Anda di halaman 1dari 14

Cognitive Development In Infancy

Ku Hidayatullah Bt Ku Ismail
M1640325M05
Nini Unick Bt Mahbub
M1511061M05
Pengenalan
Salah satu aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia ialah aspek
perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari
aspek pemikiran manusia dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkahlaku dan
percakapan. Aspek perkembangan kognitif merupakan tumpuan utama dalam kajian dan
perbincangan ahli psikologi pendidikan. Antara ahli psikologi yang dikaitkan dengan
perkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Vygotsky, Gardner dan Sternberg.

Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana
kanak-kanak beradaptasi dan menginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian di sekitarnya.
Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek seperti mainan, perabot,
makanan serta objek-objek sosial seperti diri sendiri, orang tua dan kawan-kawan.

Pada pandangan Piaget (1952), kemampuan atau perkembangan kognitif adalah hasil dari
hubungan perkembangan otak dan pengalaman-pengalaman yang membantu individu untuk
beradaptasi dengan lingkungannya. Piaget (1964) berpendapat bahawa manusia secara genetiknya
sama dan mempunyai pengalaman yang hampir sama. Mereka bersungguh-sungguh
memperlihatkan keseragaman dalam perkembangan kognitif mereka.

Oleh itu, tumbesaran kanak-kanak berkembang mengikut empat tahap perkembangan


kognitif yang akan terjadi sehingga kanak-kanak sampai remaja iaitu sensori motor (0-2 tahun),
pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan operasi formal (12 tahun ke atas).

Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, masa remaja adalah tahap transisi dari
penggunaan berfikir konkrit secara operasional kepada berfikir formal secara operasional. Remaja
mulai menyedari batas-batas fikiran mereka. Mereka berusaha dengan konsep-konsep yang jauh
dari pengalaman mereka sendiri. Inhelder dan Piaget (1978) mengakui bahawa perubahan otak
pada puberty mungkin diperlukan untuk kemajuan kognitif remaja.
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland
dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada
pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang
berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala
dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia
(Gardner, 1973).
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu
bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan
perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada
bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk
membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk
melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk
melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan
pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

Latar Belakang Jean Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel iaitu di Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal
dunia pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal.
Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam biologi tetapi setelah tamat pengajiannya, lebih berminat
kepada psikologi. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang anaknya,
beliau mengaplikasi prinsip dan kaedah biologi dalam mengkaji perkembangan manusia. Piaget
merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Pada pandangan Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan
persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan
mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemology iaitu suatu
bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan
perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada
bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk
membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk
melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk
melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan
pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget


Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang
sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk
kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku
melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jean Piaget
telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan
skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.

Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget

Skemata: Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru.


Asimilasi: Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada
Akomodasi: Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru
Keseimbangan: Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan
terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti sebuah
kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi
semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.
Skema juga adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,menyusun dan
mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu
dan mengenggam dan apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya.
Seperti puting susu atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana
satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema sahaja iaitu
menghisap. Namun, terdapat enam sub tahap pada peringkat ini dengan melihat kebolehan
berdasarkan umur bayi.
Dari lahir hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini bayi hanya
mampu melakukan gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran,
penyusunan, gerakan tangan iaitu genggaman dan sebagainya, penyesuaian, pandangan,
pergerakan mata dan seterusnya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian
besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan
pantulan sahaja.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan
skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema,sebaliknya jika maklumat itu tidak
sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian
diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-
maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu kemahiran tertentu. Hal ini
berlaku secara berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya,apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia
berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka
maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.
Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini
berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang
bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas
bagi perkembangkan yang berikutnya.

