahawa
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar melalui intelektual
Islam di dalam perkembangan sebahagian besar cabang seni yang wujud pada hari
ini. Pada hakikatnya Islam tidak pernah menolak kesenian malahan menerapkan
unsur-unsur murni yang menjadi teras kepada setiap cabang seni iaitu Tauhid
bersesuaian dengan peredaran zaman. Jelas menunjukkan bahawa perkembangan
seni sama ada seni khat, seni bina, seni sastera mahupun seni muzik telah pun
dibangunkan awal-awal lagi oleh ilmuwan Islam. Buktinya ramai pencinta seni dari
barat mempelajari dan mengkaji hasil seni ilmuwan Islam dan seterusnya
menggunakan pengetahuan itu untuk menjadi teras kebangkitan ketamadunan
mereka. Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai
pemangkin kepada Zaman Renaissance atau Pembaharuan di Eropah yang akhirnya
melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Generasi pada hari ini sepatutnya
merasa bangga dengan sumbangan ilmuwan Islam yang begitu besar terhadap
peradaban dan tamadun manusia malahan mereka perlu mempunyai semangat dan
iltizam untuk mengulangi keagungan tahap pencapaian ilmu pengetahuan
intelektual Islam satu masa dahulu. Apa yang membantu kejayaan umat Islam
dalam bidang-bidang ilmu seperti ini ialah Islam itu sendiri yang bersikap terbuka
dan positif terhadap ilmu pengetahuan. Malahan al-Qur’an juga sentiasa menggesa
umat Islam supaya berfikir dan meneliti tentang manusia dan alam Adalah menjadi
aspirasi dan impian kita untuk menyaksikan suatu hari nanti sejarah keagungan
umat Islam seperti dahulu akan kembali berulang.

Botani Falsafah
Zoologi Seni bina
Astronomi Khat
Fizik Kaligarafi
Sains Tabii Farmakologi
Kitab Monumen
Metafizik

Ab. Alim, A. R. & Syed Idrus, S. M. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka.

Azhar, M.A., Azharudin, M.D., Suffian, M. & Zulkanain, A.R., (2002).


Tamadun Islam dan tamadun Asia. (2nd ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan Sarjana Dalam Tamadun Islam.


Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Hasan, L. (1987). Pendidikan Islam: satu analisa sosio psikologikal. (t.t.):


Pustaka Antara.

Kamil, B. (1983). Dinamika kaligraf Islam. (Terjemahan: Sirojuddin, A. R.


(1992)). Jakarta: Dar al-‘Ulum Press.

Mahayudin, Y. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti


Sdn. Bhd.

Mohd Mokhtar, S. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur:


Nurin Enterprise.

Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terjemahan:


Sutejo. (1992)) Bandung: Penerbit Mizan.

Zulkifli Hassan dan Hanani Harun. (2006). Sumbangan Intelektual Islam


Dalam Seni. Penang : Universiti Sains Malaysia
Topik 4 Tamadun
Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
14. Menjelaskan pembentukan Tamadun Melayu
15. Mengaitkan agama Islam dengan Pembentukan Tamadun Melayu
16. Menyenaraikan ciri-ciri Tamadun Melayu
17. Membuktikan Tamadun Melaysia berasaskan kepada Tamadun Melayu
18. Membezakan Melayu Dentro dengan Melayu Proto dalam konteks
Tamadun Melayu di alam Nusantara.
 Pengenalan
Tamadun adalah suatu masyarakat yang mempunyai penyusunan stratifikasi
masyarakat yang kompleks mengikut pengkhususan pekerjaan dan tahap sosial
yang berbeza) yang tinggal menetap di sesebuah perbandaran. Memartabatkan
sesebuah tamadun bukan satu usaha yang mudah melainkan memerlukan
kepakaran dan minat yang mendalam. Zaman moden adalah era globalisasi, juga
cabaran baru abad ke 21 dimana jurang antara Tamadun Islam dan Barat semakin
melabar yang tentunya memberi pengaruh serta kesannya terhadap Tamadun
Melayu. Orang Islam di Malaysia berteraskan budaya Melayu dan tentunya
beragama Islam. Dengan itu Tamadun Melayu tidak boleh dipisahkan dengan
Agama Islam. Tamadun Melayu perlu diteruskan kerana sumbangan besamya
terhadap tamadun manusia sejagat yang akan membantu mengangkat tamadun
Islam sedunia.

4.1 KONSEP TAMADUN MELAYU


Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan
bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai
nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi (Azam Hamzah, 1997). Menurut Tenas
Effendy (2004) Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas.
Sebahagian pengkaji menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua pengertian,
iaitu ‘Melayu’ dan ‘kemelayuan’. ‘Melayu’ dimaksudkan sebagai satu rumpun
bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara ‘kemelayuan’
mengandungi erti ‘nilai anutan’ dan ‘jati diri Melayu’. istilah Melayu juga boleh
ditakrifkan berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa dan bahasanya iaitu
Melayu. Pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu-Indonesia seperti Jawa, Sunda,
Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dan
sebagainya.

Bellwood (1997) pula menegaskan Melayu merupakan satu masyarakat peribumi


atau masyarakat asal rantau ini, rantau atau wilayah kebudayaan yang disebut
sebagai Malay Archipelago, Kepulauan Melayu atau Alam Melayu. Kesatuan
Melayu ini hidup aman, damai dan rukun lantaran sifat adaptif, akomodatif dan
assimilatif. Kesatuan Melayu begitu mantap di kalangan masyarakat Melayu kerana
nilai kemelayuan yang dimiliki. Nilai kemelayuan memberi pengertian kehidupan
bangsa Melayu dalam membina jati diri bangsa.

Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu
tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman
terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak
dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya.
Pengajaran akidah Islam oleh para pendakwah Islam di seluruh rantau Alam
Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu. Islamnya
Melayu adalah kerana pengislaman sultan dan pembesar istana berdasarkan
ketaatan rakyat terhadap sultan yang memerintah.

Menurut Ismail Hamid (1985) kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa


perubahan sehingga menjadikannya bangsa Melayu sebahagian daripada dunia
Islam. Perubahan-perubahan tersebut dapat dilihat daripada semua aspek
kehidupan seperti bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan,
politik, adat istiadat dan kesenian.

4.2 PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Dari segi kronologi pembentukan Tamadun Melayu dapat diselusuri bermula


daripada zaman Paleotik (zaman batu awal) kira-kira 35,000 tahun yang lalu,
kemudian diikuti oleh zaman Meseolitik (zaman batu tengah) 11,000 tahun yang
lalu, zaman Neolitik (zaman batu baru) 5,000 tahun dahulu seterusnya dari zaman
gangsa-besi kira-kira 2,500 tahun yang lalu dan terakhir zaman kedatangan Islam di
Nusantara kira-kira abad ke 11 Masehi.

Tamadun Melayu terdiri daripada bangsa Melayu yang mendiami kawasan-


kawasan di Asia Tenggara yang dikenali sebagai gugusan kepulauan Melayu (The
Malay Archipelago) meliputi Melayu-Indonesia, Alam Melayu Nusantara atau
dipanggil sebagai Tanah Jawi. Istilah Melayu juga dikenali dengan ciri-ciri bangsa
Melayu, adat Melayu, berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam
(Shaharir Mohamad Zain, 2000).

Bangsa Melayu diperintah oleh kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu awal mempunyai
susunan struktur masyarakat yang kompleks dalam bentuk piramid, raja sebagai
pemimpin diikuti oleh pembesar-pembesar istana, dan paling bawah rakyat jelata.
Sarjana-sarjana tempatan (Nik Hassan Suhaimi, 1993) mengatakan bahawa orang
Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira
bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia
Tenggara merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo. Jika kita menerima
pendapat tersebut dan menggunakan pentarikhan tapak pra-sejarah yang terawal di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak paleolitik kota tampan, maka didapati
bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun
dahulu (Ahmad Hakimi, 1998).

Sungguh pun masyarakat dan kebudayaan Melayu mungkin telah wujud lebih awal
di kawasan Asia Tenggara, asas kepada kemunculan tamadun (atau perbandaran)
dan susunan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan teknologi
pertanian tetap pada zaman neolitik (zaman batu 5000M) (Ahmad Hakimi 2006).
secara umumnya, zaman neolitik (atau zaman batu baru) memperlihatkan
perubahan teknologi yang berteraskan kepada penubuhan tempat tinggal tetap
(atau petempatan) sepanjang tahun (untuk menjaga tanaman) dan pertanian tetap
(untuk menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun).

Manifestasi Tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah dalam
bentuk kerajaan-kerajaan Melayu awal sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu
(Bellwood, 1997). kerajaan-kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-
Islam yang memerintah di Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di
Thailand selatan, empayar Srivijaya di Palembang, Kuala Selinsing di Perak, dan
Lembah Bujang di Kedah (Ahmad Hakimi, 2006). Sebahagian besar daripada
kerajaan-kerajaan Melayu awal di kawasan Asia Tenggara lebih tertumpu kepada
aktiviti-aktiviti maritim. Pelabuhan-pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat
dengan perdagangan jarak jauh. perdagangan jarak jauh menunjukkan rangkaian
perhubungan yang besar dan memerlukan petempatan yang agak lama dan tetap
untuk memudahkan pengekalan perhubungan tersebut. Secara umumnya,
perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan.

Sarjana-sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu


masa dahulu begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan
selat Melaka (Ahmad Hakimi 2006). pelabuhan-pelabuhan di semenanjung Malaysia
memainkan peranan sebagai tempat berehat yang penting untuk kapal-kapal layar
untuk meneruskan perjalanan samada ke Barat ataupun ke Timur mengikut musim
yang bersesuaian. Pelabuhan-pelabuhan sedemikian berkembang untuk membentuk
tamadun-tamadun (atau perbandaran) Melayu yang awal.

Tamadun Melayu awal yang terbentuk di Kuala Selinsing berbeza daripada yang
terdapat di Lembah Bujang oleh kerana ianya tidak berfungsi sebagai sebuah pusat
keagamaan. pada waktu yang sama, maklumat dari peninggalan arkeologi yang
ditemui di Kuala Selinsing menunjukkan bahawa tamadun ini tidak dipengaruhi
oleh kebudayaan Hindu-Buddha. beberapa artifak yang ditemui di tapak arkeologi
ini menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan sistem tulisan Pahlavi (atau
Sanskrit) untuk menulis dalam Bahasa Melayu (Nik Hassan Suhaimi 1991).
Pembentukan Tamadun Melayu awal ditandai dengan wujudnya bandar-bandar,
petempatan yang lebih tersusun, pusat-pusat keagamaan dan pembinaan
monumental (besar) yang menggunakan batu. contoh-contoh kerajaan-kerajaan
Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah Angkor Wat di
Kampuchea, Borobudur di pulau Jawa, Indonesia dan Lembah Bujang, di Kedah,
Malaysia.

Tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya


dibentuk oleh orang-orang Melayu. kebudayaan orang-orang Melayu berjaya
menghasilkan tamadun-tamadun awal di rantau Asia Tenggara oleh kerana
teknologi orang Melayu pada waktu itu mampu untuk menguasai laluan-laluan
perdagangan jarak jauh yang melalui kawasan-kawasan perairan kerajaan-kerajaan
Melayu awal. kemampuan ini membezakan masyarakat Melayu daripada
masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yang selalunya lebih tertumpu
ke kawasan pedalaman Asia Tenggara. Selepas kemunculan kerajaan-kerajaan
Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu
adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu Islam. kemunculan kerajaan-
kerajaan Melayu Islam adalah penting dalam perkembangan tamadun masyarakat
Melayu oleh kerana penggabungan antara kebudayaan Melayu dan agama Islam
membentuk satu tamadun Melayu yang baru, satu tamadun yang menjadi asas
kepada identiti kebudayaan Melayu dan yang menjadi teras kepada pembentukan
tamadun Malaysia.

Terdapat kesinambungan dari kerajaan-kerajaan (tamadun) Melayu awal ke kerajaan


Islam Melayu Melaka hingga ke kerajaan Persekutuan Malaysia yang sedia ada.
sistem penyusunan kerajaan Persekutuan Malaysia adalah hasil daripada kerajaan-
kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh kerajaan penjajahan Inggeris, satu
perkembangan yang mengambil masa lebih 500 tahun. jika kita mengambil kira
bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Islam tersebut telah berkembang dari kerajaan-
kerajaan Melayu awal, perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu dari dahulu
sehingga ke hari ini telah mengambil masa sekurang-kurangnya 2,000 tahun.

Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu
tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman
terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak
dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya.
Pengajaran akidah Islam oleh para pendakwah Islam di seluruh rantau Alam
Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu. Situasi ini
bertambah mantap apabila para pendakwah berjaya menarik minat pemerintah
Melayu khususnya golongan istana. Sedikit demi sedikit pemerintah Melayu beralih
kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi kesan yang amat besar kepada
pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang menghubungjalin suku
kaum Melayu yang pelbagai.
Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world view
masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu disandarkan
kepada falsafah Islam. Justeru itu, akar umbi bagi Tamadun Melayu adalah
Tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya merubah
kepercayaan, pemikiran, budaya dan tingkah laku masyarakat Melayu di negara dan
rantau ini (Mohd Taib Osman, 1989).

Peta alam Melayu


(Sumber : https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu)

AKTIVITI 1.1
Buat tiga kumpulan kecil dan bincangkan aspek-aspek berikut:
(a) Maksud Melayu dan Tamadun Melayu
(b) Hubungan Islam dan Tamadun Melayu

4.3 CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


(a) wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem
nilai melalui etika dan moral yang berwibawa, dikuatkuasakan untuk
kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak tanduk masyarakat
Melayu dalam segala aktiviti.
(b) kemajuan ilmu pengetuahan melalui lahir dan berkembangnya daya
kreativiti dalam pencipataan sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan,
falsafah, dan sebagainya.
(c) terdapat penempatan masyarakat Melayu di sesuatu atau beberapa
kawasan yang disatukan menjadi bandar, kota atau negara kota serta
mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun.
(d) jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang.
(e) wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh
dalam bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan, agama dan
sebagainya.
(f) penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang
sama atau serumpun.
(g) peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan, kesihatan dan
perekonomian
(h) terdapatnya sistem kepercayaan agama (Islam) dan amalan
beragama.

AKTIVITI 1.2
lakarkan dalam bentuk peta minda ciri-ciri Tamadun Melayu
berdasarkan kreativiti anda.

4.4 HUBUNGAN TAMADUN MELAYU DENGAN


ISLAM

Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Islam bermula apabila agama Islam mula
berkembang di alam Melayu. Perkembangan Islam di alam Melayu ini mulanya
dibawa oleh orang Arab yang datang ke tanah Melayu pada abad ke-7 masihi. ini
dibuktikan dapat dibuktikan melalui catatan tulisan Arab/Jawi yang dipahat di batu
nisan dan batu bersurat. Selain daripada itu terdapat juga pendapat yang
mengatakan Islam masuk ke Tanah Melayu melalui India dan China. Kedatangan
Islam ke Alam Melayu telah diterima baik oleh orang Melayu kerana faktor ketaatan
mereka terhadap sultan, pembesar Istana dan tok guru, juga kemasukkannya
berlaku secara aman berdasarkan faktor dakwah, geografi, perekonomian,
perkahwinan serta faktor politik dan penaklukan.

Coedes (1968) menjelaskan kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah


kepercayaan kehidupan beragama daripada dinamisma, anamisme, naturisma,
pluralisme (Hinduasime dan Buddisme) kepada monotisme dengan menyembah
Tuhan yang Esa di samping turut juga mengabah pemikiran orang Melayu terhadap
unsur-unsur relggi dan Meggi. kedatangan Tamadun Islam mengubah corak
pemikiran, akidah dan akhlak Masyarakat Melayu melalui hormat-menghormati
antara manusia, cara berpakaian, cara berpolitik, kebudayaan dan menitik beratkan
soal persamaan taraf.

Biar pun Islam telah mengubah mengubah kepercayaan dan fahaman keagamaan
kepada orang Melayu, namun masyarakat Melayu masih tekal dengan identiti dan
intiti kemelayuan dengan dengan mengekalkan nilai dan struktur yang tidak
berlawanan seperti lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. didikan ibu bapa
atau keluarga sangat dalam sehingga nilai-nilai kemelayuan tidak terhapus dengan
kedatangan Islam. secara kebetulan pula nilai-nilai murni orang Melayu selari
dengan nilai Islam, ini yang menyebabkan orang Melayu mudah menerima Islam
dan pada masa yang smaa masih mengekalkan identiti kemelayuan (Buerah
Tunggak & Hussin Salamon, 2011).

Kesimpulannya, interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu memberi kesan


besar dalam pembangunan Tamadun Melayu, terutama dari aspek pembangunan
insan dan kesannya dapat dilihat sehinggalah hari ini.

4.5 TAMADUN MELAYU ASAS TAMADUN


MALAYSIA

Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan
kepada Tamadun Melayu yang telah dibina sekian lama berdasarkan kepada
kronologi persejarahan. Tamadun Melayu adalah tamadun yang bersifat sejagag,
dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri berteraskan bahasa Melayu, berbudaya
Melayu dan beragama Islam. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu
tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman
terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak
dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya.
Manakala Tamadun Malaysia pula dibentuk berdasarkan unsur-unsur Melayu yang
dikaitkan dengan keagamaan, keunggulan identiti diri, kesenian dan budaya, nilai
politik dan perundangan.

(a) Pengamalan Agama Islam

Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina Tamadun
Melayu. Tanpa kemasukan agama Islam ke alam Melayu sudah tentunya pengaruh
dan nilai Hinduisme-Buddhisme akan menjadi anutan kepada masyarakat Melayu.
Islam datang membawa perubahan secara drastik dengan menekankan unsur-unsur
akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan, dan kemulian insan. Agama Islam yang
bersifat murunah sangat sesuai dengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu yang
bersifat lemah lembut dan saling bertolak ansur. Dorongan belajar yang
diketengahkan oleh Islam bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan
diselangselikan dengan membaca dan menyelongkar isi kandungan naskhah-
naskhah kitab yang telah ditulis oleh ulama terdahulu. Fahaman ini memberi ruang
kepada masyarakat Melayu untuk lebih banyak berfikir dan berdaya maju. Situasi
ini telah mencetuskan fenomena baru
kepada perkembangan intelektual masyarakat Melayu. Pendidikan Islam yang
bermula diistana telah dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah dan
universiti.

Sejarah Malaysia telah mencatatkan, ketika membentuk Perlembagaan Persekutuan


1956, perkara agama tidak diketepikan, malah ia menjadi perkara penting dalam
Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) memperuntukkan agama Islam adalah
agama bagi persekutuan. Walau bagaimanapun agama-agama lain boleh diamalkan
tanpa sebarang halangan atau gangguan daripada mana-mana pihak. Dalam erti
kata lain,
agama adalah salah satu aspek penting dan perlu diambil kira dalam membentuk
dan membangun tamadun negara.

(b) Penerapan Nilai Jatidiri

Kelangsungan tamadun sesuatu bangsa terletak kepada kekuatan nilai jati diri.
Jatidiri Melayu diasuh melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai patriotisme
melalui persejarahan bangsa. Antara nilai yang diketengahkan dan menjadi asas
kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada pembentukan
Tamadun Malaysia seperti bertanggungjawab, jihad, istiqamah, ihsan, jujur dan
ikhlas, adil, bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi dan kerjasama.

Jika diperhatikan secara halus, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu bertitik
tolak daripada keluarga. Keluarga dilihat sebagai agen sosialisasi utama dalam
masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah
menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa. Oleh
kerana masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras kehidupan,
mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai nadi pembentukan nilai dan peradaban
di samping nilai-nilai asal yang sedia ada dalam masyarakat Melayu yang terkenal
dengan sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra.

(c) Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya


Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan dengan seni estetika seperti seni sastera,
seni lagu, seni tari, seni ukiran, seni bina, seni hias serta seni drama. Sebagai
contohnya, seni bina masjid banyak menerima pengaruh dan kesan daripada seni
reka Islam daripada Timur Tengah dari reka bentuk kubah, hiasan mimbar, dan
hiasan dalamannya. Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat yang
dihias indah dengan bunga kerawang, seni lukisan yang dihasilkan daripada
manifistasi alam. Warisan kesenian budaya Melayu ini juga boleh dilihat dalam
pelbagai
bentuk hasil seni seperti pada tenunan, arca, ukiran, dan barang-barang
hiasan rumah.

Seni lagu dan muzik di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh
Islam di samping seni kontemporari semasa seperti muzik dakwah, nasyid, qasidah,
muzik kroncong, muzik Melayu asli dan sebagainya. Keindahan melodi dan
senikata mengenai unsur-unsur alam, kemasyarakatan dan unsur humanisme
mampu meningkatkan imej dan keperibadian diri agar mendekatkan diri kepada
nilai-nilai murni. Begitu juga masyarakat Melayu terkenal dengan penciptaan
peralatan seperti rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan gong.
Masyarakat Melayu juga kaya dengan keindahan seni sastera seperti sajak,
gurindam, syair, puisi, prosa, cerpen, cerita-cerita pedoman dan
nobel, juga kaligrafi tulisan Melayu klasik yang terpancar melalui tulisan
khat ayat-ayat al-Qur’an atau hadis-hadis Nabi.

(d) Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan

Kedatangan Islam di Alam Melayu turut merubah aspek politik dan perundangan.
Pentadbiran negara mula ditandai melalui kesulatanan Melayu Melaka. Melaka
pada abad ke 13M terkenal sebagai pusat pentadiran dan perundangan di kepulaun
Melayu. Politik Islam melalui musyawwarah dalam membuat sebarang keputusan
telah diimplimentasikan disetiap jawbatan kerajaan di samping politik demokrasi
dalam menentukan dan memilih kepimpinan negara.

Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak pemerintahan Kerajaan


Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Kesultanan Melaka
bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli (muamalat),
jenayah (jinayat) dan kemasyarakatan (muamalat) malah melangkaui bidang-bidang
sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya naskhah Melayu dalam perundangan
seperti Hukum Kanun Melaka, teks ini mengandungi 27 fasal undang-undang,
sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah yang terdapat dalam
koleksi di Muzium British mengandungi 44 fasal (Mahmood Saedon: 219). Menerusi
teks ini dapat dibuat kesimpulan bahawa undang-undang Kanun Melaka
berdasarkan undang-undang Islam dari aliran mazhab Syafie, namun unsur-unsur
adat Melayu tidak dinafikan kewujudan dalam undang-undang Melayu.
(e) Pembinaan Pembangunan Ekonomi

Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah


kegemilanganya dalam urusan perdagananya dengan negara-negara penjajah
daripada Eropah seperti; Belanda dan Inggeris, juga tidak ketinggalan
perdangannya dengan negara-negara daripada Timur tengah (Arab). Pelbagai jenis
dan barang perdanganan diperniagakan bagi memenuhi keperluan domistik
sehingga ke peringkat antarabangsa seperti barangan logam, rempah ratus,
pembinaan, kayu kayan dan pertanian.

Perkembangan pesat ekonomi Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan


keperluan tenaga kerja di sektor-sektor perladangan dan perlombongan. Bagi
mengatasi masalah ini penjajah Inggeris telah membawa buruh-buruh asing
khususnya dari India dan Cina untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Tiga
kelompok bangsa ini mudah dikenali menerusi kegiatan ekonomi yang mereka
usahakan dan penempatan warisan mereka sehingga membentuk masyarakat
majmuk. Pada tahun 1970 kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi
merapatkan jurang perbezaan ekonomi kalangan masyarakat Melayu (pertanian),
masyarakat Cina (Perniagaan) dan masyarakat India (Perladangan). Pengekspotan
pertanian negara seperti timah, getah, kelapa sawit, kelapa, juga perindusterian
turut menyumbang kepada hasil
negara. Buat masa ini FELDA dan PETRONAS menjadi peneraju utama dalam
mengukuhkan pendapatan negara.

Siling wang emas yang pernah digunakan suatu masa dahulu


(Sumber : https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu)

(f) Pembinaan Institusi Pendidikan

Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di Alam Melayu


ditulis dengan menggunakan huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava,
India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam Tamadun Melayu selepas
kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal dari al-Qur’an telah menggantikan
huruf Kawi dan Nagari. Oleh itu, kedatangan Islam ke Alam Melayu ini telah
melahirkan satu bentuk tulisan baru bagi masyarakat rantau ini yang dikenali
sebagai tulisan jawi. Tulisan ini kemudiannya telah digunakan secara meluas dalam
bidang penulisan kitab-kitab agama Islam yang menjadi medium utama
penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini.

Kedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan rumi turut menjadi cabaran
kepada tulisan jawi. Pihak British enggan mengiktiraf tulisan jawi kerana ia mirip
tulisan Arab yang dikaitkan dengan agama Islam. Kehadiran Inggeris dengan misi
kristianisasi telah gagal mengubah akidah orang Melayu yang sangat kuat
perpegang dengan akidah Islam tetapi telah berjaya menggantikan tulisan jawi
dengan tulisan rumi. Asas penguasaan tulis-baca inilah yang menyebabkan institusi
pendidikan terus berkembang bermula daripada pendidikan di istana, rumah tok
guru, sistem pondok, sekolah Arab/agama, pendidikan Inggeris dan seterusnya
tertubuhnya sekolah rendah dan menengah, kolej, maktab dan universiti.

AKTIVITI1.3
AKTIVITI 1.1

(a) Buktikan Tamadun Melayu mempunyai identiti


tersendiri berbanding tamadun-tamadun lain di dunia ini.
(b) Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan Tamadun
Melayu adalah asas pembentukan Tamadun Malaysia

4.6 TAMADUN MELAYU DI ALAM NUSANTARA

Nusantara satu nama yang tidak asing dan amat sinonim dengan alam Melayu.
Alam Melayu pula dirujuk kepada negara-negara di Asia Tenggara termasuklah
kepulauan-kepulauan Indonesia, Tanah Melayu dan kepulaun Borneo dan Filipina.
Menurut sejarah, Tamadun Melayu telah berusia lebih daripada 5000 tahun,
manakala Tamadun Melayu Deutro (Melayu baru) lebih kurang 3000 tahun sebelum
Masihi.

Masyarakat Melayu proto (Melayu lama) yang dominan sebagai pelaut belayar di
sepanjang Sungai Mekong, China, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, Thailand,
hingga Semenanjung Tanah Melayu. Masyarakat Melayu proto terkenal dengan
teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi. Mengikut teori tersebut Melayu
Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam
bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun
1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang
tinggi. Berlaku pertembungan budaya apabila Melayu proto dan Melayu Deutro
berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa,
serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito.
Kedua-dua rumpun Melayu Proto dan Deutro mempunyai persamaan adat resam
Melayu yang hampir sama menggunakan Bahasa Melayu yang hampir sama.

Tamadun terawal rumpun Melayu di catat dalam sejarah Khmer ialah tamadun
Khmer Funan di Delta Mekong. Kerajaan Funan wujud dalam abad ke-1Masihi
hingga pertengahan abad ke-6Masihi sehingga 800M. Kerajaan Funan merangkumi
sebahagian besar Indo-China sekarang hingga ke negeri-negeri di utara
Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3Masihi hingga ke-6Msihi seluruh
Thailand Selatan dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini
berada di bawah Funan. Kemudian, Kerajaan Funan dijatuhkan Kambuja atau
Chenla mengikut catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Berlaku migrasi
mencari perlindungan semasa Empayar Khmer Angkor. Palembang dan Melaka
merupakan antara tempat yang mereka datangi dan menetap disitu.

Teks naskhah tertua


(Sumber : https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu)

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit mempunayi Teks silam Melayu yang
menpunyai persamaan dengan tulisan yang terdapat pada muka pintu Yunnan 2006.
Ini menunjukkan terdapat migrasi penduduk Yunnan sehingga ke Palembang.
Tulisan Moden Yunnan itu merupakan tulisan tradisional minoriti Dai iaitu salah
satu penduduk asal Wilayah Yunnan, China.

Hubungan antara Melayu dan Cham dapat dikesan daripada persamaan Bahasa
Cham dan Bahasa Melayu, dan persamaan tersebut ditemui pada nama tempat-
tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya.
Pada sekitar tahun 1400 wujudnya komuniti Cham di Melaka dan kenyataan
tersebut dengan jelasnya terdapat dalam Sejarah Melayu. Menurut sejarah, Kerajaan
Campa dihancurkan oleh Vietnam 1471 dan telah mengorbankan lebih kurang
120,000 pada pertengahan tahun 1400. Kemudian setelah pengaruh Islam meluas di
Nusantara pada ketika itu, Raja Champa telah memeluk Islam sekitar tahun 1600M.
Migrasi berlaku apabila raja Muslim yang terakhir Pô Chien mengumpulkan orang-
orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal
sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

SEMAK KENDIRI 1.1

SEMAK KENDIRI 1.2

Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu :


1. Rumpun bahasa bangsa Melayu terangkum dalam kelompok
Austronesia-Nusantara
2. Kawasan wilayah Tamadun Melayu merangkumi kawasan
Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak, Sulawesi, Maluku. Sulu, Mindanao dan
beberapa kepulauan lain di selatan Thailand, Filipina dan
Indonesia.
Masyarakat Melayu era pasca-Modernisme telah migrasi ke serata
dunia dari Asia Tenggara, Asia Tengah, benua Afrika, Eropah
hinggalah ke benua Amerika. Adakah masyarakat Melayu minoriti
di negara-negara ini memiliki Tamadun Melayu? – mari fikirkan
dan cari jawapannya.
SEMAK KENDIRI 1.5

Kedatangan Islam di Alam Melayu bukan sahaja mengubah landskap kepercayaan


agama bahkan juga turut membina Tamadun Melayu yang baru. Bangsa Melayu
telah berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah
kedatangan Islam ke rantau ini. Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan
kegemilangan tamadunnya dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan
pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, amalan pendidikan, kerancakan
ekonomi, keindahan seni estetika, kemurnian budaya serta kesepaduan sosialnya.
Dalam membina peradaban Melayu menjelang negara maju 2020, apa yang perlu
dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah terus mempertahankan eksistensi Melayu
dan terus memperkasakan Tamadun Melayu melalui pelbagai aktiviti yang bersifat
inovasi serta bergerak aktif
dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti China,
Jepun, Korea, dan India.

Melayu Proto Huruf kawi


Melayu Dentro Huruf Nagari
Dominan Zaman Paleotik
Nusantara Zaman Maseolitik
adaptif Zaman Neolitik
akomodatif Maritim
assimilatif Interkasi

Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006). Arkeologi Dan Sejarah Kebudayaan Melayu :


Satu Tinjauan Awal, Purba 24:1-10

Azam Hamzah. (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Asia.


ctu551b.blogspot.com

Bellwood, Peter S.. (1997). Prehistory Of The Indo-Malaysian Archipelago. Edisi


Semakan. Honolulu: University Of Hawai'i Press.

Braddell, Roland. (1935). An Introduction To The Study Of Ancient Times In The


Malay Peninsula And The Straits Of Malacca, Journal Of The Malayan Branch
Of The Royal Asiatic Society, Xiii(2):70-109.
Buerah Tunggak & Hussin Salamon. (2011). Mengembalikan
Kegemilangan Tamadun Melayu-Islam Menerusi Pemupukan Budaya Niaga
Berteraskan Akhlak. Sari-International Journal of the Malay World and
Civilisation, 29(2), pg.123-147.

Coedes, G.. (1968). The Indianized States Of Southeast Asia (Histoire Ancienne Des
Etats Hindouises D'extreme-Orient, Edisi Ketiga).

