Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh
walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya. Teori ini ada pada dasarnya
telah menjadi menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya.
Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan
dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut
kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan.
Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan
terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem
logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget,
sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang
dewasa. Untuk memahami perkembangan,sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan
dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk
membanu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran. Fokus
penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-
sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan
meningkatkannya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan
manifestasinya menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam
tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan) keadaan
yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang dialami
dalampersekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Equilibration
melibatkan tiga proses. Proses pertama, dalam situasi-situasi tertentu, skema dan tahap
pemikiran kanak-kanak adalah cukup untuk menyesuaikan atau mengadaptasikan
cabaran-cabaran persekitaran. Maka, kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan
equilibrium (keseimbangan). Proses kedua kanak-kanak juga diberi informasi yang tidak
sesuai dengan skema kanak-kanakkurang menghadapi cabaran-cabaran baru. Jean Piaget
telah mengutarakan beberapa konsep penting berhubung dengan Teori Kognitif iaitu
skemata, asimilasi, akomodasi dan adaptasi.
Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan
beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi
gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan
bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses
penyesuaian antara objek yang baru
iperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan
manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru
diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia
ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat
pengetahuan yang baru baginya berkenaan sebiji epal.

Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana
struktur kognitif mengalami
perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif
kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap magnet itu.

Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud
apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa
yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

Teori perkembangan kognitif dikembangkan oleh Jean Piaget seorang psikologi Swiss.
Teorinya memberi banyak konsep utama dalam bidang psikologi perkembangan dan
berpengaruh terhadap perkembangan konsep kecerdasan. Teori ini membahas
kemunculan schemata (skema tentang bagaimana seseorang mempersepsi
lingkungannya) dalam peringkat-peringkat perkembangan, di saat seseorang memperoleh
cara baru dalam menyampaikan informasi secara mental. Untuk pengembangan teori ini,
Piaget memperoleh Erasmus Prize. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak
berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan telah membahagikan perkembangan
kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat yang mengikut turutan umur iaitu:

1. Peringkat deria motor ( 0 2 tahun )


2. Peringkat praoperasi ( 2 7 tahun )
3. Perinkat operasi konkrit ( 7 11 tahun )
4. Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )
1. Peringkat Deria Motor
( 0 2 tahun )

Pada peringkat ini, bayi


melihat kepada hubungan
antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria
motornya berkembang dari
semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan,
1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub peringkat yang
dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan
lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan
sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini
belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan
ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi
mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di peringkat ini
pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-
kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di peringkat pertama. dengan
itu tingkah laku kanak-kanak pada peringkat kedua ini sudah bergantung kepada andaian
sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem
sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar
sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya
akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku
itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di peringkat ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n


pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses
pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u
barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang
objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke
dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya


disesuaikan di antara satu sama lain. Pada peringkat ini, perkembangan mental bayi sudah
dapat dikatakan sebagai sebagai berada di peringkat perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan
berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan
rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di peringkat ini, bayi
memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan
telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses
cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba
pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk


memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina
dan fungsi individu dalam rumahtangga.

2. Peringkat
Praoperasi ( 2 7
tahun )

Menurut Piaget,
perkembangan yang
paling penting di
peringkat ini ialah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di peringkat ini mula menggunakan
simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila
ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi
di peringkat yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-
kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari
perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi


lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

a) Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku


yang ketara seperti kebolehan mengira.
b) Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan
dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
c) Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan
dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan
merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan
pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi peringkat ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub peringkat iaitu :

a) Peringkat Pro-konseptual ( 2-4 tahun )


b) Peringkat Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di peringkat pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami


dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat
menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di peringkat ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan


membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara
peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam
peringkat ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat, peningkatan perolehan bahasa
dan pembentukan identiti diri.

Satu lagi kekurangan di peringkat ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu
objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah,
isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya
berubah.
3. Peringkat Operasi
Konkrit (7-11 Tahun)

Peringkat ketiga Piaget


dikenali sebagai peringkat
operasi konkrit iaitu
berlaku semasa kanak-
kanak berusia 7 hingga 11
tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada peringkat
praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada peringkat ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima
pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-
rakan yang sebaya kerana pada peringkat ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor,
berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda
atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada peringkat
ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi
ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
4. Peringkat Operasi
Formal (12 Tahun -
Dewasa)

Pada peringkat ini Piaget


menyatakan bahawa
perkembangan kecerdasan
kognitif manusia telah
sampai ke peringkat
maksima. Peringkat ini
melibatkan umur sebelas
hingga lima belas tahun.
Pemikiran dan
penghuraian pendapat individu pada peringkat ini dikatakan lebih baik dan nyata. mereka
dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui
pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada peringkat ini didapati patuh dan berhati-hati
dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan
peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan
berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang
terdapat dalam masyarakat.

Pada peringkat ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan
logik. Walaupun pemikiran pada operasi peringkat formal bermula semasa zaman remaja,
pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988)

Anda mungkin juga menyukai