Tahap-Tahap Perkembangan Mental


Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :
1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun)
2) Tahap Pra Operasi (2 tahun - 7 tahun)
3) Tahap Operasi Konkrit (7 tahun - 11 tahun)
4) Tahap Operasi Formal (11 tahun - 15 tahun)

Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga berumur 2 tahun.
Pada masa dilahirkan otak kanak-kanak belum banyak bekerja menyebabkan ia hanya menyedari
alam sekelilingnya dengan kabur sahaja.Walaupun begitu fungsi derianya berkembang dengan
cepat dan dengan itu ia dengan cepat menjadi pemerhati alam sekelilingnya. Pemerhatian ini
diikuti pula oleh gerakbalas. Pada peringkat ini, kanak-kanak belum menguasai lambing bahasa
untuk menamakan benda-benda di sekelilingnya. Kanak-kanak mengetahui alam sekelilingnya
melalui deria dan pergerakan badannya. Pada masa umurnya kira-kira 10 bulan seseorang kanak-
kanak itu mula mengetahui yang benda-benda itu mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari
penglihatannya. Sebagai contohnya, apabila Rani melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa
oleh kereta,dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula.

Selain itu, bayi mengkodinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk
skema tingkah laku yang membolehkan mereka “bertindak” dan “mengetahui” persekitarannya.
Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui
pancaindera. Mereka sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh
salah satu pacaindera. Contohnya, bayi belajar dengan mengangkat benda, memainmainkannya,
merasa dan mengigitnya.

Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun,
kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep.
Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa
yang dikuasainya itu,perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Seterusnya, mereka
menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula
berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek
mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang (2001), tahap
ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak
telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan
ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak
pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu
mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan
menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ‟lebih berat‟, ‟lebih tinggi‟ dan sebagainya.

Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara
serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun, pada
tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya
konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip
asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi ('compensation‟) dan prinsip keterbalikan.

Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada bilangan
yang ditambah atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya
berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai “compensation‟, menunjukkan bahawa mereka
tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain
manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara
mental kepada keadaan asal semula.
Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun hingga 15
tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuklah pemikiran
abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan sanggup membuat hipotesis. Pemikiran
hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan “apa yang mungkin berlaku”. Oleh sebab
pemikiran operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah
sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Mereka
berkebolehan untuk menggunakan beraneka jenis strategi untuk menyelesaikan masalah. Bahkan
pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga gravity dan demokrasi. Pendekatan
pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat
sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan
latihan.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan
mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti
empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

1) Kematangan biologi-- Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik.
2) Interaksi individu dengan persekitaran - lndividu berinteraksi dengan persekitaran
untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji,
memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.
3) Pengalaman sosial - Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu
dengan orang-orang di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dsb.
4) Keseimbangan - Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan
oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Bahasa

Jean Piaget (1954) menyatakan bahwa bahasa itu bukanlah suatu ciri alamiah yang
terpisah, melainkah salah satu di antara beberapa kemampuan yang berasal dari kematangan
kognitif. Bahasa distrukturi oleh nalar, maka perkembangan bahasa harus berlandas pada
perubahan yang lebih mendasar dan lebih umum di dalam kognisi. Jadi, urut-urutan perkembangan
kognitif menentukan urutan perkembangan bahasa.
Piaget menegaskan bahwa stuktur yang kompleks dari bahasa bukanlah sesuatu yang
diberikan oleh alam, dan bukan pula sesuatu yang dipelajari dari lingkungan. Struktur bahasa itu
timbul sebagai akibat dari interaksi yang terus menerus antara tingkat fungsi kognitif anak dengan
lingkungan kenahsaannya (juga lingkungan yang lain).

Para ahli kognitif berpendapat bahwa belajar sangat dipengaruhi oleh beberapa fator seperti
peran aktif anak terhadap lingkungan, cara anak memproses suatu informasi, dan menyimpulkan
struktur bahasa.

Menurut Piaget (Hergenhahn, 1982), berpikir sebagai prasyarat berbahasa, terus


berkembang secara progresif dan terjadi pada setiap tahap perkembangan sebagai hasil dari
pengalaman dan penalaran. Perkembangan anak secara umum dan perkembangan bahasa awal
anak berkaitan erat dengan berbagai kegiatan anak , objek, dan kejadian yang mereka alami dan
menyentuh, mendengar, melihat, merasa, dan membau.