Hashim Awang A.R., Zahir Ahmad Dan Zainal Abidin Borhan (Eds.). Pengajian
Sastera Dan Sosiobudaya Melayu: Memasuki Alaf Baru Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Ismail Hamid. (1985). Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Taib Osman. (1989). Malay Folk Beliefs an Intregration of Disparate Elements.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. (1993). Menyusuli Asal Usul Orang
Melayu: Dari Perspektif Arkeologi Semenanjung Malaysia, Dalam Sejarah
Dan Proses Pemantapan Negara- Bangsa: Prosiding Kongress Sejarah Malaysia
Kedua, Jilid Ii. Nik

Hassan Suhaimi. (1999). Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat Melaka: Evolusi Atau Migrasi.
Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,Selangor :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain. (2000) Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam.


Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society. Bangi : Pusat
Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Topik 5 Sumbangan Dan Hasil
Pencapaian
Tamadun Melayu
Terhadap Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
19. Menjelaskan dengan mengemukakan contoh-contoh pencapaian
Tamadun Melayu dalam pelbagai bidang seperti:
i. Kerajaan dan Sistem Pemerintahan
ii. Ekonomi
iii. Pendidikan
iv. Perundangan
v. Agama Dan Adat Istiadat
vi. Perundangan
vii. Komunikasi
viii. Bahasa, Tulisan, Persuratan Dan Sastera
ix. Kemahiran Pembuatan
x. Kesenian
x. Sains Dan Teknologi
 PENGENALAN

Tamadun Melayu adalah satu tamadun secara keseluruhannya dibangunkan oleh


bangsa Melayu yang berteraskan bahasa Melayu dan budaya Melayu setelah
kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu. Kefamahaman
terhadap tamadun Melayu sebagai sebuah tamadun bangsa di rantau alam Melayu
amat bersandar kepada pemahaman terhadap tamadun Islam. ini kerana
kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat
rantau alam Melayu secara keseluruhannya. Hasil pencapaian Tamadun Melayu
terhadap peradaban dunia menjadikan bukti kegemilangan Melayu baik melalui
sejarah silam mahu pun pada abad ini. Pencapaian Tamadun Melayu merupakan
bukti keagongan Melayu pada abad-abad silam. Berdasarkan kegemilangan ini,
bangsa Melayu terus membina tamadunnya sendiri. Pencapaian ini dibuktikan
dalam banyak bentuk seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya, sains dan
teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga hari ini.
Pencapaian ini juga menggambarkan masyarakat Melayu mampu berusaha sendiri
dan berhadapan dengan segala perubahan zaman yang mendatang. Pencapaian
Tamadun Melayu ini boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu merangkumi tiga elemen
penting seperti daripada aspek material (kebendaan), intelektual (ilmu
pengetahuan) dan spritual (agama/kepercayaan).

5.1 PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

BANYAK PENCAPAIAN DALAM TAMADUN MALAYU YANG BOLEH


DILIHAT PADA HARI INI BERASASKAN KEPADA SUMBANGAN PARA
SARJANA MELAYU PADA MASA SILAM. HASIL METERIAL, INTELEKTUAL
DAN SPIRITUAL DALAM TAMADUN MELAYU BOLEH KITA SENARAIKAN
SEPERTI BERIKUT:

(a) Kerajaan dan Sistem Pemerintahan

TAMADUN MELAYU KAYA DENGAN PELBAGAI SUMBER SEJARAH YANG


BERKESINAMBUNGAN MELALUI PELBAGAI SUMBER DARI PENULISAN
HINGGA PENEMUAN-PENEMUAN BERBENTUK ARKEOLOGI. MENURUT
ZAINAL ABIDIN (2001) DARI SEGI SEJARAH. TERBUKTILAH BAHAWA
WILAYAH POLITIK ATAU NEGARA BANGSA MALAYSIA MERUPAKAN
LANJUTAN DARI POLITIK-POLITIK ATAU KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
SEBELUMNYA. SISTEM BERKERAJAAN DAN PEMERINTAHAN MELAYU INI
JUGA MERUPAKAN KESINAMBUNGAN DARI BEBERAPA BUAH
KERAJAAN ATAU PUSAT TAMADUN MELAYU LAMA SEPERTI SRIVIJAYA,
TEMASIK, MELAKA, JOHOR-RIA, LINGGA DAN SEBAGAINYA.
PADA HARI INI, MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG
BERPARLIMEN DAN BERPERLEMBAGAAN BERBENTUK PERSEKUTUAN
YANG MENGANDUNGI KOMPENEN BEBERAPA BUAH NEGERI MELAYU
YANG PERNAH MENJADI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU, NEGERI-
NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU DAN NEGERI-NEGERI SELAT.
PERBEZAAN ANTARA PECAHAN KUMPULAN NEGERI-NEGERI DI TANAH
MELAYU TERLETAK KEPADA WUJUDNYA SISTEM KESULTANAN, SISTEM
GABENOR DAN SISTEM PENTADBIRAN INGGERIS BAGI NEGERI-NEGERI
BERKENAAN. LANTARAN DENGAN BERDASARKAN FAKTA SEJARAH
DIATAS, MAKA PAKSI ATAU LANDASAN UTAMA YANG
MENYUMBANGKAN KEPADA PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN
TAMADUN MELAYU ADALAH ISLAM.

SETIAP POLITIK MELAYU YANG DINYATAKAN DIATAS, DIPERINTAH


OLEH RAJA ATAU SULTAN ATAU YANG DIPERTUA YANG AKHIRNYA
MENJADI SISTEM PEMERINTAHAN RAJA BERPELEMBAGAAN.
PELEMBAGAAN MALAYSIA MEMAKTUBKAN DUA INTITUSI
BERAJA IAITU YANG DI-PERTUA AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA
MELAYU SEBAGAI KOMPONEN PENTING DALAM PEMERINTAHAN
DEMOKRASI BERPARLIMEN DI NEGARA KITA. YANG DI-PERTUA
AGONG MERUPAKAN KETUA UTAMA NEGARA NEGARA YANG
MENGETUAI TIGA BUAH BADAN DI DALAM KERAJAAN IAITU
BADAN PEMERINTAHAN (EKSEKUTIF), BADAN PERUNDANGAN
(LEGISLATIF) DAN BADAN KEHAKIMAN (JUDIKATIF). YANG DI-PERTUA
AGONG TIDAK TERLIBAT DI DALAM POLITIK DAN PEMERINTAHAN
NEGARA DAN BAGINDA BERDASARKAN BIDANG KUASANYA BOLEH
MEWAKILI TUGASNYA KEPADA SESIAPA ATAU SURUHANJAYA YANG
DILANTIK ATAS PERKENAN BAGINDA. BAGINDA MERUPAKAN PAYONG
DAN PAKSI KEPADA PERJALANAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA.
INILAH HAKIKAT SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN KERANA BANGINDA
TIDAK BERKUASA MUTLAK, SEBALIKNYA BAGINDA BERTINDAK ATAS
NASIHAT PERDANA MENTERI ATAU JEMAAH MENTERI SEPERTI YANG
TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA (A.
AZIZ DERAMAN, 2003).

Daripada aspek sistem pemerintahan di atas, maka dapat dilihat betapa majunya
Tamadun Melayu melalui sistem beraja. Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi
tunggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan
tamadun. Terdapat beberapa 10 buah negeri seperti; Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan kelantan yang terus mengekalkan
sistem pemerintahan secara bersultan. Kesultanan Melayu inilah menjadi tunjang
utama dalam kelangsungan Tamadun Melayu sehingga sekarang.
Terdapat banyak kerajaan di alam Melayu yang diasaskan oleh pemerintahan
Melayu dalam siri kegemilangan Tamadun Melayu. Kerajaan-kerajaan ini dikenal di
seluruh alam Melayu mahupun di luar rantau Nusantara. Antara kerajaan -kerajaan
tersebut adalah seperti; kerajaan Sribuza Islam, Palembang, kerajaan Samudera-
Pasai di Pasai, Aceh, Sumatera Utara, kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Islam
Demak, Banten, Ceribon di pulau Jawa, kerajaan Aceh Darussalam, kerajaan Pattani,
Selatan Thailand, kerajaan Buton, Ternate Di Sulawesi, kerajaan MelayuJohor-Riau.

Setiap kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan beraja atau bersultan, masing-
masingnya menggunakan sistem pemerintahan berasaskan perundangan Islam.
Banyak bukti menunjukkan kenyataan ini melalui naskhah-naskhah Melayu yang
ditulis di batu bersurat (prasasti). sebagai contohnya, Undang-Undang Laut Melaka
dan Hukum Kanun Melaka yang memakai syariat Islam diguna pakai dalam sistem
pemerintahan kesultanan Melayu Melaka, juga Kanun Meukuta Alam dilaksanakan
dalam kerajaan Melayu Aceh Darussalam, Undang-Undang Kedah dilaksanakan
dalam kerajaan Melayu Kedah, Hukum Kanun Pahang termaktub dalam sistem
pemerintahan kerajaan Melayu Pahang dan Undang-Undang 99 mengambil
sempena nama al-Asma’ Ulllah diguna pakai dalam kesultanan Melayu Perak.

Kerajaan dan sistem pemerintahan Melayu Melaka


(Sumber http://beta.malaysiakini.com/columns/174272)
(b) Ekonomi

Bermula di pelabuhan Melaka, Acheh dan lain di rantau alam Melayu telah berjaya
menggerakkan ekonomi orang Melayu ke persada serantau Nusantara dan
antarabangsa. walaupun ekonomi kaum Melayu pada awalnya dibuat secara mikro
perdagangan melalui individu, pasar dan bandar-bandar kecil kemudiannya
bergerak ke arah perekonomian makro dengan mengamalkan sistem perindustrian
secara besar-besaran melalui kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan-
pelabuhan alam Melayu telah berjaya menjadi pusat import eksport yang maju di
rantau Asia. Antara pelabuhan-pelabuhan yang muncul dalam Tamadun Melayu
ialah Pasai, Melaka, Aceh, Demak, Betawi, Terengganu, Ligor dan Johor. Pelabuhan
ini ditadbir urus dengan baik oleh pemerintah Melayu. Sebagai contohnya, Sultan
Muzaffar Shah dalam kesultanan Melayu Melaka telah menubuhkan satu jawatan
khas untuk memantau kegiatan di pelabuhan menerusi jawatan Shah Bandar serta
membuat peraturan perniagaan serta percukaian.

Daripada kegiatan perdagangan yang meluas di pelabuhan-pelabuhan alam Melayu


telah memberi kesan kepada terbentuknya bandar dan kota yang lengkap dengan
prasarana. Masyarakat desa tidak juga ketinggalan memanfaatkan kemunculan
pekan-pekan kecil dengan memasarkan komoditi desa seperti hasil pertanian,
ternakan, hasil tangkapan dan hasil kreatif, dari sinilah bermulanya penghijrahan
penduduk desa ke kota dimana masyarakat Melayu telah menuju ke arah
masyarakat bandar yang hidup dengan peraturan dan perundangan seta berdaya
maju dan berdaya saing. Kegiatan ekonomi dalam Tamadun Melayu telah mencapai
tahap cemerlang dengan penggunaan mata wang. pemerintah Melayu telah berjaya
mencipta mata wang yang digunakan dalam perdagangan, terutamanya di
pelabuhan. Antara mata wang yang dapat dikesan ialah mata wang kesultanan
Melayu Melaka dan kesultanan Aceh Darussalam.

Melaka sebagai pusat perdangan


(sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz)
(c) Pendidikan

Pencapaian Tamadun Melayu dalam bidang pendidikan bermula dengan


kewujudan institusi pendidikan agama Islam. Kedatangan Islam telah banyak
mengubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebelum itu.
Institusi pendidikan agama Islam dimulai melalui istana dan kemudiannya rumah-
rumah ulama atau rumah tok guru, masjid, masid, pondok dan madrasah. Pada
masa itu istana sebagai institusi pendidikan hanya dikhaskan untuk sultan, keluarga
diraja dan ahli istana sahaja. di samping itu, para ulama turut membuka kelas-kelas
pengajian di rumah mereka. kelas-kelas yang dibuka bersedia menerima masyarakat
tanpa kelas. apabila kecenderungan mempelajari Islam semakin berkembang di
kalangan masyarakat awam, maka terbinalah institusi-institusi pendidikan Islam
untuk masyarakat awam.

Sistem pendidikan di kalangan masyarakat Melayu bermula melalui pendidikan


informal yang dibuat secara tradisional melalui pantun, syair, hikayat, gurindam,
seloka, nazam dan sebagainya. melalui tradisi ini juga, masyarakat disindir,
dihukum dan dinasihatkan melalui perumpamaan, perbidalan, peribahasa dan
simpulan. Manakala pendidikan formal pula dibuat secara lebih bersistematik
melalui institusi pondok dan madrasah, dari segi kurikulumnya ia lebih
berfokuskan kepada bidang-bidang pendidikan Islam seperti Tauhid, Fiqah, Akhlak,
Tafsir dan Sejarah Islam. (Mohd Salleh Lebar, 2002).

Pendidikan Melayu yang berteraskan pendidikan Islam berkembang maju apabila


sultan mengetuai sistem pendidikan dalam sesebuah negeri. Sultan telah
mengarahkan ulama menulis dan menterjemah kitab agama Islam dari bahasa Arab
ke bahasa Melayu. penterjemahan ini berfungsi untuk menjelaskan ajaran Islam dan
menjawab permasalahan masyarakat dari perspektif Islam. contoh-contoh berikut
menggambar secara jelas kecenderungan para sultan dalam penterjemahan kitab-
kitab agama seperti kitab Dur Al-Manzum, kitab al-Luma’, kitab Kifayah al-
Muhtajin Ila Mashrab al-Muwahhidin al-Qailin Bi Wahdatal-wujud.

Melalui sistem pendidikan ini telah melahirkan ramai golongan intelektual Melayu
yang berperanan membantu kerancakan, kematangan dan penerusan dalam
memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu, antara intelek melayu yang
tercatat dalam sejarah ialah: Hamzah Fansuri, Shamsuddinal-Sumatera’i, Nuruddin
Al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad Al-Palembani, Yusuf Tajul Khalwati
Makasar, Muhamad Nafis Al-Banjari, Muhamad Arsyad Al-Banjari, Daud Al-Fatani
Dan Keturunannya.
Tokoh-tokoh dalam kalangan intelektual Melayu inilah yang telah melahirkan karya
dan naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip Melayu. Naskhah-naskhah Melayu
yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu merangkumi segala aspek kehidupan
masyarakat seperti perubatan, ilmu falak (astronomi), undang-undang,
pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian, pengetahuan Islam, Sejarah Melayu dan
kemasyarakatan. sebagai contohnya, naskhah perubatan berjudul Kitab Tib, naskhah
undang-undang berjudul Hukum Kanun Melaka, naskhah ketatanegaraan berjudul
Bustan Al-Salatin, naskhah pertanian berjudul pembukaan kebun kelapa di Pulau
Kemili, naskhah agama Islam dalam bidang Tauhid berjudul Masa’il Al-Mubtadi’ Li
Ikhwan Al-Mubtadi’.

Naskhah-naskhah Melayu mempunyai keunikan yang menampakkan identiti


bangsa Melayu apabila, ia ditulis dengan menggunakan tulisan jawi yang
berteraskan 30 aksara arab dengan beberapa penambahan 6 abjad Melayu. Naskhah
Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana penulis dan penyalin
memaparkan daya kreatif semasa menghasilkan karya. ini terbukti dengan adanya
ilustrasi dan seni hias pada naskhah-naskhah Melayu.

(d) Perundangan

Perundangan Melayu yang paling awal dikesan adalah melalui perundangan adat
Melayu dan perundangan Islam (hukum syarak). Antara cacatan awal mengenai
undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang
ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang,Terengganu. Batu bersurat
ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari1303 M. Ia mengandungi
beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang
tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam,
pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan,
hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada
orang atasan atau rakyat bawahan. Satu lagi warisan yang membuktikan undang-
undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang
Pahang yang disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin
Shah (1592 -1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka. Hukum Kanun
Melaka, undang-undang Laut Melaka, Adat Perpatih dan Adat Temenggong juga
telah dijadikan sistem perundangan di Melaka pada masa itu (Abdul Monir, 2005).

(e) Agama Dan Adat Istiadat

kedatangan agama Islam di tanah Melayu bukan sahaja telah mengubah sistem
kepercayaan beragama tetapi juga turut mementapkan adat-istiadat Melayu yang
selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Islam dan adat Melayu secara
khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam
Tamadun Malaysia, malah ia merupakan struktur yang saling melengkapi dan
berintergrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor identiti Melayu iaitu
orang Melayu sebagai orang yang mengamal istiadat Melayu, berbahasa Melayu
dan beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam
perlembagaan persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-
undang dalam perlembagaan.

Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi
faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan
Persekutuan bahawa orang Islam adalah menjadi ketua agama bagi setiap negeri di
dalam Persekutuan Malaysia. peruntukan ini termaktub di dalam persekutuan
Malaysia di dalam perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan Malaysia menyebut
pihak kerajaan pusat menerusi jabatan agama Islam bagi setiap negeri boleh
melaksanakan pembangunan agama Islam dan pentadbiran hukum syariah Islam.
dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan Malaysia,
tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang
bukan Melayu atau bukan Islam. menurut perlembagaan, wujud kebebasan
beragama tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-
undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang
dianggap menyeleweng atau sesat. manakala dalam konteks pengamal adat istiadat
Melayu dikalangan orang Melayu, menjelaskan bahawa apabila orang melayu ini
menganut agama islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar
ia selari dengan ajaran Islam. contoh adat istiadat yang dilakukan oleh masyarat
Melayu ialah dalam soal kelahiran, pertunangan, perkahwinan, berkhatan,
pertabalan dan sebagainya (Ahmad Ibrahim, 1987).

Perkahwinan dalam adat tradisi masyarakat Melayu


(sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz)

AKTIVITI 1.1
(a) Pilih salah satu daripada adat-adat yang terdapat dalam
masyarakat kamu serta kongsikan dengan rakan kamu bagaimana
adat istiadat
tersebut dilaksanakan.
(f) Komunikasi

Komunikasi di alam Melayu dijalinkan melalui hubungan diplomatik antara


pelbagai negara di samping perdagangan dan interaksi budaya. Komunikasi yang
dibuat secara harmoni berjalan lancar bagi menghubungkan perpaduan dan
penyampaian sistem maklumat secara berkesan bagi mengukuhkan ikatan pelbagai
bangsa dan negara di alam Melayu. Pada zaman dahulu komunikasi dibuat
berasaskan kepada polisi pemerintahan kerajaan. Hasilnya, para pemerintah Melayu
telah berjaya menjalin kan hubungan antara rumpun Melayu di seluruh wilayah
alam Melayu dengan semangat persahabatan dan permuafakatan yang bermula
melalui peluasan wilayah, sebagai contohnya kerajaan Melaka meluaskan pengaruh
ke negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke pulau Sumatera
yang meliputi Inderagiri, Siak, Kampar, Rokan dan lain-lain. Peluasan wilayah ini
memberi laluan kepada masyarakat di semenanjung Tanah Melayu dan pulau
Sumatera menjalin hubungan perdagangan dan budaya secara aman dan harmoni.

Penyampaian sistem komunikasi dibuat melalui perutusan surat antara kerajaan


kepada kerajaan seperti yang dilakuakan oleh kerajaan Melayu Melaka yang
mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan pelbagai kerajaan
sama ada dengan Majapahit di pulau Jawa mahupun dengan Dinasti Ming di tanah
besar Cinaa dan penjajah British. Di samping itu juga hubungan komunikasi dibuat
melalui perkahwinan antara Kerajaan Aceh Darussalam dengan kerajaan Pahang
melalui perkahwinan puteri Iskandar Muda Mahkota Alam bernama Puteri
Safiatuddin dengan putera sultan Pahang bernama Raja Ahmad.

Alat komunikasi yang sangat berkesan pada masa itu dibuat melalui surat-
menyurat. Dalam hal ini kerajaan Melayu telah mengadakan interaksi komunikasi
dengan bukan Melayu khususnya kuasa Eropah. Interaksi ini dibuktikan dengan
adanya surat-surat sultan Melayu kepada pegawai-pegawai British. Contohnya surat
daripada sultan Cakra Adiningrat dari negeri Madura kepada gabenor ganeral
Thomas Stamford Raffles di Betawi, surat sultan ratu Mahmud Badruddin dari
palembang kepada Thomas Raffles Esquire di Melaka, surat sultan Syarif Kasim Ibni
Al-Marhum Sultan Syarif Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Habib Al-Husin Al-Kadri
dari Pontianak kepada Thomas Raffles Esquire, surat sultan Ahmad Tajuddin Halim
Syah dari Kedah kepada Thomas Raffles di Melaka dan surat yang dipertuan negeri
perak kepada Thomas Raffles Esquire di Melaka.

AKTIVITI 1.2
(a) Bincangkan bersama rakan-rakan kuliah anda mengenai
beberapa persamaan istilah-istilah Bahasa Melayu yang
digunapakai berdasarkan negeri masing-masing.
(g) Bahasa, Tulisan, Persuratan Dan Sastera

Bahasa adalah medium yang sentiasa berkembang dan berubah. Suatu masa dahulu
daripada abad ke-14 hingga ke-18M ketika kerajaan Melaka mencapai
kegemilangannya, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi
wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh pedagang dan pengembara asing
dari China, Eropah dan juga India. Pengaruh Islam sangat dominen menerap masuk
ke dalam Bahasa Melayu sehingga menjadikan kosa-kata bahasa Melayu lebih
meluas serta mampu digunakan untuk membahas perkara ilmiah seperti Tauhid,
Tassauf, Hadis, Fikah dan Falsafah.

Dari segi penulisan Bahasa Melayu bermula dengan penggunaan skrip Sanskrit
(Pahlawi), seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (Jawi).
Penggunaan tulisan Jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang
Melayu sejak zaman Melaka di abad ke-14 hasil pengaruh Islam sebagai istana.
Perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan
perkataan Arab kepada sistem tulisan Jawi Melayu serta menulis kitab-kitab agama,
hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.

Perkembangan bidang persuratan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa


bahagian seperti sastera rakyat Melayu, sastera pengaruh Jawa dan Hindu serta juga
sastera pengaruh Islam. Terdapat banyak buku-buku kesusasteraan Melayu yang
telah ditulis khususnya cerita-cerita mengenai sahabat nabi dan tokoh-tokoh Islam
seperti; Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amir Al-Muminin Umar, Hikayat Hassan Dan
Hussain.

Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi. Prosa merupakan karya dalam bentuk
esei atau karangan untuk menjelaskan satu perkara. Puisi pula merupakan karya
yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan bahasa yang indah melalui
rima bunyi yang tertentu. Sastera Prosa Melayu dapat dilihat pada naskhah Melayu.
Penulisannya meliputi pelbagai bidang seperti ketatanegaraan, pemerintahan,
perubatan, undang-undang, agama Islam, ilmu falak, petua dan lain-lain, sebagai
contohnya buku atau Naskah Taj Al-Salatin, Bustan Al-Salatin, Sejarah Melayu,
Hikayat Hang Tuah dan Mir’at Al-Tullab.
Manakala puisi-puisi Melayu terdiri daripada beberapa genre, antaranya syair,
pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak. Syair menghasilkan rima bunyi akhir
yang sama: a,a,a,a. Pantun pula menghasilkan rima bunyi rangkap 1 sama dengan
rangkap 3 dan rangkap 2 sama dengan rangkap 4: a,b,a,b. Pantun-pantun Melayu
terdiri daripada beberapa rangkap, antaranya pantun dua rangkap, ia juga dikenali
dengan pantun dua kerat, pantun empat rangkap juga dikenali dengan pantun
empat kerat, pantun enam rangkap juga dikenali dengan pantun enam kerat dan
pantun lapan rangkap dikenali dengan pantun lapan kerat (Anas Hj. Ahmad, 1982).

Manuskrip lama zaman kegemilangan Melaka


(sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz)

(h) Kemahiran Pembuatan

Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai kemahiran pembuatan barang-barang


keperluan. setiap hasil kemahiran disematkan nilai falsafah Melayu yang berteras
kepada agama Islam. Selain itu, hasil-hasil kemahiran masyarakat Melayu juga
dipenuhi dengan nilai estetika yang tinggi. Antara kemahiran-kemahiran tersebut
adalah pembuatan rumah. Kemahiran membuat rumah dalam kalangan masyarakat
Melayu menyebabkan tukang-tukang Melayu mampu memberi identiti pada
rumah-rumah Melayu antara identiti rumah Melayu seperti berikut:
(a) bumbung seperti bumbung limas.
(b) kepelbagaian ruang: ruang induk/ ruang ibu, ruang tengah,
ruang dapur dan serambi atau beranda.
(c) rumah panggung yang dilengkapi dengan seni hias pada
tingkap, dinding, curu atap dan lain-lain.
(d) peralatan kelengkapan rumah.
Rumah tradisional masyarakat Melayu
(sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz)
Disamping itu juga masyarakat Melayu awal bijak mengolah tanah liat untuk
menghasilkan keperluan rumah seperti pinggan, mangkuk, cawan, periuk, kuali dan
sebagainya. Masyarakat Melayu di Perak sebagai contohnya terkenal dengan hasil
pembuatan labu sayung yang merupakan satu bekas air yang dingin tanpa air batu.
semua keperluan dan peralatan harian dibuat dengan hasil kreativiti dan inovasi
yang diusahakan oleh titik peluh sendiri. Demikian juga alat-alat perabot seperti
almari, meja, kerusi dan sebagainya. Masyarakat Melayu awal juga mampu
menghasilkan sampan, perahu, bot dan kapal untuk meredah lautan mencari rezeki.
Mereka bekerjasama dan berganding bahu menghasilkan keperluan harian (Abdul
Halim Nasir, 1985).

Satu lagi pencipataan masyarakat Melayu ialah dalam mereke bentuk fesyen
pakaian. Masyarakat Melayu juga merupakan pereka fesyen yang mampu bertahan
lama. Fesyen-fesyen pereka Melayu jelas memaparkan identiti dan jati diri bangsa
Melayu, contoh yang jelas ialah seperti baju kurung, baju Melayu, kebaya, dan
busana muslim. (Siti Zainon Ismail).

Mengenai peralatan menulis, masyarakat Melayu juga bijak menggunakan bahan-


bahan tumbuhan di sekeliling mereka bagi menghasilkan kertas dari peralatan tulis
termasuk dakwat. Peralatan penulisan ada yang dibuat daripada batang resam dan
buluh. Walaupun masyarakat Melayu tidak menggunakan teknologi canggih dalam
menghasilkan peralatan menulis tetapi mereka mempunyai daya fikir dan inisiatif
yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu barangan.

(i) Kesenian

Perkembangan Tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang


Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan
penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-
ribu tahun. kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang
bersumberkan alam semula jadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu
dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama
mereka. Pencapaian kesenian dalam Tamadun Melayu mencakupi seni ukir, seni
drama, seni bina, seni hias, seni tulis, seni tari dan seni lagu.
Dari segi seni bina masyarakat Melayu setanding dengan arkitektur bangsa-bangsa
lain dalam membina tamadun mereka. Banyak senibina yang berkaitan agama
seperti pembinaan masjid dibangunkan hampir setiap kampung dan bandar.
Kebenyakkan masjid dibina kombinasi senibina Melayu melalui ukiran kayu dipintu
dan mimbar masjid di samping rekebentuk masjid yang diadaptasi daripada
senibina Yaman, Arab Saudi, China, India dan Iran. Sebagai contohnya masjid
Tengkera di Melaka dan masjid kampong laut di Kelantan dikatakan mengandungi
ciri-ciri seni bina daripada China.

Seni ukiran yang dilhamkan oleh masyarakat Melayu dapat dilihat melalui ukiran
batu-batu nisan yang bermotifkan geometri dengan adunan seni tulisan khat seperti
thuluth, nasakh, dan riqa’ah. Begitu juga seni halus tenunan kain dan barang-barang
hiasan rumah. Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni pembuatan alat-alat
muzik tempatan seperti gambang, rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus dan
gong. Tidak kurang juga hebatnya dalam pembuatan senjata dan ukirannya seperti
keris, lembing, tompak dan lain-lain.

Persembahan wayang kulit Kelantan


(sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz)

(j) Sains Dan Teknologi

kegemilangan sains & teknologi yang dicipta oleh orang Melayu sangat unik kerana
ia mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada
orang-orang Melayu. Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi
dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti peralatan pertanian
seperti parang, cangkul, tajak, sabit dan sebagainya di samping kejayaannya
membangunkan sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan
pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.

AKTIVITI 1.2

(a) Senaraikan perkataan-perkataan yang diambil daripada


bahasa Arab yang telah lazim digunakan dalam bahasa Melayu.
(b) Apa pendapat kamu apabila orang mengatakan bahawa seni
bina masjid yang banyak terdapat di Malaysia kebanyakannya
bercirikan daripada negara asing seperti Arab, China dan India.
SEMAK KENDIRI 1.2

Sedarkah kita bahawa budaya, peradaban dan tamadun orang


Melayu akan berubah atau terkesan mengikut peredaran masa
pada setiap kali datangnya pengaruh peradaban luar terutamanya
daripada pengaruh tamadun dan peradaban Barat moden. Lihat
sahaja apa yang ada di sekeliling kita baik daripada ideologi,
hiburan, intelektual, makanan, fesyen, kebudayaan, bahasa dan
komunikasi, sosial dan sebagainya. Bagaimanakah untuk
menangkis pengaruh-pengaruh yang negatif ini?, sedangkan
Tamadun Melayu telah menunjukkan aspek-aspek kemajuan yang
telah dibangunkan secara bersepadu antara kekuatan spiritual,
intelektual, emosional dan material. Agama dan negara akan
menjadi kuat, hebat, cemerlang, gemilang dan terbilang apabila
umatnya mencapai tahap gemilang dari segenap aspek. Sebab itu,
Tamadun Melayu akan terhakis dan boleh lenyap daripada dunia
ini jika bangsa Melayu gemar, suka, teruja, cepat meniru dan rela
mengadaptasi pengaruh Barat dalam kehidupan mereka seharian.
Oleh itu marilah kita sebagai bangsa Melayu yang bermaruah
tinggi sentiasa memelihara tamadun dan peradaban Melayu demi
kelangsungan ‘takkan Melayu hilang di dunia – Laksemana Hang
Tuah’.
SEMAK KENDIRI 1.5

Tamadun Melayu mempunyai pelbagai pencapaian yang terbukti melalui catatan


naskhah, binaan atau bangunan, batu bersurat, karya-karya seni dan sastera.
ketinggian tamadunnya memaparkan jati diri dan identiti bangsa Melayu. Kejayaan
masyarakat Melayu silam mencorakkan tamadun dan budaya menyebabkan bangsa
melayu menjadi satu rumpun bangsa yang dikenali, dihormati dan disanjung tinggi.
Tonggak kejayaan ini terletak pada pembentukan modal insan yang berpegang kuat
pada agama, falsafah bangsa, jati diri yang teguh dan budi pekerti yang luhur.
Kekuatan modal insan telah berjaya membina kecemerlangan dan kehebatan
tamadun Melayu.

jati diri serambi


karya prosa
tulisan khat seloka
kombinasi hikayat
manifistasi seni hias
inisiatif ekonomi mikro
identiti ekonomi makro

A. Aziz Deraman. (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia : Suatu


Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anas Hj. Ahmad. (1982). Sastera Melayu Lama dan Baru. Petaling Jaya : International
Book Service.

