Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang diasaskan oleh putera
Palembang, iaitu Raja Iskandar Syah atau dikenali juga sebagai Parameswara. Parameswara
merupakan raja pertama yang memerintah Melaka. Setelah baginda membangunkan kota
Melaka dengan bersungguh-sungguh, akhirnya Melaka berkembang menjadi sebuah empayar
yang kukuh. Namun begitu, Setelah Melaka berkembang sebagai sebuah empayar dominan
di Kepulaun Melayu, Melaka mula mengalami kemerosotan disebabkan oleh beberapa faktor
dalaman dan luaran.

Antara faktor dalaman yang mendorong kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun
1511 adalah disebabkan oleh kelemahan sistem pemerintahan Melaka itu sendiri. Setelah
kematian Bendahara Tun Perak pada tahun 1498, Bendahara Tun Mutahir dilantik menjadi
bendahara bagi mengantikan Tun Perak. Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam menjalankn
tugasnya sehingga menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan pembesar. Oleh hal
demikian, Tun Mutahir difitnah dan telah dijatuhkan hukuman bunuh . Kemudian, Raja
Ahmad menjadi sultan Melaka. Sultan Ahmad Shah pula disifatkan sebagai seorang
pemerintah yang tidak cekap dan lemah. Takhta bendahara pula diganti oleh Bendahara Tun
Perpatih Putih. Beliau merupakan seorang yang uzur dan selalu sakit. Oleh itu, beliau tidak
dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Oleh hal yang demikian, sistem penatdbiran
Melaka menjadi semakin lemah kerana tiada pemimpin yang berwibawa. Faktor luaran yang
menyebabkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan oleh Portugis
menguasai Melaka. Portugis membuat serangan kedua dengan bersistematik yang diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque. Akhirnya, Portugis berjaya menguasai Melaka sepenuhnya
pada 24 Ogos 1511. Kesimpulannya, kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh
beberapa faktor dalaman dan luaran iaitu dari segi kelemahan sistem pemerintahan Melaka,
dan penguasaan Portugis terhadap Melaka.

Anda mungkin juga menyukai