Anda di halaman 1dari 26

BAB IV

GERAKAN PEMUDA SEMASA REJIM SUKARNO

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini cuba menguraikan pola-pola kegiatan pemuda Indonesia pada era rejim Sukarno

iaitu selepas menCapai kemerdekaan Indonesia dan mencari pola-pola pemerintahan

yang relevan dcngan keperluan rakyat Indonesia yang berbilang kaum. Perbincangan

bermu la dari pengal ihan kuasa sehingga mendapat pengiktirafan luar negeri (1945 —

1950) dan dilanjutkan dengan pembahasan terhadap pola kegiatan pemuda termasuk

pertentangan dan konflik yang terjadi dengan dengan kerajaan oleh kerana perbezaan

fahaman (1950 — 1965). Pada bahagian akhir akan dikemukakan analisis terhadap pola-

pola gerakan pemuda tersebut dengan merujuk kepada beberapa pandangan pakar.

4.2 PENGISTIHARAN DAN PERUBAHAN KUASA

4.2.1 Penn uda dan Tokoh Pergerakan

Pada 17 Ogos 1945, Ir Sukarno dan Dr. Mohammad Hatta telah memproklamasikan

kcmerdekaan Indonesia atas nama bangsa Indonesia. Jika dikaji. maka terdapat empat

kondisi asas seputar pel bagai persoalan yang wujud didalam tempoh P roklamasi

kemerdekaan bahkan terns berlangsung hingga beberapa tahun sesudahnya.


110

l . Perbezaan pemikiran antara tokoh-tokoh tua yang tercermin pada hasil

keputusan Badan Penyelidik dan Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia

(BPPKI) yang dibentuk oleh tentera Jepun, dengan para pemuda yang

menganggap bahawa tidak ada satupun lembaga yang dibuat oleh Jepun yang

menguntungkan bangsa Indonesia dimana mereka lebih yakin dengan kekuata n

sendiri tanpa bantuan atau dukungan apapun daripada tentera Jepun.

2. Terdapat pelbagai kelompok pemuda, walaupun kelompok-kelonipok

tersebut sudah wujud sebelum zaman penjajahan Jepun, ternyata makin

memperl ihatkan wujud dan pengaruhnya dihari-hari sekitar Proklamasi

kemerdekaan

3. Munculnya perbezaan sikap antara tokoh pergerakan, yang telah sejak

zaman kolonial aktif dalam pergerakan kemerdekaan, dengan para pemuda,

tentang status Jepun selepas kalah perang, dan tentang ancaman daripada

tentera Sekutu

4 Usaha pengukuhan ke dalam atau ‘konsolidasi’ dari pelbagai kekuatan

politik sediada dalam usaha menentukan jalannya revolusi kemerdekaan.

BPPKI dibentuk berasaskan pengumuman Gunseikan No. 23 pada 29 April

1945, diketuai oleh K. R.T. Radjiman Wediodiningrat dengan tugas untuk menyelidiki

hal-hal yang penting sebagai persiapan pembentukan negara Indonesia merdeka. Kerana

kedudukan tentera Jepun yang semakin terpojok dalam perang di Asia, BPPKI

kemudian segera menubuhkan Panitia Persiapan Kmerdekaan Indonesia e KI) yang

bertugas untuk mengatur dan menyelenggarakan pemindahan kekuasaan dari balatentara

Dat Nippon kepada Pemerintah Indonesia yang diketuai oleh Sukarno.


1lI

4.2.2 Merdeka atau Mati

Sehari setelah Proklamasi Kemerdekaan diumumkan, pada 18 Ogos 1945 I r. Sukarno

dan Dr. Mohammad Hatta secara rasmi diangkat menjadi Presiden dan Wakil Presiden

Republik Indonesia yang pertama Bendera kebangsaan merah putih dikibarkan di

hampi r seluruh pelosok Indonesia, termasuk di pejabat-pejabat awam yang sebelumnya

dikuasai oleh tentera Jepun. Walaupun kemerdekaan sudah diperolehi, tentangan dan

ancaman daripada tentera Jepun yang masih berada di Indonesia ataupun tentera sekutu

yang datang dan ternyata memberi tumpangan kepada tentera menghantui masa hadapan

bangsa dan negara Indoneia

Proklamasi kemerdekaan turut meningkatkan keyakinan dan tekad daripada

seluruh rakyat Indonesia, termasuk meningkatkan kreativiti di bidang seni yang dapat

dilihat dari muncul nya seniman-seniman seperti Chairil Anwar, Affandi, Comel

Simanjuntak dan Ismail Marzuki, dimana mereka turut mcncipta puisi dan lage-1agu

peıjuangan yang terus meningkatkan semangat peıjuangan para pemuda dalarn

mempertahankan kemerdekaan.

Kenyataan bahawa kemerdekaan semakin diancam oleh kekuatan lear

membuat para pemuda bergerak merebut senjata tentera Jepun. Barisan-barisan tentara

rakyat yang dibentuk oleh tentera Jepun dibubarkan dan kemudian ditubuhkan Badnn

Keamannn Rakyat dan pada 5 haribulan Oktober 1945 diubah menjadi ’rentnra

Keamanan Rakyat (TKR). Kedatangan tentera sekutu sejak semula disambut secara

netral oleh pemerintah dan rakyat Indonesia. Akan tetapi, ketika diketahui bahawa

tentera Belanda turut serta dan berkeinginan untuk menegakkan kembali Hindia

Belanda, rakyat Indonesia, khasnya para pemuda memberikan cabaran dan perlawanan

dengan tekad yang kuat. Dua peristiwa yang memiliki ciri tersendiri adalah
112

Pertempuran Surabaya dan Bandung Lautan Api. Oleh itu, setiap 10 November

dijadikan sebagai peringatan hari pahlawan untuk menghormati perjuangan para

pemuda yang memberikan perlawanan terhadap kedatangan tentera Inggris di Surabaya

pada tahun 1945.

