Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEJATUHAN

KESULTANAN MELAKA

Kesultanan Melayu merupakan sebuah kerajaan melayu yang terkenal pada zaman dahulu
dan sangat sinonim dengan sejarah Malaysia. Menurut Sejaran Melayu yang dikarang oleh Tun
Sri Lanang pada tahun 1565, Kesultanan Melaka telah ditubuhkan oleh Parameswara seorang
Putera yang berasal dari Palembang. Kesultanan Melaka telah berkembang pesat sehingga
menjadi sebuah kerajaan besar dan terkenal dengan kegiatan perdagangan, pusat penyebaran
Agama Islam dan sebagai pusat pentadbiran tertinggi dalam perhubungan diplomatik dengan
kuasa-kuasa besar pada ketika itu. Melaka juga menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
kepulauan melayu. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata Sesiapa yang
menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia. Kerajaan Melayu Melaka
dikatakan mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1459-1477) dan Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456 1498). Namun selepas itu
Kesultanan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun 1511 apabila
Melaka ditawan oleh Portugis, iaitu di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488 -1511)
dan Bendahara Paduka Tuan. Kesultanan Melaka hanya dapat bertahan selama 110 tahun.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa Kesultanan Melayu Melaka merosot
selepas kematian Tun Perak, Bendahara Melaka yang dianggap sebagai empire builder.
Antara faktornya adalah kelemahan kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu.
Sultan Mahmud Syah dikatakan seorang sultan yang lemah. Baginda tidak memberi tumpuan
kepada pentadbiran Kerajaan Melaka dan wilayah takluknya. Ini terbukti apabila baginada gagal
mengawal pembesar-pembesarnya seperti yang disebutkan dalam Wikipedia, ensiklopedia bebas
bahawa Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan.
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu
baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Dalam Artikal Kejatuhan Empayar Melaka.
Pengajaran yang tersirat. Mac 27,2010. Anak Waris menulis bahawa Sultan Mahmud Shah juga
tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun
Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun

Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak
mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu
Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah masuk jarum.. Alahai
sultan, mudahnya terpengaruh!! Dengan ini jelas membuktikan kelemahan pemerintahan Sultan
Mahmud Syah. Baginda tidak dapat membuat pertimbangan dengan bijaksana, suka berpoyapoya menyebabkan pembesar-pembesar yang berniat buruk mudah untuk menghasutnya.
Setelah Bendahara Tun Perak Meningal dunia beliau telah digantikan oleh Tun Mutahir
sebagai Bendahara Melaka. Bendahara Tun Mutahir (Tamil-Islam) mengamalkan sikap pilih
kasih dalam pentadbirannya. Sikap Bendahara Tun Mutahir yang mementingkan kaumnya
menyebabkan puak Melayu-Islam berasa tidak puas hati.Sikap beliau ini telah menimbulkan
perasaan iri hati dikalangan pembesar-pembesar lain sehinggan menimbulkan fitnah terhadapnya
yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan dan akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh oleh
sultan tanpa usul perikas. Setelah menyedari kesilapannya, baginda telah menyerahkan
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kepada putera baginada Sultan Ahmad Shah. Sultan
Ahmad Shah yang masih mudah juga merupakan penganti yang tidak cekap dan lemah. Baginda
mewarisi kerajaan yang telah kucar-kacir dan gagal untuk memulihkan Kerajaan Melayu Melaka
yang semakin lemah.
Kelemahan kuasa pemerintahan sultan menyebabkan amalan rasuah dan fitnah semakin
berleluasa di kalangan pembesar-pembesar Melaka. Pembesar-pembesar kerajaan pada ketika
itu tidak berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, walaupun Melaka merupakan pusat
pengajian dan penyebaran agama islam di seluruh Kepulauan melayu. Ini telah mengakibatkan
kegiatan perdagangan di Malaka terjejas. Pedagang-pedagang asing yang berhasrat untuk
berdagang di Melaka terpaksa memberikan hadiah kepada pembesar-pembesar tertentu. Sistem
cukai sedia ada tidak diamalkan. Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka dengan sewenangwenangnya menaikkan kadar cukai ke atas barang-barang dagangan dari luar. Kadar cukai yang
tinggi yang dikenakan oleh Bendahara Tun Mutahir menyebabkan rasa tidak puashati dikalangan
pedagang asing yang berdagang di Melaka. Keadaan ini menyebabkan perdagangan di Melaka
semakin merosot dan para pedagang asing beralih arah ke pusat perdagangan lain seperti Acheh
yang pada masa itu merupakan sebuah pusat pelabuhan di Sumatera Utara.

