Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan. Mengapa anda menulis?

-untuk menyampaikan sesuatu idea atau maklumat kepada orang lain


-untuk meluahkan perasaan
-untuk

Apabila saya menulis, apa yang saya baca, yang saya dengar akan lebih dingati.

Saya menulis sebab saya mahu memasuki bacaan saya lebih dalam lagi. Semakin saya
menulis semakin dalam keterlibatan saya dengan bacaan saya. Saya menulis sebab saya
ingin berbagi pengalaman, berbagi resep hidup yang mujarab.

Assalamualalaikum w.b.t

Pada pendapat saya , menulis ialah melakarkan atau melukis sesuatu lambang-lambang
grafik yang menggambarkan sesuatu bahasa yang boleh di fahami dan diterima oleh
akal manusia. Menulis sama seperti bercakap iaitu kedua-duanya menggunakan ayat ,
kosakata cuma bezanya menulis memerlukan kemahiran mengingat bentuk kosakata
dan sebagainya. Tujuan menulis ialah untuk berkongsi idea, maklumat, meluahkan
perasaan, dan lain-lain.

Bagi saya, kenapa saya menulis ialah kerana apabila saya menulis, apa yang saya baca
dan saya dengar akan lebih mudah di ingati dan difahami. Terutamanya sebelum kita
menghadapi peperiksaan, cara ini boleh di gunakan untuk menghafal dan
mengulangkaji pelajaran. Ia dapat membantu kita lebih mendalami apa yang kita baca
apabila kita menulis. Secara tidak langsung , dengan menulis kita dapat meningkatkan
pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.
Selain itu, saya menulis kerana apabila kita menulis kita boleh menyampaikan
maklumat kepada orang ramai dan juga berkongsi idea. Contohnya, apabila kita
mendapat maklumat yang terbaru ,kita boleh menulis di laman sosial, blog atau di
mana-mana sekalipun. Dengan cara ini kita dapat menyampaikan maklumat dengan
pantas dan maklumat dapat di kongsi bersama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menulis membawa maksud mencatat kata-kata
dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Menulis
juga merupakan satu komunikasi antara penulis dengan pembaca. Pelbagai tujuan
boleh kita lihat melalui aktiviti menulis.

Mengapa saya menulis? Secara umumnya, menulis merupakan salah satu


aktiviti kegemaran saya sewaktu kelapangan masa. Terdapat beberapa sebab mengapa
saya menulis. Antaranya, saya menulis kerana ia memberi kepuasan terhadap diri saya.
Dengan menulis, saya dapat mengetengahkan buah pemikiran saya terhadap sesuatu isu.
Selain itu, saya sering meluahkan perasaan melalui aktiviti menulis. Seandainya saya
sedang berasa sedih, gembira, khuatir atau apa jua perasaan, saya akan mencoretnya
dalam puisi untuk meluahkan apa yang sedang saya lalui. Seterusnya, saya juga
menulis untuk mengingati sesuatu. Contohnya, sewaktu kuliah saya akan menulis
maklumat-maklumat penting agar tidak terlupa pada masa akan datang.

Kesimpulannya, aktiviti menulis ini penting. Menulis membawa tujuannya


yang tersendiri, namun bergantung juga kepada individu tersebut. Ada juga individu
yang menjadikan menulis itu sebagai kerjaya. Contohnya, penulis novel, penulis skrip
mahu pun penulis lirik lagu.
Assalamualaikum saudara..

Saya bersependapat dengan apa yang saudara nyatakan iaitu menulis untuk mengingati
sesuatu. Sememangnya apabila kita menulis, apa yang kita baca atau dengar akan lebih
mudah untuk diingati. Tambahan lagi, tahukah saudara apabila kita menulis, secara
tidak langsung ilmu akan menyerap masuk ke dalam diri kita dan mendorong kita
kepada ilmu pengetahuan yang lebih luas.

Pada pendapat saya, saya menulis sebagai satu cara untuk saya berkomunikasi dalam
bentuk lisan. Selain dari berkomunikasi secara bukan lisan, berkomunikasi secara lisan
juga dapat membantu kita menyampaikan maklumat dan juga idea yang ada di dalam
kotak pemikiran. Berkomunikasi dengan cara ini juga dapat membantu kita
memberikan informasi yang bermanfaat kepada orang lain. Menulis dapat membantu
seseorang meluahkan apa yang terpendam di dalam hati. Saya kerap menulis apabila
saya berada dalam keadaan yang tidak stabil seperti marah atau sebaliknya.

Seterusnya pada pendapat saya kita menulis kerana ingin mengembangkan diri dalam
menghasilkan penulisan yang baik. Perkara ini dapat membantu saya melihat
kemampuan diri sendiri dan seterusnya menjadikan ianya sebagai satu kelebihan yang
mampu membantu saya menjadi lebih baik berbanding sekarang. Terdapat juga
sesetengah orang yang menulis untuk menjadi terkenal dengan hasil penulisan mereka.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum saudara
Saya amat tertarik dan bersependapat berkenaan dengan penyataan yang saudara
utarakan iaitu menulis dapat membantu seseorang meluahkan apa yang terpendam di
dalam hati. Aktiviti menulis juga mampu kita jadikan sebagai terapi stres apabila
menghadapi sesuatu masalah kerana kadang kala tidak semua masalah yang mampu
kita luahkan secara lisan, maka masalah tersebut diluahkan dalam bentuk tulisan.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum saudara Amirul,


Saya bersetuju dengan penyataan yang saudara berikan iaitu menulis untuk mendidik
pembaca. Hal ini kerana, sudah terang lagi bersuluh apabila kita menulis ,ilmu yang di
ajar oleh tenaga pengajar akan mudah kita ingati berbanding kita membaca dan
mendengar. Bukan itu sahaja, menulis juga mampu membuat kita tidak mengantuk
sewaktu di dalam kuliah ataupun di mana saja.

Anda mungkin juga menyukai