Abdul Monir, (2005). Islam Hadhari : Himpunan Isu Kontemporari.


Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abdul Halim Nasir. (1985). Pengenalan Rumah Tradisional Melayu


Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur : Darul Fikri.

Ahmad Ibrahim. (1987). The Malaysian Legal System. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa Dan Pusataka

Hahim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad


Hakimi Khairuddin dan Mohd Taufik Arridzo mohd Balwi. (2006). Konsep,
Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu, dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Salleh Lebar. (2002), Perancangan Pendidikan : Peringkat Sekolah


dan IPT. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail. (1949), 100 Pepatah Petitih Melayu Alam Tekembang Jadi Guru. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Zainal Abidin Borhan. (2001). Peranan Tamadun Melayu Dalam Membina Tamadun
Malaysia. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu.
Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Topik 6 Tamadun China
HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
(a) menjelaskan kemunculan Tamadun China
(b) membincangkan pembentukan Tamadun China
(c) membezakan zaman pembentukan Tamadun China
(d) menyenaraikan unsur-unsur Tamadun China
(e) menghubungkan Tamadun China dengan kebudayaan
(f) menghubungkan tamadun china dengan Tamadun Melayu serta
peranan Tamadun China dalam pembinaan budaya Malaysia

 PENGENALAN

Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia selain Tamadun
Mesir dan India. Tamadun China buat pertama kalinya ditemui di lembah Sungai Kuning
di utara China kira-kira 4000 hingga 2000 SM. Tamadun China memiliki sifat-sifat terbuka,
integratif dan dinamik. Sekali pun Tamadun China wujud sezaman dengan tamadun-
tamadun lain di dunia ini, namun, Tamadun China tetap berjaya mengekalkan identitinya
yang tersendiri. Seperti juga tamadun lainnya, sungai tetap menjadi tumpuan manusia
dalam membina tamadun bangsa dan negara kerana dari sinilah bermulanya kelangsungan
manusi dalam usaha membina kehidupan melalui pertanian, perternakan, perladangan,
petukangan dan sebagainya dengan membuat, mencipta atau menghasilkan sesuatu inovasi
untuk kegunaan serta urusan seharian.

6.1 KEMUNCULAN TAMADUN CHINA

Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang Ho atau Lembah Sungai
Kuning kira-kira pada tahun 4000 atau 5000 S.M. Kebanyakan ahli sejarah mempercayai
bahawa tamadun China bermula sejak tahun 2500 S.M lagi. Lembah Sungai Kuning seperti
juga lembah-lembah Sungai Nil, Tigris, Euphrates (Tamadun Mesir), Indus (Tamadun India)
dan Lembah Bujang (Tamadun Melayu) dijadikan lokasi munculnya sesebuah tamadun
kerana kesuburan tanah yang menjadikan manusia terus menjalankan aktiviti kehidupan
mereka. Penduduk China mendirikan perkampungan tetap dan membentuk kerajaan yang
mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Perkembangan di
Lembah Hwang Ho berkembang dengan pesat pada zaman Dinasti Shang (1500-1027 S.M)
atau Dinasti Yin. Melalui kajian arkeologi ia menunjukkan dinasti ini merupakan dinasti
terawal di China. Pada zaman tersebut, gangsa dan buluh telah digunakan dengan meluas.
Pada masa pemerintahan Dinasti Shang, telah wujud beberapa negara kota. Negara-negara
kota yang utama ialah: Kota Shang (200 S.M), Anyang (1800 S.M), Loyang, Chang Chow dan
Changgan.

Negara kota Anyang telah muncul di tebing Sungai Hwang Ho dan menjadi ibu kota Dinasti
Shang dan bandar yang tertua di China. Raja China memerintah dengan kuasa mutlak.
Daerah-daerahnya diperintah oleh golongan bangsawan yang berasal daripada kerabat
diraja. Penduduknya sungguh taat setia kepada raja. Mereka membayar ufti kepada raja dan
juga berkhidmat dalam tentera raja. Dinasti Shang telah diganti melalui satu rampasan
kuasa. Kezaliman pemerintah terakhir Dinasti Shang, menyebabkan Wu Wang daripada
keluarga Chou memberontak dan menggulingkan Dinasti Shang pada tahun 1027 S.M. Dari
Dinasti Chou (1027-227 S.M) bermula pula episod Tamadun China yang baru di mana
melalui tamadun ini berkembangnya tulisan China ke seluruh negeri. Walaupun tulisan ini
dapat dibaca dan difahami oleh kebanyakan masyarakat China, tetapi sebutannya
(ketiadaan fonetik) berbeza antara satu etnik dengan etnik China yang lain menyebabkan
sukar menyatupadukan masyarakat China.

Keruntuhan tamadun Chou, telah digantikan oleh tamadun Shih Huang Ti (221-206 S.M).
Zaman ini terkenal dengan penyatuan orang China dan zaman yang banyak memberi
perkembangan besar dalam bidang sains dan teknologi. Pada zaman inilah tembok besar
negeri China dibina, juga memperkenalkan sistem piawaian seperti timbang berat, lebar
jalan raya, bahasa dan lain-lain. Kegemilangan tamadun Shih Huang Ti terganggu apabila
beliau memusnahkan buku-buku lama (Ghazali Darusalam, 2001).

Maharaja Shih Huang Ti


(Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Qinshihuang.jpg)

6.2 PEMBENTUKAN TAMADUN CHINA

Perbentukan Tamadun China adalah berasaskan peranan lembah Hwang Ho yang


mempunyai kawasan sekitar yang subur dan dapat menarik penduduk nomad
untuk membina penempatan dan tinggal menetap. Tapak banpo yang berhampiran
Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk
di sana menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil
hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah mewujudkan
beberapa buah Bandar di Lembah Hwang Ho seperti bandar Anyang. Anyang
merupakan penempatan awal berasaskan pertanian yang membawa kepada
kemunculan bandar-bandar.

Bandar Anyang telah menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi sungai
Huan dan pusat kerajaan Dinasti Shang. Terdapat istana, kuil, dan pusat
pentadbiran Dinasti Shang di bandar ini. Raja yang berperanan sebagai ketua
pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di bandar. Anyang dilengkapi
dengaan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh
perkampungan yang didiami oleh petani. Perluasan kawasan ini bermula dengan
kemunculan Dinasti Chin. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin
dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah
empayar. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan
dalam Tamadun China. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah-wilayah
China di bawah satu pemerintahan pusat (221SM) dan menyusun semula
pentadbirannya. Beliau telah menghapuskan sistem pemerintahan ‘negeri-negeri
diperintah oleh putera-putera raja’ (sistem feudal) dan digantikan dengan sistem
‘chun’ atau provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa pemerintahan dinasti ini. Beliau
memerintah secara otokrasi. Beliaulah yang bertanggungjawab membina tembok
besar negeri China untuk melindungi China dari serangan puak gasar dari utara
(Monggolia). Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam ( Siti
Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan


wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa
Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
Semasa Dinasti Han (Maharaja Han Wu Ti 141 - 87 SM), empayar China
diperluaskan lagi hingga ke wilayah Korea, Manchuria, Panir dan Khokhand di Asia
Tengah. Dasar perluasan kuasa Maharaja Han Wu Ti adalah bertujuan bagi
mendapatkan kekayaan. Beliau juga menjalin hubungan perdagangan dengan
kerajaan-kerajaan di Eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Tembok besar China
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

AKTIVITI 1.1

(a) Mengapakah kemunculan Tamadun China berlaku di sekitar lembah


sungai kuning seperti juga kemunculan Tamadun Mesir di lembah Sungai
Nil, Tigris dan Euphrates, Tamadun India di lembah sungai Indus, dan
Tamadun Melayu di lembah Bujang.
(b) Apakah ciri-ciri bandar Anyang yang dikatakan telah membantu
pertumbuhan pembentukan Tamadun China semasa dinasti Shang.

6.3 ZAMAN PEMBENTUKKAN TAMADUN


CHINA

Lok Chong Hoe, (1998) membahagikan pembentukan Tamadun China kepada empat zaman
berikut yang memperlihatkan zaman pembentukan, zaman keemasan, zaman peralehan dan
zaman moden.

(a) Zaman pembentukan

Zaman pembentukan Tamadun China bermula dengan kemunculan kerajaaan-kerajaan


yang berbentuk dinasti (keluarga) beraja bermula dengan Dinasti Hsia, Dinasti Shang,
Dinasti Chou, Dinasti Chin dan Dinasti Han. Zaman ini penting penting dalam tandaan
tamadun kerana kemunculan satu sistem politik yang teratur dan berasaskan perundangan
melalui amalan monarki dan feudalism. Zaman awal pembentukan Tamadun China ini
banyak dipenuhi dengan peperangan antara dinasti-dinasti tersebut sehinggalah muncul
seorang maharaja China yang kuat dan berwawasan seperti Shih Huang-ti. Beliau berjaya
menyatukan rakyat China menerusi militari dan perluasan empayar serta menjalankan
dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran.

(b) Zaman Keagungan

Zaman ini diaggap tahap keagungan Tamadun China kerana dari zaman inilah istilah
masyarakat ‘Han’ mula dikenali ekoran dasar penyatupaduan rakyat China dibawah dinasti
Han. Ciri keagungan tamadun era dinasti Han ialah kerana pencapaiannya dalam bidang
pentadbiran kerana mempunyai sistem pemerintahan yang cekap dan berkesan bagi seluruh
wilayah. Zaman keagungan dinasti Han hanya betahan selama 350 tahun sehaja kerana
masalah kekacauan politik dalaman yang berakhir dengan keruntuhan dinasti Han. Setelah
itu digantikan oleh dinasti Chin dan selepasnya dinasti Sui yang berjaya menyatukan China
dibwah Maharaja Yang Ti. Tidak lama selepas itu digantikan pula oleh dinasti Tang dan
berjaya membina semula keagungan Tamadun China melalui penyusunan semula dengan
pentadbiran yang teratur. Sistem banci dan kerahan dipulihkan semula. Manakala Empayar
Tang dibesarkan lagi sehingga melebihi keluasan empayar Zaman Han.

(c) Zaman Peralihan

Zaman peralehan merupakan zaman negara China dijajah dan diperintah oleh orang luar
dari kalangan bangsa Mongol dan Manchu. Dalam pada itu dinasti Ming telah berjaya
menguasai kembali negara China daripada kuasa penjajah dari utara China ini, tetapi
malangnya dinasti Ming juga tidak bertahan lama kerana dasar maharajanya yang menutup
pintu dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan luar menyebabkan kuasa
Barat mengambil peluang mengancam kedaulatan China pada abad ke-19M.

(d) Zaman Moden

Zaman Moden Tamadun China dilihat dengan campur tangan dan interaksinya dengan
kuasa asing Barat. Pada zaman ini Tamadun China sangat maju kerana dasar maharajanya
yang menerima kuasa Barat serta membuat pemodenan dalam bidang politik, pentadbiran,
ekonomi, ketenteraan dan sosial (Mahathir Mohamad, 1996).

Penemuan tentera terakota China


(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)
AKTIVITI 1.1

(a) Pembentukan Tamadun China dibahagikan kepada 3 Zaman. Bagi


pendapat anda, zaman manakah yang banyak mempengaruhi
Tamadun China moden.
.

6.4 UNSUR-UNSUR TAMADUN CHINA

Setiap tamadun sesebuah bangsa atau negara mempunyai unsur-unsur tamadunnya yang
tersendiri sebagai identiti tamadun yang dimiliki, begitu juga dengan Tamadun China
memiliki unsur tamadunnya seperti berikut:

(a) Bandar Dan Pertumbuhan Penduduk, Pertanian Dan Perniagaan

Majoriti penduduk China adalah petani yang mengusahakan tanah pertanian. Penanaman
bijirin seperti gandum, jagong dan sekoi telah ditemui ditanam di kawasan tanah tinggi
China seeperti di dataran loes tinggi, manakala padi telah ditanam di lembah Sungai
Yangzi) di bahagian utara dan selatan China.

(b) Kerajaan Atau Pentadbiran Yang Teratur

Wilayah-wilayah di negara China yang luas telah dikecilkan melalui sistem negeri yang
setiap negerinya diperintah oleh seoerang maharaja yang membentuk sistem dinasti. Bagi
memudahkan pentadbiran negeri setiap negeri dipecahkan kepada beberapa, rakyat
membayar cukai hasil tanaman kepada maharaja sebagai balasan keamanan dan
kesejahteraan hidup.

(c ) Organisasi Sosial Yang Tersusun

Berdasarkan lokasi geografi negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di


bahagian barat-laut dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu dataran tinggi
Qinghai-Tibet. Alam sekitar sedemikian bersama daerah pedalamannya yang luas telah
mencorakkan sikap bangsa China yang berdikari, peramah serta cintakan pendamaian.

(d) Kemajuan Sains Dan Teknologi

Sains dan teknologi China telah wujud sejak kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Pada
peringkat awalnya, masyarakat China sangat menghargai kemahiran dalam teknologi
khasnya pembinaan empangan bagi pengaliran air untuk pertanian disamping teknologi
kejuruteraan hidraulik untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain
misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan, pengeluaran porselin,
pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Pada
zaman tersebut dinasti-dinasti China saling berebut wilayah pemerintahan serta berperang
sesama sendiri menyebabkan pemerintah China kurang berminat untuk menggalakkan
penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan
perniagaan dengan dunia luar khususnya dengan dunia Barat. Kesannya, negara China
telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang
kemudiannya, evolusi politik,pergolakan sosial dan revolusi industri telah membangkitkan
kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.

(e) Sistem Bahasa Dan Tulisan

Bahasa China merupakan satu-satunya bahasa yang tidak berubah dari zaman kono dan
masih kekal digunakan sehingga ke hari ini. Oleh kerana China hanya mempunyai satu
sistem tulisan yang tunggal maka semua orang China mengguankan satu sahaja bahasa
pengantar untuk berkomunikasi. Selain bangsa China, tulisan China juga digunakan oleh
bangsa-bangsa lain di Asia terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan
Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan China juga
digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka. Mengenai sistem tulisan, tulisan
China yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing
(lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing
sheng (gabungan bentuk-bunyi). Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan China
mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan China inilah yang telah menyumbang
terhadap perpaduan bangsa China dan pembentukan kebudayaan China yang agung di
dunia.

(f) Institusi agama dan kepercayaan yang wujud

Konfusianisme adalah agama terbesar di China seperti yang termaktub dalam pengajaran
Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan
klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. pengajaran utama Konfusius seperti yang
terkandung dalam kitab Analects, menekankan pengamalan sifat serta nilai moral yang
mulia seperti; perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), kewajaran (yi), keanfan (zhi) dan
ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang
bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga
agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia adalah baik ketika
dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis
sifat yang baik tersebut.

Selain itu, agama Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563SM- 483SM)
juga berkembang di China, agama yang bersal daripada India pada kurun ke-6SM ini telah
tersebar ke China pada kurun pertama Masihi. Bagaimanapun, selepas disebarkan
Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan
sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia
dikenali sebagai Buddhisme Cina. Ajaran Buddhisme terkenal dengan Jalan Lapan Lapis
Mulia atau Jalan Pertengahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna
(kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul dan pemikiran yang betul, kedua,
samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul, tindakan yang betul dan cara
hidup yang betul, dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui, pertimbangan
yang betui, dan tumpuan yang betul.

Agama ketiga yang berpengaruh di China adalah Daoisme yang diasaskan oleh Lao Zi dan
Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei atau
melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada
dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan
Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing mengandungi metafizik Dao. Dao iaitu jalan
yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan
tidak dapat diperikan. Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali
semula dan bersatu dengannya.

Moisme adalah satu lagi kepercayaan yang telah diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM).
Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat
(jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan
mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Ajaran Taoisme adalah sebuah agama
yang diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu yang menekankan keamanan dan keharmonian
akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai
materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang
merugikan dengan cara meditasi. Akhir sekali kepercayaan Legalisme yang diasaskan oleh
seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan
kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya (Sazelin Arif, et al., (2007).

(g) Pusat utama kebudayaan bangsa

Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes dan tapak
kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangzi.

(f) Pembentukan Bangsa Tionghoa

Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman
purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang
dikatakan berasal dari kawasan Loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua,
kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di bahagian
timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku bangsa di Selatan
China. Hasil daripada asimilasi dan integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama tersebut
di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah
suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) sehingga pada
hari ini ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina).
.
Tulisan China pada zaman awal
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

6.5 HUBUNGAN TAMADUN CHINA DAN


KEBUDAYAAN
Kebudayaan adalah sebahagian daripada Tamadun China yang banyak dipengaruhi oleh
kepelbagaian etnik, kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang, perkahwinan,
adat resam dan institusi kekeluargaan seperti yang dijelaskan oleh Khoo Kay Kim, (2005).

(a) Kepelbagaian etnik

Bangsa China adalah satu bangsa yang rencam sesuai dengan negaranya yang besar.
Kerencaman bangsa China dilihat dari sudut terdapatnya kepelbagaian etnik. Dari segi
perangkaan, kelompok etnik yang terbesar ialah etnik Han yang dipercayai berketurunan
daripada leluhur-leluhur yang sama dengan Maharaja Kuning dan Maharaja Yan. Orang-
orang Han bertutur dalam berbagai-bagai bentuk bahasa China khususnya bahasa ‘Hanyu’.
Etnik kedua terbesar adalah etnik Man (Manchu), dari golongan etnik Tungusic yang
dikatakan berasal dari Manchuria. Etnik ini mempunyai pengaruh yang besar dalam
kebudayaan China khususnya melalui pemakaian baju Cheongsam atau qipao dalam
kalangan wanita dan kuncir rambut pria bagi kaum lelaki. Gaya rambut ini dimana
setengah bahagian depan kepala dibotakkan sedangkan setengah rambut di bahagian
belakang kepala dibiarkan panjang dan dikuncir.

Etnik ketiga terbesar adalah kaum muslim China daripada etnik Hui. Etnik Hui lebih
tertumpu di bahagian barat laut China (Ningxia, Gansu, Xinjiang). Budaya orang Hui lebih
kurang sama dengan orang Han kecuali mereka adalah penganut agama Islam. Aspek yang
ditunjulkan oleh etnik Hui ini adalah mereka makan makanan yang halal dan memakai
kopiah putih (lelaki) dan tudung (wanita) sebagaimana yang biasa dalam budaya Islam.
Etnik keempat adalah etnik Ming (Monggol). Etnik ini hidup secara nomad. Antara budaya
dalam etnik ini adalah kemahiran mereka memainkan alat muzik Huobusi yang biasanya
dimainkan dalam jamuan, majlis perayaan dan sebagainya. Etnik kelima adalah etnik Tzang
(Tibet). Mereka ini merupakan sebuah kelompok etnik yang berasal dari Tibet. EtnikTzang
bertutur dalam bahasa Tibet dalam rumpun bahasa Sino- Tibet. Kebanyakan orang Tzang
menganut agama Buddha Tibet.

(b) Kepercayaan kepada penyembahan roh Nenek Moyang

Kepercayaan terhadap roh nenek moyong mempunyai pengaruh dalam kehidupan


seharian. Amalan animisme ini berbentuk pemujaan yang dilakukan melalui upacara
keagamaan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan
mereka atau kehidupan pada masa hadapan mereka. Upacara pemujaan roh nenek moyang
mereka merupakan budaya masyarakat china yang telah sebati dengan jiwa mereka.
Kebanyakkan masyarakat China akan meletakkan gambar nenek moyang mereka di rumah
serta dibuat upacara penyembahan dengan colok bagi tujuan memohon pertolongan
daripada nenek moyang mereka. Di samping itu juga masyarakat China mempercayai
ramalan melalui tenung nasib mengenai susah senang kehidupan mereka menerusi
pendeta china dengan menggunakan tukang nujum yang ditulis dengan pelbagai soalan.

(c) Perkahwinan

Adat perkahwinan dalam tamadun China diatur sejak kecil kerana ini boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak dibenarkan mengadakan majlis
perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat Cina
pentingkan perkahwinan kerana dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan
menggantikan generasi lama.

(d) Adat resam

Adat ‘kowtow’ merupakan satu adat resam yang dilakukan ketika mengadap maharaja
China dengan cara meniarap atau berlutut sebanyak sembilan kali di hadapan maharaja.
Maharaja dianggap suci dan perlu disembah sedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat
raja ke tahap yang paling tinggi sebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua
termasuklah duta-duta Barat sewaktu mengadap maharaja China.

(e) Institusi Kekeluargaan

Institusi kekeluargaan dalam Tamadun China berorientasikan humanisme, iaitu


mementingkan unsur dan nilai-nilai kesejagatan manusia, manusia dianggap mempunyai
kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Humanisme
menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi
dengan urusan keagamaan. Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian
dengan Di ( langit dan bumi ). Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang
berinstitusi sosial merupakan falsafah terunggul dalam Tamadun China. Ibubapa berusaha
untuk membiayai anak-anak dalam pelajaran. Keharmonian juga dianggap sebagai suatu
nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.
Institusi kekeluargaan masyarakat china
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

AKTIVITI 1.2

(a) Binakan satu kerangka dalam bentuk peta minda yang dapat
menjelaskan unsur-unsur Tamadun China.
(b) Bagaimanakah Tamadun China boleh dikaitkan dengan
kebudayaan China dalam membina peradaban China
keseluruhannya.

6.6 HUBUNGAN TAMADUN CHINA DENGAN


TAMADUN MELAYU

Hubungan Tamadun China dengan Tamadun Melayu telah dibuat melalui kunjungan
beberapa siri daripada pelbagai dinasti China yang singgah atau melawat Tanah Melayu
semenjak zaman Dinasti Han 140-117 SM. Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua
orang utusan telah dihantar untuk melawat Funan dan beberapa buah negeri lain di
semenanjung Tanah Melayu dan juga di alam Melayu. Begitu juga pada zaman dinasti Tang
Tang (618-907 M), yang merupakan dinasti yang paling terkenal dalam sejarah Cina kerana
hubungan diplomatik yang dibinanya dengan beberapa buah negara asing.

Dinasti Tang ini juga telah membuka tujuh jalur jalan perdagangan dengan dunia luar,
melalui alam Melayu seperti semenanjung Tanah Melayu,Srivijaya, Jawa (He-Ling), untuk
menyambung perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi, dan Arab. Pengunjung
pertama hCina yang merakamkan pengalamannya di Srivijaya ialah I-Tsing (Yi Jing) yang
sampai di Srivijaya pada tahun 67 Masihi. Dalam perjalanannya ke India, beliau sempat
singgah di Srivijaya dan menetap di sana untuk tempoh 14 tahun untuk mempelajari Bahasa
Sanskrit dan mendalamkan ilmu agama Buddha sebelum meneruskan perjalanannya. Beliau
juga telah menterjemahkan buku agama Buddha dari Bahasa Sanskrit ke Bahasa China dan
menulis dua buah buku tentang tamadun Melayu-Srivijaya.
Dinasti Song (960-1279 M) telah meneruskan hubungan baik dengan negeri negeri luar.
Walau bagaimanapun, tumpuan juga lebih banyak diberikankepada bidang perniagaan di
negeri-negeri Asia Tenggara, Asia Selatan, danAsia Barat khususnya di Tanah Melayu.
Keadaan perhubungan yang begitu akrab antara negeri Melaka dan juga hubungan China
dan Tanah Melayu melalui dinasti Ming selama lebih daripada satu abad, yang tiada
padanya perselisihan atau pergaduhan, apatah lagi peperangan. Hubungan yang paling
gemilang ini telah dibina dalam abad ke-15 Masihi. Pada tahun 1405, satu armada raksasa
China sebanyak 200 kapal dengan anak kapal menjangkau 28,000 orang yang dikepalai oleh
Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zeng He) telah dihantar oleh Raja China, Ming Cheng
Zhu, menjelajah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Barat. Pertalian kerajaan Tamadun
Melayu dengan Tamadun China pada zaman pra penjajah Barat tidak banyak membuahkan
kesan negatif ke atas Tamadun Melayu. Ini adalah kerana kedatangan orang China ke alam
Melayu dan Negara negara luar lain pada zaman itu bukanlah didorong oleh perasaan ingin
menjajah atau memonopoli negara-negara itu. Sikap yang ada pada diri mereka ialah untuk
memperluaskan hubungan yang ada, di samping menghormati dan mengiktiraf kedudukan
yang ada pada mereka (Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Masyarakat Islam di China


(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

AKTIVITI 1.3

(a) Kemukakan elemen-elemen hubungan Tamadun China


dengan Tamadun Melayu dalam konteks masa kini.
(b) Bagaimanakah Tamadun China memainkan peranannya
dalam pembinaan budaya Malaysia

SEMAK KENDIRI 1.1


6.7 PERANAN TAMADUN CHINA DALAM PEMBINAAN
BUDAYA MALAYSIA

Abdullah Ahmad Badawi, (2001) menjelaskan interaksi Tamadun China dengan dengan
Malaysia telah terjalin sejak zaman kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 sehingga ke
hari ini. Tamadun China turut menyumbang pembinaan Tamadun Malaysia moden dalam
pelbagai aspek seperti melalui:

(a) Amalan Falsafah Confusianisme

Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid, (2004), menjelaskan Multi racial masyarakat
Malaysia yang terdiri pelbagai kaum boleh hidup bersama dengan aman damai
dengan berkongsi nilai-nilai universal yang wujud melalui falsafah Confusianisme.
Melalui ajaran Confusius yang diambil daripada buku Klasik Confusius dan Analekta,
yang memuatkan konsep ‘ren’ atau kebaikan dan kesederhanaan bagi manusia dan
konsep ‘li’ tatalaku laku yang baik jika diamalkan boleh memberi kesan kepada sifat
dan nilai perilaku positif diri. Menurut falsafah Kung Fu-Tze moral manusia boleh
membantu pemimpin yang baik untuk mentadbir negara dengan adil, amanah,
jujur, membantu rakyat dan sebagainya. Begitu juga dengan penjawat awam boleh
mengamalkan ajaran Confusianisme kerana sifat baik itu juga merupakan analan
yang paling bernilai dan perlu dimiliki oleh setiap pegawai. Sikap yang baik boleh
dicapai melalui menanam sikap yang baik ke dalam diri setiap individu terlebih
dahulu sebelum ditunjukkan kepada orang lain.

Satu lagi konsep ialah ‘jen’ yang menekankan sifat berperikemanusiaan terhadap
sesama insan. Bagi Kung Fu-Tze, mereka yang memiliki sifat perikemanusiaan ini
akan mempunyai sifat seperti amanah, budi bahasa, rajin, dan murah hati. Mengikut
ajaran ini juga, kesempurnaan semua manusia adalah kerana usaha mereka sendiri
untuk memiliki sifat atau moral yang terpuji dan tidak ada hubungan dengan kuasa
ghaib seperti roh nenek-moyang mereka. Untuk menjadi manusia yang baik, atau
junzi, semua manusia mempunyai peluang, asalkan ada usaha untuk mencapai ke
arah itu. Ajaran falsafah confusianisme yang bersifat universal ini boleh diguna-
pakai oleh seluruh warga Malaysia agar setiap individu mempunyai perasaan
tanggungjawab untuk menjadi individu yang baik.

Selain itu, ajaran confusianisme mengenai konsep ‘lima hubungan utama’ yang
menitikberatkan kejujuran dan kebaikan boleh juga diamalkan dalam konteks nilai-
nilai yang univesial dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
bersatupadu. Lima hubungan utama itu ialah:
(a) hubungan bapa dengan anak
(b) hubungan suami dengan isteri
(c) hubungan saudara tua dengan muda
(d) hubungan raja dan pegawai
(e) hubungan sesama sahabat.
(b) Falsafah Taoisme

Mengikut Osman Bakar, (2009), dua ajaran utama falsafah Taoisme ialah nilai ‘Yin’ dan
‘Yang’ yang perlu diamalkan kedua-duanya serentak untuk menghasilkan
keharmonian. Ini kerana ‘Yin’ dan ‘Yang’ dianggap sepasang yang tidak boleh
diasingkan. Kenyataan ini sama juga dengan kehidupan seharian yang wujud secara
berpasangan contohnya lelaki dan perempuan, air dan api, sihat dan sakit.
Kefahaman mengenainya sangat penting bagi membentuk kesedaran bahawa hidup
ini memerlukan keseimbangan yang sempurna, saling melengkapi, saling
membantu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pengajarannya adalah
antara kaum China dan Melayu saling perlu memerlukan bagi mencapai wawasan
yang sama baik dalam bidang politik, ekonomi dan social. Meskipun di Malaysia
terdapat banyak ajaran agama, namun mengenali, memahami, dan menghormati
ajaran selain dari ajaran yang menjadi milik masing-masing adalah satu amalan
yang mulia dan seharusnya menjadi budaya hidup masyarakat yang pelbagai etnik.

(c) Pendidikan

Dalam aspek pendidikan pula, tamadun China amat menekankan prinsip kekuatan
pendidikan dalam pembentukan sebuah negara dan bangsa. Pendidikan ini penting
untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kebijaksanaan dan pembentukan
akhlak. Sumber pendidikan ini banyak diperoleh dari sumber lama dari ajaran
tokoh-tokoh pemikir utama mereka seperti Kung Fu-Tze. Dengan memahami
kepentingan pendidikan dalam tamadun China akan menjadikan masyarakat di
Malaysia lebih memahami alasan kenapa masyarkat China amat mementingkan
pendidikan dalam semua peringkat pendidikan, bermula dari peringkat rendah
hinggalah ke peringkat university (Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak,
2012).

(d) Perkahwinan

Perkahwinan campur antara orang China dengan kaum lain seperti India, Melayu,
Sikh, dan paling banyak dengan bumiputra Sabah dan Sarawak telah melahirkan
satu komuniti yang bersifat saling
ambil mengambil daripada aspek kebudayaan, bahasa, makanan,
pakaian, amalan nilai moral dan juga cara pemikiran. Begitu juga
ia akan menambahkan lagi kepelbagaian budaya yang diamalkan.

(e) Perayaan

Perayaan Tahun Baru China disambut pada hari kedua bulan pertama kalendar
China. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan
kedatangan tahun baru. Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru China, semua ahli
keluarga akan berkumpul untuk makan bersama-sama. Jamuan ini diadakan untuk
menjalin dan mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak
bertemu.

Hari pertama tahun baru selalunya disambut dengan meriah. Setiap orang akan
menggayakan pakaian baru dengan berwarna merah. Individu-individu yang telah
berumah tangga akan memberi angpau kepada kanak-kanak serta saudara-mara
yang belum berumah tangga. Angpau ini membawa makna kesejahteraan yang
berpanjangan. Buah limau Mandarin dan kuih bakul menjadi lambing perayaan
Tahun Baru Cina. Ungkapan yang paling popular diucapkan apabila bertemu ialah
Gong Xi Fa Cai yang bermaksud salam sejahtera dan murah rezeki. Sepanjang dua
hari pertama Tahun baru China, orang China dilarang menyapu. Ini kerana
dikhuatiri akan menghalau keluar segala tuah. Kepercayaan tentang nasib sial yang
dibawa oleh penyapu masih dipegang oleh masyarakat China. Selepas hari ketiga
barulah rumah dibersihkan. Tarian naga sering dipersembahkan pada setiap
perayaan Tahun Baru China. Naga melambangkan ketangkasan, kekuatan dan
kemewahan. Tarian ini dipercayai boleh mendatangkan tuah kepada orang yang
menganjurkannya.