4. 1.3 Tempoh Ntasa Pcralihan

Pada 19 Ogos 1945 PPKI melakukan sidang menyusun organisasi kabinet, dimana

kabinet pertama merupakan kabinet presidentil yang diketuai oleh Ir. Sukarno. Tak lama

setelah itu, pada 29 September 1945 tentera Inggris mendarat di pelabuhan Tanjung

Priok Jakarta dan melucuti tentera Jepun, y=8 sesuai dengan perjanjian dengan tentera

sekutu harus terns memelihara status quo. Kerajaan Indonesia mendianlkan sahaja

kejadian tersebut kerana perhatian para pernimpin sedang dalam usaha mempersiapkan

asas dan dasar-dasar negara Indonesia. Kerana merasa tak sabar deng°'' pemimpin-

pemimpin bangsa yang tidak segera bertindak memberikan pertentangan terhadap

kemasukan tentera Belanda tersebut, maka berlakulah peristiwa-peri stiwa sejarah dan

revol usi dimana para pemuda bertindak sebagai pejuang utama dalam memberikan

perlawanan. Adam Malik (1975) memberikan komen mengenai situasi politik pada

waktu itu sebagai berikut:

“Pemuda-pemuda tidak melihat dan merasa usaha dari pemerintah


sedikitpun untuk mengisi arti pemerintah itu dengan kenyataan. Tidak
ada kerepotan, tidak ada rencana, tidak ada perintah. Bingung.
Pemerintah Republik Indonesia telah terbentuk dan Kabinet Presiden
Pertama purr telah disusun tanggal 29 Ogos 1945, lama selepas hari
Proklamasi. Tetapi susunan ini baru berupa catatan nama-nama yang
tertulis di atas kertas dan kemudian diberikan kepada surat-surat khabar.
Kenyataan tidak ada, yang ada hanya berkumpul di Bangu nan
Pegangsaan 56”
113

4.1.4 Dorongan Pemuda

Peranan pemuda dalam perjuangan mencapai proklamasi kemerdekaan adalah sangat

besar, akan tetapi dalam kabinet Sukarno tidak terdapat satupun tokoh pemuda yang

diikutsertakan. lni menggambarkan penyusunan kabinet tersebut dipengaruhi oleh pola

pemikiran Dadan Penyelidik dan PPKI. Merasa tak puas hati, dengan dipelopori oleh

Chairul Saleh, Sukarni dan Wikana atan para pendukung Sutan Sjahrir, para pemuda

menuntut agar PPKI diganti dengan Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP), yang

bererti mengubah sistem kabinet presidensil menjadi parlementer. Walaupun tuntutan

tersebut pada awalnya ditolak Malik 1975), tuntutan yang keras, perbezaan pendapat

antara tokoh-tokoh pemimpin, khasnya berkenaan dengan keberadaan parti-parti politik

dan sistem pemerintahan serta keadaan negara yang semakin kacau mengakibatkan usul

tersebut diterima. Oleh itu, PPKI secara rasmi digantikan oleh KNIP, dengan program-

program yang sebagaimana diusulkan oleh Sjahrir dan para pendukungnya adalah

seperti berikut.

1. KNIP yang berstatus sebagai badan legislatif.

2. Selepas KNIP dijadikan sebagai badan legislatir, kabinet parlementer akan

ditubuhkan dengan Sjahrir sebagai perdana menterinya

3. Membentuk di mana golongan sosialis demokrat menduduki

sebaliagian besar ku rsinya (Chaniago, 1979)

Keadaan semasa yang dalam kekacauan, pertentangan dalaman antara pelbagai

pihak ataupun individu, ancaman tentera Inggris dan Belanda ramai membantu realisasi

daripada ketiga program KNIP tersebut. Pada masa tersebut Sjahrir semakin

memperlihatkan ketokohannya dengan kritik-kritiknya yang dikenal sebagai


114

Perjoennga n Kita’. Pada I I November 1945 Badan Kerja KNIP mengeluarkan

pengumuman Nomor 5 tentang peralihan pertanggungjawaban menteri-menteri dari

Presiden kepada Badan Pekerja KNIP dan mencalonkan Sjahrir untuk membentuk

kabinet baru, iaitu suatu asas formal-yuridis mengenai peralihan sistem pemerint ahan

menjadi sistem Cabinet parlementer

4.2 PEMUDA DAN KONFLIK POLITIK

4.2.1 Kongres Pemuda 1945

Kewujudan pertentangan pendapat antara para pemuda dengan golongan tua, dan

perbezaan pendapat diantara para pemuda itu sendiri berkenaan dengan masalah-

masalah nasional, meningkatkan keinginan untuk melaksanakan suatu pertemuan atau

Kongres pemuda seluruh Indonesia. Kongres ini didahului oleh kongres pendahuluan

pada 25 Oktober 1945 yang menyatakan tujuannya untuk mewujudkan suatu

perkumpulan bagi seluruh organisasi pemuda yang ada di Indonesia yang akan

dilaksanakan pada 9-1 1 November 1945.

Kongres Pemuda tersebut dihadiri oleh Presiden dan Wakil Presiden serta

beberapa tokoh pemimpin nasional. Dalam suasana optimistik, Kongres beijaya

menubu hkan Badan Konggres Pemuda Republik Indonesia (BKPRI) yang dipimpin

oleh Chairul Saleh. Dalam tempoh masa y°" b tfik lama, situasi politik dan keselamatan

lndonesia, khasnya di bandar Jakarta yang semakin Bawat telah memaksa Pemerintah RI

hijrah kc Yogyakarta. Pada 3 Januari 1946 Presiden dan Wakil Presiden pindW ke

Yogyakarta sedangkan Perdana Menteri Sjahrir dan sejumlah ahli—ahli kabinet tetap

duduk di Jakarta.
4.2.2 Diplomasi dan Perjuangan Bersenjntn

Sehari selepas sampai di Yogyakarta, Presiden Sukarno menyampaikan pidatonya di

radio dan menyatakan bahawa tahun 1945 adalah tahun “kejadian” dan tahun 1946

adalah tahun “kepastian” ( é"hatiiago, 19 79.’ 138). Beliau kemudian mengharapkan

bantuan dan kc a—sama sepenuhnya daripada rakyat untuk dapat menciptakan kerajaan

yang stabil. Dalam masa yang hampir bersamaan, salah seorang tokoh revolusioner-

nasionalis’ iaitu Tan Malaka melancarkan pertentangan terhadap dasar diplomasi

kabinet Sukarno dan kabinet Sjahrir dimana pertentangan ini mendapat bantahan keras

daripada para pemuda. Walaubagaimanapun, asas pemikiran Tan Malaka ini, yang telah

beliau suarakan jauh sebelum kemerdekaan dicapai, sememangnya telah mempengaruhi

pendapat sebahagian pemimpin nasional pada masa tersebut.