Menurut piaget struktur yang kompleks itu bukan pemberian alam dan bukan sesuatu yang
dipelajari dari lingkungan melainkan struktur itu timbul secara tak terelakkan sebagai akibat dari
interaksi yang terus menerus antara tingkat fungsi kognisi anak dengan lingkungan
kebahasaannya.

Vygotsky (1986), mengemukakan bahwa perkembangan kognitif dan bahasa anak


berkaitan erat dengan kebudayaan dan masyarakat tempat anak dibesarkan. Vygotsky
menggunakan istilah zona perkembangan proximal (ZPD) untuk tugas-tugas yang sulit untuk
dipahami sendiri oleh anak. ZPD juga memiliki batas yang lebih rendah merupakan tingkat
masalah yang dipecahkan anak dan batas yang lebih tinggi merupakan tingkat tanggung jawab
ekstra yang dapatditerima anak dengan bantuan orang dewasa.

Teori kognitif dikritik berkenaan dengan pandangan bahwa bahasa memiliki pengaruh
yang kecil terhadap perkembangan kognisi . pendapat ini bertentangan dengan penelitian yang
membuktikan bahwa pengetahuan baru dapat diperoleh seseorang melalui berbicara dan menulis.

Masa Perkembangan Bahasa Anak

Menurut kajian yang dilakukan sebelum tahun 1960, minat bahasa anak mulai timbul pada dekad
pertama abad ke-20 yang dipelori oleh ilmuan di bidang psikologi ataupun pedagogi, antara lain
W. Stern, W. Preyer, dan G. Stumpf. Pada umumnya mereka mempelajari buku harian anak-
anaknya kemudian membandingkan hasilnya. Tombullah perbincangan-perbincangan mengenai
perolahan bahasa anak.

Perkembangan bahasa sewaktu usia 5 tahun. Dalam masa ini ada anak dianggap telah
menguasai struktur sintaksis dalam bahasa pertamanya, sehingga ia dapat membuat kalimat
lengkap. Jadi sudah tidak terlalu banyak masalah. Menurut Piaget, pada masa ini perkembangan
anak di bidang kognisi masih berkembang terus sampai usia 14 tahun, sedangkan peranan kognisi
sangat besar dalam penggunaan bahasa. Dengan masih terus berkembangnya kognisi, dengan
sendirinya perkembangan bahasa juga masih berkembang.

Ada beberapa penelitian tentang perkembangan bahasa sesudan usia 5 tahun, antara lain
penelitian yang dilakukan oleh A. Karmiloff Smith yang menyelidiki bahasa anak-anak sekolah
(1979) yang menyatakan bahwa antara usia 5 – 8 tahun muncul cirri-ciri baru yang khas pada
bahasa anak, yaitu kemampuan untuk mengerti hal-hal yang abstrak pada taraf yang lebih tinggi.
Baru kemudian sesudah anak usia 8 tahun bahasa menjadi alat yang betul-betuk penting baginya
untuk melukiskan dan menyampaikan pikiran.

Dalam bidang semantic terlihat kemajuan-kemajuan yang tercermin pada penambahan


kosa kata, dan penggunaan kata sambung secara tepat. Tetapi aturan sintaksis khusus untuk
pembuatan kalimat konteks baru dikuasai secara bertahap antara usia 5 – 10 tahun. Selanjutnya
pada usia 7 tahun baru dapat menggunakan kalimat pasif, maksudnya mengerti aturan-aturan
tatabahasa mengenai prinsip-prinsip khusus, bertidak ekonomis dalam mengungkapkan sesuatu
serta menghindari hal-hal yang berlebihan. Sampai SMP keterampilan bicara lebih meningkat,
sintaksis lebih lengkap dengan variasi-variasi struktur dan variasi-variasi kata, baik kekomplekan
kalimat tulis maupun lisan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Bahasa:

1. Kesihatan

Anak yang sihat lebih cepat belajar berbicara tentang anak yang tidak sihat, kerana
motivasinya lebih kuat untuk menjadi anggota kelompok sosial dan berkomunikasi dengan
anggota kelompok tersebut. Apabila pada usia dua tahun pertama, anak mengalami sakit terus
menerus, maka anak tersebut cenderung akan mengalami kelambatan atau kesulitan dalam
perkembangan bahasanya.

