Anda di halaman 1dari 3

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif

Piaget dalam teori perkembangan kognitifnya mengenal pasti empat faktor yang
sangat berpengaruh iaitu: (1) kematangan biologi; (2) aktiviti fizikal; (3) pengalaman
sosial; dan (4) mengimbangi (equilibration). Semua faktor ini berinteraksi dan
mempengaruhi perkembangan kognitif dengan mengubah proses pemikiran

Kematangan biologi adalah salah satu faktor yang paling penting dalam
perkembangan kognitif. Kematangan sangat mempengaruhi bagaimana seseorang
memahami dunia di sekelilingnya. Proses pematangan biologi ini dikawal oleh gen.
Setiap gen akan menunjukkan perlakuan perlahan-lahan dan muncul sebagai sesuatu
yang diprogram secara genetik. Ini diwarisi daripada ibu bapa kanak-kanak. Apa yang
guru dan orang tua lakukan mempunyai sedikit impak terhadap aspek pematangan
biologi ini. Perkara yang boleh dilakukan untuk membantu proses pematangan biologi
berfungsi seperti yang sepatutnya menyediakan nutrisi yang mencukupi supaya
kanak-kanak dapat membesar dengan sihat dan seterusnya perkembangan kognitif
dari faktor pematangan biologi ini juga akan berlaku dengan normal.

Faktor yang seterusnya ialah aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal memberi kesan yang
penting kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
melaksanakan pelbagai gerakan dan aktiviti fizikal berbeza-beza, secara tidak
langsung mereka akan meningkatkan koordinasi badan. Pada masa itu mereka akan
belajar untuk memahami dan mencari prinsip-prinsip keseimbangan. Ini dilakukan
dengan bereksperimen sambil mereka bermain-main dengan aktiviti fizikal mereka.
Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal dan berinteraksi dengan persekitaran
mereka, mereka akan meneroka, mereka akan menguji, mereka akan memerhatikan,
dan kemudian akan megorganisasikan maklumat yang mereka dapat. Ini akan
membuat proses pemikiran mereka berfungsi. Oleh itu, menurut Piaget,
perkembangan kognitif amat dipengaruhi oleh aktiviti fizikal.
Apabila seseorang berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling yang berdekatan,
menurut Piaget, kebolehan kognitif orang akan meningkat dengan berlakunya
transmisi sosial, atau lebih jelas disebut sebagai "belajar dari orang lain". Tanpa
transmisi sosial, setiap orang mesti mencari semula atau mencipta semula semua
pengetahuan. Dan ini tentunya tidak begitu berkesan. Oleh itu peranan faktor
pengalaman sosial ketika berinteraksi dengan orang lain adalah penting untuk
perkembangan kognitif. Seseorang akan belajar banyak dan cepat dari pengetahuan
yang diberikan oleh budaya dan masyarakat kita. Setiap orang dalam komuniti boleh
belajar antara satu sama lain berdasarkan tahap perkembangan kognitif mereka
menurut Piaget.

Faktor keempat menurut Piaget yang sangat berpengaruh terhadap perkembangan


kognitif disebut sebagai ekuilibrasi (mengimbangi). Keseimbangan berlaku apabila
seseorang terus memproses maklumat baru yang diperolehnya dan kemudian
memeriksa dengan maklumat atau pengetahuan yang telah sedia ada sebelumnya.
Apabila maklumat baru berbeza dari maklumat lama, seseorang akan
mengimbanginya untuk menentukan maklumat yang sesuai. Oleh itu struktur
pengetahuan kognitif seseorang boleh diubah dan diselaraskan kepada maklumat baru
yang diperolehnya.

Kritikan terhadap teori Piaget

Kebanyakan ahli psikologi sepenuhnya menerima prinsip-prinsip umum Piaget


bahawa pemikiran anak-anak pada dasarnya berbeza dengan pemikiran orang dewasa,
dan jenis logik anak-anak itu berubah seiring dengan bertambahnya usia. Namun, ada
juga penyelidik yang mengutarakan detail-detail penemuan Piaget, terutama mengenai
usia ketika anak mampu menyelesaikan tugas-tugas tertentu.

Antara kritikan tersebut ialah pada sebuah kajian klasik, McGarrigle dan Donalson
(1974) menyatakan bahawa kanak-kanak sudah mampu memahami pemuliharaan
(conservation) dalam usia yang lebih muda daripada usia yang dinyatakan oleh Piaget
Kajian yang lain pula mengkritik teori Piaget iaitu anak-anak baru mencapai
pemahaman tentang objek permanence pada usia di atas 6 bulan. Balillargeon dan De
Vos (1991); 104 anak diamati sehingga mereka berusia 18 tahun, dan diuji dengan
pelbagai tugas operasi formal berdasarkan tugas-tugas yang dipakai Piaget, termasuk
ujian hipotesis. Majoriti anak-anak itu memang belum mencapai tahap operasi formal.
Hal ini sesuai dengan kajian-kajian McGarrigle dan Donaldson serta Baillargeon dan
DeVos, yang menyatakan bahawa Piaget terlalu meremehkan kemampuan anak-anak
kecil dan terlalu menilai tinggi kebolehan anak-anak yang lebih tua. Seterusnya,
Bradmetz (1999) menguji pernyataan Piaget bahawa majoriti kanak-kanak mencapai
formal pada akhir masa kanak-kanak.

Inilah yang menjadi pertentangan dan kritikan di antara ahli psikologi. Tetapi
beberapa psikologi mengatakan bahawa kita tidak boleh meninggalkan semua teori
Piaget, mereka ini yang dinamakan aliran neo-Piagetian.

Anda mungkin juga menyukai