Tan Malaka sendiri adalah seorang tokoh yang telah lama dikenal sejak zaman

penjajahan Hindia Befunda. Beliau seorang tokoh revolusioner nasionalis yang sangat

keras dalam pendirian dan terns menentang dasar penjajahan Belanda. Akibatnya, beliau

telah beberapa kali diusir atau ‘dibuang’ ke luar negara yang justru semakin membuat

beliau terpengaruh dengan asas Marxisme (Chaniago 1979). Pemikiran Tan Malaka ini

merupakan asas pernikiran beberapa kelompok pemuda y°•8 menentang dasar berbaik-

baik dengan Belanda, termasuk dasar untuk terns mengizinkan syarikat-syarikat dan

perniagaan milik Belanda dikuasai oleh Belanda. Bagi kelompok ini, nasionalisasi

terhadap syarikat-syarikat Befunda tersebut adalah piJ ihan yang harus dijalankan. Oleh

itu, pertentangan terhadap dasar ‘nasionalisasi’ tersebut terns membayangi suasana

politik dan perbezaan pendapat antara tokoh-tokoh nasional.

Walaupun pada 3-5 Januari 1946 pelbagai organisasi sosial-politik

menubuhkan federasi Persatuan Perjuangan (PP) untuk menyatukan pandangan dan


116

sikap pemikiran, usaha untuk mendamaikan pelbagai perbezaan pendapat dan

pertentangan daripada kelompok-kelompok pemuda adalah sangat susah untuk

dilaksanakan. bahkan sampai pada tahun-tahun berikutnya, dimana dilema antara

diplomasi atau perjuangan bersenjata menjadi semakin pelik dimana akibatnya

menimbulkan tindakan kekerasan bersenjata yang hampir tidak terkawal.

4.3 KRISIS POLITIK DAN PERJUANGAN

4.3.1 Konggres BKPRI dan Suasana Politik

Kongres BKPRI kedua diadakan di bandar Yogyakarta pada 8-9 lun 1946, yang

menghasilkan Seman Bersarna’ yang berbunyi sebagai berikut (Hardjito 1952: 136):

“Merdeka!”
Berhubung dengan kegentingan waktu dan keamanan, kami segenap
pimpinan organisasi-organisasi pemuda yang tergabung dalam Badan
Konggres Pemuda Republik Indonesia, dengan ini memerintahkan
kepada seluruh pemuda Indonesia.
Pertarna. perkuatlah laskar kita!
Kedua, singkirkanlah grup-egoisme!
Ketigm basmilah segenap penghambat dan perintang perjuangan kita
bersama!
Keempat, siapkanlah tenaga guna mengisi jabatan-jabatan pemerintah
yang penting-penting!
Kelimq patuh dan taatilah pemerintah yang dapat memimpin revolusi
dan sosial kita!

Yogyakarta, 9 haribulan Jun 1946


(Ditanda-tangani oleh) Segenap organisasi pemuda yang tergabung
dalam Badan Konggres Pemuda Republik Indonesia.

Seruan ini ditandatangani oleh wakil-wakil pelbagai organisasi pemuda yang

hadir. Dalam susunan kepungurusan yang baru terpilih Suparno, Sumarsono, Tatang
11 7

Machmud dan Warsana sebagai Presidium. Tahun kedua Republik Indonesia Merdeka

memang kurang mencerminkari persatuan nasional yang kuat di kalangan para

pemimpin politik, termasuk diantara para pamuda Seperti telah dijelaskan, asas

pertentangan tersebut adalah pemilihan dasar diplomasi atau perjuangan bersenjata

Perbezaan sikap dalam menentukan sifat revolusi dan pertentangan-pertentangan antar

pribadi dan parti politik semakin mempengaru hi keberkesanan hasil kerja daripada

kabinet-kabinet atau pemimpin-pemimpin kerajaan pada tempoh masa tersebut

4.3.2 Wadah Baru Organisasi Pemuda

Pada 10 haribulan Mac 1947 muncul organisasi baru yang merupakan wadah organisasi

pemuda yang kuat bernama Perserikatan Perhimpunan Mahasiswa Indonesia

(PPMI), iaitu wadah federasi dari organisasi-organisasi mahasiswa Indonesia diluar

universiti. Badan pengurus PPMI yang terpilih adalah sebagai ketua Suripno, wakil

Milono Achmad, Sudjatmoko, Acmad Darah dan Sekretaris Jendral Sugiyono

Penubuhan PPMI ramai membantu mengumpulkanpelbagai kelompok-kelompok

mahasiswa untuk ikut serta mempertahankan Republik dalam perjuangan bersenjata

melawan tentera Belanda (NICA Army) (Amstutz 1958).

4.3.3 Krisis Politik, Agresi dan Kedaulatan

Agresi pertama oleh Belanda kepada Republik Indonesia ditandai dengan kemasukan

tentera Belanda pada 21 haribulan Juli 1947. Beberapa hari kemudian, pada 31 Juli 1947

India dan Australia membaWa masnlah a ;resi Belanda ini kepada Dewan Keamanan

Perserikatan Bangsa-Bangsa. Dalam hal ini, wakil kerajaan Belanda menolak Dewan

Keamanan PBB untuk ikut campur dalam hal ini kerana mengang8•P hat tersebut
sebagai masalah dalaman Belanda. Walaubagaimanapun, Dewan Keamanan

menyerukan gencatan senjata kepada kedua belah pihak.

Pada 25 Ogos 1947, PBB menyetujui usul daripada Amerika Syarikat agar

dibentuk Komisi Tiga Negara untuk membantu penyelesaian konflik antara Indonesia

dan Belanda. Indonesia memilih Australia sebagai anggota komisi, sedangkan Belanda

memilih Belgia. Amerika Syarikat terpilih sebagai ne8ara ketiga dan memimpin komisi

tersebut yang menjalankan perbincangan di sebuah kapal perang (legate) Renville,

7ang menhasilkan Kesepakatan Renville". Akan tetapi, kesepakatan tersebut justru

mengurangi wilayah rasmi Republik Indonesia dimana beberapa wilayah dipisahkan

dari wilayah rasmi Republik Indonesia. Hal ini mendapatkan pertentangan dan ketak-

setujuan yang meluas, khasnya diantara para pemuda yang menganggap wilayah rasmi

RI adalah satu dan ridak dapat dipisah-pisahkan.

