Anda di halaman 1dari 2

Faktor Luaran dan Dalaman Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka Kepada Portugis

Faktor Luaran :

1. Pengkhianatan dalam kalangan pembesar.


- Pengkhianatan berlaku disebabkan pembesar yang tidak mempunyai rasa cinta
akan negara. Seperti Utimutiraja, seorang pembesar yang dikatakan membuat
pengkhianatan dengan membelot bagi pihak Portugis. Dengan ini berlakunya
perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan
pertahanan Melaka dapat diketahui oleh pihak Portugis dan menyebabkan
kerajaan Melaka semakin runtuh.

2. Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.


- Dalam serangan pertama, Melaka menewaskan Portugis. Walaubagaimanapun
Portugis tidak menyerah kalah dan membuat serangan kali kedua dengan
sistematik menyebabkan Kota Melaka diserang oleh Portugis. Serangan kali
kedua diketuai oleh Alfonso de Albuquerque dengan angkatannya yang terdiri
daripada 1400 orang tentera dan 19 buah kapal perang menyebabkan Melaka
dikalahkan.

3. Penemuah Tanjung Pengharapan.


- Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuah
Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula
berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur. Pelayar- pelayar Portugis
juga mendapat galakan daripada Raja Portugal iaitu Putera Henry. Keinginan
Portugis untuk menguasai Pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli daganan
rempat, menyekat penguasaan dagangan pedagang-pedagang Islam dan
menyebarkan agama Kristian.

Faktor Dalaman :

1. Kelemahan Pemerintahan Melaka.


- Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya diganti oleh
Bendahara Tun Mutahir. Semasa menjalankan tugasnya, Tun Mutahir bersikap
pilih kasih. Maka timbul perasaan irihati di kalangan pembesar lain terhadap
Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan
Melaka. Sultan Mahmud Syah amat murka dan tanpa usul baginda telah
menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan keluarganya. Selepas
itu, Baginda menyedari akan kesilapannya maka baginda menyerahkan
pemerintahan negara kepada puteranya, Raja Ahmad untuk dilantik sebagai
Sultan Melaka. Sultan Ahmad Syah merupakan pemerintah yang tidak cekap dan
lemah. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara Tun Pepatih Putih
pula merupakan seorang yang uzur. Oleh yang demikian, pentadbiran Melaka
menjadi semakin Lemah disebabkan tiada pemimpin yang berwibawa. Amalan
rasuah dan fitah berlaku secara berleluasa. Sistem cukai yang sedia ada pula
tidak diamalkan. Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih
pelabuhan lain seperti Acheh dan Pattani untuk berniaga kerana cukai yang lebih
rendah.

2. Pegangan Agama yang Lemah.


- Walaupun Agama Islam menjadi penganutan dan penyebaran utama di Melaka,
Namun pegangan dan penghayatan agama semakin runtuh dalam kalangan
pembesar. Ini menyebabkan penghayatan semakin berkurang dan tidak dihayati
dengan sempurna. Kesan ini semakin meningkat dan menyebabkan berlaku
perkara seperti kezaliman, ketidakadilan dan penindasan terhadap rakyat.
Dengan ini meningkatlah kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar secara
berleluasa.

3. Masalah Perpaduan.
- Pelantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka telah menimbulkan semula
persaingan antara orang melayu dengan India-Muslim untuk mendapatkan
pengaruh. Persaingan ini berpunca daripada amalan pilih kasih dalam
pentadbirannya. Sebagai contoh, konflik perebutan pengaruh antara Laksamana
Khoja Hassan dengan Tun Mutahir dan peristiwa Raja Mendeliar yang menfitnah
Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan. Ini menyebabkan Sultan
membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya. Kesannya rakyat telah berpecah
belah dan tidak Bersatu padu. Keadaan ini telah menjejaskan keutuhan kerajaan
serta kegiatan perdagangan di Melaka.

Anda mungkin juga menyukai