2. Intelegensi

Anak yang memiki kecerdasan tinggi belajar berbicara lebih cepat dan memperlihatkan
penguasaan bahasa yang lebih unggul tentang anak yang tingkat kecerdasannya rendah.

3. Status Sosial Ekonomi Keluarga

Beberapa kajian tentang hubungan antara perkembangan bahasa dengan hal ini
menunjukkan bahawa anak yang berasal dari keluarga miskin mengalami kelambatan dalam
perkembangan bahasanya dibandingkan anak yang berasal dari keluargayang lebih baik. Keadaan
ini terjadi mungkin disebabkan oleh perbezaan atau kesempatan belajar (keluarga miskin diduga
kurang memperhatikan)perkembangan bahasa anaknya atau kedua-duanya (Hetzer & Raindrorf
dalam E. Hurlock, 1956).

4. Jenis Kelamin

Pada tahun pertama usia anak, tidak ada perbezaan vokalisasi antara lelaki dan perempuan.
Namun mula usia dua tahun, anak perempuan menunjukkan perkembangan yang lebih cepat dari
pada anak lelaki. Pada setiap peningkatan umur, anak laki-laki lebih pendak dan kurang betul
tatabahasanya, kosa kata yang diucapkan lebih sedikit, dan pengucapannya kurang tepat
berbanding anak perempuan.

5. Hubungan Keluarga

Hubungan ini dimaksudkan sebagai proses pengalaman berinteraksi dan berkomunikasi


dengan lingkungan keluarga, terutama dengan orang tua yang mengajar, melatih dan memberikan
contoh berbahasa dengan anak. Hubungan yang sihat antara orang tua dan anak memfasilitasi
perkembangan bahasa anak, sedangkan hubungan yang tidak sihat mengakibatkan anak akan
mengalami kesulitan atau kelambatan dalam perkembangan bahasanya.

Hubungan yang tidak sihat itu boleh meniru sikap orang tua yang keras\kasar, kurang kasih
sayang dan kurang perhatian untuk memberikan latihan dan contoh dalam berbahasa yang baik
kepada anak, maka perkembangan bahasa anak cenderung akan mengalami kelainan. Seperti
gagap dalam berbicara, tidak jelas dalam mengungkapkan kata-kata, merasa takut untuk
mengungkapkan pendapat, dan berkata yang kasar atau tidak sopan.

6. Keinginan Berkomunikasi

Semakin kuat keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain, semakin kuat motivasi
anak untuk belajar berbicara, dan semakin bersedia menyisihkan waktu dan usaha yang diperlukan
untuk belajar.

7. Dorongan

Semakin banyak anak didorong untuk berbicara, dengan mengajaknya bicara dan didorong
menanggapainya, akan semakin awal mereka belajar berbicara dan semakin baik kualiti
bicaranya.

8. Ukran Keluarga

Anak tunggal atau anak dari keluarga kecil biasanya berbicara lebih awaldan lebih baik
ketimbang anak dari keluarga besar. Kerana orang tua dapat meluangkan waktu yang lebih banyak
untuk mengajarkan anaknya berbicara.

9. Urutan Kelahiran

Dalam keluarga yang sama, anak pertama lebih unggul dari anak yang lahir kemudian. Hal
ini kerana orang dapat meluangkan waktunya lebih banyak untuk mengajar dan mendorong anak
yang lahir pertama dalam belajar berbicara berbanding untuk anak yang lahir kemudian.

10. Metode Pelatihan Anak

Anak-anak yang dilatih secara otoriter yang menekankan bahwa ”anak harus dilihat dan
didengar” merupakan hambatan belajar. Sedangkan pelatihan yang memberikan keleluasan dan
demokratik akan mendorong anak untuk belajar.