Penentangan terhadap kcsepakatan Renville tersebut menghasilkan kekacauan

politik dan militer di dalam negeri. Hal ini dimanfaatkan oleh Belanda melalui aksi yang

disebutnya sebagai ‘aksi polisional’, iaitu dimana pada 19 Desember 1948 bandar

Yogyakarta, tempat kedudukan Presiden dan Wakil Presiden RI, diserbu oleh ‘para-

troopers’ atau tentera komando Belanda sehingga Presiden dan Wakil Presiden berhasil

ditangkap dan diasingkan ke luar negara. Menanggapi hal ini, Pemerintah Darurat

Republik Indonesia diwujudkan untuk sementara di Sumatera Tengah dan TKR bersama

pemuda dan mahasiswa tetap berjuang di bawah pimpinan Sudirman dan mengadakan

perang gerilya di merata tempat.

Disamping tentangan dari dalam negeri, ‘aksi polisional’ Belanda tersebut juga

mendapatkan tentangan dari luar negeri, yang akhimya semakin menckan Belanda

untuk menhentikan agresinya tersebut dan memulai perundingan baru dengan pihak
119

Indonesia Perundingan baru tersebut men 8hasilkan pemyataan Roem Van Royen pada

7 Mac 1949 yang salah satunya menyebabkan kerajaan Republik Indonesia boleh

kembali ke Yogyakarta. Dalam waktu yang tak lama, perundingan tersebut disusul oleh

Perundingan Mejn Bundar dimana salah satu hasilnya adalah pembentukan Republik

Indonesia Serikat (RIS), iaitu negara Indonesia yang bersifat federasi dengan Sukarno

sebagai Presiden dan M. Hatta sebagai PM. Disamping itu, Belanda mengakui

kedaulatan penuh, ‹few jure, Republik Indonesia pada 19 December 1949, dengan syarat

kerajaan Indonesia mengakui hak-hak Belanda terhadap syarikat-syarikat dan

perniagaan milik Belanda yang berada di Indonesia.

Akan tetapi, usia RIS tidak lama dan kembali berubah menjadi Republik

Indonesia yang berbentuk negara kesatuan, walaupun proses tersebut dalam

waktu yang agak perlahan, khasnya kerana pertelagahan dengan ‘Negara Sumatera

Timur’ dan ‘Negara Indonesia Timur’ (Kahin 1970). Dengan berakhirnya perjuangan

bersenjata melawan Belanda, perjuangan kebangsaan beralih menjadi perjuangan politik

didalam Dewan Perwakilan Rakyat dimana parti politik, kekuatan-kekuatan sosial-

politik dikemudian hari menentukan peqalanan Republik Indonesia.

4.4 KAM PUS DAN PENGALAMAN BERPOLITIK

4.4.1 Kembali ke Sekolah

Selepas pengakuan kedaulatan rasmi, Negara Republik Indonesia tetap menghadapi

masalah dalairlan seperti gerak=-8erakan pemberontakan bersenjata seperti Darul

Islam, Angkatan Perang Ratu Adil (APRA), Republik Maluku Selatan (RMS) dan

kemudian PRRI/ PERMESTA. Akan tetapi, kOnfl ik, perel•b"*'=, perbezaan pendapat
120

politik berkenaan dengan pelaksanaan sistem pentadbiran yang efisien dan berkesan di

satu pihak dengan dasar akomodasi dan nasionalisasi serta persaingan politik secara

perlahan justru melemahkan bangsa dan negara Indonesia. Pergantian kabinet yang

memegang kuasa pentacbiran terns menerus terjadi dan tidak ada kabinet yang dapat

bertahan lama. Walaupun demikian, selepas krisis RIS 1950/1951 berakhir, keamanan

mulai tegamin, baik di bandar ataupun di pedesaan dan suasana optimistik semakin

meningkat terutama bagi mahasiswa dan pelajar yang terns yakin kembali ke sekolah

dan kampus.

Tempoh masa antara tahun 1950-1955 merupakan era penyesuaian dirt bagi

para pemuda dan pelajar serta mahasiswa kepada keadaan negara yang normal. Pada

masa tersebut kegiatan pers atau penerbitan kampus mulai wujud dan juga kegiatan

mahasiswa didalam kampus atau yang dikenal sebagai dewan atau senat mahasiswa.

Salah satu yang terkenal adalah GAMA„ iaitu majalah yang diterbitkan oleh Dewan

Mahasiswa Universiti Gajah Mada di bandar Yogyakarta.

4.4.2 Politisasi Organisasi Mahasiswa

Pada 11 haribulan Januari 1950 Dewan Mahasiswa Universiti Gajah Mada yang

terbentuk diketuai oleh Nazir Alwi dan Wakil Sufaet, Kusnadi Hardjasu-mantri sebagai

sekretari s Kemudian dibentuk pula Dewan Senat Mahasiswa (untuk fakulti) Sehingga

mahasiswa dapat memasuki dua jenis organisasi iaitu intra universiter, Dewan/Senat

Mahasiswa, yang keanggotaannya bersifat pasif di maria mahasiswa langsung menjadi

anggota dan ekstra universiter (luar kampus) yang keanggotaanııya bersifat aktif.

Menjelang Pemilihan Umum (Pilihan raya umum) pertama pada tahun 1955,

telah wujud ramai organisasi mahasiswa dan pemuda yan; memiliki hubungan dengan
parti politik tertentu, scperti Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia (GMNI) yang

dekat dengan Parti Nasional Indonesia/ PNl, Ikatan Pelajar Nahdatul Ulama dengan

parti NU, dan Gerakan Pemuda Sosialis dan Gerakan Mahasiswa Sosialis Nasional yang

terkait dengan Parti Sosialis Indonesia/ PSI dan Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI)

dengan ‘afiliasi’ politik: kepada Masjumi. Di lain pihak, PKI, suatu kekuatan politik

yang cukup kuat pada masa tersebut, tidak membentuk organisasi pemuda, melainkan

bermain secara halus dengan memanfaatkan organisasi yang telah ada dan mengubah

organisasi mahasiswa atau pemuda bukan komunis menjadi organisasi yang komunis.

