Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN KURSUS

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH


SEMESTER 1, SESI 2013/2014
PERKARA PEMBERATAN
MARKAH
Tugasan 1 (Program) 20 markah
Tugasan 2 (Kumpulan) 20 markah
Tugasan 3 (Modul) 10 markah
Peperiksaan Pertengahan 10 markah
Semester
Peperiksaan Akhir Semester 40 markah
JUMLAH 100 markah

AMARAN PERINGATAN :
ANDA DILARANG MENIRU ATAU PLAGIAT TUGASAN. TUGASAN YANG DIHASILKAN
MESTILAH HASIL KARYA ASLI ANDA.

TUGASAN 1 (20 MARKAH)

Program Experiential yang dilalui oleh para pelajar KKD 2063.


Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam Program Experiential yang akan
dijalankan. Refleksi diri yang berkualiti perlu disediakan oleh para pelajar
dan dihantar kepada pensyarah masing-masing sebaik sahaja selepas
program berakhir.
Format laporan mengandungi aspek-aspek berikut:
o Refleksi diri terhadap profesion perguruan. Kaitkan dengan kekuatan
dan kelemahan diri yang disedari sebelum dan setelah mengikuti
program.
o Semangat untuk mendidik murid-murid sekolah dan membantu rakan
sekerja.
o Tindakan yang akan diambil untuk meningkatkan sahsiah diri demi
mempertingkatkan martabat profesion perguruan
TUGASAN 2 (20 MARKAH)

Soalan tugasan 2 : Tugasan berkumpulan


Anda dikehendaki menemubual bakal guru yang berada dalam Semester 6
ke atas dan pensyarah UPSI (4 orang bakal guru iaitu 2 orang guru lelaki
dan 2 orang guru perempuan, 2 orang pensyarah) tentang isu sahsiah
guru. Berdasarkan temubual tersebut, anda dikehendaki menyediakan
laporan tentang perkara-perkara berikut:
Latar belakang bakal guru dan pensyarah yang ditemubual
Konsep sahsiah guru
Persediaan sebagai guru Apa yang diperoleh di UPSI mampu
melahirkan guru yang kompeten dan bersahsiah mulia
Latihan di university berupaya membina sahsiah yang dapat menangani isu global
Kemukakan model sahsiah berdasarkan temubual
Berdasarkan model tersebut, cadangkan pelan tindakan
untuk membantu perkembangan positif sikap dan sahsiah
bakal guru yang dibincangkan berdasarkan etika
perguruan
Rumuskan

Panduan penulisan tugasan 2 :


i. Latar belakang bakal guru, dan pensyarah yang ditemubual

latar belakang peribadi pensyarah seperti jantina, status perkahwinan,


pendidikan, keluarga dan lokasi
latar belakang kerjaya pensyarah seperti tempoh bekerja, jawatan dan
apa juga yang berkaitan dengan kerja.
Latar belakang peribadi bakal guru seperti jantina, status sosio
ekonomi, tempat tinggal
Latar belakang penglibatan di UPSI seperti jawatan di sekolah,
penglibatan dalam ko kurikulum, penglibatan dalam kes disiplin,
anugerah yang pernah diterima daripada pihak sekolah
[Nota*: Anda dinasihati supaya tidak menggunakan nama penuh dan nama
sekolah sebenar]

ii. Konsep Sahsiah guru yang dikenal pasti dalam temubual

Nyatakan konsep sahsiah yang dinyatakan (jika terdapat lebih


daripada satu isu, sila senaraikan satu persatu) yang dikenal pasti.
Buat perbandingan antara konsep sahsiah guru yang dikemukakan
oleh pensyarah dan bakal guru

iii. Persediaan diri sebagai guru


a. Kendiri seperti minat, personaliti dsb)
b. Latihan formal di universiti
c. Latihan informal di universiti (penglibatan dalam persatuan dan
aktiviti universiti)
d. Sahsiah yang sedia ada mencukupi untuk menangani isu global
seperti PBS, penggunaan teknologi dsb.

iv. Kemukakan model sahsiah berdasarkan temubual


a. Berdasarkan model tersebut, cadangkan pelan tindakan untuk
membantu perkembangan positif sikap dan sahsiah bakal guru
yang dibincangkan berdasarkan etika perguruan

v. Rumusan
Buat rumusan secara menyeluruh tentang kajian kes anda dan
masukkan refleksi kumpulan berkaitan kajian kes tersebut.

Sila hantar tugasan 2 SELEWAT-LEWATNYA pada MINGGU 8


Sila hantar tugasan 2 dalam bentuk Laporan berjilid secara berkumpulan
(termasuk cover, isi tugasan dan senarai rujukan) beserta dengan
lampiran yang terdiri daripada
(a) CD yang merakamkan temubual yang dijalankan,
(b) surat pengesahan daripada responden (bakal guru dan pensyarah),
dan
(c) gambar semasa temubual

Format tugasan :
Tulisan Times New Roman bersaiz 12
Panjang tugasan antara 8 hingga 12 mukasurat tidak termasuk senarai
rujukan dan lampiran
Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan dan disertakan senarai
rujukan
Penulisan mengikut gaya UPSI / American Psychological Association (APA)

Pembentangan akan dimulakan pada MINGGU 8


Setiap ahli kumpulan perlu terlibat dalam pembentangan dan
mengetahui keseluruhan laporan kumpulan.
Setiap kumpulan hendaklah bekerjasama dalam pembentangan
tersebut.
Setiap ahli kumpulan perlu berpakaian kemas dan sopan.
Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan laporan mereka dengan
menggunakan kata-kata yang sopan dan beradab.
Soalan yang dikemukakan oleh rakan sekuliah hendaklah diberikan
dengan kata-kata sopan dan beradab

TUGASAN 3 (10 MARKAH)


Peringatan: Bilangan pelajar Sem 1
Soalan tugasan 3 : Latihan
Anda dikehendaki membuat latihan-latihan yang disediakan dalam modul
KKD 2063.
Modul akan dikutip oleh pensyarah SELEWAT-LEWATNYA pada minggu 10
Panduan :
Tulisan hendaklah kemas
Semua latihan yang diberikan telah disempurnakan
Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan yang sahih

TUGASAN 4 (10 MARKAH)

Soalan tugasan 4 : Peperiksaan pertengahan semester


Anda dikehendaki menghadiri peperiksaan pertengahan semester yang
akan diadakan pada
Minggu 7,
Hari Rabu
Tarikh : 23 Oktober 2013
Waktu : Satu jam (8.30 mlm-9.30mlm)
Tempat : Dewan Besar (tentatif)
Bilangan soalan : 30 soalan objektif, 2 soalan huraian
3 bab iaitu
bab 1 -Pengenalan,
Bab 2- Kepentingan,
Bab 3 -Faktor

Panduan :
Baca soalan dengan teliti
Pilih jawapan yang paling tepat untuk soalan objektif
Bagi soalan huraian, rangkakan jawapan
Tulis jawapan anda dalam ruangan yang disediakan
Semak sebelum menghantar jawapan anda
Pastikan maklumat diri yang diperlukan telah diisi dengan lengkap dan
betul.

Anda mungkin juga menyukai