11. Kelahiran Kembar

Anak yang lahir kembar umumnya terlambat dalam perkembanga bicaranya terutama
kerana mereka lebih banyak bergaul dengan saudara kembarnya dan hanya memahami loghat
khusus yang mereka miliki. Hal ini melemahkan motivasi mereka untuk belajar berbicara agar
orang lain dapat memahami mereka.
12. Hubungan Dengan Teman Sebaya

Semakin banyak hubungan anak dengan rakan sebayanya, dan semakin besar keinginan
mereka untuk diterima sebagai anggauta kelompok sebayanya akan semakin kuat motivasi mereka
untuk belajar berbicara.

13. Keperibadian

Anak yang dapat menyesuaikan diri dengan baik cenderung kemampuan berbicaranya
lebih baik , baik secara kuantitatif maupun secara kualitatif.

Gangguan Dalam Perkembangan Berbicara

Disamping faktor tersebut terdapat beberapa gangguan yang harus diatasi oleh anak dalam rangka
belajar berbicara, antara lain:

1. Tangisan yang berlebihan

Tangisan yang berlebuhan dapat menimbulkan gangguan pada fizik, antara lain berupa
kurangnya energi, sehingga secara otomatik dapat menyebabkan keadaan anak tidak fit dan
gangguan psikologi anak iaitu berupa perasaan ditolak atau tidak disayangi.

2. Anak susah memahami pembicaraan orang lain

Sering kali anak tidak dapat memahami isi pembicaraan. Hal ini disebabkan kurangnya
perbendaharaan kata pada anak dan orang tua yang sering kali berbicara sangat cepat dengan
mempergunakan kata-kata yang belum dikenal oleh anak. Bagi keluarga yang menggunakan dua
bahasa, anak akan lebih banyak mengalami kesulitan untuk memahami pembicaraan orang tuanya
atau saudaranya yang tinggal dalam satu rumah. Orang tua hendaknya selalu berusaha mencari
sebab kesulitan bahasa anak dalam memahami pembicaraan tersebut agar dapat memperbaiki atau
membetulkan apabila anak kurang mengerti dan bahkan salah mengartikan suatu pembicaraan.
KESIMPULAN

Al Qur’an menjelaskan bahwa Allah melebihkan darjat Adam (Manusia) dengan


mengajarkan nama-nama, suatu hal yang tidak diajarkan pada malaikat. Transfer of knowledge
Tuhan pada Adam memungkinkan pengkelasan ilmu pengetahuan yang semula sulit disusun,
Komunikasi ilmiah bisa berjalan efektif dengan pengenalan nama-nama (Ism/Asma). Kajian
neuropsikologi menginformasikan penggunaan potensi sel-sel otak manusia yang berfungsi
menyimpan data informasi ilmu pengetahuan diperkirakan baru mencapai 5 %. Belum lagi, daya
refleksi dan imajinasi yang berkaitan dengan metafisik sangatlah sulit diukur batas akhirnya.

Manusia dituntut untuk membolehkan tugas sebagai kholifah fil ardh sebagai pendidik,
yang mempunyai tugas strategik untuk merancangkankan dan mengimplementasikan generasi
yang khoiru ummah dengan memfasilitasi perkembangan peserta didik secara maksima.
RUJUKAN

1. Dahar, R.W. 2006. Teori-Teori Belajar & Pembelajaran. Jakarta: Erlangga.


2. Dimyati dan Mudjiono. 2002. Belajar dan Pembelajaran. Jakarta: Rineka Cipta.
3. Hudojo, H. 1988. Mengajar Belajar Matematika. Jakarta: Departemen Pendidikan dan
Kebudayaan.
4. Paul Suparno, Perkembangan Kognitif Jean Piaget, Yogyakarta: Kanisius, Cet I, 2006,
hal.11.
5. Trianto. 2009. Mendesain Model Pembelajaran Inovatif–Progresif, Konsep, Landasan.dan
Implementasinya pada Kurikulum Tingkat satuan pendidikan (KTSP). Jakarta: Kencana
Prenada Media Grop.
6. Trianto. 2011. Model-Model Pembelajar Inovatif Berorientasi Konstruktivistik. Jakarta:
Prestasi Pustaka.
7. https://www.gracepointwellness.org/461-child-development-parenting-infants-0-
2/article/10112-infancy-cognitive-development.

Anda mungkin juga menyukai