Suasana sedemikian semakin memuncak menjelang pilihan raya tersebut dilaksanakan

seiiring dcnga• persai ngan politik makin menguat. Akibatnya, sistem demokrasi bebas

yang diharapkan membawa kestabilan didalam demokrasi parlementer, justru

memperl ihatkan fragmentasi atau perpecahan politik yang semakin lama menjadi

semakin kuat.

4.4.3 Konferensi Mahasiswa Asia-Afrika

Dua dasar dari politik luar negeri Indonesia adalah; pertama, tidak memihak pada salah

salu pihak atau blok (blok ‘barat’ dan blok ‘soviet’), bersikap netral dan aktif jika hal
K
yang dipermasalahkan menyangkut prinsip-prinsip yang dipeijuangkan. Prinsip kedua

iaitu menggalang solidariti dengan negara-negara dan bangsa yang menghadapi soal

kolonialisme dan dekolonialisasi Salah satu wujud dari dasar politik tersebut adalah

diadakannya Konferensi Asia Afrika pada bulan April 1955 di bandar Bandung.

Sementara itu, gerakan pemuda melalui PPMI bemsaha mewujudkan solidariti

selaras dengan dasar politik luar PPMI dalam masa dua tahun selepas

konferensi tersebut, iaitu pada April 1957 mengadakan konferensi pemuda Asia- Afrika
1 22

yang mengeluarkan ‘Deklarasi Hari Solidariti lnternasional Menentang Kolonial isme’

Isi daripada deklaras tersebut adalah pemyataan untuk saling memperkuat kerjasama

antara rakyat negeri-negeri Asis-Afrika, menghentikan dengan segera kolonialisrne yang

masih ramai terdapat di negeri-negeri Asia dan Afrika serta menentang percubaan bom

nuklir yang boleh mengganggu keselamaian dunia. Disainping PPMI, beberapa

organisasi pemuda yang aktif dalam konferensi tersebut adalah Fron Pemuda Indonesia

(FPI) dan Perserikatan Organisasi Pemuda Islam Seluruh Indonesia (PORPISI).

4.5 ANTARA BARAPAN DAN KENYATAAN

4.5.1 Pemuda Selepas Pilihan Rnye Umum 1955

Pemilihan Umum 1955 memunculkan 4 parti politik terbesar iaitu PNl, Masyumi, NU

dan PKI. Kemunculan PKI sebagai kekuatan politik keempat terbesar merupakan

sesuatu yang mengejutkan bagi hampir seluruh rakyat Indonesia, termasuk para pemuda

dan mahasiswa yang terlibat dalam gerakan Islam serta ABRI. Dalam tempoh masa

tersebut, rakyat masih berani dan dijamin haknya untuk bicara secara terbuka bahawa

mereka anti dan tidak setuju kepada dasar komunisme. PKI sendlri, selepas

keterlibatannya dalam pemberontakan di Madiun pada tahun 1947, telah berusaha

membersihkan paHinya dari individu-individu yang terlibat dan dianggap tidak

menguntungkan bagi kemajuan PKI sendiri.

Tahun 1956 merupakan tahun yang menentukan bagi kelanjutan perjalanan

sejarah Indonesia di maria berlaku perpecahan Sukarno-Hatta. Hal ini berlaku kerana

pertbezaan jalan pemikiran keduanya dan juga sikap Presiden Sukarno yang tidak

konsisten dalam masalah-masalah konstitusional dan kenegaraan. Berhentinya Bung


123

Hatta sebagai Wakil Presiden menambah ketegangan politik yang berlaku diseluruh

Indonesia dan telah memancing kewujudan pemberontakan PRRf/Permesta yang

berlaku di Sumatera den Sulawesi.

Dalam menghadapi pemberontakan tersebut, Presiden Sukarno mengumumkan

keadaan daru rat perang di seluruh wilayah lndonesia dimana Kabinet Ali Sastromidjojo

mengundurkan dirt dan digantikan oleh Kabinet Djuanda dengan mengikut-sertakan

PKI dalam kabinet. Usaha-usaha untuk mendamaikan Sukarno dan Bung Hatta ternyata

tidak beijaya. Walaupun pemberontakan yang terjadi tersebut cukup kuat, temyata

kekuatan ABRI melebihi mereka dan kesemua pemberontakan ini dapat dihapuskan

pada bulan Ogos 1958.

Peranan politik pemuda dan mahasiswa dalam kegiatan politik nasional

semakin meningkat dengan ditandai dengan dilantiknya Dewan Pertimbangan Pemuda

oleh Presiden Sukarno. Dalam masa yang tak lama, wujud pelbagai organisasi -

'Banisasi pemuda seperti BKMI, IPMI, dan BKSKMI yang dikenal sebagai specialized

agency yang bercita-cita untuk menjadi wadah fungsional, professional dan specialis

untuk bidang masing-masing dari suatu wadah tunggal National Union Students.

4.5.2 Gabungan Sukarno-Pemuda Revolusi

Selepas pengunduran dirt Bung Hatta, Sukarno mulai memperkuat kedudukan

politiknya, termasuk dukungan dari luar negara. Dalam pada itu, kelompok pemuda

revolusi yang paling sesuai dengan beliau adalah kelompok Chairul Saleh dimana

Sukarno mulai menjalan hubungan dekat dengan mereka. Reuni antara Sukarno sebagai

Proklamator dengan sisa kelompok pemuda yang ikut dalam revolusi kemerdekaan

merupakan babak baru dalam Sejarah Indonesia.


124

Dalam tempoh selepas Pilihan raya 1955, tren kekuasaan yang monolit dan

absolut semakin wujud dimana secara perlahan kekuasaan ini boleh menyimpang

Seperti yang dikatan oleh seorang pakar, “Allpower tend to corrupt”, kekuasaan yang

absolut memungkinkan terjadinya salah guna kuasa dan pentadbiran kerajaan yang

Hal ini desebabkan tidak adanya suatu sistem chc•ck ani:1 balance

yang berkesan dan peringatan terhadap kemungkinan-kemungkinan tersebut Dengan

semakin kiatnya kedudukan Sukarno sebagai presiden, nyaris tak ada yang memberi

peringatan bahawa terpusatnya kekuasaan dalam satu tangan akan menghancurkan

sistem politik tersebut dari dalam. Peringatan Bung Hatta terhadap Sukarno dalam hal

ini terns diabaikan beliau, bahkan tulisan-tulisan Bung Hatta seterusnya dilarang untuk

dipublikasikan dalam media.