Masalah perpaduan juga timbul dikalangan rakyat Melaka. Pelatikan Tun Mutahir
sebagai Bendahara Melaka telah menimbulan persaingan antara orang Melayu dengan IndiaMuslim untuk mendapatkan pengaruh dalam pentadbiran negara. Keadaan ini timbul disebabkan
sikap kepimpinan Bendahara Tun Mutahir yang pilih kasih dan mementingkan kaumnya. Sikap
Bendahara Tun Mutahir ini menyebabkan pembesar dan rakyat Melaka tidak lagi berpegang
dengan persaudaraan Islam. Sikap Bendahara Tun Mutahir juga telah membawa kepada fitnah
oleh Raja Mendeliar yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan. Kesan
daripada ini rakyat Melaka berpecah belah dan tidak lagi bersatu padu.
Kelemahan pertahanan ketenteraan Melaka juga merupakan factor yang telah
menyumban kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Porutgis. Askar-askar
Melaka tidak mempunya kelengkapan perang yang moden. Askar Melaka hanya bergantung
kepada peralatan perang tradisional seperti keris, lembing, panah, perisai dan sumpit beracun. Ini
jauh berbeza dengan kelengkapan perang Portugis yang jauh lebih moden seperti senapang,
pestol dan meriam. Portugis mempunyai askar-askar yang terlatih dengan teknik-teknik
peperangan berbanding dengan askar-askar Melaka.
Penganti Bendahara Tun Perak juga telah mengenepikan peranan Orang Laut yang
selama ini telah memainkan peranan yang amat penting dalam mempertahankan Kesultanan
Melaka. Perasaan tidak puas hati dikalangan Orang Laut menyebabkan mereka tidak membantu
Melaka semasa Melaka diserang oleh Portugis. Ketiadaan Angkatan Laut yang kuat
menyebabkan pertahanan yang lemah dan terdedah kepada serangan Portugis.
Sikap tidak jujur yang ada pada sesetengan askar Melaka terutamanya pada askar-askar
upahan yang terdiri daripada orang Jawa juga merupakan faktor kelemahan angkatan pertahanan
Melaka. Mereka telah diambil berkhidmat dalam angkatan pertahanan Melaka tetapi mereka
telah melarikan diri semasa Melaka diserang oleh Portugis. Begitu jugan dengan sikap pembesarpembesar jajahan takluk Melaka. Kerajaan jajahan takluk Melaka tidak membantu Melaka untuk
menenteng serangan Portugis, malah kerajaan jajahan ini cuba untuk membebaskan diri daripada
kuasa Kerajaan Melaka. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Melayu Melaka tidak mempunyai
kekuatan yang cukup untuk menahan serangan Portugis. Ketiadaan pemimpin yang cekap seperti
Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis akhirnya.

Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal menjadikan Melaka sebagai pusat
tumpuan pedagan-pedagan luar. Pedagan luar yang singgah di pelabuhan Melaka semata-mata
hanya untuk berdagang sahaja. Mereka tidak taat dan jujur terhadap Kerajaan Melaka.
Sebahagian daripada pedagang luar ini telah membantu Portugis untuk menyerang Melaka,
sebagai contoh pedagang China dan India
Portugis juga sebenarnya mempunyai agenda tersendiri untuk datang ke Timur dan
seterusnya menakluki Melaka. Seperti yang diketahui umum Melaka merupakan sebuah pusat
pelabuhan dan perdagangan yang terkaya di dunia pada ketika itu. Kejayaan Portugis menakluki
Melaka akan menyebabkan Portugis menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara yang
mana pada ketiaka itu dimonopoli oleh pedagan Islam. Kedudukan Melaka yang strategik di
Selat Melaka iaitu ditengah-tengah laluan perdagangan antara India dan China akan
memudahkan pihak Portugis meningkatkan kegiatan perdagangan serta meluaskan pengaruh dan
kekuasaannya di Timur.
Status Kerajaan Melaka yang merupakan pusat penyebaran Agama Islam terpenting pada
abad ke-15 juga menyebabkan pihak Portugis berusaha untuk menyekat dan seterusnya
memusnahkan perkembangan Agama Islam. Pihak Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
Pihak Portugis berhasrat untuk menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan
Melaka. Melaka telah dijadikan pusat bagi menyebar dan mengembangkan agama Kristian di
Asia Tenggara oleh Portugis.
Penemuan laluan dagangan yang baru oleh Bartholomew Diaz yang berjaya sampai ke
Tanjung Harapan di Afrika pada 1488 telah memendekkan perjalanan antara timur dan barat.
Penemuan ini telah mendorong Portugis untuk belayar ke Timur untuk mencari penempata baru
yang strategik. Putera Henry yang berpegang pada sologan Gospel, Gold and Goly telah
menggalakkan dan mendorong orang Portugis untuk membuat pelayaran dan menjelajah ke
Timur. Berdasarkan galakan dan dorongan itu akhirnya pada 1498 Vasco da Gama telah berjaya
belayar sampai ke India dan kemudiannya pada 1509 Lopez de Sequeire telah tiba di Melaka.
Pada peringkat awalnya rombongan Portugis yang diketua oleh Lopez de Sequeire dating
dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan perniagaan. Hasrat ini telah disambut baik oleh
Sultan Mahmud Shah dan dibenarkan berniaga di Melaka. Hasutan daripada pedagang-pedagang

lain seperti pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat akhirnya Sultan Mahmud Shah telah
mengangkap Ruy de Araujo. Zlopez de Sequeira yang berjaya melarikan diri telah
menyampaikan berita ini kepada Raja Portugal yang kemudiannya telah menghantar angkatan
laut pimpinan Alfonso de Albuquerque ke Melaka. Penolakan Sultan Mahmud Shah terhadap
tuntutan Alfonso de Albuquerque untuk membebaskan tawanan, membayar ganti rugi dan
member kebenaran kepada Portugis mendirikan kubu di Melaka telah menyebabkan Alfonso de
Albuquerque bertindak menyerang Melaka. Dengan kelengkapan yang moden dan askar yang
terlatih disamping bantuan daripada pembelot-pembelot Melaka akhirnya Alfonso de
Albuquerque berjaya menawan Kerajaan Melaka pada 25 Ogos 1511 dan memaksa Sultan
Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.