Pesta Capgome juga dikenali sebagai Pesta ‘ Yuan Siau’. Pesta ini disambut
sebagai menandakan tamatnya sambutan perayaan Tahun Baru China iaitu
bermula pada hari yang ke-15. Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang. Sejak
2000 tahun dahulu ia mula disambut oleh kerajaan Han. Pesta ini diiringi dengan
upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta perlindungan supaya keluarga
sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka. Pesta ini biasanya
berlangsung selama tiga hari tiga malam. Sepanjang masa itu setiap rumah akan
diterangi dengan cahaya lampu. Mercun dibakar habis-habisan untuk menghasilkan
bunyi yang kuat. Ini dipercayai dapat menghalau roh-roh jahat. Keramaian pesta ini
dimeriahkan lagi dengan tarian Singa dan Naga. Pesta ini diakhiri dengan upacara
melempar buah-buah limau Mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang
berhasrat mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai.

Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam bulan ketiga kalendar China.
Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang China pergi ke kubur-kubur untuk
menziarahi nenek moyang serta saudara-mara yang telah meninggal dunia. Semua
ahli keluarga akan pergi ke kubur untuk memeriahkan suasana. Selain daripada itu,
mereka akan bekerjasama membersihkan kubur. Tujuan pesta ini diadakan adalah
untuk mengenang jasa nenek moyang mereka. Mengikut Konfucius, keluarga
merupakan institusi yang terpenting dan harus dikekalkan. Oleh itu, nenek moyang
dan mereka yang lebih tua dalam keluarga perlu dihormati. Penghormatan akan
berterusan walaupun mereka telah meninggal dunia.
Perayaan Kuih Bulan ini lebih dikenali sebagai Pesta ‘Tanglung’. Ia disambut pada
hari ke-15 bulan lapan kalendar China. Perayaan ini dinamakan Pesta Kuih Bulan
kerana diadakan sewaktu bulan sedang mengambang dan mencapai peringkat
purnama. Antara benda-benda yang dianggap istimewa dan dimestikan dalam
perayaan ini ialah kuih bulan dan perarakan tanglung. Perayaan kuih bulan
dimeriahkan dengan adanya perarakan tanglung. Perayaan ini juga sebagai
menghormati seorang bidadari yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya di bulan.

Terdapat berita lain yang menerangkan asal-usul bermulanya perayaan kuih bulan
ini. Perayaan ini bermula pada tahun 1271 di negara China. Pada masa itu negara
China diperintah oleh Dinasti Monggol. Pemerintahan Monggol sangat kejam dan
menindas orang Cina yang berketurunan Han. Perkara ini telah menimbulkan
perasaan marah di kalangan kaum Han. Di bawah pemimpin mereka yang bernama
Chu Yuan Chang, satu gerakan di bawah tanah telah disusun untuk menentang
pemerintahan Monggol, tetapi gagal. Melalui nasihat Liu Po Wen, strategi baru pula
telah disusun di mana Liu Po Wen telah menyamar sebagai seorang sami dan masuk
ke kota Chu Chou. Dia menyebarkan berita bahawa Chu Chou akan ditimpa wabak
penyakit. Penduduk kota itu meminta pertolongan sami tadi. Menurut beliau,cara
untuk mengelakkan wabak penyakit itu ialah setiap orang Han mesti memasang
bendera, menyalakan tanglung dan membunyikan gong pada tengah hari ke-15
bulan lapan. Beliau juga memberi sekeping kuih bulan yang mesti dipotong pada
tengah malam tersebut dan membaca azimat yang terkandung dalamnya.

Menjelang pada malam tersebut, orang Han pun membuat seperti yang diarahkan
oleh beliau. Mereka mendapati azimat itu tertulis seruan supaya orang Monggol
dibunuh pada masa itu juga. Maka dengan itu orang Han pun bangun menentang
orang Monggol dengan dibantu oleh tentera Chu Yuang Chang. Akhirnya kota Chu
Chou dapat ditakluki semula. Perayaan ini disambut sebagai ulang tahun
merayakan kemenangan orang Han yang berjaya merampas kembali tanah air
mereka sampai ke hari ini (Ghazali Darusalam, 2001).
SEMAK KENDIRI
AKTIVITI
AKTIVITI 1.1 1.1
1.3

SEMAK KENDIRI 1.1

Tamadun China telah berinteraksi dengan Tamadun Melayu dan India di


Malaysia sejak abad ke-14 yang lalu. Kesan positif daripada
pertembungan ketiga-tiga tamadun ini menjadikan masyarakat Malaysia
hidup secara harmonis dalam semua aspek seperti sosial, budaya,
bahasa, fesyen, makanan, pembuatan, teknologi, pembinaan dan
sebagainya. Namun pertembungan tiga tamadun ini tidak memberi
kesan terhadap amalan agama. Setiap bangas mengikut identiti agama
masing-masing, China dengan agama Buddha, India dengan agama
Hindu
SEMAKdan Melayu dengan
KENDIRI 1.5agama Islam.
Pertembungan antara Tamadun Melayu, China dan India di abad ke-21 telah mencetuskan
minat yang mendalam untuk mempelajari secara mendalam ilmu yang berkaitan dengan
ketamadunan dan peradaban dunia. Pengajian ilmu tamadun dalam bidang akademik
sangat relevan dengan interaksi seharian dengan pelbagai kaum di Malaysia pada hari ini.
Memahami budaya hidup seharian melalui ilmu tamadun sesebuah bangsa dapat
menjelaskan pola hidup dan inspirasi sesebuah masyarakat yang bukan sahaja boleh
mengeratkan perpaduan sesuatu kaum bahkan dapat hidup bersama dengan aman dan
harmonis melalui saling faham memahani serta menghormati peradaban sesuatu kaum
tersebut. Dalam mengisi aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
aman dan harmonis maka pemahaman terhadap Tamadun China ini akan dapat membantu
generasi muda saling hidup kenal mengenal serta bersikap bertolak ansur untuk saling
menghormati agama, budaya serta bahasa. Pengetahuan tentang sejarah hubungan Melayu
dan China menjelaskan kepada kita, rakyat Malaysia, bahawa hubungan dua hala ini telah
lama wujud dan kini tibalah masanya untuk mengukuhkan semula hubungan tersebut
dalam konteks yang pelbagai. Pengetahuan tentang unsur-unsur asas dalam Tamadun
China akan lebih memahamkan kita tentang apakah budaya hidup yang diamalkan oleh
masyarakat tersebut dan bagaimanakah budaya tersebut berjaya melahirkan masyarakat
China, sebagaimana yang dilihat hari ini.

Dinasiti meditasi
Monarki entiti
Sistem feudal leluhur
Interaksi tamadun nomad
Identiti bangsa sekular
Evolusi politik humanisme
Amalan yoga sosiopoliitk

Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran Kursus Tamadun
Islam Dan Tamadun Asia Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform
Utama. Journal Sosiohumanika, 5(1) 2012.

Abu Yazid, Afifah. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong, Malaysia: Penerbit
PTS. ‘Ucapan Perdana Menteri Malaysia” semasa merasmikan Seminar

Abdullah Ahmad Badawi. (2001). Dialog Peradaban: Peranan dan Kepentingan di Malaysia,
anjuran Pusat Dialog Peradaban dan INMIND di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 27-
28 Ogos.
Sazelin Arif, et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan: McGraw Hill.

Azizan Baharudin. (2000). “Latihan Kakitangan Resource”. Kertas kerja dibentangkan dalam
Bengkel Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran TITAS di UM Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Osman Bakar, et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Lok Chong Hoe. (1998). Tamadun Cina: Falsafah, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian.
Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Khoo Kay Kim. (2005). ‘Asimilasi Tamadun Cina dan India dalam Konteks Pembinaan
Tamadun Malaysia’ dalam Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan
Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu,
India, China,dan Jepun. Skudai, Johor, Malaysia: PenerbitUniversiti Teknologi
Malaysia.

Mahathir Mohamad. (1996). ‘Ucapan Perdana Menteri Malaysia the 2nd Malaysia- China
Forum’, 1996 di Beijing, China, 25 September 1996.

Tamadun China
Dan
Sumbangannya
Topik 7 Terhadap
Peradaban Dunia

HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
20. Menjelaskan sumbangan Tamadun China terhadap peradaban dunia
dari segi :
(a) ekonomi
(b) ketenteraan
(e) pertanian
(f) perusahaan
(g) pemerintahan dan pentadbiran
(h) kebudayaan
(i) perundangan
(j) kemasyarakatan
(k) sains dan teknologi
(l) kesusasteraan
(m) kalendar
(n) perundangan
(o) politik
(p) pendidikan
(q) perubatan
(r) astronomi
(s) mathematik
(t) falsafah, agama dan kepercayaan
(u) sistem tulisan
(v) kesenian
 PENGENALAN

Penggunaan istilah tamadun lebih memberi perhatian terhadap keupayaan sesebuah


negara dan bangsa dalam mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang . Tamadun
Cina pada dasarnya merupakan sebuah tamadun yang berorientasikan agraria
(pertanian) serta sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam
proses pembangunan dan perkembangannya. Proses pembangunan Tamadun Cina
mengambil masa yang panjang. Tamadun China dikatakan merupakan salah sebuah
tamadun yang tertua di dunia selari dengan tamadun-tamadun lain seperti
Tamadun Mesapotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek.
Tamadun China telah dibina dan diperkembangkan sejak selama 4000 tahun yang
lalu telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti
kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan
teknologi, falsafah, sastera, dan institusi sosial yang maju. Kegemilangan Tamadun
China turut memberi sumbangan kemajuan dan kemakmuran kepada kehidupan
masyarakat di dunia pada hari ini. sebagai contohnya pembinaan tembok besar
China merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia seiringan dengan
piramid di Mesir, taman tergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India.

7.1 EKONOMI

Penduduk China telah penggunaan wang kertas sejak akhir abad ke-11M untuk
memudahkan urusan perdagangan. Di samping itu, industri besi terbesar di China
juga dimajukan untuk memenuhi permintaan dalam bidang ketenteraan. Begitu juga
dalam bidang pembinaan kapal. Bangsa China telah berjaya menjelajah dan
berdagang di seberang laut sejak dahulu lagi seperti yang dilakukan oleh
Laksamana Cheng Ho (1405-1433M). Orang China juga telah mencipta sutera dan
menjadi pengeluar sutera utama di dunia. Pedagang-pedagang sutera di China
berdagang hingga ke Rom. Kemakmuran ekonomi China telah membawa kepada
perubahan sosial dengan muncul golongan peniaga.

7.2 KETENTERAAN

Dalam ketenteraan pula, China mempunyai kelengkapan kapal perang yang banyak.
Misalnya pada tahun 1402M, Dinasti Ming mempunyai 1350 kapal perang.
Kemajuan- kemajuan yang dicapai orang China sejak abad ke-14 Masihi jelas
menggambarkan bahawa masyarakat China telah lama maju berbanding masyarakat
lain di Asia.

Gambaran barisan tentera China


(Sumber: http://history.cultural-china.com/en/49History9316.html

7.3 PERTANIAN

Dalam bidang pertanian, sejak zaman dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan
untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik
tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain peralatan penyisir
tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus
meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara
bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah
ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Masyarakat China suka
tinggal setempat tanpa berpindah-randah dan telah tahu bercucuk tanam serta
membina terusan bagi sistem pengairan pertanian disamping untuk kawalan banjir.
Bangsa Cinalah yang telah mencipta bajak dan cangkul, mereka barang daripada
logam serta membina perahu.

7.4 PERUSAHAAN

Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti
Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan
Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan
kemudian melalui Jalan Laut semasa Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar
China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain
itu, barangan logam juga telah didagangkan. Hasil perusahaan China itu bukan
sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri
China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan
kelas pertengahan yang besar. Perkembangan perusahan yang pesat dicetuskan oleh
perkembangan dalam sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan,
dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Tembikar
(Sumber: http://ticket.iiigo.com/ticket-908.htm)

AKTIVITI 1.1
1. Pecahkan kelas anda kepada empat kumpulan kecil, setiap kumpulan
dikehendaki membincangkan sumbangan Tamadun China dalam bidang-
bidang berikut:
(a) ekonomi
(b) ketenteraan
(c) pertanian
(d) perusahaan

7.5 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Dalam Tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk


sistem feudal kepada pemerintahan monarki sejak zaman Dinasti Chin (221-206S.M).
Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh
maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi
awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang
dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam. Pelantikan pegawai-pegawai ini
diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini
diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh
penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti. Sistem
pemerintahan yang wujud ialah sistem pemerintahan beraja dan raja berperanan
sebagai orang perantaraan antara rakyat dengan Tuhannya. Zaman pemerintahan
Shih Huang Ti, negara China menjadi sebuah negara yang maju dan lebih moden
dengan sistem politik pemerintahan yang teratur dan berpusat, juga mempunyai
sistem perhubungan, sistem timbang dan sukat, ketenteraan yang kuat dan
mempunyai hubungan dengan negara-negara luar.
7.6 KEBUDAYAAN

Kehidupan masyarakat China banyak dilingkungi dengan kepercayaan dan juga


adat-istiadat. Mereka mempunyai pelbagai kepercayaan dalam kehidupan dan
kebudayaan mereka. Mereka inginkan kesempurnaan dalam segala hal, seperti;
kelahiran yang sempurna, perkahwinan yang sempurna, kematian yang sempurna,
pengebumian yang sempurna. Adat dan kepercayaan masyarakat China dapat
dilihat dengan jelas dalam upacara kelahiran, perkahwinan, kematian dan
pengebumian. Selain daripada keempat-empat upacara tadi, terdapat satu lagi adat
yang ketara dalam kehidupan mereka, iaitu perayaan. Dari segi upacara
perkahwinan mengikut kepercayaan masyarakat China, terdapat enam pendekatan
dalam menjayakan upacara perkahwinan seperti na chai (pemilihan jodoh), Wen
Ming (pertanyaan nama bagi menentukan keturunan), Na Ji (keserasian dan
penyesuaian), Na Cha (penerimaan dan persetujuan), Qing Qi (keserasian atau
persamaan tarikh atau masa), Ying Qing (majlis perkahwinan).

Dari segi upacara kematian dan pengebumian rakan-rakan dan saudara-mara


mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada si
mati. Mereka berhadapan dengan tempat pemujaan dan di sisi tempat pemujaan itu
diletakkan keranda si mati. Makanan dan bahan-bahan pemujaan diletakkan di atas
tempat pemujaan. Penganut-penganut ajaran Buddha dan Taois dijemput untuk
membacakan doa-doa dan besembahyang. Duit-duit kertas palsu akan dibakar.
Pembahagian waktu dalam upacara ini sangat penting kerana keranda harus sampai
ke tempat pengebumian mengikut waktu yang telah ditetapkan. Ayam jantan putih
akan diletakkan di atas keranda. Selepas upacara pengebumian, ayam tadi akan
dibawa pulang ke rumah. Masyarakat China percaya bahawa ayam itu boleh
melindungi rumah kerana telah mempunyai semangat nenek moyang si mati tadi.

7.7 PERAYAAN

Perayaan Tahun Baru China disambut pada hari kedua bulan pertama kalendar
China. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan
kedatangan tahun baru. Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru China, semua ahli
keluarga akan berkumpul untuk makan bersama-sama. Jamuan ini diadakan untuk
menjalin dan mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak
bertemu. Angpau ini membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan. Tarian
naga sering dipersembahkan pada setiap perayaan Tahun Baru China. Naga
melambangkan ketangkasan, kekuatan dan kemewahan. Tarian ini dipercayai boleh
mendatangkan tuah kepada orang yang menganjurkannya.

Pesta Capgome juga dikenali sebagai Pesta ‘Yuan Siau’. Pesta ini disambut sebagai
menandakan tamatnya sambutan perayaan Tahun Baru China iaitu bermula pada
hari yang ke-15. Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang. Sejak 2000 tahun dahulu
ia mula disambut oleh kerajaan Han. Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan
dewa-dewi untuk meminta perlindungan supaya keluarga sentiasa bahagia dan
tidak ditimpa sebarang malapetaka. Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari
tiga malam. Sepanjang masa itu setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu.
Mercun dibakar habis-habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Ini dipercayai
dapat menghalau roh-roh jahat. Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah-
buah limau Mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang berhasrat
mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai.

Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam bulan ketiga kalendar China.
Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang China pergi ke kubur-kubur untuk
menziarahi nenek moyang serta saudara-mara yang telah meninggal dunia.
Perayaan Kuih Bulan lebih dikenali sebagai Pesta ‘Tanglung’. Ia disambut pada hari
ke-15 bulan lapan kalendar China. Perayaan ini dinamakan Pesta Kuih Bulan kerana
diadakan sewaktu bulan sedang mengambang dan mencapai peringkat purnama.
Antara benda-benda yang dianggap istimewa dan dimestikan dalam perayaan ini
ialah kuih bulan dan perarakan tanglung. Perayaan ini juga sebagai menghormati
seorang bidadari yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya di bulan. Perayaan ini
bermula pada tahun 1271 di negara China. (Ghazali Darusalam, 2001).

7.8 KEMASYARAKATAN

Susunan masyarakat dalam Tamadun China menunjukkan raja menduduki hierarki


yang tertinggi. Di bawah raja terdapat golongan bangsawan. Mereka ini merupakan
golongan yang berpengaruh. Selepas golongan bangsawan, golongan petani menjadi
golongan yang penting. Semasa Dinasti Chou, kebanyakan petani menjadi hamba
berhutang tidak dapat mengeluarkan hasil makanan yang mencukupi. Artisan,
peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki
masyarakat Cina. Dari konteks sosial, tahap pencapaian keharmonian masyarakat
yang paling ideal ialah datong. Datong merupakan diibaratkan sebagai Jalan Agung.
Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau
benda di dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh semua pihak dengan adil serta
saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah
yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada
perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan.

AKTIVITI 1.2
1. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda, kemukakan contoh-
contoh persamaan kebudayaan dan perayaaan masyarakat China di tempat
anda.

7.9 SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains dan teknologi maju sejak zaman Dinasti Shang. Antara kemajuan-kemajuan
yang diperolehi ialah: penghasilan senjata dan alat pertanian yang diperbuat
daripada gangsa, penciptaan alat-alat tembikar, barang-barang perhiasan yang
diperbuat daripada batu jed, penghasilan sutera, sistem kalendar dan perpuluhan
diperkenalkan. Manakala pada zaman Dinasti Chou, kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi semakin berkembang di mana pada zaman ini wang telah dihasilkan
daripada logam. Mereka juga menerbitkan buku serta memperkenalkan alat tulisan.
Teknologi tamadun awal dalam bidang seni bina jelas memperlihatkan peningkatan
tamadun. Tembok Besar China merupakan peninggalan bukti seni bina yang unik
dan mengagumkan. Tembok Besar China ini dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti
untuk menghadapi pencerobohan orang nomad. Ciri-ciri Tembok Besar China ini
ialah:
(a) Ia merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.
(b) Setinggi bangunan tiga tingkat dan panjangnya kira-kira 2410 kilometer.
(c) Ia dibina merentangi bukit-bukau.
(d) Dibina sepenuhnya oleh tenaga manusia dan mengambil masa lebih kurang
100 tahun untuk disiapkan.
(e) Dibina untuk mempertahankan negara China daripada serangan kaum
Barbar (tartar) Monggol.

Orang China juga terkenal sebagai pencipta mesin tenun yang boleh menenun
kain dengan banyak dan pantas. Mereka juga merupakan bangsa pertama yang
membuat kertas di dunia. Orang China mempunyai teknologi untuk menjadikan
bahan-bahan seperti kulit pohon mulberi, bahan terpakai seperti kain buruk, tali and
sebagainya menjadi pulpa dan akhirnya diproses menjadi kertas. Teknologi
membuat kertas ini kemudiannya telah sampai ke negara-negara Eropah dan
negara-negara Islam menjelang kurun ke-13 Masihi. Selain itu, mereka juga
menghasilkan seni tembikar dan seramik yang dihiasi dengan gambar yang
menarik.

7.10 KESUSASTERAAN

Banyak kajian dan karya telah dihasilkan dalam bidang kesusasteraan dan sejarah
pada zaman Han. Antara buku-buku yang ditulis semula ialah Chien Han Shu, Shih
Ching, Li Chi, Shu Ching dan banyak lagi. Shi Ching yang ditulis oleh Su Ma Chien
merupakan catatan tentang peristiwa-peristiwa dan personaliti-personaliti penting
yang merangkumi tempoh 2000 tahun. Su Ma Chien adalah tokoh kesusasteraan
yang penting pada zaman Han. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China.
Buku Chien Han Shu atau sejarah dinasti Han ditulis oleh Pan Ku, Pan Piao dan Pan
Chao. Seorang sarjana Liu Hsin mengumpul teks-teks lama untuk disunting. Kamus
yang pertama di dunia iaitu Shou Wen telah dihasilkan pada zaman Han iaitu kira-
kira tahun 100 S.M. kamus ini memberi penerangan kepada lebih kurang 2000
perkataan.

7.11 KALENDAR

Ahli cendekiawan China juga telah memperkenalkan sistem membahagikan hari


kepada hari siang dan malam dengan seragam. Tiap-tipa hari yang baru akan
bermula pada tengah malam. Orang han mencipta jam matahari untuk
mendapatkan masa yang lebih tepat. Ahli-ahli sains Han mengkaji matahari, bulan
dan bintang untuk mendapatkan kalendar yang tepat. Kalendar China telah
digunakan untuk lebih kurang 2000 tahun. Semasa pemerintahan Shang, sistem
kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
Kalender digunakan oleh raja untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai. Amalan sistem kalendar turut digunakan untuk menjalankan aktiviti harian
seperti upacara perkahwinan, pemburuan dan pengebumian.

7.12 PERUNDANGAN

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama,


iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah
daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubal dan diperkenalkan
oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.
Han Fei Tzu
(Sumber: http://history.cultural-china.com/en/49History9316.html)

Sistem perundangan yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-
undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.
Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia, dan dengan sebab itu
raja mestilah memiliki kuasa yang utuh.

7.13 Politik

Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran
empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti
yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti
memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah
menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima
tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan
orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China. Kejatuhan
Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti
Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera
telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang
besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang,
Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan.
pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta
keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

7.14 PENDIDIKAN
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan
rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan
bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan
buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan
adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya
adalah untuk menterjemah buku suci. Pada peringkat pendidikan tinggi ini juga,
sistem pendidikan mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap
kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah
pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor
falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama
dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota
empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus
dengan ijazah kelas pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah
kelas ketiga pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan
tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

7.15 PERUBATAN

Perkembangan bidang perubatan China telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu.
Amalan perubatan China berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui
pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala
kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat China dengan menggunakan
serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta. Amalan-amalan
perubatan China juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan
China. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching)
yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan China. Namun
demikian karya teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of
Internal Medicine. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan
mengenai teori dan falsafah perubatan China klasik. Selain itu juga ia menumpukan
soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Semasa dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis
oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah
Metarial Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti
Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892
jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan
cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica,
moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara
pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan
kaedah ini orang China telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek
tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran)
bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati
penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan
cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba
tertentu untuk dilekatkan. Akupuntur pula merupakan rawatan dengan
memasukkan jarum pada tempat tertentu.
Perubatan China
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

7.16 ASTRONOMI
Dalam bidan astronomi, orang China mempunyai tiga pandangan ynag berlainan
tentang alam semestar. Pendangan pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain
iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan keda
menggambarkan alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami
atau Hun Tien. Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori
Hsuan Yeh. Kajian astronomi China mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada
alam ini sebagai makhluk yang hidup, apa jua kesakitan yang timbul dari satu
bahagian alam akan dirasai oleh alam yang lain. Orang China juga mengkaji
astronomi kerana keperluan mengadakan kalendar. Pemerhatian terhadap alam
semesta telah berlaku kira-kira 1300S.M Contohnya kexing atau guest star yang
sekarang dikenali sebagai Crab Nebula talah direkod pada abad ke-11 di China.
Manakala komet Halley juga di kesan menerusi rekod China. Orang China juga
mempelajari matahari, gerhana bulan dan matahari serta merekodkannya secara
sistematik.
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

7.17 MATHEMATIK

Dua buah karya matematik tertua China iaitu Chou Pei Suan King yang
membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan
mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang
mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori
matematik. Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperiksaan.
Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat,
ukur dan timbang yang standard bagi China. Antara ahli matematik China yang
terkenal ialah Li Zhi (1192-1279M), Liu Hui, Zhu Shijie (1300M), dan Li Shanlan
(1811-1882M). Liu Hui pernah menerangkan mengenai teorem matematik seawal
tahun 220-267 Masihi. Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah
berkenaan dengan segi empat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat
ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di
campurkan ia akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15. Orang China juga
memperkenalkan angka positif dan negatif, angka genab dan ganjil selain itu juga
orang China juga telah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh
dan aljabar (Wang, 1991).

Sempua sebagai alat kiraan Mathematik China


(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

7.18 FALSAFAH, AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Vincent Goossaert & David A. Palmer, (2011) menyatakan sukar untuk dipisahkan antara
falsafah, agama dan kerpercayaan dalam Tamadun China. Ini kerana ketiga-tiga aspek
berkenaan saling berkait dan mempunyai isme-isme yang sama. Falsafah Konfusianisme
diasaskan oleh Kong Fu Tze semasa dinasti Chou. Konfusianisme merupakan doktrin
kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang
termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Konfusianisme bukanlah satu agama
tetapi lebih kepada pengajaran falsafah iaitu kemanusiaan seperti yang terkandung dalam
kitab Analects. Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral
yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk
mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li),
kearifan (zhi). Falsafah China juga dibentuk melalui ajaran Buddhisme. Asas ajran
Buddhisme ialah penderitaan yang berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar
kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang
betul atau jalan pertengahan bagi mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan
melampau yang terlalu mengikut perasaan. Ajaran k onfusius juga menekankan pada
lima jenis hubungan baik untuk mewujudkan masyarakat yang aman iaitu:
(a) Pemerintah yang baik.
(b) Ibu bapa dengan anak.
(c) Suami dengan isteri.
(d) Abang dengan adik.
(e) Kawan dengan kawan.

Mengikut ajaran Confucius, keluarga ialah unit terpenting dalam masyarakat.


Confuciusme sangat penting pada zaman Han di mana ia telah dijadikan agama
rasmi Empayar Han. Confuciusme pada zaman Han mempunyai atau mengandungi
ajaran-ajaran Legalisme, Mohisme dan Taoisme karya-karya ahli falsafah
Confuciusme menjadi satu bahan kajian utama di sekolah-sekolah pada zaman Han.
Ia juga menjadi asas kepada Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk memilih
pegawai-pegawai baru. Teks-teks klasik yang rasmi telah diukirkan di atas batu dan
dipamerkan di luar Akademi Negeri di ibu kota (Ghazali Darusalam, 2001).

Pusat peribadatan masyarakat China


(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

Toisme atau Daoisme adalah sebuah ajaran falsafah agama berdasarkan teks Daode
Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. Kitab Daode
Jing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana
kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada
pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. Daoisme merupakan
agama bagi kebanyakan orang china. Ajaran ini menekankan satu jalan atau cara
untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan
keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu
untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi
serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah
‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan
rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas
daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit
menjadi sebuah agama.

Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563- 483SM) yang bermula
di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun
Masihi yang pertama. Selepas Buddhisme disebarkan ke negara China, Buddhisme
telah mengalami perubahan atau diubahsuai melelui ciri-ciri kechinaan dan dikenali
sebagai Buddhisme China. Namun begitu, asas pengajarannya tetap sama iaitu
penderitaan berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan penyebab kepada
pelbagai masalah manusia. Manusia perlu mengawal hawa nafsu dengan mengikuti
Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan iaitu menjauhi daripada perbuatan
yang melampau. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang
meliputi pemahaman dan pemikiran yang betul, kedua, samadhi (penumpuan) yang
meliputi pengucapan dan tindakan yang betul serta cara hidup yang betul dan
ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha, pertimbangan dan tumpuan yang betul.
Penganut agama Buddha mesti melakukan amalan hidup yang suci, seperti
bersedekah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan menipu dan jangan berzina.
Buddha juga mengajar tentang Ahims iaitu tidak boleh memusnahkan atau
merosakkan segala benda hidup.

Buddhism
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)
Moisme pula diasaskan oleh Mo Zi (479SM-381SM). Antara konsep penting dalam
pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), menyerah
kepada nasib (feiming), mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian) dan
mengecam sikap suka berperang (feigong). Disebabkan penegasan aliran ini
kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep
mandat Tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme
menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini
bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.

Han Fei Zi
(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

Legalisme adalah salah satu daripada empat aliran utama falsafah China. Ia
diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa
China di bawah pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme adalah suatu fahaman
falsafah politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tingkat
tinggi seperti alam dan tujuan kehidupan. Legalisme menyarankan pemerintahan
berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan
seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan
pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

Masyarakat China mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang


tersendiri. Masyarakat China memuja nenek moyang dan tian (langit) sebagai
makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang di samping kepercayaan
primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi.
Masyarakat China juga lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh
memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.
Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral
dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia
sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep
ketuhanan. Bagi masyrakat China kepercayaan dan agama merupakan perkara
yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan
yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi
ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak
mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan Tuhan yang
satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat China
menggambarkan kewujudan Tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan
mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu
mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

7.19 SISTEM TULISAN


Salah satu sumbangan penting Tamadun China terhadap peradaban dunia ialah
sistem tulisannya. Dinasti Han merupakan dinasti yang banyak memberi
sumbangan kepada ciptaan sistem tulisan China yang dikenali sebagai Hanzi, atau
sistem tulisan Xiang Xing yaang merupakan sistem tulisan yang dibuat secara
menggunakan lambang bergambar. Hanzi merupakan sistem tulisan yang tertua
dalam Tamadun China. Zaman pemerintahan Maharaja Han merupakan zaman
penting dalam penulisan di mana penyelidikan telah dibuat terhadap tulisan-tulisan
purba dan penulisan kamus. Pada Zaman Dinasti Tang munculnya cetakan yang
menggunakan blok. Bidang penulisan juga berkembang terutamanya penulisan
puisi, begitu juga dengan lukisan. Manakala sistem tulisan zaman Dinasti Shang
wujud dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu benda atau perkara.
Tulisan dalam bentuk simbol digunakan untuk menggambarkan idea abstrak.
Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun. Bentuk tulisan
dalam simbol dipanggil ideogram. Ia ditulis menegak dalam lajur-lajur yang kecil.
Jurutulis yang mahir mambaca dan menulis menggunakan berus atau kayu runcing
untuk menulis di atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu, batu, jed dan sutera.
Contoh tulisan Hanzi, atau sistem tulisan Xiang Xing adalah seperti berikut 日 (rì)
untuk "matahari", 月 (yuè) untuk "bulan", dan 木 (mù) untuk "kayu" (Gernet, 1996).

Sistem tulisan masyarakat China

(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)
Kertas tertua yang berumur lebih daripada 2000 tahun dijumpai pada tahun 1957.
Kertas itu mempunyai 12 huruf sahaja. Bukti ini melambangkan penyebaran kertas
pada masa itu.