Mulai tahur 1956 PKI secara terns mengusahakan penyebar-luasan fahaman

mereka dikalangan mahasiswa dan mencuba membentuk organisasi mahasiswa sebagai

onderbow’ dimana para pelajar yang sefahaman dengan komunis beijaya mengambil-

alih Ikatan Pemuda Pelajar Indonesia. Diluar ini, gabungan dewan-dewan mahasiswa

juga merupakan sasaran PKI dalam menyebar-luaskan pengaruhnya dikalangan

mahasiswa dan pemuda.

4.6 TEM POH AKHIR KEKUASAAN SUKARNO 1959-1965

4.d.1 ’Ntanipol Usdek’

Pertentangan dan perbezaan pendapat antar parti politik berlaku dalam sidang

Konstituante, termamk dalam kesepek.atau menentukan Undang-Undang Dasar Negara

yang baru untuk menggantikan Undang-Undang Dasar Sementara. Pertentangan politik


1 25

iiii menyebabkan ramai dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Hal ini

telah mengakibatkan tujuan daripada kemerdekaan nasional tidak dapat tercapai,

khasnya dalam usaha pembangunan ekonomi nasional. Pelbagai dasar ekonomi justru

disalah-guna, memberikan keuntungan bagi kelompok yang dekat dengan kekuasaan

dan sebaliknya terns tidak memperhatikan keperitan hidup bagi sebahagian besar

masyarakat Indonesta.

Pertentangan dalam ideologi yang terus menerus berkelanjutan seolah-olah

menunjukan parti-parti politik yang terlibat dalam kabinet melupakan sejarah lahimya

Republik Indonesia dimana persatuan daripada bangsa yang majemuk merupkan

kekuatan ampuh dalam melawan kekuatan luar. Presiden Sukarno cepat membaca

situasi ini dan berusaha meningkatkan semangat peijuangan nasional melalui slogan

“Revolusi Belum Selesai”, “Gerakan Hidup Baru”, “Operasi Makmur”, “Konsepsi

Presiden” dan akhimya “Kembali ke UUD 1945”

Untuk mendukung gerakan-gerakan ini Presiden Sukarno mencuba membina

kekuatan politik dikalangan para penyokongnya yang mempunyai kekuatan di luar

parlimen. Presiden Sukarno mengharapkan agar kekuatan di luar parlimen akan lebih

berupaya untuk bertindak sebagai pihak yang menekan keberkesanan kerja kabinet dan

menghentikan pertent °•8an politik yang terns terjadi didalam kabinet. Menu rut

Sukarno, sistem demokrasi dalam bentuk sistem kabinet parlementer sebenarnya kurang

sesuai dengan asas bangsa Indonesia (Reeve 1985).

Dengan dukungan dari lend. A.H. Nasution sebagai panglima ABRI, yang

sememangnya merasa bahwa TNl tidak mendapatkan tempat yang terhormat dalam

politik, Sukarno terus menekan dan menyerang kabinet dan akhirnya menyatakan

bahawa sistem kabinet parlemter (konstituante) akan dibubarkan. Akhirnya pada 5 Juli
1 26

1959 Presiden Sukarno mengeluarkan dekrit yang dikenal dengan Dekrit Presiden 5 Juli

1959 yang isinya:

1. Menetapkan pembubaran Konstituante

2. Menetapkan Undang-Undang Dasar 1945 berlaku kembali.

3. Pembentukan Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara.

Tujuan kembaJ inya ke UUD 1945 adalah dalam rangka pelaksanaan demokrasi

terpimpin, dimana Presiden Sukarno, disamping dukungan penuh TNI, turut mendapat

dukungan dari PKI. Segitiga politik Sukarno-TNl-PKI yang kemudian menghasilkan

sistem Demokrasi Terpimpin adalah suatu sistem yang yang tidak berasaskan parlimen

secara nyata, dimana hat ini merupakan suatu bentuk sistem tersendiri dengan Presiden

Sukarno sebagai pusat dari kekuasaan dan pentadbiran negara Indonesia.

Dalam masa tersebut, pidato Kenegaraan Presiden Sukarno pada 17 haribulan

Ogos 1959 yang kemudian dijadikan bahan indoktrinasi yang terkenal dengan “Manipol

Usdek” (Manifesto Politik dan UUD 1945-Sosialisme Indonesia-Demokrasi Terpimpin

— Kepribadian Indonesia) mengakibatkan perkembangan politik kearah “progresif

revolusioner” yang akhimya mendorong kaum pemuda dan mahasiswa untuk memiliki

kesadaran politik, khasnya ketika terjadi perang merebut Irian Barat dari penjajahan

Belanda. Dalam pada itu, pada 19 Desember 1961, Presiden Sukarno mengumumkan

Tri Komando Rakyat (Trikora) di Yogyakarta yang berisi:

I Gagalkari pembentukan “negara” Papua bikinan Belanda kolonial

2. Kibarkan Song Saka Merah Putih di seluruh Irian Barat

2. Bersiaplah untuk mobilisasi umum.


1 27

Organisasi-organsasi kepemudaan purr diberi beban dan tugas mensukseskan

“rikora. Perjuangan merebut Irian Barat terus teijadi dan merupakan berita besar di

nedia nasional maupun intemasional. Selain perundingan antara Indonesia — Belanda,

beberapa sukarelawan dao tentera Indonesia mulai tejun dan bertempur melawan

entera Belanda di lrian Barat. Akhirnya, perjuangan merebut Irian barat berhasil

dimana kemenangan ini dilihat sebagai puncak prestasi Presiden Sukarno.

4.6.2 Nasakom (Nasional is-Agama-Komunis)

Walaupun tujuan daripada sistem Demokrasi Terpimpin’ adalah baik, kenyataan yang

terjadi justru mengakibatkan kekecewaan masyarakat. Dengan kekuatan presiden yang

sangat kuat, penyelewengan terhadap perlembagaan dan salah guna kuasa dengan

mudah dapat terjadi. Dasar Presiden Sukarno makin jauh dari cara-cara

berperlembagaan. Pembahagian kekua.saan semakin bercampur-campur dan tak jelas,

seperti dalam contoh kes diberikannya status menteri kepada DPR-GR, MPRS, dan

Mahkamah Agung, yang sebenarnya menurut UUD-45 memiliki kedudukan sama

dengan Presiden. Sementam itu, PKI mulai memperkuat kedudukannya dalam

perlembagaan dan pentadbiran negara melalui tokoh-tokohnya seperti D.N. Aidit, M.H.

