Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR DALAMAN KEJATUHAN

KESULTANAN MELAKA
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang telah diasaskan oleh
Parameswara pada tahun 1400. Kerajaan ini merupakan salah sebuah kerajaan terawal yang
terkenal pada abad ke-14 dan ke-15 dimana Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pusat
penyebaran Islam di Timur. Kedudukan Melaka yang strategik telah menyebabkan Melaka
berkembang menjadi pusat perdagangan yang terkenal dan dikunjungi oleh pelbagai pedagang
sama ada dari Barat dan Timur. Terdapat dua fakto kejatuhan Kesultanan Melaka dan salah satu
ialah faktor dalaman. Faktor tersebut memberi kesan yang mendalam sehingga penjajahan Eropah
yang membawa kebinasaan dan kehancuran Melaka.

Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
Semasa menjalankan tugasnya, Tun Mutahir bersikap pilih kasih.Oleh yang demikian timbul
perasaan irihati di kalangan pembesar lain terhadap Bendara Tun Mutahir.Beliau telah
difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah amat murka dan tanpa
usul baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan
keluarganya .Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari akan kesilapannya baginda menyerahkan
pemerintahan negerinya kepada Puteranya Raja Ahmad untuk menjadi sultan Melaka. Sultan
Ahmad Shah merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah. Pengganti bendahara
Tun Mutahir iaitu Bendahara Tun Pepatih Putih pula merupakan seorang yang uzur. Oleh
yang demikian,pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah disebabkan tiada pemimpin yang
berwibawa.Amalan rasuah dan fitnah – memfitnah berlaku secara berleluasa.Sistem cukai yang
sedia ada pula tidak diamalkan.Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang
memilih pelabuhan lain seperti Acheh dan Patani untuk berniaga kerana cukainya yang lebih
rendah.
Selain itu juga berlaku perbalahan pembesar-pembesar Istana.Pembesar-pembesar kembali
berpuak-puak, bukan sahaja puak melayu dan India Muslim, malah puak tua (berpihak kepada
Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan Ahmad Syah). Perpecahan begini melemahkan
kaum bangsawan sebagai pentadbiran dan pemimpin negara. Di tambah pula kelemahan kuasa
tentera. Pasukan militer menjadi semakin lemah dengan kehilangan tokoh-tokoh seperti Hang
Tuah dan Hamzah Datuk Bongkok. Tun Mat Paduka Tuan yang menggantikan Tun Mutahir
(setelah ia dibunuh) sudah tua dan tepok . Beliau tidak berkuasa meningkatkan tenaga tentera
bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kelemahan dan kucar-kacir di istana yang selalu meninggalkan istana kerana berundur diri
menyebabkan ada pihak-pihak berebut inginkan takhta kerajaan. Sikap pembesar seperti Tun
Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak menghiraukan kerabat diraja,
menjadi salah satu punca perpecahan di istana. Pada suatu ketika , Sultan Mahmud ingin
mengahwini anaknya Tun Fatimah yang cantik itu pun tidak dihiraukannya sedangkan ketika itu
Sultan Mahmud kematian permaisuri. Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya
mengakibatkan terhapusnya suatu keluarga yang terkuat dan berpengaruh di Melaka.
Semangat Jihad yang lemah .Walaupun agama islam menjadi penganutan dan penyebaran utama
di Melaka,namun pegangan dan penghayatan agama semakin runtuh dalam kalangan
pembesar.Ini menyebakan rakyat semakin berkurang dan tidak dihayati dengan sempurna.Kesan
ini semakin meningkat dan menyebabkan berlaku perkara seperti kezaliman,ketidakadilan dan
penindasan terhadap rakyat.Dengan ini,memnigkatlah kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar
secara berleluasa.

Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral golongan bangsawan menyebabkan berlakunya


pengkhianatan dikalangan masyarakat Jawa, Gujerat dan Cina yang kebanyakannya secara sulit
telah menyebelahi Portugis. Mereka membantu memberi bantuan dan laluan kepada pihak
Portugis untuk memboloskan diri menyerang Melaka dari luar dan dalam.

Anda mungkin juga menyukai