Tulisan China dalam manuskrip lama


(Sumber : https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz)

7.20 KESENIAN

Kesenian dalam Tamadun China boleh dilihat melalui Dinasti Yuan yang memberi
sumbangan dalam bidang muzik China. Tamadun dari negara China ini sedikit
sebanyak telah mempengaruhi ketamadunan dunia (Ghazali Darusalam, 2001). Pada
masa pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou, alat-alat seni diperbuat
daripada gangsa dan kain sutera.

Muzik Klasik China adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling
berkembang dalam dunia ini. Bentuk muzik China yang wujud tidak terbilang
jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik China yang awal melibatkan kegiatan di
istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Peralatan
muzik China dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara
sesuatu alat itu dimainkan. Biasanya perlatan muzik China dibuatkan dengan
bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
Peralatan muzik China
(Sumber : http://4.bp.blogdport.com)

Kesenian Kaligrafi Cina merupakan seni khat menggunakan berus Cina selama 4000
tahun dalam penulisan. Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk,
menekankan keharmonian, keseimbangan, impule dan momentum semasa menulis.
Hurufnya mempunyai teks yang berbeza dari segi bentuk, gaya, dan pergerakan
yang digelar sebagai penulisan kai,
xing, cao, li, dan da zhuan.Kai dan xing ialah bentuk normal. Cao dan li berbentuk
cakar dan ditulis dengan cepat, da zhuan pula bentuknya seperti tulisan Cina purba-
jia gu wen (tulisan Han). Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah
Wang Xizhi (321-379M).
Keindahan kaligrafi China
(Sumber : http://4.bp.blogdport.com)

Dalam bidang seni lukis, Dinasti Song merupakan seorang pelukis yang bukan
sahaja mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi. Sebuah
lukisan China merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir
cap. Senilukis China dibahagikan kepada dua kategori iaitu xieyi (bebas tangan)
gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-
butir objek yang hendak dilukis). Pelbagai lukisan telah dilukis pada kain sutera,
tembikar, pinggan dan peralatan lainnya. Ia biasanya terdiri daripada gambar-
gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita mitos da peristiwa-peristiwa yang
benar-benar berlaku.
Seni lukis masyarakat china
(Sumber : http://4.bp.blogsport.com)

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada
tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar
China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh
dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan
Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok
di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di
kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur.
Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan
menara.

Kedudukan Tembok Besar China

Tembok Besar China


(Sumber : http://it411x34. tripod.com/latar_belakang_tamadun.htm)

Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah


istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini
mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai
penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah
bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.
Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula
berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi
semua
binaan dan tempat (Morton, 1995).
AKTIVITI 1.1
AKTIVITI 1.3

Dengan menggunakan kemudahan internet di tempat anda, cari maklumat


tambahan berkenaan aspek-aspek berikut:
pemerintahan dan pentadbiran
(h) kebudayaan (p) pendidikan
(i) perundangan (q) perubatan
(j) kemasyarakatan (r) astronomi
(k) sains dan teknologi (s) mathematik
(l) kesusasteraan (t) falsafah, agama dan
kepercayaan
(m) kalender (u) sistem tulisan
(n) perundangan (v) kesenian
(o) politik

SEMAK KENDIRI 1.1

Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk kepada


kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka
mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran
untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks.
Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran
menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan
meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur
melalui pencapaian manusia dalam tiga aspek utama, iaitu
peningkatan politik, peningkatan ekonomi dan
peningkatan sosial.

SEMAK KENDIRI 1.5


1.2

Seperti juga dalam tamadun lainnya, Tamadun China mempunyai kehebatan yang
tersendiri daripada pelbagai aspek bagi mengekalkan kelangsungan peradabannya
dalam memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia sejagat. Melalui
Tamadun China banyak kita temui tokoh-tokohnya yang berjaya mencipta sesuatu
dalam pelbagai aspek khususnya seperti kelender, peralatan muzik, peralatan
pertanian dan paling hebat adalah pembinaan tembok besar China yang sehingga
sekarang menjadi monumen salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kemajuan
negara China sewajarnya menjadi contoh kepada umat manusia sedunia kerana
keagongan tamadunnya tidak dapat ditandingi oleh tamadun Barat, begitu juga bagi
negara-negara Asia yang lainnya terutama kepada negara Islam. Hal ini dapat
dibuktikan apabila Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ‘Tuntutlah ilmu walau pun
sehingga ke negara China’.

Angpau Senilukis
Mercun Batu jed
Kalendar Cerita metos
Empayar Tarian naga
Akupuntur Birokrasi awam
Metafizik Pesta kueh bulan
Kolektif Tembok besar negeri China

Ghazali Bin Darusalam. (2001). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd.

Gernet, Jacques. (1996). A History of Chinese Civilization. London :


Cambridge Universty Press.

Morton, W. Scott. (1995). China : It’s History and Culture. New York :
McGraw Hill.

Vincent Goossaert & David A. Palmer. (2011). The Religious Question in


Modern China. Chicago : The Univestity of Chicago Press

Wang, Gungwu. (1991). The Chineseness of China. Hong Kong : Oxford


Universtity Press.
Topik 8 Tamadun
India

HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan pembentukan Tamadun India melalui fasa-fasa
zaman yang terlibat.
2. menyenaraikan nilai-nilai Tamadun India
3. menghuraikan unsur-unsur utama dalam Tamadun India
4. membincangkan keistimewaan Tamadun India daripada sudut
jangka masa dan agama.
5. menilai hubungan Tamadun India dengan negara-negara lain di
Asia Tenggara
6. mencari perhubungan dan perkaitan antara Tamadun India
dengan kebudayaan dari negara-negara seperti Malaysia,
Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Indo China dan China.

 PENGENALAN
Perkembangan awal Tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjodaro di
Harappa, Lembah Sungai Indus. Tamadun ini berkembang sejak 2500 S.M.
Pencapaian tamadun ini adalah sama dengan tamadun-tamadun purba seperti Mesir
dan Babylonia. Masyarakat Lembah Sungai Indus pada masa itu telah mencapai
kemajuan dalam aspek kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan kebendaan,
nilai dan kepercayaan. Bukti-bukti menunjukkan bandar-bandar besar yang maju
telah wujud di tebing Sungai Indus. Ia meliputi kawasan tanah hampir satu batu
persegi dengan lorong-lorong dalam bandar raya berbentuk 90 darjah. Rumah-
rumahnya kukuh dan diperbuat daripada batu-bata dan hampir setiap rumahnya
mempunyai bilik mandi. Tempat-tempat mandi awam juga telah ditemui. Pemimpin
waktu itu ialah Mohenjo Daro mengambil berat tentang hal-hal menjaga kesihatan,
dan terdapat juga sistem tali air yang sempurna. Sesetengah pengkaji pula
berpendapat bahawa Tamadun Hindu dikesan bermula 4000 tahun dahulu.
Tamadun India adalah sama usianya dengan Tamadun China dan ia masih
berlanjutan. Ayat-ayat daripada Veda (kitab suci sejak zaman Arya) masih lagi dibaca
dalam sembahyang pagi, petang, malam dan juga upacara-upacara perkahwinan,
seperti yang diamalkan 4000 tahun dahulu. Asas sistem undang-undang dan sosial
mereka telah diwujudkan sebelum Rom diasaskan. Sebelum Socrates dilahirkan
telah ada ahli-ahli falsafah India.

8.1 PEMBANTUKKAN TAMADUN INDIA

Sejarah India sebelum 500 S.M agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang
dapat membantu dalam menerangkan pembentukan Tamadun India. Tamadun
India terbentuk melalui berberapa fasa berikut seperti yang dijelaskan oleh
Azharudin Mohd Dali (2004):

(a) Zaman Lembah Indus (1500SM)

Tamadun India pada awalnya dimulai dengan sejarah zaman Vedik, Maurya, Gupta,
Sangam, Palava dan Chola. Walaupun tamadun Indus telah lenyap lebih kurang pada
tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan lain
terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam tamadun Indus
digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam.
Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan
juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan tamadun Indus. Budaya Indus
mulai mengalami kemerosotan dengan kehadiran orang-orang Arya pada tahun
1,500SM telah membawa kemunculan satu peradaban baru di barat laut India.

Peta India
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

Zaman Vedik (1,500-500SM) dikatakan bermulanya asal-usul orang-orang Indo Arya


yang pernah mendiami di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah.
Kekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong kaum
ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagian daripada
kumpulan ini telah bermigrasi ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan perjalanan
mereka sehingga sampai ke benua kecil India. Kedatangan mereka tidak berlaku
serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya
dengan penduduk tempatan. Walaupun kumpulan Arya dapat mengekalkan
beberapa unsur-unsur budaya yang dibawa bersama mereka tetapi pertembungan
ini menyebabkan kemunculan satu budaya komposit di kawasan utara India yang
dikenali sebagai Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Orang-orang Indo Arya telah
mencipta teks-teks agama atau Veda-Veda yang mengandungi mazmur-mazmur
agama. Dari Veda-veda ini, terutama Rig Veda yang disusun antara tahun 1,200SM dan
1,000SM.

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah Kula (keluarga) yang
diketuai oleh Grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam sebuah kampung (Grama)
yang diketuai oleh Gramina; beberapa kampung adalah bahagian Visya (bandar)
yang diketuai oleh Visyapati dan beberapa Visya adalah sebahagian dan Jana yang
diketuai oleh raja (Rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati
oleh Mantriparishad (ahli-ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya
dikawal oleh pandangan umum dan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan
seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan iaitu Sahha (anggota-
anggotanya terdiri dari ketua- ketua dan orang-orang kaya raya) dan Samriti
(perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa raja.

Dari sudut percukaian, cukai ke atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian
merupakan aktiviti utama orang-orang Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu
barli dan gandum. Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan
orang-orang Indo Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai
sumber susu. Terdapat juga orang-orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang
dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar,
peminjam wang dan pedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota-kota
penting dalam perdagangan luar.

Zaman Vedik terkemudian (600-320SM) Lebih kurang pada tahun 600SM, penubuhan
republik dan negeri-negeri beraja di kawasan utara India telah membawa sejarah
Tamadun India ke satu tahap yang penting. Repubik-republik terletak di kawasan
kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab manakala negeri-negeri beraja
terletak di kawasan Sungai Ganges. Republik-republik terdiri dari satu puak seperti
Shakya, Koliya dan Malla atau gabungan puak-puak seperti Vriji dan Yadava.
Kekuatan republik terletak dalam aspek korporat kerajaan iaitu pertemuan wakil-
wakil puak atau ketua- ketua keluarga untuk membincangkan perkara-perkara
penting. Salah seorang wakil mempengerusikan pertemuan itu dan beliau diberi
gelaran ‘raja’ dan pangkat ini bukan berbentuk turun-temurun. Sumber pendapatan
sesebuah republik adalah dari cukai tanah, perindustrian dan perdagangan. Bandar-
bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman ini antaranya Shravasti,
Champa, Rajagriha, Ayodhya, Kaushambi dan Kashi yang penting bagi ekonomi
kawasan Ganges manakala Vaishali, Ujjain, Taxila dan Bharukachcha di barat
mengadakan hubungan ekonomi yang lebih luas. Di republik ini tidak ada sekatan
atau tentangan terhadap pandangan individu yang berbeza dan ini menyebabkan
kemunculan pemimpin dan pemikir yang membawa pandangan bukan ortodoks
seperti Siddharta Gautama (Buddha) dari puak Shakya dan Vardhamana (Mahavira) dari
puak Jnatrika.

Negeri-negeri atau kerajaan-kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan


beraja berbentuk turun-temurun dan mementingkan sistem Dewamja dengan
mengadakan upacara-upacara Rajasuya (pentahbisan raja), Vajapeya (menjadikan raja
muda semula) dan Asva Medha (pengorbanan kuda). Dalam konteks ini, raja-raja dan
golongan sami-sami bekerjasama dalam menekankan konsep dewaraja.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku antara


kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji. Peperangan berlaku
selama seratus tahun dan akhirnya Magadha dapat mengekalkan kuasanya di India
Utara. Pemerintah Magadha dan Bimbisara memerintah pada pertengahan kedua
kurun ke-6SM dan merupakan seorang raja yang gigih serta berwawasan politik.
Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan-kawasan
di barat dan utara, mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan
raya, melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan
menggalakkan pembangunan di bidang pertanian. Bimbisara kemudiannya, diganti
oleh puteranya Ajatashatru pada tahun 493SM dan meneruskan dasar menakluki
Kosala, Kashi dan Vriji di utara dan Anga di timur yang menghubungkan
perdagangan dalam dan perdagangan luar. Ajatashatru meninggal dunia pada tahun
461SM dan baginda digantikan oleh dinasti Shishunaga pada tahun 413SM. Lima
puluh tahun kemudian Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan dan dinasti bukan
Kshatriya yang pertama. Baginda mewarisi kerajaan Magadha, mengenakan cukai
tanah yang tinggi, membina saluran air dan sebagainya. Namun begitu,
perkembangan ini tersekat kerana Chandragupta Maurya dapat mengalahkan Nanda
dan menerajui kerajaan pada tahun 321SM.

Kawasan-kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah pengaruh Cyrus
Yang Mahsyur dari Persia (Iran) (558-520SM) dan puak-puak dari Kamboja,
Gandhara dan kawasan Indus membayar ufti kepadanya. Pengaruh Persia dapat
dilihat pada syiling-syiling India dan skrip India. Kharoshti mempunyai unsur-unsur
skrip Aramaic yang digunakan di Persia. Pada tahun 519SM di bawah Darius,
Hindush dianggap wilayah kedua puluh empayar Persia dan terdapat askar-askar
India yang bertugas dalam tentera Persia. Pada tahun 330SM, Maharaja Alexander
dari Macedonia (Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke wilayah-
wilayah di India, khususnya Punjab, berperang dengan Raja Poros (Puru) iaitu raja
kawasan Jhelum, menakluki puak-puak tempatan dan melantik gabenor-gabenor
untuk mentadbir wilayah-wilayah ini. Oleh sebab tenteranya tidak ingin
meneruskan dasar perluasan kuasa, Alexander akhirnya terpaksa membatalkan
rancangannya untuk menakluki seluruh India. Dasar perluasan kuasa dan serangan
Maharaja Alexander telah menyebabkan terbentuknya beberapa petempatan orang
Greek di Punjab. Pergerakan tentera Greek ini telah merintis dan membuka
beberapa jalan perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia
ke Laut Mediterranean (selatan Eropah). Jeneral tentera Greek yang terakhir
meninggalkan India pada tahun 317SM.

Kemunculan Empayar Maurya (321-185SM) telah memberi dimensi baru terhadap


kejelasan kemunculan Tamadun. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana
empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai sejumlah besar
kawasan di India dan sistem politik mencapai tahap yang lebih matang. Pengasas
empayar Maurya adalah Chandragupta Maurya telah menggantikan Nanda pada tahun
321SM ketika baginda berusia 25 tahun dan berasal dari puak Moriya. Panduan dan
strategi yang diberikan oleh penasihatnya, Kautalya atau Chanakya (seorang Brahmin)
telah membantu Chandragupta menjalankan dasar perluasan kuasa dengan
menakluki kawasan-kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. Sumber-sumber
bertulis Greek menyebutkan tentang peperangan antara Sandracottos (Chandragupta)
dengan Seleucus Nikator (pemerintah Greek) pada tahun 303SM telah memetrikan
perjanjian yang dibuat antara mereka melalui perkahwinan puteri Seleucus dengan
Chandragupta. Duta Seleucus yang menetap di Pataliputra telah mewujudkan
jawatankuasa khas bertujuan untuk menjaga kebajikan orang asing.

Pada tahun 297SM, Chandragupta telah memeluk agama Jainisme dan menyerahkan
takhta kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar sehingga ke
Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya menakluki
Kalinga di timur. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana
kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada
Asoka sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahisma (tidak
melakukan kekejaman). Di bawah pemerintahan Asoka, sistem Buddhisme disusun
semula semasa Majlis Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250SM.
Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang-pengembang agama
Buddha ke kawasan lain di India dan ke luar India. Asoka telah menghantar utusan-
utusan diplomatik dan agama ke Syria (Antiochus II Theos 260-246SM), Mesir
(Ptolemy III Philadelphus, 285-247SM), Macedonia (Antigonus Gonatus, 276- 239SM),
Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander).

Hubungan dengan dunia luar berkembang sehingga kerajaan dan masyarakat Greek
mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehidupan di India. Hubungan erat
diadakan dengan kerajaan Seleucid di barat laut dan ini dibuktikan melalui ciri-ciri
Persia yang terdapat pada tiang-tiang Asoka (Asokan Pillars) yang diukir oleh
pengukir dari kawasan barat laut. Idea inskripsi batu mungkin berasal dari Persia.
Inskripsi-inskripsi Asoka terdapat di kawasan India Selatan dan baginda
mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra dan
Keralaputra. Putera Asoka, Mahindra telah melawat Ceylon sebagai pengembang
agama Buddhis.

Kemerosotan Empayar Maurya (200SM-300 TM) bermula dengan peristiwa-peristiwa


politik yang lebih dipengaruhi oleh keadaan di Asia Tengah. Empayar Maurya
diganti oleh kemunculan dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang diketuai oleh
Pushyamitra pada tahun 180SM. Kerajaan ini sering berperang dengan kerajaan di
selatan, dengan Greek di barat laut dan Kalinga di Tenggara. Dalam masa seratus
tahun, empayar Maurya menjadi semakin kecil dan kawasan Magadha yang
diperintah oleh Shunga dikuasai oleh dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan
sehingga tahun 28SM. Dinasti Kanva mencapai zaman kegemilangan di bawah
pemerintahan Raja Kharavela dengan kawasan yang dikuasai terbentang sehingga ke
India Selatan.

Zaman Gupta (300-600 TM) juga digelar sebagai Zaman Klasik atau Zaman
Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Asal-
usul Gupta tidak begitu jelas dan dipercayai suatu keluarga tuan tanah beransur-
ansur menguasai arena politik kawasan Magadha, tinggalan empayar Maurya. Dinasti
Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan
seorang puteri Lichchavi, suatu puak ternama dan mengambil gelaran
Maharajadhiraja. Puteranya, Samudra Gupta yang menaiki takhta pada tahun 335 telah
meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga raja-raja di timur dan selatan tunduk
serta membayar ufti. Baginda mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep
Devaraja dan Asamedha, meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran
yang cekap. Raja Meghavarnadari Ceylon (352-379) telah meminta kebenaran untuk
membina biara dan rumah rehat di Bodh Gaya bagi orang- orang Ceylon yang
berziarah ke tempat suci ini. Bandar-bandar pada zaman Gupta dirancang dengan
baik kerana mempunyai jalan raya yang teratur, sistem perparitan yang baik, saluran
bekalan minuman, sistem pembuangan najis yang teratur dan tempat mandi yan
sempurna (Wan Fuad, 1990)

Chandra Gupta II yang menerajui kepimpinan pada tahun 380 telah menewaskan
kerajaan Shaka dan merampas kawasan barat India tetapi kawasan Deccan di bawah
dinasti Vakataka tidak dapat ditakluki. Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan
raja Vakataka, Rudrasena II, dan hubungan persahabatan terus dikekalkan. Rudrasena
II meninggal dunia lima tahun kemudian dan balunya (anak perempuan Chandra
Gupta) memangku takhta kerajaan dari tahun 390-410. Kerajaan Vakataka menjadi
sebahagian empayar Gupta. Chandra Gupta II menggunakan gelaran Vikmmaditya
(matahari kegagahan) tetapi pemerintahannya lebih diingati kerana naungannya
terhadap bidang kesusasteraan dan kesenian. Fa Hsien, seorang Buddhis China yang
melawat India dari tahun 400 hingga 411 bertujuan untuk mengutip teks-teks, dan
manuskrip-manuskrip Buddhisme, dan belajar di biara-biara India, melalui
catatannya telah menggambarkan India sebagai satu negara aman dan damai.
Pemerintahan Kumara Gupta (415-454) dan Skanda Gupta (454-467) telah menghadapi
cabaran dan serangan dari puak Hun (dari Asia Tengah di sempadan China) yang
telah menguasai kawasan-kawasan dari Persia hingga ke Khotan. Sebahagian dari
puak Hun yang pernah berperang dengan puak Yueh- chi telah bermigrasi ke barat
dan disebutkan dalam catatan sejarah Rom dan Greek sebagai Hun Putih.
Kumpulan Hun yang datang ke India dikenali sebagai Huna dan Raja Huna
pertama yang memerintah India Utara sehingga Eran di India Tengah ialah
Toramana. Puteranya, Mihirakula tidak begitu popular dan membenci agama
Buddhisme. Kedatangan puak Hun menyebabkan pergerakan penduduk-penduduk
yang mempunyai latar belakang etnik yang berlainan yang mula mendiami kawasan
India Utara, barat dan selatan. Rekod-rekod Sung- Yun (duta China ke kerajaan
Hun) member! gambaran keganasan dan kezaliman kerajaan pimpinan Mihirakula.
Kuasa Hun di India mula merosot pada akhir kurun ke-6 bukan kerana tentangan
raja-raja India tetapi kerana orang-orang Turki dan Persia menyerang Bactria yang
berada di bawah kawalan Hun (563- 567).

Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah
kerajaan iaitu, Gupta di Magadha, Maukhari di Uttar Pradesh barat, Pushyabhuti di
Thanesar (di utara Delhi) dan Maitraka (asal-usul Persia) di Gujarat. Kerajaan
Maukhari menewaskan Gupta dan mengadakan hubungan kekeluargaan dengan
Pushyabhuti. Keluarga Pushyabhuti menjadi kuasa penting dan selepas kemangkatan
raja Maukhari, pemerintah Pushyabhuti iaitu Harsha telah menggabungkan kedua-dua
kerajaan ini. Manakala kerajaan Maitraka kekal sehingga pertengahan kurun ke-8,
tetapi kemudian menghadapi serangan dari orang-orang Arab.

Walaupun pengasas kerajaan Pushyabhuti ialah Prabhakara-vardhana tetapi


pemerintah yang termashyur ialah Harsha-vardhana atau Harsha. Harsha memulakan
pemerintahan pada tahun 606, meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga Punjab,
Kashmir, Nepal dan Valabhi di barat laut dan utara. Perjuangan untuk menakluki
kawasan-kawasan Deccan gagal kerana ditewaskan oleh Pulikeshin II dari kerajaan
Chalukya. Harsha menubuhkan sebuah kerajaan yang cekap dan mengadakan
hubungan luar dengan negara China sehingga Maharaja Tang Tai Tsung menghantar
dua duta.

Zaman Sangam (300SM-200 TM) lahir di India Selatan, rekod-rekod kesusasteraan


Sangam memberi gambaran jelas tentang peristiwa-peristiwa politik. Kerajaan-
kerajaan Chera di barat, Chola di timur dan Pandya di selatan sering berperang antara
satu sama lain. Pada tahun 200SM, kerajaan Chola telah menakluki dan memerintah
Ceylon Utara sehingga dihalau oleh Raja Sinhala Duttagamini. Masyarakat India
Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara melalui kawasan
Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara
barat seperti Romawi dan Greek. Chola mengendalikan perdagangan Lautan India,
membina kapal- kapal besar dan kecil yang digunakan dalam pelayaran ke rantau
Asia Tenggara. Kewujudan pelabuhan atau pangkalan kapal, dermaga, menara api,
pejabat kastam dan bangunan membuktikan terdapatnya perdagangan luar
(antarabangsa). Kapal-kapal Yavana (dari Asia Barat dan Laut Mediterranean)
berlayar ke Kaveripattinam untuk berdagang atau bertukar barang (barter) mereka
dengan barangan dari Asia Tenggara dan China. Kepentingan Arikamedu dan
Kaveripattinam dalam perdagangan lautan boleh dibandingkan dengan kepentingan
Bharukachcha dan Taxila di barat laut India yang mengendalikan perdagangan luar
dari Persia, Afghanistan dan Asia Tengah.

Zaman Pallava (600-900 TM) di selatan India yang terbentuk selepas zaman Sangam
dikatakan oleh para sejarawan India sebagai sebagai zaman gelap. Namun begitu,
terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India
Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan mementingkan
bahasa Sanskrit. Dari keterangan-keterangan kitab-kitab Buddhisme dapat diketahui
bahawa raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan-kegiatan agama Buddha
dan penyair-penyair Buddha telah mendapat layanan yang baik. Cara pemerintah
Kalabhra mengembangkan agama Buddha telah membangkitkan kemarahan orang-
orang Tamil yang menyifatkan mereka sebagai raja-raja yang zalim. Selepas
pemerintahan Accuta, kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta mengusir
golongan Kalabhra. Raja Pandya Kandungon menewaskan Kalabhra pada tahun 575M
dan menamatkan pemerintahan golongan ini yang telah berkuasa selama tiga ratus
tahun di India Selatan. Walaupun zaman Kalabhra digelar zaman gelap terdapat
beberapa sumbangan penting (istimewa) yang berlaku. Selain daripada
Perhimpunan Penyair-penyair Jain (Sangam Jain) yang diadakan pada 470M,
dipercayai karya-karya etika Tamil yang disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil
seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli telah disusun pada zaman ini.

Pada zaman pertengahan kurun ke-6 sehingga kurun ke-9 dalam sejarah India
Selatan memperlihatkan peperangan di antara tiga buah kerajaan yang cuba
meluaskan wilayah masing-masing. Dinasti Pallava telah dapat menguasai negeri
Tamil selepas berperang dengan kerajaan-kerajaan Chalukya dari Badami, Pallava dari
Kanchi dan Pandya dari Madurai. Dinasti Pallava telah melalui tiga zaman, iaitu
Pallava Awal (250-340M), Pallava Pertengahan (340-595M) dan Pallava Akhir (575-
900M). Zaman Pallava Awal telah diperintah oleh Raja Sivaskandavarman yang
merupakan pemerintah terkemuka memerintah dari Kanchi, merasmikan upacara-
upacara Asvamedha, Vajapaya dan Agnishtoma dan mementingkan bahasa Prakrit dan
Sanskrit. Bukti permerintahan kerjaan ini dilihat melalui kepingan pinggan tembaga
dan inskripsi-inskripsi batu menggunakan bahasa-bahasa tersebut. Zaman Pallava
Pertengahan, dipenuhi dengan peperangan menentang Gupta, Vakataka, Kadamba,
Chalukya dan Chola. Raja Vishnugopan adalah salah seorang pemerintah yang
menentang serangan Gupta dari utara, dan agama Buddhisme dan Jainisme diberikan
keutamaan pada zaman ini. Zaman Pallava Akhir pula merupakan zaman
kegemilangan dinasti Pallava kerana telah dapat menguasai kawasan India Selatan.

Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan Bhakti iaitu mazhab
Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan
Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi. Terdapat raja- raja Pallava yang telah
memeluk agama-agama ini, memberikan keutamaan kepada bahasa Tamil dan
terlibat dalam pembinaan kuil-kuil Hindu. Kebanyakan golongan Nayanmar (wali-
wali mazhab Saivisme) dan Alvar (wali-wali mazhab Vaisnavisme) telah hidup pada
zaman ini dan menyumbangkan kepada penyebaran mazhab-mazhab ini.
Kerajaan Pallava juga telah membina kuil-kuil Buddha secara besar-besaran dan
seorang pengembara Cina, Tsuan Tsang telah melawat Kanchi pada tahun 642M.
Dalam rekodnya, beliau menyatakan Kanchi mempunyai seratus buah vihara Buddhis
serta sepuluh ribu orang rahib Buddhis, dan lapan puluh kuil Saivisme dan
Vaisnavisme, dan agama Jainisme juga diamalkan. Terdapat tiga jenis kuil Hindu yang
dibina iaitu kuil-kuil gua, kuil-kuil batu best dan kuil-kuil biasa yang dibuat dari
pasir dan batu-bata. Raja Mahendravarman, Raja Narasimhavarman, Raja Rajasimhan
dan Raja Nandivarman III adalah antara pemerintah-pemerintah terkemuka zaman
Pallava yang memperbanyakkan pembinaan kuil-kuil Hindu dan meluaskan
perdagangan luar. Kewujudan sebuah kolam Avani Naranan dan tempat berhala di
negeri Thai yang dibina oleh pedagang-pedagang zaman Pallava menunjukkan
kepentingan perdagangan luar.

Zaman Chola (850-1200SM) dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri. Chola


merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah kawasan
yang dikenali sebagai Rayalaseema. Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan pembinaan
sebuah kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada 850SM merupakan langkah
pertama ke arah kebangkitan semula kerajaan Chola. Kerajaan Chola muncul semula
dari kemerosotan dan berkembang menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus
lima puluh tahun. Raja-raja yang termasyhur dalam dinasti Chola adalah Raja
Rajendra I dan Kulotangga, dan pemerintah-pemerintahnya menggunakan gelaran
Chakravarthigal. Kerajaan Chola melalui dasar perluasan kuasa, meluaskan
wilayahnya sehingga meliputi seluruh kawasan India Selatan. Walaupun Tanjore
dipilih sebagai ibu negeri utama tetapi selepas penaklukan kerajaan Pallava, Kanchi
menjadi ibu negeri yang kedua pentingnya dalam empayar Chola.

Pemerintah-pemerintah Chola begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil- kuil,


reklamasi tanah, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan
hospital. Mereka juga menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan
Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di rantau Asia Tenggara. Penemuan
inskripsi Tamil di Takuapa, membuktikan kegiatan persatuan pedagang iaitu
Manigaman bergiat dalam perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi
ketenteraan dan serangan Rajendra Chola I pada tahun 1025SM terhadap empayar
Srivijaya membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan
empayar itu yang menunjukkan dasar luar kerajaan China.

Secara bandingannya, bentuk pemerintahan Chola adalah lebih kurang sama dengan
kerajaan Pallava iaitu empayar dibahagikan kepada beberapa wilayah, daerah dan
kampung. Pentadbiran kampung dikendalikan oleh jawatankuasa eksekutif yang
dilantik oleh majlis besar. Ada juga jawatankuasa (variyam) yang ditubuhkan untuk
tugas tertentu dan ahli-ahli jawatankuasa dipilih dari wakil bahagian-bahagian
kampung. Cukai tanah merupakan sumber kewangan kerajaan yang paling besar.
Oleh yang demikian segala peraturan mengenai hak milik serta cukai hasil tanah
dikendalikan secara terperinci. Semua kawasan yang dikenakan membayar cukai
akan diukur dan ditentukan cukai berdasarkan kesuburan tanah itu serta jenis
tanaman yang dihasilkan. Raja-raja Chola yang menganuti agama Hindu memainkan
peranan penting dalam perkembangan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme. Banyak
kuil-kuil dan matha (dewan awam) dibina serta melatih penyanyi-penyanyi untuk
menyanyikan Timpadiyam di kuil-kuil. Dalam hal ini agama dapat dilihat melalui
sifat tolak ansur raja-raja Chola yang membenarkan unsur-unsur Vaisnavisme dan
Buddhisme pada hiasan kuil Saivisme. Selain itu, bantuan juga diberikan kepada kuil-
kuil Buddhis dan Jain.