Lu kman dan Nyoto dengan status menteri. Hal ini adalah sesuai dengan cita-cita politik

Sukarno yang dicetuskan sejak tahun 1926, yakni ‘Nasakom’ (Nasionalis-Agama-

Komunis). Sukarno berusaha terns meningkatkan kekuatan progresif revolusioner dari

kalangan nasionalis, agama dan komunis. Oleh itu, dasar ‘Nasakom’ ini disebarluaskan

keseluruh pelosok Indonesia

Sebagai seorang ‘orator’ yang terulung, pidato-pidato boleh

mempengaruhi rakyat, khasnya rakyat miskin, buruh dan petani. Pada setiap
128

kesempatan, beliau tidak lupa menyatakan dasar Nasakom dan kebaikannya bagi rakyat

Indonesia walaupun secara nyata tidak nampak adanya perbaikan daripada

kesejahteraan masyarakat. Bung Hatta, mantan Wakil Presiden, terns memperingatkan

bahawa pidato sahaja tidak ada guna, apabila tidak dapat diikuti dengan perbaikan yang

nyata untuk masyarakat

Disamping maslah dalam negeri dengan dasar Nasakom’, Presiden Sukarno

juga terns meningkatkan semangat ’progresif revolusioner’ dalam politik luar negara.

Salah satu contoh adalah dasar beliau dalam pembentukan negara Malaysia yang terdiri

dari Persekutuan Tarrah Melayu, Singapore dan Sabah yang telah terwujud pada 16

September 1963. Sukarno menuduh Malaysia sebagai ciptaan ‘neo-kolonialisme’

Inggris dan menentang usaha Inggris tersebut tersebut dengan melancarkan kempen

‘koniiontasi atau Ganyang Malaysia’, walaupun sebenarnya pelbagai pihak dalam

negeri Indonesia, khasnya TNI-AD, kurang setuju dengan dasar konfrontasi tersebut.

Pelbagai aksi dan sifar progresif revolusioner daripada Presiden Sukarno justru

dimanfaatkan oleh PKI dengan mengambil alih syarikat-syarikat milik Inggris, dengan

dukungan dari Presiden Sukarno. Dieamping itu, PKI terns memperhebat usaha

penyebaran fahaman komunis dalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan nudaya.

Sebagai contoh, PKI melakukan kempen “kebudayaan rakyat” dan mendirikan wadah

‘LEKRA” atau Lembaga Kebudayaan Rakyat, yang sebenarnya merupakan budaya

’ateisme’ yang jelas bertentangan dengan dasar Pancasila.

Bagi kehidupan bermasyarakat, dasar Nasakom hanya mengakibatkan

persatuan pada permukaannya sahaja kerana sebenarnya rakyat tidak menerima

persatuan antara agama dengan komunisme. Sebagai negara dengan majoriti rakyat

adalah penganut Islam, komunis jelas dilihat berlawanan dengan dasar-dasar Islam
1 29

dalam segala aspek kehidupan. Bagi gerakan mahasiswa dan pemuda, dasar tersebut

menyebabkan perbezaan sikap dan justru pertentangan. Di satu pihak terdapat golongan

pemuda yang mendukung dasar Presiden Sukarno termasuk sokongan kepada PKI, dan

di pihak lain berlaku gerakan mahasiswa yang menentang dan melawan dasar tersebut

4.6.3 Situasi Revolusioner

Keadaan pcrtentangan sikap dan fahaman tersebut semakin meningkat menjelang tahun

1965. Ketegangan antara golongan yang ingin menegakkan dasar politik berasaskan

prinsip kekeluargaan bangsa Indonesia dengan sikap politik berdasarkan pertarungan

kelas atau golongan semakin menjadi. Pertentangan ini berhubung kait dengan

penubuhan 'Badan Pendukung Sukamoisme’.

Dalam politik luar negeri, Indonesia meninggalkan politik bebas aktif dan

semakin dekat dengan blok ‘kiri ’, khasnya Soviet dan China. Terlebih apabila Sukarno

mewjudkan persek utuan dengan China, yang kemudian dikenal sebagai jalur “Jakarta —

Phnom Penh — Hanoi — Peking - Pyongyang”, iaitu sebagai suatu tatanan politik dunia

yang baru (Brackman 1973). Situasi demikian sangat menguntungkan PKI yang

mendapat suntikan kekuatan didalam negeri. Mulai awal Ogos 1965, PKI mengadakan

“build up” mental terutama di kalangan organisasi masyarakat serta penyokong-

penyokongnya untuk meogembangkan “ofensif revolusioner sampai ke puncaknya”

dan mempcrhebat persatuan dan tindakan-tindakan yang mengwaat kabinet, melawan

tuan tarrah serta imperialisme Amerika Syarikat (Posat Sejarah Angkatan Bersenjata

1963 ),

Pclbagai kondisi tersebut diatas mengakibatkan kemerosotan sosial, ekonomi

masyarakat. Masalah-masalah politik yang semakin kuat dengan dasar revolusioner


130

Sukarno menjadikan keadaan dimana “Politik adalah Panglima” sedangkan kehidupan

rakyat secara nyata semakin merosot ke lembah penderitaan, sejalan dengan kejatuhan

ekonomi. Pertentangan antara yang kelompok yang menyokong dan anti komunis

semakin menguat. bahkan pula di kalangan pelajar lndonesia yang sedang

menuntut di luar negeri. Walaubagaimanapun, harus diakui bahawa Konsolidasi

kekuatan PKG sejak tahun 1960- 1965 telah be aya. Dengan berjalannya dasar

Nasakom’ didalam setiap bidang, kedudukan PKI bertambah kuat, dan mulai

menimbulkan kekhawatiran dikalangan tentera (TNI). Keadaan bangsa pada bulan

September semain meningkat, pelbagai isu-isu menyebar dikalangan masyarakat,

menimbulkan kekhawatiran terhadap keselamatan mereka. Dengan terjadinya peristiwa

30 September, yang kemudian dikenal sebagai Gestapu/ PKI, keadaan menajdi semakin

tidak menentu dan kebimbangan rakyat telahpun mencapai puncaknya.

