Anda di halaman 1dari 1

LARAS AGAMA

Contoh:
“Antara orang yang menjalankan kerja-kerja makruf dan ihsan serta tunduk dan patuh kepada
syariat Allah S.W.T ialah mereka yang mendapat petunjuk dan rahmat-Nya. Mereka ini
mendirikan solat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atasnya dengan mematuhi segala rukun
dan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.”
Laras Agama digunakan untuk membincangkan ilmu agama. Ilmu agama yang dibincangkan
melibatkan akidah, fikah, tassawur, sejarah, dan muamalat. Kebiasaannya, laras agama digunakan
juga dalam ceramah agama, forum agama dan khutbah Jumaat, serta penulisan kitab, buku
panduan dan artikel.
Ciri-ciri
(a)kosa kata dan struktur ayatnya banyak dipengaruhi oleh kosa kata dan struktur bahasa Arab.
(b)banyak menggunakan petikan atau rujukan al-Quran dan Hadis Nabi.
(c)laras agama menekankan pengajaran dan nasihat, di samping cerita sejarah untuk dijadikan
teladan agar sentiasa berbuat baik.

Anda mungkin juga menyukai