Lembah Indus
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

(b) Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan Islam (1000 – 1756M)

R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran (1994) menjelaskan zaman ini ditandai dengan


pengaruh Islam ke atas masyarakat India yang meliputi kesultanan Delhi, dinasti
Khilji, Tughluq, Sayid, Lodi dan Babur atau Mungal. Zaman Muslim India Utara tidak
bebas daripada ancaman dan serangan luar sejak sebelum tahun Masihi. Kumpulan-
kumpulan orang Greek, Scythia, Parthia dan Hun yang datang sebagai orang asing
untuk memerintah India, akhirnya mereka telah diasimilasikan. Sebaliknya,
kedatangan kumpulan-kumpulan Muslim (orang Islam) adalah berbeza kerana
mereka dapat mengekalkan agama mereka di India.
Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu pertama,
sehingga tahun 1000SM, hubungan pedagang-pedagang Arab dengan penduduk-
penduduk India dari kawasan-kawasan pantai di India Selatan sehingga
menyebabkan mereka memeluk agama Islam. Pengaruh politik mereka begitu kuat
sehinggakan pedagang kuda dan peniaga Arab di Korkai dilantik sebagai menteri
dalam kerajaan Pandya. Kedua, pemelukan selepas penaklukan mula berlaku selepas
kumpulan-kumpulan Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai
kawasan-kawasan di India dan menubuhkan kesultanan- kesultanan mereka. Ini
bermula dengan serangan-serangan Mahmud Ghaznih dari tahun 1008 hingga 1026M
yang menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura
dimusnahkan. Ini diikuti pula oleh serangan Muhammad Ghuri pada tahun 1191M
dan pembukaan petempatan-petempatan di India Utara. Pada tahun 1206M, Ghuri
telah dibunuh oleh Qutb-ud-din Aibak, seorang pengikut (hamba) Ghuri yang
kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi. Pemerintah-pemerintah dinasti Hamba
(1206-1290M) digantikan oleh dinasti Khiiji (1290 -1320M), dinasti Tughluq (1320-
1412M), dinasti Sayyid (1412- 1450M) dan dinasti Lodi (1451-1526M).

Pemerintah Ibrahim Lodi diserang oleh Babur, dari keturunan Mongol Genghis Khan
pada tahun 1526M yang mengasaskan kerajaan dan dinasti baru iaitu dinasti
Mughal. Kerajaan Mughal menjadi termasyhur di bawah pemerintahan Akhbar.
Sebelum tahun 1599M kawasan kekuasaan Mughal terbentang dari Kashmir di utara
India sehingga Deccan di selatan. Akhbar telah menjalinkan hubungan baik dengan
rakyat beragama Hindu melalui cara perkahwinan dengan melantik pegawai-
pegawai Hindu memegang jawatan dalam kerajaan. Melalui tindakan ini, ianya
dapat meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa baginda adalah ketua mereka.
Untuk mengelakkan tentangan rakyat keturunan Afghan, Turki, Uzbek, Iran, Turani,
Kayastha, Rajput dan Brahmin dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran.
Baginda mengamalkan sikap toleransi terutama terhadap penganut Hindu dengan
membatalkan cukai jizyah, memulihkan tempat-tempat suci Hindu, membenarkan
isteri-isteri orang Hindu bersembahyang di istana-istana mereka, dan membenarkan
orang Hindu membina kuil dan mengadakan upacara umum. Baginda juga
menggalakkan penterjemahan Veda-veda, Ramayana dan Mahabharata,
mempengerusikan sidang diskusi antara agama-agama dan cuba memperkenalkan
agama Din-Ilahi bertujuan untuk menyatupadukan penganut Hindu dengan
penganut Muslim.

Dasar toleransi tidak lagi diutamakan oleh pemerintah-pemerintah selepas Akbar


seperti Jahangir (1605-1627M) yang menunjukkan penentangan terhadap ajaran Jain
dan membunuh ketua Sikh, Guru Arjun; Shah Jahan (1628- 1658M) yang tidak
membenarkan pembinaan kuil Hindu dan menghalang mereka yang keluar dari
Islam; Aurangzeb (1658-1707M) yang memperkenalkan semula cukai jizyah,
memusnahkan kuil-kuil Hindu dan menggantikan pegawai-pegawai Hindu dengan
pegawai-pegawai Muslim. Dasar-dasar ini menyebabkan kerajaan Mughal terpaksa
menghadapi tentangan dari kumpulan-kumpulan Maratha, Peshwa, Sikh dan Rajput.
Pada peringkat akhir pemerintahan Mughal, apabila kuasa British (Inggeris)
menyerang kerajaan Muslim maka orang-orang Hindu tidak lagi memberikan
sokongan.

Dalam hal kerajaan dan pentadbiran, sultan dianggap sebagai wakil Khalifah
walaupun ia bebas dengan berautoriti sendiri. Dalam hal pentadbiran terdapat
kawalan atas kuasanya iaitu undang-undang Syariah. Pentadbiran sivil diketuai oleh
wazir (menteri perdana) yang mengendalikan kutipan cukai, akaun dan perbelanjaan
selain daripada menasihati sultan. Wazir menjaga hal pentadbiran kerajaan pusat di
samping bersama dengan tiga menteri lain iaitu ketua jabatan tentera, ketua
hubungan luar negeri dan ketua menjaga hubungan dalam negeri. Pentadbiran di
peringkat wilayah diketuai oleh gabenor dengan beberapa jabatan pentadbiran
manakala pentadbiran kampung dikendalikan oleh ketua kampung, akauntan
(patwari) dan pendaftar (chauduri).

Serangan orang-orang Turki dan Afghan telah membuka India Utara kepada
perdagangan dengan Asia Tengah yang kemudian diperkuatkan oleh kedatangan
kumpulan Mongol. Golongan bangsawan menggalakkan pertukaran barang-barang
India dengan barang-barang di pasar-pasar Asia Tengah. Setiap bandar mempunyai
pasar-pasar yang menjadi pusat pertemuan dan perniagaan di antara pedagang-
pedagang dan ahli perniagaan. Di Delhi, wujud pasar-pasar yang menerima
barangan dari dalam dan luar India menjadikan ianya termasyhur sehingga Ibn
Batutta, seorang pengembara Arab menggambarkan Delhi sebagai bandar tercantik
dalam dunia Muslim.

Bengal meneruskan hubungan perdagangan dengan rantau Asia Tenggara dan


kapal-kapal India yang membawa rempah, tekstil dan lain-lain berdagang di Melaka
dengan barang-barang yang dibawa dari Pulau Jawa, Borneo dan Kepulauan
Maluku. Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan kemunculan satu budaya
komposit natijah dari interaksi antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan
Hindu telah diterima pakai oleh orang Muslim di India. Dalam semua aspek
kehidupan sama ada dalam aspek bahasa, kesusasteraan, perubatan, astronomi, dan
seni halus seperti muzik, tarian, seni bina dan lukisan, persajakan mahupun dalam
agama dapat dilihat unsur-unsur campuran. Misalnya bahasa Urdu mempunyai
nahu Prakrit dengan kata-kata Persia, Arab dan Turki dan ditulis dengan skrip Arab,
dalam bidang muzik iaitu alat muzik sitar adalah gabungan vinai India Selatan dan
tanbura Persia; dalam tarian kathak terdapat pakaian Persia dengan tema Hindu dan
dalam seni bina Turki, Afghan dan Mughal dapat dikesani unsur-unsur Hindu, Iran
dan Jain. Agama Din-i-llahi yang diperkenalkan oleh Akbar, ajaran Kabir (1440-
1518M) dan Nanak (1469-1533M) semuanya mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam
dengan tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalinkan hubungan
persahabatan atau perpaduan antara komuniti Muslim dan Hindu. Ajaran sufi
dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan melalui
kasihkan Tuhan juga telah mempengaruhi orang-orang Hindu. Apa yang harus
diperhatikan di sini ialah kedatangan Islam ke India menyebabkan kemunculan
budaya unik yang mengintegrasikan unsur-unsur Islam dengan unsur-unsur Hindu.

Kerajaan Vijayanagar (1336-1565M) ditubuhkan selepas empayar Chola lenyap pada


awal kurun ke-13M. Sejarah India merupakan sejarah empat buah kerajaan yang
muncul dari keruntuhan empayar-empayar sebelumnya. Kerajaan-kerajaan tersebut
ialah Pandya, Hoysala, Kakatiya dan Yadavatetapi. Permusuhan di antara kerajaan-
kerajaan ini dan serangan orang- orang Muslim yang bermula pada hujung kurun
ke-13M telah memporak-perandakan keempat-empat kerajaan itu sehingga
keadaannya menjadi kucar- kacir. Keadaan kucar-kacir ini berubah dengan
kemunculan, perkembangan dan perluasan kuasa oleh kerajaan Vijayanagar pada
pertengahan kedua kurun ke-13M. Kerajaan Vijayanagar telah berkembang menjadi
satu empayar yang besar dan agung. Empayar ini telah mempertahankan kemaraan
serta menyekat pemusnahan tradisi Hindu dari golongan Muslim dan mempelopori
tradisi peradaban dan kebudayaan Hindu di India Selatan selama lebih kurang dua
ratus tahun (1336-1570M). Dengan ini mereka dapat memelihara tradisi yang
diwarisi dari segi ketatanegaraan, pendidikan dan kesenian. Sejarah Vijayanagar
merupakan zaman kegemilangan yang akhir di negeri Hindu di India Selatan.

Walaupun Harihara I menjadi pengasas empayar Vijayanagar yang menyumbangkan


kepada penyusunan sistem pentadbiran; tetapi Krishnadeva Raya dianggap
termahsyur bukan sahaja kerana ia merupakan seorang pahlawan dalam perang
yang dapat meluaskan kawasan empayar tetapi juga kerana ianya pakar dalam
ketatanegaraan dan pentadbiran di samping menjadi penaung seni dan sastera.
Layanan yang diberi kepada rombongan-rombongan luar negara, perwatakannya
sendiri serta cintanya kepada kesusasteraan dan agama, dan pembinaan kuil-kuil
Hindu menjadikannya seorang pemerintah yang popular. Selepas kemangkatan
Krishnadeva Raya, pemerintah-pemerintah Vijayanagar yang berikutnya tidak dapat
menahan kuasa-kuasa Muslim untuk menakluki kawasan-kawasan India Selatan.
(http://ms.wikipeida.org/wiki/Pencapaian_tamadun_India)
Majid Taj Mahal
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

(c) Zaman Tamadun India Moden (1750 – 1947M)

Zaman ini adalah zaman era penjajahan British ke atas India sehingglah ke zaman
kemerdekaan India serta zaman bermulanya pembahagiaan wilayah-wilayah Hindu
dan Islam. Kedatangan kuasa-kuasa Barat di India bermula dengan kedatangan dan
penaklukan kuasa Portugis ke atas Goa (1510M), kuasa Belanda (1602M) dan diikuti
oleh kuasa Perancis pada tahun 1664M. Tetapi kemudiannya, kedatangan British
pada tahun 1612M dan penaklukan kawasan-kawasan di India yang bermula sejak
tahun 1750M merupakan permulaan zaman baru di negara ini. Penaklukan ini
dilakukan dengan bantuan orang-orang dan askar-askar India. Bagaimanapun
kawasan seluas dua pertiga India tidak tertakluk kepada pemerintahan British dan
kekal sebagai negeri-negeri beraja sehingga kemerdekaan India.

Pihak pemerintahan British telah membahagikan India kepada tiga presidensi iaitu
Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan) untuk memudahkan
pentadbiran. Presidensi diketuai oleh gabenor dan seorang Gabenor-Jeneral dilantik
sebagai ketua pentadbiran India. Dasar politik, ekonomi, sosial dan budaya yang
diperkenal dan dibentuk banyak dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin British di
India dan England. Di kalangan pemimpin ada yang mengizinkan perubahan yang
perlahan (evolusi) dengan menghormati tradisi-tradisi tempatan dan ada yang ingin
mengEropahkan India. Akhirnya, dibentuk satu dasar yang merupakan satu
gabungan pelbagai pendirian iaitu British menghormati budaya dan agama dengan
memberi jaminan tidak akan campurtangan dalam hal-ehwal ini, memperkenalkan
sistem pendidikan Inggeris dan memperkenalkan dan membentuk pentadbiran
moden. Antara Gabenor- Jeneral British yang memerintah India ialah Warren
Hastings (mengekalkan kuasa British dan memperkenalkan pentadbiran moden),
Lord Dalhosie (dasar memperluaskan kawasan India-British), William Bentinck
(memperkenalkan dasar pendidikan), Lord Curzon (dasar luar negara dan kecekapan
pentadbiran), dan Lord Mountbatten (bertanggungjawab membahagikan India dan
memberi kemerdekaan) adalah pentadbir-pentadbir yang terkenal.

Pada permulaan kurun ke-19M, kerajaan British begitu mementingkan dasar


perdagangan yang menguntungkan England termasuk dorong kerana Revolusi
Perindustrian. Kesannya, barang-barang perkilangan buatan mesin dari England
yang dieksport ke India secara besar-besaran menyebabkan barangan buatan India
yang serupa mengalami kerugian besar kerana kegagalan untuk bersaing. Dalam
arena politik, orang-orang India merasa tidak puas hati dengan tindakan British
menakluki kawasan demi kawasan dengan tidak menghormati tradisi pemerintahan
tempatan. Semua ini menyebabkan berlakunya pergolakan sosial pada tahun 1857M
dan pihak British menggunakan tindakan kekerasan untuk mengalahkan
pemberontak-pemberontak. Kesan pergolakan politik ini, menyebabkan berlaku
proses pembentukan semula di mana pihak British memperkuatkan kuasa tentera
dan memperkenalkan undang- undang yang mengurangkan kebebasan orang India.

Dasar memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, peranan mubaligh Kristian dan


pembaharu-pembaharu India telah menyakinkan orang India tentang reformasi
sosial dan agama. Amalan-amalan dan adat-adat yang difikirkan tidak bersesuaian
ditentang dan usaha-usaha dilakukan untuk memperbaiki kedudukan kaum wanita.
Dalam hal ini, Brahma Samaj memainkan peranan penting dan Raja Ram Mohan Roy
dianggap pula dianggap sebagai perintis dalam reformasi sosial dan agama.

Pada pertengahan kedua kurun ke-19M telah memperlihatkan kebangkitan


kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India. Penubuhan pertubuhan-
pertubuhan untuk memulihkan agama Hindu seperti Arya Samaj dan Ramakrishna
Mission, peranan Brahma Samaj, Prarthana Samaj dan lain-lain pertubuhan
membangkitkan kesedaran sosial tentang beberapa amalan dalam masyarakat.
Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan perjuangan kebangsaan melalui Indian
National Congress (1885M) yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan usaha-usaha ini
mula mengancam kedudukan British di India. Walaupun pihak British berusaha
membahagikan orang-orang Hindu dan Muslim, tuntutan untuk kemerdekaan terus
dibuat sehingga England terpaksa berundur dari tanah India pada tahun 1947M.
Dalam konteks ini, British telah memberikan kemerdekaan tetapi dengan
membahagikan tanah India kepada dua bahagian. India untuk orang-orang Hindu
dan mewujudkan negara Pakistan bagi memenuhi kehendak Liga Muslim yang
mewakili orang-orang Muslim di India.
Bangunan modern di India
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

AKTIVITI 1.1

Lakarkan satu bentuk peta minda yang menjelaskan pembentukan TamadunIndia yang
mencakupi tiga zaman;
(a) Indus
(b) Islam dan
(c) Moden

8.2 NILAI TAMADUN INDIA

Menurut Bahree dan Patricia (1977), Tamadun India menekankan beberapa nilai yang
penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan,
menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-
unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya,
perpaduan dan sistem kekeluargaan.

(a) Dharma

Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan


masyarakat. Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif
(sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma masyarakat memerlukan idea
tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh
siapa. Dharma individu memerlukan apa yangharus dilakukan oleh seseorang
mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.Dharma khas bagi individu atau
svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam
kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan
seperti vamadharma (bagi vama), jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan
stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang
diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja
dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu
berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-
undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang
menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi
mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan
rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat
sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.

Oleh itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas, tanggung jawab dan aturan memberi
makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna
kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan. Manusia tidak mempunyai
pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa perlakuannya memberi
kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk melepaskan diri
daripada kehidupan duniawi.

(b) Kepercayaan kepada Tuhan

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam


dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu Saguna
(mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek Saguna, Brahman adalah
ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi
pemikiran dalaman. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang
mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan
takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan
kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan
kebebasan, sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai Isvara
dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek Nirguna kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan


kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah
yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam
bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau
gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya (N. Rajendran dan Ee Ah Meng,1995)..

(c) Karma

Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan
tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam
kelahiran semula (Reincernation). Perbuatan yang baik membantu seseorang individu
mengumpulkan Punya Karma dan perbuatan sebaliknya mengumpulkan Pava Karma.
Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak Pava Karma akan lahir
semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan supaya
tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia
berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa
dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain,
menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan
hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa berbakti
kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang
menuju ke Punya Karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan Nishkama Karma atau membuat kerja tanpa


menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan Karma Yoga sebagai salah satu cara
untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah
menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkan
apa jua pun balasan. Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan
unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

(d) Ahimsa

Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh pemikiran


falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa
untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari
ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan
manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak
memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman
purba. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan
membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini
dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan Pava Karma
yang menjauh individu dari mencapai Nirvana atau pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa Ahimsa merupakan instrumen untuk mengubah


individu-individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk
kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan. Menggunakan
kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan
pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah dalam perlawanan kerana
perkembangan rohani terhenti dan pencarian kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya,
pihak lawan merupakan kuasa-kuasa kekejaman yang wujud dalam diri manusia.
Menurut Mahatma Gandhi, beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih
sayang dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa- kuasa jahat.
Seseorang haruslah melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu
dan emosi-emosi supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami
kebenaran.
(e) Satya

Satya adalah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal


abadi, tidak berubah dan terdapat dalam sifat semulajadi semua manusi. Nilai Satya
mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan
kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga dianggap sebagai kuasa kebaikan.
Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan,
tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau
Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kehidupan kerana kedua-dua ini
dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang
mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya.
Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan. Ini
kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang
diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini
bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama. Doktrin Karma
Yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu
ajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan Satya.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah


menggunakan Satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan
tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British beliau juga sanggup
mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan. Beliau menyeksa dirinya
dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga mati dengan harapan
penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga
pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan
demi untuk mengekalkan prinsip Satya (Krishnan dan Rajantheran, 1994).

(f) Perpaduan

Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan
adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat.
Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan
antara Hindu dan Muslim.

(g) Sistem kekeluargaan

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu
Ashrama Dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan Purusartha iaitu
empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan
dengan empat objektif mulia ini ialah:
i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat
kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya
merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah
bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara
yang halal.
iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal
hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan
moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan
dan pakaian ahli keluarga.
iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan
tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan
keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan kerja
amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama.
(http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/nilai-nilai-murni-dari-
perspektif. html)

Imej Kuil Agama Hindu


(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

AKTIVITI 1.2

Jelaskan nilai-nilai yang terdapat dalam Tamadun India berserta contoh yang
bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia
8.3 UNSUR UTAMA TAMADUN INDIA

Pada umumnya Stutley & Margerat (1985) menjelaskan unsur-unsur utama dalam
Tamadun India bersubjekkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme mengenai
amalan-amalan yang menjadi teras dalam kehidupan seharian masyarakat India.
Secara ringkasnya unsur-unsur utama Tamadun India adalah seperti berikut:

(a) Sistem Pemerintahan

Salah satu unsur Tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan
Tamadun India bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British
ke India. Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,
Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar dan Mannar yang dikenali sebagai Ketua
Negara. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja
dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja
biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin.
Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat. Unit infantry mereka
adalah unit gajah dan unit kuda.

(b) Pentadbiran Wilayah

Oleh kerana India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar maka
bagi memudahkan urusan pentadbiran negara telah dibuat secara pentadbiran
wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampung-kampung besar
(Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam). Apabila Britisih datang
menjajah Selatan India, British telah memperkenalkan sistem ‘presidensi’ seperti yang
diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

(c) Agama

India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik, kepelbagaikan kaum ini membawa kepada kepelbagaian
agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha, Jaina, Sikhisme dan juga Islam.

(d) Ilmu Sains dan Matematik

Ilmu Sains dan Matematik India sangat maju setanding dengan negara-negara lain yang
bertamadun. Dari segi Fizik dan Kimia, konsep jirim diperkenalkan. Alam ini terdiri
daripada 5 elemen iaitu; tanah, angin, api, air dan angkasa. Dari segi perubatan,
Tamadun India memiliki bidang-bidang perubatan seperti Fisiologi, pembedahan, seni
pernafasan (Yoga) reproduksi manusia, farmakalogi serta perubatan binatang. Buku
perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. Dari segi Matematik pula, konsep
Geometri telah digunakan dalam upacara-upacara keagamaan dan memperkanalkan
sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah ialah Bakshalidan
Aryabhatiya. Dari segi Astronomi pula, India merupakan pelopor bidang astronomi.
Unsur matahari , bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada
dinyatakan mengenai keterangan lintasan matahari yang dibahagikan kepada 12
bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360
hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

(e) Bahasa dan Sastera

Dari segi penggunaan bahasa dan sastera, bagi masyarakat Indo-Arya yang
mendiami bahagian utara India menggunakan bahasa Sanskrit, manakaa
masyarakat Dravidia yang menduduki bahagian selatan India menggunakan bahasa
Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa
Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita.
Tema-tema yang dibincangkan dalam Ramayana adalah tentang peperangan antara
Rama dan Ravanab. Manakalan Mahabrata pula tentang peperangan antara Kaurava
dengan Pandara dan Arthasastra pula menceritakan tentang aspek-aspek politik,
ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan. Pada zaman Islam,
kesusasteraan India dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama Seera
Purana oleh Umaru Pulacar. Pada zaman Mughal muncul tokoh-tokoh sasterawan
Islam seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir
adalah antara sultan yang amat mencintai kesusasteraan.

(f) Seni bina Hindu

Seni bina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil
menggunakan ukiran Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka
dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. Seni bina Islam
menggabungkan ciri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan
Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan Masjid Quwait al
Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu Islam. Senibina Islam yang
termasyur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad, Masjid
Moti di Agra, Taj Mahal dan Kota Merah di Agra.

(g) Kemasyarakatan dan Kekeluargaan

Daripada aspek kemasyarakatan dan Kekeluargaan, masyarkat India mengamalkan


sistem kasta. Masyarakat Brahmin adalah golongan yang paling mulia dan paling
tinggi darjat kedudukannya berbanding dengan masyarakat yang lain seperti Kystira
yang terdiri daripada kalangan tentera dan keselamatan, Vaisya pula peniaga dan
Sudra pula petani.Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak
zaman tamadun Lembah Indus yang dikenali sebagai Mother Goddes (Conby, 1980).
Upacara keagamaan agama Hindu
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

AKTIVITI 1.3

Jelaskan unsur-unsur utama yang terdapat dalam Tamadun India berserta


contoh yang bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia

8.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN INDIA

Keistimewaan Tamadun India terletak kepada;


(a) kemampuannya bertahan ribuan tahun serta dapat mengekalkan tradisi
kebudayaanya tanpa banyak mengalami perubahan.
(b) pengaruh agama yang menjadi asas pembentukannya terutamanya agama
Hindu, Buddha, Shikh dan Islam.
(c) Penguasaan tradisi pra-Arya dan kelangsungannya dengan pembentukan
Tamadun India yang baru.

8.5 HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN


TAMADUN NEGARA LAIN

Seperti juga dengan tamadun-tamadun negara yang lain, India juga mempunyai
hubungan dengan negara-negara luar seperti Greek, Rom Mesopotamia, Parsi,
bahagian tengah Asia, Burma, China, Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu. Hubungan
Tamadun India dengan negara-negara seperti yang disebutkan di atas bermula
dengan pembukaan jalan di genting-genting seperti Genting Bolan dan Genting
Khyber.
8.6 HUBUNGAN TAMDUN INDIA DENGAN
KEBUDAYAAN

Patmanathan (1985) menyatakan dalam persejarahan India sehingga zaman


pertengahan berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan dunia
luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula sejak zaman
sebelum Masihi di mana pedagang-pedagang India telah berlayar ke lautan Asia
Tenggara untuk mencari kekayaan termasuklah rempah ratus, kayu kayan, damar,
emas dan sebagainya. Melalui penemuan arkeologi, carigalai di Arikamedu di
Selatan India, Oceo di Indo China, Kuala Selinsing di Perak menunjukkan kesan-
kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara, kawasan
India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh Masehi. Inskripsi-
inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (Selatan Thai) dan Labu Tuwa (di
Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syarikat-syarikat perdagangan India di
Asia Tenggara.

Unsur-unsur budaya dan tradisi India yang dibawa oleh para pedagang ke Asia
Selatan telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera
dan seni rakyat ke rantau ini. Dalam sistem politik Asia Tenggara, unsur-unsur
agama Hindu dan Buddha menjadi asas kerohanian bagi institusi kerajaan sehingga
pihak pemerintah digelar sebagai devaraja. Di samping itu pengaruh ajaran Saivisme
terlihat pada candi yang mempunyai patung Lingo (Dewa Siva) manakala
pemerintahan yang menganuti Vaisnavisme dianggap sebagai inkamasi Dewa Vishnu.
Untuk memperkukuhkan dan mengesahkan konsep mengenai pemujaan Devarja,
ianya dijalankan oleh pendeta-pendeta Brahmin atau sami-sami Buddha melalui
nyanyian-nyanyian suci berbahasa Sanskrit dan Tamil di istana-istana raja.
Nyanyian-nyanyian suci dari Tevaram dan Tiruvacakam masih diamalkan sehingga
kini di Thailand semasa upacara pertabalan raja. Manakala pengaruh agama Buddha
amat kuat terpahat di candi Borobudur di pulau Jawa, Kuil Hindu di Pulau Bali dan
candi Angkor Thorn di Kampuchia.

Sistem pernomboran India

(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)
Dalam bidang kesusasteraan Asia Tenggara, pengaruh karya-karya epik Hindu dan
cerita-cerita agama Buddha amat penting. Cerita-cerita Ramayana, Mahabharata dan
Jataka menyediakan bahan-bahan penting untuk perkembangan tradisi
kesussteraanyang bercorak lisan dan bertulis. Hikayan Seri Rama, Hikayat Sang
Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia dan Ramakien di Siam menunjukkan
pengaruh Tamadun India dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Cerita-cerita
Ramayana, Mahabharata dan Jataka telah memperkaya seni pentas wayang kulit.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan kata dan bahasa-bahasa di Asia Tenggara


diperkayakan melalui pinjam meminjam daripada banyak perkataan yang
diadaptasi daripada bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil, perkataan ‘raja’, ‘tali’, ‘istana’
dan sebagainya dikatakan diambil daripada bahasa Tamil. Begitu juga di Sri Lanka,
pengaruh India dapat dilihat pada masa agama Buddha disebarkan pada zaman
Asoka dan kemudiannya menjadi agama rasmi dalam seni baina seperti di
Anuradhapura dan Polonnaruva, juga dalam seni lukis, seni ukir, seni tarian dan
seni muzik termasuklah peralatan muziknya. Juga negara China tidak terkecuali
daripada menerima pengaruh Tamadun India terutama dari segi agama Buddha.

AKTIVITI 1.4

Dengan mengambil peta Asia Tenggara, tunjukkan melalui beberapa anak


panah hubungan Tamadun India dengan negara-negara lain yang
berdekatan serta jelaskan hubungan-hubungan tersebut daripada
sudut pengaruh:
i. bahasa
ii. agama
iii. kebudayaan
iv. perdagangan
v. politik
vi. sosial

SEMAK KENDIRI 1.1

Mengapakah Tamadun India gagal mengekalkan pengaruhnya dalam


Tamadun Melayu. Adakah kerana aspek-aspek berikut:
i. agama Islam
ii. kebudayaan Melayu
iii. bahasa dan tulisan Jawi Melayu
iv. adat dan istiadat Melayu
v. pola pemikiran masyarakat Melayu
Kehebatan Tamadun India menyamai Tamadun Mesir dan Tamadun China kerana
keunikannya dan sifat bertahan lama serta pengaruhnya begitu menyeluruh daripada
segenap aspek politik, ekonomi, sosial, agama, kebudayaan dan keilmuan. Pengaruh agama
Hindu dan Buddha amat meluas khususnya di negara-negara Asia Tenggara dan kekal
sehingga ke hari ini, begitu juga kebudayaan dan seni bina kuilnya yang dibangunkan di
serata pelosok negara-negara Asia. Tamadun India mempunyai keistimewaan dan ciri-
cirinya yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan eksistensinya. Kesinambungan
dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya adalah hasil sikap terbuka dana boleh
menerima segala perubahan dan pengaruh tamadun lain asalkan ia memberi manfaat
kepada sesuatu bangsa berkenaan. Semua tamadun sifatnya saling berinteraksi dengan
tamadun lain melalui perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan sifat-sifat kemanusiaan
sejagat yang tidak pernah putus dalam sepanjang peradaban manusia. Interaksi antara
tamadun India kepada tamadun lain ada yang meninggalkan kesan positif dan juga impak
negatif. Perkara yang amat penting ialah hasil dan pencapaian sesebuah tamadun itu dapat
dikongsi bersama dalam membawa dunia ke aras yang lebih maju.

Fasa Zaman klasik


Tamadun Indus Zaman keemasan
Indo Arya Ufti
Reg Veda Etika Tamil
Republik Bandar berkuil
Ortodoks Kasta
Empayar Pendeta

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bahree dan Patricia. (1977). The Hindu World. Kuala Lumpur : KL Silver Burdett
Compony LTd.

Besham, A.L. (1967). The Wonder That Was India, 3rd Ed. London.
Conby, C., (1980). Archeologi of the World, London : chancelor Press, New York
: Prentice Hall.

Krishnan. R, dan Rajantheran, M. (1994), Pengantar Tamadun India. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
N. Rajendran dan Ee Ah Meng. (1995). Pendidikan moral ( Dinamika Guru). Kuala
Lumpur : Penerbit : Fajar Bakti Sdn bhd.

Patmanathan, M., (1985). Isu-Isu Hal Ehwal Antrabangsa. Petaling Jaya : Pelanduk
Publication.

Rajakrishnan, R. dan Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya :


Penerbit Fajar : Bakti Sdn. Bhd.

Stutley & Margerat. (1985). Hinduisme. England : England The Aquarian Press

Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

http://www.scribd.com/doc/4426793/KULIAH-3-TAMADUN-INDIA

http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-india-sejarah-kerajaan-
dan.html

http://ms.wikipeida.org/wiki/Pencapaian_tamadun_India
Topik 9 Sumbangan
Tamadun India
Terhadap
Beradaban Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
21. Menjelaskan sumbangan Tamadun India terhadap peradaban dunia
daripada aspek:
i. sistem sosial dan kekeluargaan
ii. sastera
iii. falsafah
iv. sains sosial
v. bahasa
vi. ilmu perubatan
vii. seni bina dan perbandaran
viii. seni ukir
ix. seni halus
x. agama

 PENGENALAN
Tamadun India adalah tamadun yang dikatakan juga sebagai tamadun yang paling
awal di temui oleh para pengkaji 1000 tahun lebih awal daripada Tamadun China
dan 3000 tahun terkemudian daripada Tamadun Mesir purba. Tamadun India juga
adalah tamadun yang tertua di dunia yang muncul kira-kira 3000 SM. Tamadun
India berpusat di sekitar lembah Sungai Indus yagn dikenali sebagai ‘Harrapa’.
Tamadun India sangat istimewa kerana kemampuannya bertahan beribu tahun serta
masih lagi mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak mengalami
perubahan. Keunikan Tamadun India juga terletak pada pengaruh ketiga-tiga agama
besar dunia iaitu Hindu, Buddha dan Islam. Daripada tiga agama terbesar inilah
lahirnya sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang dilihat daripada
pelbagai sudut seperti; kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan dan
pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan,
pendidikan dan keilmuan, Sains dan Teknologi, kesenian, arkitektur dan sebagainya.
9.1 SISTEM SOSIAL DAN KEKELUARGAAN

Dalam bidang sosial, aspek yang paling ketara bagi masyarakat India ialah sistem
kastanya. Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat
India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati. Teori sistem kasta ini mengatakan
bahawa Tuhan telah membahagikan masyarakat kepada empat kasta, iaitu:
a) Brahmin - melaksanakan upacara pengorbanan dan keagamaan. Terdiri daripada
para pemimpin, ketua masyarakat, tokoh politik, raja, sultan dan peniaga.
b) Kesateria - berperang dan menjaga keaamanan. Terdiri daripada tentera.
c) Vaisyu - terlibat dengan beberapa pekerjaan yang menguntungkan. Terdiri daripada
para pekerja, petani dan tuan-tuan tanah.
d) Sudra - melaksanakan tugas yang paling hina. Terdiri daripada kalangan buruh dan
kuli.