4.7 RUMUSAN

Selepas Indonesia merdeka, telah berlaku ramai perubahan dalam perjalanan bangsa dan

negara, baik dalam khasnya dalam bid6flg, Olitlk. Sistem demokrasi parlementer

berubah menjadi sistem demokrasi terpimpin’, gerakan perjuangan pemuda pada

zaman kemerdekaan telah berubah menjadi pertentangan politik diantara mereka.

Tempoh sebelum demokrasi terpimpin diwarnai oleh pertentangan parti-parti politik

dalam memperoleh kekuasaan.

Dari aspek peijalanan gerakan mahasiswa, zaman awal kemerdekaan,

gabungan atau aliansi antara pelbagai kelompok-kelompok mahasiswa mulai terwujud.

Tahun 1947 merupakan tahun pertama terbentuknya wadah mahasiswa iaitu

Perseri katan Perhimpunan Mahasiswa Indonesia (PPMT) yang dibentuk oleh pelbagai
13 I

kelompok mahasiswa lokal seperti Perserikatan Mahasiswa Djakarta (PMD)

Perserikatan Mahasiwa Jokjakarta (PMJ), Perserikatan Mahasiswa Bogor (PMB),

Perserikatan Mahasiwa Malang (PMM) ditambah unsur-unsur mahasiswa lainnya

seperti Mahasiswa Katolik (PMKRI), Mahasiwa Korsten (GMKI) Himpunan Mahasiswa

lslam (HMI) dan Serikat Mahasiwa lndonesia (SMI)

Kemudian, dalam tempoh selepas diakuinya kemerdekaan Indonesia sehingga

zaman demokrasi parlementer, pola kegiatan mahasiswa lebih merupakan kegiatan

sosial dalam ruang lingkup terbatas, seperti kegiatan mkan, penerbitan kampus dan

kelompok belajar. Hal ini sebahagiannya dipenganihi oleh ‘depolitisasi’, khasnya dasar

pemikiran ‘kembali ke kampus' dan dasar kebebasan akademik aca‹1emic feedom) yang

justru lebih mengikat mahasiswa dalam kegiatan kampus dan dunia akademik, dimana

keterlibatan aktif dalam pelbagai kegiatan nyata sangat rendah.

Oleh itu, gerakan mahasiswa menjadi lebih pasif, khasnya dibandingkan

gerakan pemuda, seperti dapat dilihat dalam kes konferensi Asia-Afrika pada 1957 yang

diadakan oleh pemuda dimana keterlibatan mahasiswa amat rendah. Mahasiwa melihat

dirt mereka sebagai bahagian kelompok yang akan mengisi kedudukan dalam

pentadbiran kerajaan. Pandangan reaktif terhadap masalah-masalah nyata rakyat hampir

tidak ada, terlebih untuk ‘memberontak’ terhadap kekuasaan yang ada.

Namun demikian, dari perspektif lain pada masa tersebut ditandai dengan

kewujudan organisasi mahasiswa yang her-afiliasi atau berhubungan dengan parti

politik tertentu. Pihak tentera (TNI) juga berusaha menjalin hubungan dengan

mahasiswa bahkan mewujudkan Regimen Mahasiswa (Menwa) di setiap kampus, dalam

usaha mereka untuk memastikan ‘depolitisasi' tersebut berkesan. Kesemua itu


132

mengakibatkan mahasiswa menjadi bahagian dari kepentingdfi Olitik berbanding

sebagai kekuatan yang mandiri

Wujudnya hubungan antara kelompok atau gerakan mahasiswa dengan parti

politik tertentu dapat dilihat dalam kes Gerakan mahasiswa Nasional Indonesia (GMNI)

yang berhubungan dengan PN I, Concentrasi Gerakan Mahasiswa Indonesia (CGMI)

dengan PKI, Gerakan Mahasiswa Sosialis Indonesia (Gemsos) dengan PSI, €ierakan

Mahasiwa Muslim Indonesia (GERMAHI) dengan PERTI, Serikat Mahasiwa Muslim

Indonesia (SEMNI) dengan PSII, Perhimpunan Mahasiwa Islam Indonesia (PMII)

dengan NU, dan Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) adalah independen, walaupun

seringkali dilihat berhubung-kait dengan Masjumi, salah satu parti politik berasaskan

Islam terkuat pada masa tersebut.

Wujudnya gerakan-gerakan mahasiswa yang dekat dan berhubungan, baik

langsung ataupun tidak langsung dengan parti-parti politik tersebut mengakibatkan

timbulnya pertentangan diantara mereka. Perseteruan yang paling ketat adalah antara

CGMI dengan HMI, khasnya dalam hal perebutan kedudukan dalam organisasi pusat

mahasiswa, PPMI. Perseteman juga terus berlangsung dalam usaha-usaha mereka untuk

mempengaruhi mahasiswa yang masih mandiri di pelbagai kampus. Dalam hal usaha

PKI untuk mempengaruhi mahasiswa atau gerakan mahasiswa didalam kampus, hal ini

justru dimungkinkan kerana peluang daripada kondisi politik di bawah pemerintahan

Demokrasi Terpimpin dimana PKI telah menjadi parti politik yang sangat dekat dengan

Sukarno Persaingan antara CGMI yang memihak komunis atau PKI dengan dan HMI

yang anti PKI mencapai puncaknya ketika peristiwa GESTAPU/ PKI dimana HMI

tampil dengan sokongan kekuatan tentera, khasnya tentera Darat (TNI-AD) untuk

menghancurkan PKI, iaitu induk daripada CGMI.


1 33

Menjelang kejatuhan Sukarno, HMI berperan aktif dan menerajui penubuhan

KAMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia). Penubuhan KAMI ini ternyata mendapat

ramai simpati daripada masyarakat dan terbukti dengan aksi KAMI dalam menuntut

‘Tortura’ di maria sebahagian besar rakyat lndonesia memberikan sokongan penuh

Keberkesanan aksi-aksi dan peıjuangan mahasiswa dan para pemuda tersebut, dengan

sokongan penuh tentera darat, akhirnya terbukti dengan kejatuhan Presiden Sukarno dan

seterusnya mewujudkan kekuasaan baru, iaitu ‘Orde Baru’ dibawah pimpinan Suharto.
Soeharto

Anda mungkin juga menyukai