Ketiga-tiga anggota kasta yang pertama di atas terdiri daripada bangsa Arya
(Brahmin, Kesateria, Vaisyu) dan yang keempat (Sudra) ialah orang biasa. Tetapi
amalan kasta ini dikatakan tidak pernah sejajar dengan teorinya. Pemerintah dan
pahlawan engan menerima golongan Brahmin sebagai golongan atasan yang baik
dan individu-individu sekali-sekala berpindah kepada satu kasta ke satu kasta yang
lain. Pada zaman Gupta amalan kasta telah dimajukan sepenuhnya iaitu susunan
keutamaan di kalangan kasta telah ditakrifkan dengan tepat dan corak kelakuan
mengikut adat di dalam dan di luar setiap kasta tertentu yang menunjukkan dengan
munasabah satu takrif kelakuan yang betul dalam kehidupan lazim untuk semua
orang India.

Di India hari ini, wujud beribu-ribu kasta. Banyak kasta moden baru telah muncul.
Kemunculan kasta ini bermula dan terbentuk pada asasnya di sekitar golongan
pekerja. Contohnya, satu kasta yang terdiri daripada penjaga kenderaan telah
dibentuk beberapa tahun yang lalu. Sistem India moden yang kompleks wujud
secara kasar menjelang 500 S.M. Ia mungkin bermula sejak hubungan awal antara
bangsa Arya dan bangsa bukan Arya. Zaman antara 700 dan 500 S.M apabila kota
mula menjadi penting di India, merupakan masa yang genting bagi prinsip kasta
kerana individu daripada pelbagai unsur bercampur gaul dalam persekitaran kota.
Pada masa itu, mereka mungkin lebih bebas mengubah status masing-masing.

Selain sistem kasta, sistem Varna juga menjelaskan mengenai pembahagian kelas
sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini menghadkan
mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu :
(a) Brahmin iaitu golongan bangsawan
(b) pedanda atau pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar
dan lain-lain
(c) Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan
negara
(d) Vaishya iaitu kelas perekonomian
(e) Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas
(f) Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Sistem Jati juga termasuk dalam stratifikasi kelas sosial masyarakat India. Pada akhir
Zaman Veda (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara
satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin
keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-
masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan
pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis
jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya
adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut
kelahiran (warisan atu keturunan) dan pada peringkat awalnya, sistem jati tidak
bersifat hierarki.

Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai


identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan
kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun
yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran, peraturan-
peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati
dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat
tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh jati
mereka, dan ini bermakna jati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil jati
akan memastikan kebajikan masing-masing dipelihara. Semangat jatisme semakin
bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme).
Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula pemeringkatan taraf dalam
sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan. Pengasingan sosial (makan-minum,
perkahwinan, dan sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menjaga
identiti jati masing-masing. Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya
martabat jati tidak dicemari.

Sistem jati bukan sahaja wujud di kalangan orang beragama Hindu, sebaliknya
terdapat juga di kalangan penganut agama-agama lain seperti Kristian, Islam, Bahai
dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing. Pengasingan
sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam sehinggakan terdapat
jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh' (untouchables) iaitu Harijan, dan mereka
ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa urusan
kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan'
(anak-anak Tuhan) (Bahree dan Patricia, 1977).
Kedudukan Masyarakat Brahmin
(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

AKTIVITI 1.1
(a) Beri pendapat anda adakah sistem kelas sosial berhierarki dalam
kalangan masyarakat India memberi kesan positif terhadap penyatuan
pelbagai etniknya.

9.2 SASTERA

Menurut Krishnan dan Rajantheran, 1994) bersesuaian dengan dua kumpulan


keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India
turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan
kesusasteraan Dravida.

(a) Kesusasteraan Indo-Arya

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan


terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam
bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman
klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan
bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan
Sanskrit.

(b) Kesusasteraan Vedik

Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan


Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Sastera cerita
terdapat dalam kesusasteraan Vedik menjelaskan sastera cerita-cerita dongeng
Jataka. Cerita-cerita Jataka yang bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam
ajaran Buddhisme pada kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya
tidak mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

(c) Kesusasteraan Epik

Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang


patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa
ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Cerita
epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita
lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran
dharma.

(d) Epik Mahabharata

Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400
Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang 100.000 seloka (puisi) dan merupakan
karya puisi yang terbesar di dunia. Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan
kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan
dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja
diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini
berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral. Secara
ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa
(kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan). Mahabharata mengandungi pelbagai perkara
yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama,
falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata dianggap
sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat
kehidupan); purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang mengandungi
lagenda- lagenda dan mitos); dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis
dharma); arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan
pemerintahan); kamasastra (yang membincangkan percintaan); nitisastra (yang
menekankan idea-idea etika); dan moksasastra (membincangkan cara-cara
membebaskan diri daripada kelahiran semula). Dari sudut pandangan biasa
Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak
yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia
mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan
kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan
adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

(e) Epik Ramayana

Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun
200SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan
ceritanya berpusat di Ayodhya. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk
menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran
perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang
harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung
kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta
pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan
sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati,
rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya. Epik Ramayana, selain sebagai
karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci
yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria
dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.

(i) Drama

Dalam arena drama, ciptaan Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks drama, muzik
dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan drama- drama. Buku ini
membincangkan mengenai seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik
produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya teknik koreografi dan pergerakan
pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagaipergerakan fizikal. Natya Sastra
menyatakan terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan
untuk badan dan lain-lain. Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para
hadirin dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayihhava). Contoh
drama-drama sebegini ialah seperti drama Sakuntala (yang menggambarkan cinta
dan belas kasihan), Mudraraksasa (menggambarkan heroisme) dan Mrcchakatika
(menggambarkan kama). Oleh kerana terdapat bahan-bahan falsafah dan dramatik
yang dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan
mengambil masa selama tiga hingga 15 hari.

(ii) Karya Linguistik

Karya linguistik ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4SM. Karya nahu ini
menandakan pencapaian terkemuka dan terulung dalam bidang linguistik. Menurut
A.L. Basham (2001), ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang terdapat dalam karya
ini tidak pernah dicapai oleh tamadun- tamadun lain di seluruh dunia sehingga
kurun ke-19M. Karya ini mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang
teliti dan saintifik.

(f) Kesusasteraan Dravida

Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil,
Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya.
Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa
Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida
dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan
tumpuan penting.

(a) Karya Nahu Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan
bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Karya ini mengandungi tiga
bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku
ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil.

(g) Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair-


penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi
tempoh masa dari kurun ke-3SM sehingga kurun ke-2M. Puisi-puisi Sangam
disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi
merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan
antologi puisi). Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
aham dan puram. Aham bererti bahagian dalaman atau pun perasaan dalam hati.
Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali
sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi
Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan,
berani, murah hati dan sebagainya.

(i) Tirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai
Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya
etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di
kalangan masyarakat Tamil. Karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar
(Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 kuplat dalam 133
bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul
(kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan
dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat
penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk
maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam
strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat.

(h) Kesusasteraan Bhakti


Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali Hindu bagi menghapuskan pengaruh
agama Buddha dan Jaina yang mula meresap masuk dalam kalangan masyarakat
Tamil di India Selatan. Kesusasteraan Bhakti dikategorikan kepada dua iaitu
pertama nayanmar dan alvar. Nayanmar dan alvar menggunakan bahasa Tamil yang
mudah untuk menyebarkan ajaran mazhab-mazhab Hindu mereka melalui lagu-
lagu suci yang dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka sendiri .
Koleksi lagu-lagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11
Masihi.

(i ) Karya-karya Bahasa
Tatabahasa, gaya bahasa (rhetoric) dan perkamusan (lexicography) sentiasa diberi
perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya kesusasteraan bertulis.
Perkembangan yang besar dalam bidang ini berlaku pada zaman Chola.
Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai merupakan karya-karya tentang Prosodi
yang disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke -10.
Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah
teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

Kesusasteran India
(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

9.3 FALSAFAH

Falsafah dalam Tamadun India wujud dalam ajaran agama yang dipengaruhi oleh
kesusasteraan Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam
Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah
India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna
(kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa membunuh
sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan sebagai
penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci
untuk mencapal taraf hidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya
bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya
kepada Tuhan; dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan
manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava)
merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita; Arjuna merupakan kuasa mulia
(diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme); dan Krishna merupakan jiwa
yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada
Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup seseorang


untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga (disiplin badan dan
minda); karma-yoga (jalan kesempurnaan), nanayoga (melalui pengetahuan benar)
dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai jalan untuk mengenali
jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya
dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah
disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.

Falsafah Vedik mementingkan lima konsep yang saling berkaitan antara satu sama
lain, iaitu Brahman, Atman, karma, samsara dan moksha. Brahman menandakan Tuhan
yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh
duniawi). Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk
diserap ke dalam roh Brahman. Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan
pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang
akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan
kematian yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali, moksha ialah pelepasan daripada
kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman
adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha (Ghazali
Darusalam, 2001).

9.4 BAHASA

Kejayaan dari segi bahasa yang menakjubkan bagi India ialah tatabahasa Sanskrit
bersama dengan pengajian linguistik yang berkaitan seperti penyusunan kamus dan
sistem metrik. Tatabahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang kerana keperluan
untuk peraturan umum dalam membantu golongan Brahmin mengingat sukatan
pelajaran suci Veda. Pnini, seorang ahli tatabahasa India pada abad ke-4SM menulis
tulisan Sanskrit dalam bentuk klasik. Pengajian tatabahasa menjadi syarat wajib bagi
semua pendidikan lanjutan. Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan
750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih
kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-
bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%),
Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%),
Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain
(13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa
iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit.
Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges
dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan
dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan
fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan
seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM),
loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan
dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan
kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam
kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi,
Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi. Mengenai bahasa Dravida, bahasa
Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida
termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh),
Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan
Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di
Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh
kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan
Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah
Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun
ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan
di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip
Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih
digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke
kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip
India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai
bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip
India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk
menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi
tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip
yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-
hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-
huruf mereka tersendiri.
(555india.blogspot.com/2010/01/ringkasan-tamadun-india.html).
Contoh tulisan daripada naskhah India
(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

AKTIVITI 1.2
(a) Bagaimanakah kedudukan sastera dalam masyarakat India
(b) Jelaskan perkaitan antara falsafah dan agama dalam konteks
Tamadun India
(c) Kemukakan alasan anda mengapa penduduk India mempunyai
pelbagai bahasa.

9.5 SAINS SOSIAL


Penemuan-penemuan awal dan penciptaan yang telah dilakukan dalam bidang
sains telah menjadikan Tamadun India sangat dikenali oleh negara-negara lain.
Pengetahuan orang India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia,
perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada
perkembangan tamadun dunia.

(a) Ilmu Matematik

Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah


berkembang sejak zaman sebelum masehi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India
telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang
India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak.
Mereka berupaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek
ataupun keluasan ruang. Berbanding dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih
bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih
awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga
9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India
menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.
Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan
menggunakan simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan
sembilan notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0'
menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh
595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun
sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke Indo-China. Ada sarjana yang
beranggapan bahawa sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik adalah
ciptaan awal orang Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan
bidang matematik sebagai Hindisat, ertinya seni India dan ini membuktikan bahawa
sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India. Sebenarnya orang Arab telah
mempelajari seni matematik dari orang India. Ini berkemungkinan besar berlaku
menerusi hubungan perdagangan yang kukuh di antara India dan Timur Tengah
sejak kurun sebelum masihi lagi. Terdapat juga kemungkinan orang Arab
mempelajarinya setelah mereka menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh pakar-
pakar matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9) dan
Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah diketahui di Eropah sehinggakan berlakunya
zaman Renaissance (Pemulihan Budaya). Orang India telah mengenali nombor-
nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga dapat menyelesaikan
persamaan kuadratik dan beberapa persamaan. Orang India juga telah memahami
trigonometri, geometri bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti
telah diketahui lebih awal di India berbanding dengan tamadun-tamadun lain.

(b) Ilmu Astronomi dan Kalendar

Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi
yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara
pengorbanan. Dari sudut astronomi orang India menggunakan kalendar matahari.
Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi
peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari,
Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat
tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27 bintang (nakshatra) turut
dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan
manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik
(astrologi).

(c) Ilmu Fizik dan Kimia

Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan
agama dan teologi. Dari sudut ilmu fizik, konsep jirim muncul berdasarkan intuisi
dan logika, dan bukannya eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari
gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha
dan Ajivika menolak angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya bahawa
unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah
lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana
(sezaman dengan Buddha). Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza
menghasilkan elemen-elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom
sebagai ‘occupying minutest space in the minutest time’. Mengikut falsafah Vaisesika
pula atom-atom membuat satu percantuman diacldsin triad yang primari sebelum
bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya bahawa
elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu dan bendalir
jenis mengembang dalam panas. Tetapi malangnya usaha eksperimen yang sebenar
dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini. Konsep bunyi ditentukan
berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat
untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak
awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Dalam bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan
kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas,
seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama,
racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama,
asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan
penyulingan. Mereka juga dikatakan sudah mencipta ubat bedil.

(d) Bidang Logam

Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron
Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan sebatang besi
7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Mereka berkemahiran
dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam buatan mereka begitu dihargai
di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.

9.6 ILMU PERUBATAN

Ilmu perubatan India dikesan sejak abad pertama masehi lagi atau bermula pada
zaman Vedik melalui bukti penemuan satu katalog lama yang sistematik tentang
penyakit berjangkit dan rawatannya. Pengetahuan perubatan orang India seperti
fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia,
farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi. Teks-teks
perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-
4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih
maju pada keseluruhannya (Stutley & Margerat, 1985). Dalam ilmu perubatan India,
jampi, ilmu sihir, ubat dan pembedahan memainkan perana penting dalam teknik
perubatan Hindu. Manakala doktrin falsafah tentang jasad dan jiwa, bersama-sama
dengan pendapat keagamaan tentang kosmologi, syaitan dan dewata mempunyai
pengaruh terhadap teori perubatan India. Satu buku teks Sustura merupakan buku
panduan ringkas dan tersusun dengan baik menjadi contoh untuk semua tulisan
perubatan yang berpengaruh di India. Sustura mengakui pembedahan sebagai satu
seni keupayaan doktor dan juga mengesyorkan upacara pembedahan mayat sebagai
satu cara mempelajari anatomi, walaupun tuntutan upacara keagamaan menghalang
pembedahan.

9.7 SENI BINA DAN PERBANDARAN

Perubahan hidup masyarakat India terus berkembang seperti dalam ilmu seni bina.
Ini terbukti melalui pembinaan kuil-kuil Hindu. Sebelum zaman Gupta (320 - 540
Masihi) tidak ada pembinaan kuil, tetapi zaman Gupta telah wujud kemahiran seni
bina. Pembinaan kuil semakin meluas pada zaman pertengahan dinasti-dinasti
Hindu (750 - 1250 Masihi). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bandar ini
dirancang dengan baik kerana mempunyai jalan raya yang teratur, sistem perparitan
yang baik, saluran bekalan air minuman, sistem buangan najis yang teratur dan
tempat mandi yang sempurna, yang menunjukkan taraf pencapaian pemikiran dan
bidang ilmu yang tinggi (Wan Fuad, 1990).

Kota Sejarah Harappa


(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

9.8 SENI UKIR


Semua seni ukir dan lukis terbaik zaman Gupta yang wujud merupakan inspirasi
Buddha. Walaupun agama Buddha merosot ketika itu, tetapi pelukis yang
diamanahkan oleh biara Buddha memiliki teknik kemahiran yang amat tinggi dalam
bidang mengukir dan melukis. Antara hasil karya terbaik yang terdapat di India
ialah lukisan gua Ajanta dan Buddha Sarnath, juga kecantikan serta ketetapan badan
patung Boddhisattra yang tiada kepada dan tiada beranggota dari Sanchi. Seni ukir
patung Tuhan Hindu mula dicipta apabila orang Hindu cuba memberi gambaran
kepada dewa-dewi mereka dan menempatkan imej sedemikian di tempat kediaman
yang standing keindahannya.

9.9 SENI HALUS

Perkembangan seni halus (tarian, taridra dan muzik) di India mula meluas pada
zaman awal Masihi iaitu dengan wujudnya karya sastera yang disusun oleh Bharata
(abad ke-2 hingga 6 Masihi). Dalam karya sastera juga dijelaskan tentang drama,
bahasa persajakan, tarian dan muzik. Kehidupan orang India lebih terikat pada alam
semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai
kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihilagi. Bidang muzik, tarian dan drama
berkembang maju. Asimilasi budaya Hindu dan Muslim memberikan sumbangan
yang tidak ternilai dalam bidang sent bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil
India.

9.10 SENI MUZIK

Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau
corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan
rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di
bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam
muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga
yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga
telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini
digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan
emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata
(tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat,
susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India
Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai,
natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik
India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul
dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara.
9.11 SENI TARIAN

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik
mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani
(India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala
taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya taridra
Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan epik Purana dan taridra Manipuri pula
berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan Gita Govinda. Natya Sastra
merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua dan
keenam Masihi. lanya membincangkan secara keseluruhan tentang drama, cara dan
teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik.

Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui
oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-
tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita
sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun
ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath Tagore pada tahun-tahun
1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh
dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada muka, gerakan
kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. lanya
dipersembahkan oleh penari-penari istana (rajasadasi) dan penari-penari di kuil (deva
dasi). Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis- artis lelaki berasal dari Kerala pada
kurun ke-16 dan taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Kathak
yang dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-kadang
dipersembahkan oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari India Utara pada
kurun ke- Tarian-tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka,
Kutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai tarian-tarian minor.

9.12 SENI LUKIS

Bidang seni lukis India banyak dipahat di dinding Istana dan ruang dalaman rumah
golongan berada yang dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan
kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis
mendapat ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua
Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi lukisan bersifat agama.
Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut
memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular. Dalam zaman Islam pemulihan
seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan
Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan
gaya lukisan Islam dengan Hindu (Conby, 1980).
9.13 AGAMA

Menurut Patmanathan, 1985), Tamadun India juga tidak dapat lari daripada
perkembangan dalam bidang keagamaan. Pelbagai agama di India adalah seperti
berikut:

(a) Agama Brahmin

Agama Brahmin muncul selepas penaklukan orang Arya ke atas India, mereka telah
mengembangkan agama Brahmin. Agama ini dikatakan menerima seluruh lapisan
rakyat India yang terdiri daripada petani yang percayakan tahyul.

(b) Agama Jaina

pengasas agama Jaina ialah Mahavira dan Gautama Buddha merupakan dua orang
tokoh yang telah mempopularkan fahaman Upanishad ini. Pengajaran mereka
bermula secara besar-besaran dan merupakan pergerakan agama di India. Penganut-
peangaut agama Jaina dan Buddha. Buddha memberikan cabaran hebat kepada
upacara Brahmin. Dua abad selepas kematian Buddha, India hampir menjadi sebuah
Negara Buddha. Brahminisme terus wujud dan menentang, hanya untuk mengubah
apa yang dikenali sebagai agama Hindu. Dalam proses ini, ia banyak
menggabungkan sifat dan cita-cita yang diutarakan oleh Upanishad.

(c) Agama Buddha

Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Agama Jaina
dan Buddha, kedua-duannya mempunyai banyak persamaan. Namun agama
Buddha dikatakan sangat bererti kepada sejarah India. Buddha tidak mengajar
mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau sendiri
tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran
psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran
metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada
ajaran asal Buddha (Dhamma). Idea utama agama Buddha mengatakan bahawa
kehidupan melibatkan penderitaan dan pengetahuan yang betul dan tabiat hidup
yang baik dapat menghapuskan penderitaan tersebut, kelihatan mudah. ‘Jalan
Lapan Rukun’ yang diperkenalkan dalam mencapai kebebasan daripada
penderitaan ini melibatkan usaha-usaha yang sistematik untuk membangunkan
pendangan yang betul, cara hidup yang betul dan pemikiran serta keasyikan yang
betul. Agama Jaina dan Buddha juga diaktakan sebagai agama Heterodoks.

(d) Agama Hindu


Agama Hindu berkembang setelah kurangnya penganut agama Brahmin, agama
Brahmin kemudiannya telah dibentuk kembali dan dipopularkan melalui gama
Hinduisme yang akhirnya berkembang di India. Pada zaman Guota, Maharaja
sendiri merupakan penganut dan penaung bagi kepercayaan ini.

(f) Agama Islam

Agama Islam telah muncul di India melalui perdagangannya dengan orang-orang


Arab yang datang daripada Asia Tengah pada kurun ke-18M. Biarpun agama Islam
dianuti oleh minoriti masyarakat India namun ia terus berkembang dan diberi
tempat setanding dengan agama-agama tempatan yang lain.

AKTIVITI 1.3

(a) Bentuk kumpulan kepada 4 kumpulan kecil serta bincangkan


sumbangan Tamadun India daripada aspek berikut:
i. Sains sosial
ii. Ilmu perubatan
iii. kesenian
iv. Agama

SEMAK KENDIRI 1.1

SEMAK KENDIRI 1.2


(a) Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan
falsafah pendidikan Negara.
(b) Selain Kementerian Pendidikan, nyatakan badan-badan
kerajaan lain yang terlibat dengan pendidikan khas di Malaysia.
(c) Apakah peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam
perkembangan pendidikan khas di Malaysia?

SEMAK KENDIRI 1.5

Tamadun India unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti


agama, falsafah, ekonomi, fizik, mathemaik, seni , bahasa budaya dan sebagainya.
Tamadun India turut di anggap unggul kerana telah melahirkan beberapa
cendikiawan yang banyak memberi sumbangan besar kepada keilmuan dan
peradaban dunia khususnya pencapaiannya dalam mengembangkan agama besar
dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh, disamping peranannya dalam
memperkembangkan agama Islam ke Asia. Tamadun India agak unik jika
dibandingkan dengan Tamadun Asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu
menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Dalam konteks Malaysia,
hubungan Tamadun India sangat memberi pengaruh terhadap
perkembangan agama dan kebudayaan Hindu dan Buddha.

Kasta Kelender matahari


Sains sosial Batu bersurat
Mobiliti kelas Zaman renaissance
Zaman klasik Teologi
Kesusasteraan epik Empayar romawi
Teks drama Loghat
Karya linguistik metafizika

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bahree dan Patricia. (1977). The Hindu World. Kuala Lumpur : KL Silver Burdett Compony
Ltd.

Basham, A.L. (2001). The Wonder That Was India. London : Sidgwick & Jackson.

Conby, C. (1980). Archeologi of the World. London : chancelor Press, New York :
Prentice Hall.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Krishnan. R, dan Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun India. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Patmanathan, M. (1985). Isu-Isu Hal Ehwal Antrabangsa. Petaling Jaya : Pelanduk


Publication.

Rajakrishnan, R. dan Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya :


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Stutley & Margerat. (1985). Hinduisme. England : England The Aquarian Press
Wan Fuad Wan Hassan, (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

Topik 10
 Isu-Isu Semasa
Dan Masa
Hadapan
Berkaitan
Dengan
Tamadun

HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat memahami mengenai isu-
isu semasa dan masa hadapan berkaitan dengan :
(a) persamaan dan perbezaan Tamadun Melayu, China Dan India
(b) keilmuan asas kesinambungan peradaban manusia.
(c) sistem nilai dan jatuh bangunnya sesebuah tamadun
(d) pertembungan Tamadun Barat dan Timur serta impaknya
terhadap pascamodernisme.
(e) realiti globalisasi dan cabaran abad ke-21
(f) pengaruh isme barat terhadap Tamadun Asia
(g) persefahaman antara pelbagai tamadun menjana kesatuan
ummah.

 PENGENALAN
Memetik kata-kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-5 (2001) yang menegaskan bahawa generasi muda yang bakal
menjadi pemimpin dan penggerak pembangunan negara semestinya memahami
perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kalangan peradaban-peradaban yang
menjadi asas kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Bagi pihak kerajaan akan
sentiasa memberi komitmen yang tidak berbelah bagi ke atas usaha-usaha yang
mampu menjayakan agenda membudayakan dialog antara peradaban dunia.
Sebenarnya di peringkat antarabangsa, komitmen Malaysia dalam agenda global
‘dialog antara peradaban’ telah pun ternyata apabila Malaysia merupakan salah
sebuah negara (daripada 25 buah negara) yang telah menyokong usul atau idea
dialog antara peradaban apabila dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Bangsa-
bangsa Bersatu pada tahun 1999.

10.1 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN TAMADUN


MELAYU, CHINA DAN INDIA

Persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga Tamadun Melayu, China dan India
boleh dilihat daripada pelbagai sudut, khususnya daripada aspek agama, budaya,
bahasa dan etika. Persamaan dan perbezaan antara Tamadun Melayu, China dan
India boleh dilihat berdasarkan jadual 1 dan 2 berikut:

Jadual 1 : Persamaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India


Persamaan
Agama Meyakini agama Meyakini agama Meyakini agama
penting dan perlu itu penting dan itu penting dan
dianuti serta perlu diamalkan perlu diamalkan
mengimani wujudnya melalui nilai- melalui nilai-
satu kuasa yang nilai moral yang nilai moral yang
mengawal manusia boleh membawa boleh membawa
dan alam ini melalui kesejahteraan kesejahteraan
keimanan kepada kepada manusia. kepada manusia
Allah s.w.t melalui upacara
ritual di kuil
Budaya Masyarakat Melayu Masyarakat Masyarakat
sangat menjaga halal China, mereka India sangat
dan haram sesuatu mengutamakan mengutamakan
budaya seperti makanan yang kekeluargaan,
daripada aspek; bersih, menegah
makanan, pakaian, pergaulan yang penganutnya
pergaulan, kesenian baik, pakaian memakan
dan sebagainya yang sopan dan daging lembu,
kesenian yang dan sentiasa
menghiburkan menjaga adab
dan bergaulan.
Bahasa Menjaga adap dan Menjaga adap Menjaga adap
sopan santun ketika dan sopan dan sopan
bercakap atau santun ketika santun ketika
berkomunikasi bercakap atau bercakap atau
terhadap semua orang. berkomunikasi berkomunikasi
terhadap semua terhadap semua
orang. orang.
Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Masyarakat
sangat mengutamakan China juga India juga sangat
kebersihan, akhlak, sangat mengutamakan
dan adab pergaulan mengutamakan kebersihan,
khususnya dalam kebersihan, moral, dan
aspek hubungan moral dan saling hormat
manusia dengan hormat menghormati
manusia dan menghormati khususnya
hubungan manusia khususnya dalam aspek
dengan alam dalam aspek hubungan
hubungan manusia dengan
manusia dengan manusia dan
manusia dan hubungan
hubungan manusia dengan
manusia dengan alam
alam

Jadual 2 : Perbezaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India


Persamaan
Agama Masyarakat Islam Masyarakat Bagi masyarakat
mempercayai Allah China khusus India, mereka
s.w.t adalah satu zat nya yang mempercayai
yang Maha Esa beragama kepada pelbagai
yang wajib Buddha dewa seprti
disembah dan menolak Brahman, Vishu
ditaati melalui amal kewujudan dan Siva
ibadah khususnya 5 Tuhan yang esa
rukun Islam sebaliknya
menggalakkan
penganutnya
menjauhi
kemewahan
dunia dan
menjauhi hawa
nafsu.
Budaya Boleh dilihat Daripada aspek Masyarakat
daripada aspek berpakaian India
fesyen pakaian masyarakat mengenakan sari
menutup aurat China bebas sebagai pakaian
kerana mentaati memilih pakaian rasmi kaum
perintah agama asalkan India yang
Islam. dianggap selesa dikaitkan
dan bersopan dengan agama
Hindu
Bahasa Masyarakat Melayu Tamadun China Masyarakat
menggunakan telah mencipta Hindu
tulisan jawi yang tulisan Hanzi
berasal daripada yang dibaca
huruf al-Quran, daripada atas ke
dibaca daripada bawah
kanan ke kiri
Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Masyarakat
tidak membenarkan China yang India lebih
unsur-unsur yang berfahaman mengutamakan
membawa kepada konfusionisme kaum wanita
‘matlamat memandang berbanding
menghalalkan cara’ rendah kepada kaum lelaki dan
seperti riba, golongan sangat
penindasan, peniaga yang menghormati
penipuan dan dikatakan ibu.
sebagainya. sentiasa terlibat
Masyarakat Melayu dengan
memandang sama penipuan dan
rata antara lelaki keuntungan
dan wanita dalam semata-mata.
banyak aspek Masyarakat
kecuali hal harta China lebih
pusakat di mana mengutamakan
kaum lelaki kaum lelaki
dilebihkan berbanding
berbanding kaum kaum wanita
wanita.

10.2 KEILMUAN ASAS KESINAMBUNGAN


PERADABAN MANUSIA

Ilmu atau pengetahuan amat penting dalam peradaban manusia membina tamadun
bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa hakikat ilmu mempunyai kelebihan yang
banyak daripada pelbagai sudut seperti mengelakkan kejahilan, membentuk minda,
memandu cara berfikir dengan betul, memperoleh kebenaran , berkemampuan
mencipta dan sebagainya. Asas ilmu adalah teori, dari teori ia dikembangkan dalam
bentuk praktikal sehingga seseorang itu berkemampuan dalam membuat analisis,
sintaksis, menilai dan mentaakul. Manusia mesti mencintai ilmu agar mereka lebih
memahami agama dan ketuhanan, serta menemukan kebenaran, mencipta dan
memiliki daya fikir yang tinggi.

Penguasaan terhadap pelbagai bidang ilmu-ilmu sama ada ilmu dalam kelompok
agama atau Sains Sosial (bahasa, sejarah, geografi, mathematik, sastera, politik,
sosial, ekonomi dan lain-lain) serta kemunculan sains dan teknologi memantapkan
lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun bangsa. Kelahiran para sarjana
dalam membuat kajian dan kegiatan kepelbagaian keilmuan mendorong ke arah
pembinaan pusat-pusat intelektual. Sejarah dan peradaban manusia telah
mencatatkan Baghdad, Andalus, Melaka, Patani, China dan India adalah antara
pusat intelektual yang terkenal.

Legasi kesinambungan peradaban manusia melalui ilmu tidak pernah terputus.


Banyak contoh sejarah boleh dilihat seperti keilmuan Islam yang pernah runtuh di
zaman Bani Ummayyah telah disambung di zaman Khalifah Abbasiyah, apabila
kerajaan Abbasyiah runtuh, keilmuan Islam berpindah ke kerajaan Othmaniah,
Othmaniah runtuh, keilmuan Islam telah berhijrah ke negara-negara Asia sehingga
ke hari ini. Dalam konteks Malaysia melihat kepada sejarah silam, kita dapati
apabila kerajaan Melayu Melaka tumbang ekoran penjajahan Inggeris, keilmuan
Melaka berpindah ke Acheh, Pahang, Kedah dan Johor.

Melalui perkembangan ilmu Tamadun, dapat kita saksikan semakin tinggi keilmuan
yang tinggi dimiliki oleh sesuatu bangsa maka semakin tinggilah nilai penciptaan
terhadap penghasilan tamadunnya. Untuk membina sesebuah tamadun yang hebat
sesuatu bangsa perlu memiliki pelbagai jenis keilmuan dan kemahiran yang tinggi
dalam mencipta dan menghasilkan sesuatu produk dan monumen. Dewasa ini
bangsa Barat amat dikagumi oleh hampir semua negara-negara di dunia kerana
kemajuan dan penguasaan mereka dalam bidang Sains dan Teknologi, di samping
negara-negara seperti Rusia, Jepun, China dan Korea Selatan.

Tidak terdapat satu peradaban pun yang wujud tanpa didahului oleh bangkitnya
tradisi ilmu. Tanpa terkecuali, peradaban Melayu, China dan India. Keilmuan
Tamadun Melayu bermula di istana sultan kemudiannya merebak ke rumah tok
guru, madrasah, masjid, pondok dan sekolah dengan melahirkan ramai cendikiawan
dalam pelbagai bidang. Tokoh-tokoh dalam kalangan intelektual Melayu inilah yang
telah melahirkan karya dan naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip Melayu.
Naskhah-naskhah Melayu yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu
merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti; perubatan, ilmu falak
(astronomi), undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian, falsafah,
agama, sejarah Melayu dan kemasyarakatan.

Begitu juga keilmuan dalam Tamadun China, kita dapati tamadun China telah
dibina dan diperkembangkan sejak selama 4000 tahun yang lalu telah membawa
kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan
kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera, dan institusi
sosial yang maju. Melalui keilmuan seni bina yang sangat tinggi bangsa China telah
berjaya membina tembok besar China dan menjadi salah satu daripada tujuh
keajaiban dunia sehingga ke hari ini.

Hasil pencapaian dalam Tamadun India juga berasaskan kepada ketinggian


keilmuan masyarakat India sehingga mereka berjaya membangunkan peradaban
mereka daripada pelbagai sudut seperti; kemasyarakatan, kebudayaan,
pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan
kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, Sains dan Teknologi, kesenian, arkitektur
dan sebagainya. Seperti juga Tamadun China, Tamadun India telah berjaya membina
monumen Taj Mahal yang juga menjadi salah satu daripada tarikan pelancung
dunia.

10.3 SISTEM NILAI DAN JATUH BANGUNNYA


SESEBUAH TAMADUN
Kelahiran Tamadun Melayu, China dan India semuanya bertitik tolak daripada
perkembangan agama dan falsafah hidup yang dipegang . Biar pun intelektual
(ilmu) menjadi faktor penentu maju mundurnya sesebuah tamadun bangsa, namun
aspek agama dan kepercayaan turut juga menjadi penyumbang utama bangunnya
sesebuah tamadun. Ilmu dan agama mempunyai sistem nilainya yang tersendiri,
dengan itu jatuh bangunnya sesebuah tamadun bertunjang daripada nilai-nilai yang
diamal atau dibuang dalam kehidupan ketiga-tiga bangsa tersebut. Pengabaian
terhadap nilai-nilai agama, intelektual dan ketiadaan pimpinan yang berkarisma
boleh menjadi petanda awal keruntuhan sesebuah tamadun yang dibina, walaupun
bangunan kukuh yang didirikan masih tersergam indah. Hal ini terjadi kerana
pembangunan fizikal semata-mata yang bersifat material tidak dapat menjamin
keabadian sesebuah tamadun.

(a) Keagamaan

Tamadun Melayu dibina berasaskan kepada agama Islam. Pemelukan agama Islam
dalam kalangan kaum Melayu telah mengubah landskap pemikiran dan budaya
hidup masyarakat Melayu. Sebagai contohnya, sistem tulisan jawi menyebabkan
orang Melayu celik huruf serta berkebolehan menulis dan membaca sehingga
banyak karya naskah Melayu telah dihasilkan baik dalam bentuk kesusateraan,
keagamaan dan bahasa. Kefahaman dan amalan masyarakat Melayu melalui
pengkajian terhadap al-Qur’an banyak membuka minda mereka dari segi aqidah
keagamaan, kemajuan dan kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.

Dikatakan juga bahawa Tamadun India dibina berasaskan kepada agama Brahmin
dan Hindu yang dianuti oleh masyarakat India kerana pengamalan terhadap agama
ini telah membuka minda mereka terhadap kebenaran serta kenyataan sebenar
berbanding kepercayaan tahyul yang diamalkan sebelumnya. Agama Buddha yang
dianuti juga telah mengajar masyarakat India mengenai intelektualisme pemikiran
falsafah, psikologi dan etika.

Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang
mulia, terutama mengenai perikemanusiaan dan menjaga institusi kekeluargaan .
Begitu juga melalui ajaran Toisme, masyarakat China mula mengenal ilmu falsafah.
Ajaran Toisme menekankan satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian
dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat
dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai
materialistik. Ajaran Moisme telah menjadikan masyarakat China hidup dengan
aman damai melalui kasih sayang sejagat serta bencikan peperangan.

Keruntuhan ketiga-tiga tamadun Melayu, India dan China akan berlaku apabila
mereka melupakan amalan agama. Kehilangan nilai-nilai agama ini boleh
menyebabkan masyarakat hilang pedoman dan panduan hidup, hidup tanpa
peraturan, hilang kasih sayang sesama manusia, mengikut hawa nafsu dan
mementingkan materialistik adalah faktor-faktor yang menghilangkan sifat
beradaban manusia.

(b) Nilai-nilai akhlak Dan Moral

Nilai-nilai akhlak bagi masyarakat Melayu dan nilai moral bagai masyarakat China
dan India perlu diamalkan kerana ia berkait dengan nilai agama sebagai salah satu
unsur dalam pembinaan tamadun. Nilai akhlak mahmudah yang diamalkan boleh
melahirkan insan muslim yang bertakwa, beriman dan beramal soleh. Manakala
nilai moral yang diamalkan oleh masyarakat China melalui perikemanusiaan (ren),
kewajaran (yi), kesusilaan (li), kearifan (zhi) boleh mengelakkan daripada melakukan
perbuatan melampau dengan mengikut hawa nafsu. Nilai-nilai murni dalam
masyakat India boleh ditemui melalui ‘Arjuna’ merupakan kuasa mulia (diwakili
oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme), ‘Krishna’ merupakan jiwa yang
bersemayam dalam hati setiap manusia, ‘svadharma’ atau kewajipan hidup seseorang
untuk mencapai kebenaran, ‘rajayoga’ disiplin badan dan minda, ‘karma-yoga’ jalan
kesempurnaan, ‘nanayoga’ melalui pengetahuan benar dan ‘hhakti yoga’ melalui
kebaktian kepada Tuhan). Nilai-nilai moral tersebut telah mengangkat Tamadun
India sebagai sebuah tamadun yang berasaskan nilai-nilai sejagat.

Apabila nilai-nilai akhlak dan moral diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan
menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas empayar Melaka apabila
Kitul yang diamanahkan telah belot dan meminta bantuan kepada kuasa asing
untuk menakluk Melaka. Hal yang sama juga dalam Tamadun China melalui Dinasti
Shang telah diganti melalui satu rampasan kuasa ekoran kezaliman pemerintahnya
Wu Wang daripada keluarga Chou memberontak dan menggulingkan Dinasti
Shang. ditemui Tamadun India melalui amalan sistem kasta yang merosakkan
stratifikasi masyarakat yang hidup dengan kebencian, diskriminasi, dendam dan
permusuhan yang berpanjangan.

(c) Politik dan pemerintahan

Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam


menentukan bangun jatuh sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu bangsa.
Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat mengekalkan
sesebuah tamadun. Sebaliknya, kepincangan dan kelemahan kepimpinan akan
mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina oleh tamadun sesebuah
bangsa.

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju, pemerintahan yang


adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan tamadun sesuatu bangsa.
Sebaliknya, apabila pemimpin mementingkan diri sendiri, berfoya-foya, melakukan
penyelewengan, rasuah berleluasa di kalangan para pegawai kerajaan, keruntuhan
akhlak dan moral akan melemahkan pemerintahan. Sejarah juga memaparkan
bahawa keadaan politik yang kacau bilau, kelemahan pentadbiran, pergolakan
dalaman menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. Suasana ini dapat dilihat
pada kejatuhan Kerajaan Bani Umayah, Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan-
kerajaan Islam di Andalus dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Pergolakan dalaman
dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina penuh gemilang
menemui titik penamatnya.

Gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam sejarah
Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat Tamadun Islam
di Asia Tenggara yang terunggul sebaliknya di zaman sultan Mahmud Shah Melaka
terus lemah dan dijajah oleh emperialis Inggeris. Melihat ke dalam Tamadun China
pula Dinasti Chin telah berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk
sebuah empayar. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu
peningkatan dalam Tamadun China. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh
wilayah-wilayah China di bawah satu pemerintahan pusat tetapi asakkan demi
asakkan daripada puak gasar atau bar-bar dari bangsa Monggol utara (Monggolia)
serta dari bangsa Manchu menyebabkan dinasti China menjadi lemah. Begitu juga
dengan dinasti Ming juga tidak bertahan lama kerana dasar maharajanya yang
menutup pintu dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan duni luar.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku antara


kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji. Peperangan berlaku
selama seratus tahun dan akhirnya Magadha dapat mengekalkan kuasanya di India
Utara. Pemerintah Magadha dan Bimbisara memerintah pada pertengahan kedua
kurun ke-6SM dan merupakan seorang raja yang gigih serta berwawasan politik.
Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan-kawasan
di barat dan utara, mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan
raya, melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan
menggalakkan pembangunan di bidang pertanian, tetapi keagongan ini tidak
bertahan lama kerana Mahapadma Nanda akhirnya tunduk membayar ufti kepada
kerajaan Cyrus yang mahsyur dari Persia (Iran)

(d) Sosial

Keharmonian sosial antara individu dalam masyarakat dengan berteraskan ilmu,


kesepakatan dan toleransi yang mempunyai wawasan boleh meningkatkan martabat
bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina. Hal inilah yang dapat kita saksikan
semasa pemerintahan awal kerajaan Melayu Melaka, biarpun sentiasa diancam oleh
musuh luar, namun mereka mampu membina masyarakat yang berkualiti.
Pembinaan Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara
masyarakat Melayu zaman itu ini mampu mengembangkan tamadun ke seluruh
pelusuk alam Nusantara sehingga ke China, malah terus berkembang ke seluruh
dunia timur dan barat sehingga Portugis dan Inggeris datang menjajah, merampas
hasil bumi Melaka sehingga meruntuhkan Tamadun Melayu Melaka.

Menyorot kembali sistem sosial Tamadun India kita dapati biar pun masyarakat
India dibahagikan mengikut sistem kasta seperti Brahmin, Kesetria, Vaisyu dan
Sudra tetapi mereka dapat hidup aman dan damai melalui jenis tugas yang
dilakukan, individu daripada pelbagai unsur bercampur gaul dalam persekitaran
kota yang pada masa itu, mereka mungkin lebih bebas mengubah status masing-
masing. Tetapi keharmonian sosial masyarakat India tersebut juga tidak bertahan
lama apabila pada akhir Zaman Veda, terdapat pelbagai suku kaum yang berperang
antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin
keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-
masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan
pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis
jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya
adalah bersifat kesatuan pekerja.
Begitu juga dalam Tamadun China, kita dapati melalui golongan petani mempunyai
stratifikasi masyarakat yang rapat, saling membantu dalam urusan pertanian. Pun
begitu sistem masyarakat agrarian ini tidak juga bertahan lama apabila semasa
dinasti Chou menjadikan masyarakat petani sebagai hamba untuk bekerja di ladang
bagi membayar hutang kepada golongan istana yang akhirnya tidak dapat
mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupi untuk makanan.

Begitulah jika sistem sosial menjadi longgar kerana kerapuhan jati diri sehingga
masyarakat berpecah kerana faktor politik, hiburan, kelekaan dan bebas dengan
budaya hedonistik pastinya akan mengundang keruntuhan sosial dan memberi
pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

(e) Ekonomi

Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu membangun dan
mengembangkan sesebuah tamadun. Tamadun silam membuktikan masyarakat
yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan, pertanian,
penternakan secara lokal dan glokal, biarpun mereka bermula dari kegiatan
ekonomi sara diri berskala mikro.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya
membina satu pusat perdagangan bertaraf antarabangsa melalui pelabuhan Melaka.
Pelabuhan ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang Arab, India,
China serta bangsa Eropah. Disebabkan faktor perebutan pelabuhan antara Melaka,
Acheh dan Temasik akhirnya kegiatan perdagangan import eksport yang rancak di
pelabuhan Melaka telah runtuh dan kemudiannya beralih ke Temasik.

Tamadun India terkenal dalam bidang pertukangan besi dan kerja logam, membuat
hasil kreatif kerja tangan melalui barangan logam buatan mereka begitu dihargai di
zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat. Ketinggian ilmu kerja logam dan
sumber logam yang banyak di India menyebabkan pihak penjajah British datang
menakluk India. Kedatangan Inggeris menjajah India telah meruntuhkan nilai-nilai
Tamadun yang telah sekian lama dibina.

Menurut Siti Hajar Che Man Dan Ratna Roshida Abd Razak, (2012) penduduk China
telah penggunaan wang kertas sejak akhir abad ke-11M untuk memudahkan urusan
perdagangan. Di samping itu, industri besi terbesar di China juga dimajukan untuk
memenuhi permintaan dalam bidang ketenteraan. Begitu juga dalam bidang
pembinaan kapal. Bangsa China telah berjaya menjelajah dan berdagang di seberang
laut sejak dahulu lagi seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho (1405-
1433M). Orang China juga telah mencipta sutera dan menjadi pengeluar sutera
utama di dunia. Pedagang-pedagang sutera di China berdagang hingga ke Rom.
Kemakmuran ekonomi China telah membawa kepada perubahan sosial dengan
muncul golongan peniaga. Semasa pemerintahan Shih Huang Ti, Dinasti Chin ini
telah memerintah secara autokratik, beliau juga telah menghapuskan kuasa
golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk
mentadbir. Hal ini menyebabkan gabenor dan panglima tentera terlalu berkuasa
sehingga menganggu kebebasan perniagaan dalam kalangan pedagang China,
keruntuhan Tamadun China daripada aspek ekonomi bertambah parah apabila
sentiasa diancam oleh orang gasar daripada wilayah Monggolian. Secara ringkasnya
dapatlah dinyatakan bahawa jatuh bangunanya sesebuah tamadun adalah
berdasarkan teori-teori berikut:

(i) Teori irama


kemerosotan dan kejatuhan sesebuah tamadun berlaku apabila tiada terdapat lagi
keseimbangan antara aspek fizikal, mental dan spritual.

(ii) Teori kitaran


Naik dan turunnya sesebuah tamadun seperti satu kitaran, dimulakan dengan fasa
pengasasan, kemajuan dan kegemilangan, dan akhirnya kepada fasa kemerosotan
serta keruntuhan. Satu kerajaan kepada setu kerajaan yang lain akan mengalami
proses yang sama. Apabila tamatnya sesebuah pemerintahan, maka kekosongan itu
akan diambilalih oleh sebuah kerajaan atau peradaban yang lain. Kerajaan atau
dinasti baru itu akan mengikut kitaran yang serupa seperti kerajaan sebelumnya.

(iii) Teori linear


Linear bererti aliran yang sehala. Teori ini menyatakan bahawa sesebuah tamadun
akan berubah mengikut aliran yang sehala atau serupa. Teori ini menunjukkan
bagaimana sesebuah tamadun itu dilahirkan, berkembang dengan pesat, mencapai
puncak kegemilangan dan kemudiannya mengalami kemerosotan dan berakhir
dengan kemusnahan dan kehancuran. Kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan
oleh faktor dalaman dan bukannya faktor luaran contohnya pihak pemerintah yang
leka dengan kemewahan dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai
memudaratkan sesebuah peradaban.

(iv) Teori pertembungan


Pertembungan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lainnya melalui interaksi
dan defusi akan mengalami saling saing menyaingi atau saling ambil mengambil,
pindah memindah. Sesebuah tamadun yang amat dominan akan menakluk atau
melemahkan tamadun yang lainnya.

(v) Teori pendekatan psikologi/ketuhanan.


Kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun bermula dengan kelahiran agama
yang diamalkan memberi sumber dan inspirasi untuk terus mencapai kehidupan
yang lebih maju. Sebaliknya kejatuhan sesebuah tamadun berpunca daripada sikap
alpa meninggalkan tuntutan agama dan hidup dengan nilai-nilai sekularistik dan
ekstrimis terhadap kebendaan.
(https://www.google.com/#q=jatuh+bangun+sesebuah+tamadun).

AKTIVITI 1.1

(a). Dengan Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dan terkini,


nyatakan persamaan dan perbezaan antara Tamadun Melayu, China
dan India
(b). Jelaskan kepentingan ilmu sebagai asas kesinambungan peradaban
manusia.
(c) . Apakah peranan sistem nilai dalam menentukan jatuh bangunnya
sesebuah Tamadun.

10.4 PERTEMBUNGAN TAMADUN BARAT DAN


TIMUR SERTA IMPAKNYA TERHADAP
PASCAMODENISME.

Samuel P. Huntington (1993) telah menjelaskan terdapat banyak faktor yang


menyumbang kepada kekuatan sesebuah tamadun moden serta ada juga faktor
yang menjadi penentu kurangnya pengaruh sesebuah tamadun. Setiap tamadun
sentiasa mengalami perkembangan dan kemunduran. Huntington juga menjelaskan
bahawa pertembungan antara tamadun merupakan era terbaru dalam konflik pasca
modenism khususnya selepas era perang dingin. Menurutnya identiti tamadun
pada masa hadapan, dan sebahagian dunia akan dibentuk oleh interaksi tamadun
besar ini. Tamadun besar itu termasuklah tamadun-tamadun daripada negara-
negara Barat dan tamadun daripada Timur seperti Konfusius, Jepun, Islam, Hindu,
Slavic-Orthodox, Amerika Latin dan mungkin juga tamadun Afrika. Pertembungan
dan konflik yang akan berlaku pada masa hadapan yang boleh meretakkan
hubungan antara Barat dan Timur.

Huntington meletakkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya


pertembungan dan keretakkan antara tamadun:
(a) pembeza satu tamadun dengan tamadun yang lainnya terletak pada
bahasa, sejarah, tradisi, budaya dan yang paling penting ialah agama.
(b) interaksi antara manusia daripada berlainan tamadun semakin
bertambah kerana dunia kini semakin mengecil.
(c) proses perubahan sosial dan pemodenan ekonomi di seluruh dunia telah
memisahkan orang daripada identiti dan jati diri tempatan yang telah
lama berakar umbi dan proses ini melemahkan negara bangsa sebagai
asas identiti.
(d) kesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan
dipercepatkan oleh peranan Barat. Pada satu pihak, arat berada di
puncak kekuasaan dan pada masa yang sama sebagai kesan kekuasaan
Barat menyebabkan dunia Barat mencari jalan keluar seperti
pengislaman semula Timur Tengah.
(e) ciri dan perbezaan sesuatu kebudayaan agak sukar untuk
diubahsuai dan dikompromikan berbanding dengan ciri-ciri ekonomi
dan politik. Agama merupakan tekanan yang hebat dalam kalangan
umat manusia. Seseorang itu mungkin boleh dianggap separuh Perancis
dan separuh Arab dan seterusnya menjadi warga dua negara. Namun
tidak mungkin boleh menjadi separuh Katolik dan separuh Islam.
(f). keserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan kerjasama
serantau menguntungkan negara-negara anggota kesatuan berdasarkan
tamadun yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau
yang diamalkan dan dikongsi bersama seperti Kesatuan Ekonomi
Eropah (EEC). Bergantung kepada asas-asas dalam budaya di Eropah
dan Kristian Barat tetapi kejayaan ini tidak mutlak akibat timbul
masalah tentang tiadanya persefahaman seperti itu. Penggunaan mata
wang Euro memperlihatkan Britain enggan menyertainya. Sungguhpun
tamadun-tamadun lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara mempunyai
organisasi serantau mereka sendiri seperti South Asian Association for
Regional Cooperation (SAARC) dan Association of Southeast Asian
Nations (ASEAN), namun kejayaan kerjasama dalam bidang ekonomi
kurang menggalakkan.

Pertembungan antara dua tamadun Barat dan Timur ini telah memberi impaknya
terhadap pascamodenisme. Pada umumnya pascamodenisme adalah satu gaya
hidup bebas, tanpa batas adat, agama dan moral dengan penolakan terhadap agama
dan apa sahaja kebenaran-kebenaran yang hakiki, juga penolakan terhadap nilai-
nilai yang mutlak. Pascamodenisme merupakan satu produk budaya dan gaya
hidup baru sebagai pemikiran dan amalan. Selain itu, ia merupakan cara pemikiran
dan penteorian baru tentang kehidupan manusia dan masyarakat hari ini. Zaman
yang punya cara dan gaya serba baru, dengan membuang semua gaya kuno dan
lapuk. Justeru manusia moden, Nilai-nilai pascamodenisme sangat merbahaya
kepada nilai agama dan moral kerana;
(a) menolak rukun iman dan rukun Islam.
(b) ia menentang nilai-nilai rohaniah yang hakiki, menolak ibadat seperti
sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya.
(c) ia menolak nilai-nilai moral dan etika yang mutlak dalam agama,
kerana semua nilai dalam agama dan moral boleh dirasionalkan.
(d) ia menolak sistem hukum yang dibawa oleh agama dalam bentuk
hukum hakam syariat (Mohd. Azhar Abd. Hamid, at.all., 2013).
10.5 REALITI GLOBALISASI DAN CABARAN ABAD
KE-21

Menurut Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses yang mana
manusia di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyakakat dunia
(single world society) atau masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang
dan waktu bersifat maya dan pendek, dimensinya boleh digerakkan sepantas yang
mungkin. Melalui jaringan komunikasi manusia semakin cepat dan dekat.
Maklumat dapat disalur dan diterima hanya dalam beberapa saat. Sekaligus,
globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun hidup
manusia.

Menurut Wan Hashim (1997) globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat
langsung ledakan teknologi maklumat merupakan suatu proses re-westernisasi atau
imperialisme budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan mempunyai
kesan melemah dan akhirnya meminggirkan proses Islamisasi. Ia menjadikan
masyarakat Malaysia secara relatifnya lebih materialistik dan berorientasikan
kepenggunaan, serta berorientasikan perniagaan untuk mengaut keuntungan
sebanyak mungkin. Arus globalisasi memberi impak dan cabaran-cabaran baru
dalam abad ke-21 dalam konteks tamadun meliputi:
(a) asimilasi, akulturasi dan difusi dalam pelbagai budaya
(b) membina keperibadian maya dengan nilai, norma dan moral
yang bersifat maya
(c) mengutamakan nilai materilasitik
(d) pengamalan budaya hedonisme
(e) mementingkan diri sendiri
(f) hilangnya sifat dan semangat kekitaan, kekeluargaan, kejiranan

Di samping itu juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada abad
ke-21 ini meliputi:
(a) pembinaan sebuah masyarakat pelbagai kaum yang bersatu
padu serta demokratik dengan mengamalkan semangat 1
Malaysia
(b) membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang beretika,
berakhlak, bermoral dan yang berpegang kuat kepada nilai-nilai
agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang
tinggi.
(c) melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang bertoleransi
daripada aspek agama, budaya dan bahasa
(d) membentuk masyarakat pelbagai kaum yang penyayang,
berteraskan satu sistem sosial yang berpegang kepada konsep
kolektif mendahului kepentingan individu.

10.6 PENGARUH ISME BARAT TERHADAP


TAMADUN ASIA

Siri penjajahan Barat ke negara-negara Asia telah bermula sejak abad ke-14 dan lebih
drastik pada abad ke-18 dan 19. Penjajahan Barat yang begitu lama tentunya
meninggalkan kesan-kesan yang negatif dan tentunya ada juga impak yang positif.
Sepanjang abad ke 19, 20 dan 21 Barat telah membina tamadunnya di negara-negara
Asia khususnya di Malaysia, China, India dan negara-negara Asia lainnya. Pengaruh
Tamadun Barat terhadap Tamadun Melayu, China dan India dapat dilihat dari segi
sistem pentadbiran negara, perundangan, Sains dan Teknologi, budaya, pemikiran,
fesyen, sosial, media, pendidikan, bahasa dan komunikasi. Negara-negara Asia yang
mengamalkan sistem politik, media, ekonomi, sosial dan budaya Barat telah
mempengaruhi rakyat dari segi pelaksanaan serta amalannya. Pengaruh isme Barat
terhadap Tamadun Asia boleh dilihat dari segi:
(a) sekularisme (fahaman pemisahan antara agama dengan politik, sosial,
ekonomi dan lain-lain)
(b) materialisme (fahaman kebendaan yang melampau)
(c) hedonisme (fahaman budaya bebas tanpa unsur-unsur nilai etika dan
estetika).

10.7 PERSEFAHAMAN ANTARA PELBAGAI TAMADUN


MENJANA KESATUAN

Dialog antara tamadun sebagai mekanisme menghadai abad ke-21 telah diistiharkan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘Tahun Dialog Tamadun’.
PBB melihat dialog antara tamadun ini amat signifikan kepada dunia dalam
keadaan masyarakat dunia dilihat tidak seimbang dari segi perbezaan ideologi dan
pendapat serta berlaku pengasingan budaya yang sangat ketara antara Tamadun
Barat dan Timur. Dialog ini juga penting bagi mencari persefahaman dan titik
pertemuan antara pelbagai tamadun dunia. Bagi menjana kesatuan kaum di
Malaysia dialog antara tamadun ini sangat penting kerana ia dapat :
(a) membincangkan perkara-perkara yang boleh disepakati dari
segi kompromi kaum, kesatuan ideologi, nilai kemanusiaan,
alam sekitar dan fahaman beragama.
(b) memperbetulkan salah faham terhadap tamadun lain
(c) memupuk nilai-nilai sepadu yang boleh dikongsi bersama
(d) memahami dan menghormati tamadun sesuatu bangsa
(e) memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Melayu,
China dan India.
AKTIVITI 1.1
AKTIVITI 1.2

(a) Senaraikan impak atau kesan pascamodernisme akibat


pertembungan antara Tamadun Barat dan Timur.
(b) Jelaskan maksud globalisasi dan senaraikan cabaran-cabaran
terkini dalam abad ke-21
(c) Bagaimanakah isme-isme barat mempengaruhi Tamadun Asia

SEMAK KENDIRI 1.1


Pertentangan atau pertembungan antara pelbagai tamadun
selalunya berkaitan dengan sesuatu perubahan sama ada
perubahan tersebut ke arah yang lebih positif mahu pun yang
negatif. Contohnya, pertembungan antara Tamadun Barat dan
Timur banyak memberi impak positif daripada segi pemindahan
keilmuan, kemahiran, kepakaran sama ada dalam bidang bahasa,
mahu pun dalam bidan Sains dan Teknologi. Tidak kurang juga
dalam pertembungan ini Tamadun barat telah memberi kesan
sampingan yang negatif terhadap Tamadun Timur (Khasnya
rantau Asia) dari segi pemindahan budaya, sosial, bahasa, agama,
sekularisasi, isme-isme, media dan telekomunikasi yang mungkin
tidak sejajar dengan kepercayaan dan pemikiran masyarakat Asia
khusnya di Malaysia. Satu lagi kesan pertembungan antara dua
tamadun ini adalah pengaruh globalisasi yang memberi impak
berganda terhadap Tamadun Islam, Melayu, China dan India. Ini
kerana dunia yang kita lihat pada hari ini seolah-olahnya telah
menjadi sebuah Tamadun Barat yang besar dan berpengaruh
dengan sifat hegemoninya tidak lagi memperlihatkan identiti
tamadun tempatan, lihat sahaja dari segi jenis makanan, pakaian,
pendidikan, hiburan, gejet dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 1.5


1.2
Ilmu merupakan aspek yang sangat penting dalam proses membentuk sesebuah
tamadun. Ketinggian ilmu dan pendidikan merupakan lambang masyarakat
bertamadun dan beberapa tamadun dunia yang dibina juga berakar umbi daripada
asas keilmuan yang kukuh dan pelbagai. Dengan sebab itu mana-mana negara yang
mempunyai tamadun yang hebat sangat memberi keutamaan terhadap ilmu dengan
mendirikan universiti-universiti yang ternama demi mentamadunkan rakyatnya.
Tamadun adalah penciptaan terhadap penghasilan atau produk. Dengan sebab itu
setiap tamadun mempunyai sumbangannya yang tersendiri kepada masyarakat,
baik Tamadun Islam, Melayu, China, India dan juga Tamadun Barat. Jika diteliti isi
kandungan setiap tamadun tersebut, banyak iktibar, nilai dan pengajaran yang
bermakna boleh dikutip untuk membina tamadun diri. Contohnya kemajuan,
kemakmuran dan ketenteraman hidup dalam setiap tamadun-tamadun tersebut
adalah hasil daripada kerjasama dan tolak ansur antara masyarakatnya. Adalah
sangat penting bagi generasi sekarang untuk mempelajari tamadun-tamadun awal
bangsa atau negara serta sedar bahawa mereka boleh menyumbang ke arah
kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa atau pun agama. Juga diharapkan agar
kita semua boleh belajar dan mendapat faedah daripada interaksi antara tamadun
bagi memupuk persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati dalam kalangan
rakyat pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya khususnya kepada generasi
yang bakal menjadi pemimpin negara.

Spiritual Lokal
Sintaksis glokal
Mentaakul Agrarian
Intelektual Ekstrimis
Modernisme Ekstrimis
Materialisme cendikiawan
Sekularisme Pascamodenisme

Fariza Md. Sham et al. (eds) (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala
Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Hunting, Samuel. (1993). Clash of Civiliztions. dlm Foreign Affairs, 72(3) : 22-49

Hunting, Samuel. (1993). The Clash of Civilization and the Remaking of World
Order. dlm Foreign Affairs, 72(3) :22-49

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi Muhamed Fauzi,


Othman, Othman A. Kassim. (2013). Wajah Moral Masyarakat Melayu
Pascamoden : Antara Realiti, Harapan Dan Gagasan. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia

Samuel P. Huntington (1992). Pertembungan Peradaban. (terjemahan) Kuala Lumpur


: ISIS Malaysia, 1992, hlm4-6.

Siti Hajar Che Man Dan Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran Kursus
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Di Institusi Pengajian Tinggi Awam
Malaysia: Platform Utama Ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina. Journal
Sosiohumanika, 5(1).

Wilson, J. (1990). A New Introduction to Moral Education. London: Casell.

Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun Silam Dan Pembinaan Tamadun
Abad Kedua Puluh Satu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

(https://www.google.com/#q=jatuh+bangun+sesebuah+tamadun).

Anda mungkin juga menyukai