Anda di halaman 1dari 28

ECG222

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Kulit Depan

Prakata

Soalan Tugasan

Bahagian A
- Pengenalan

- Teori-teori perkembangan kognitif

6 - 10

Bahagian B
- Pengenalan

10

- Teori Piaget Taha Praoperasi & Tahap Konkrit

11 13

- Pengumpulan Analisis Data

14 25

- Interpretasi

25 27

- Kesimpulan

27 28

Rujukan

29

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PRAKATA
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang
diberi walaupun pada mulanya fikiran saya amat bercelaru dan tertekan. Walaupun tugasan ini
hanya mengandungi dua bahagian, namun pecahan-pecahan soalannya agak sukar dan
mencabar.

Agak sukar untuk saya membahagi masa justeru kerja-kerja sekolah yang

bertimbun-timbun dan aktiviti sekolah yang amat padat. Kekangan masa membuat saya rasa
stress.
Di samping itu juga, saya tidak memahami bagaimana untuk mengaitkan perbezaan pemikiran
kanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan teori perkembangan kognitif
Piaget. Penerimaan terhadap suatu perkara yang baru amat terbatas. Namun setelah berusaha
dan membaca soalan berulang-ulang, saya mulai faham apakah kehendak tugasan ini.
Terima kasih yang tiada terhingga buat Dr. Maria Mansur yang sentiasa memberi panduan dan
bantuan yang sememangnya diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini.
Rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus-lumus bersama-sama tanpa mengenal penat dan
jemu member semangat dan dorongan serta komitmen yang tinggi untuk memperolehi ilmu
pengetahuan yang patut dimiliki dan dihargai.
Semoga tugasan ini dapat menepati kehendak soalan dan dapat memberi manafaat kepada
semua.
Sekian, terima kasih.

TUGASAN

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PENGENALAN
Tugasan ini terdiri daripada Bahagain A dan Bahagian B
BAHAGIAN A: (10%)
Tulis satu esei ringkas bertajuk:
Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi
Seorang Guru Sekolah Rendah: Bincangkan

BAHAGIAN B: (30%)
Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit
Tujuan: Tugasan ini bertujuan untuk membolehkan anda membuktikan perbezaan pemikiran
kanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan menggunakan tiga jenis tugas
konservasi.
Kaedah:
a) Kenal pasti DUA kanak-kanak
seorang berumur kira-kira 5 tahun dan
seorang lagi berumur 7 hingga 8 tahun.
b) Dengan menggunakan tugas-tugas konservasi Piaget, tadbirkan TIGA tugas kepada
setiap kanak-kanak yang dipilih.
c) Bandingkian respon kanak-kanak berumur 5 tahun dengan respon kanak-kanak berumur
7-8 tahun bagi setiap tiga tugas.
d) Rekod setiap jawapan kanak-kanak (gunakan iPad anda untuk merekod audio)
e) Anda boleh gunakan apa jua bahasa pun semasa menjalankan eskperimen tersebut
(Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin atau Tamil)
f) Pilih satu tempat yang senyap, meja dan kerusi untuk menyusun bahan-bahan dan
menjalankan eksperimen anda. Ikut penyusunan meja seperti di Rajah 1.

Format Laporan
a) Pengenalan:
b) Pengumpulan dan Analisis Data
c) Interpretasi
d) Kesimpulan

BAHAGIAN A

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi


Seorang Guru Sekolah Rendah

Kaitan teori-teori kognitif yang dibincangkan dalam kursus ini dengan amalan
dalam bilik darjah
Berikan contoh-contoh relevan untuk menyokong jawapan anda.
Format esei ditentukan oleh anda
Panjang esei 3 halaman [1.5 langkau Font saiz 12 Times Roman]

Pengenalan

Maksud perkembangan mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah perihal atau proses
berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Dengan ertikata lain perkembangan
adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif.
Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran.

Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi
dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Santrock (2008)
mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi
individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008) dalan buku Perkembangan Kanak-kanak,
kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk
kelangsungan hidup bagi seseorang individu.

Proses perkembangan kognitif melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal
budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah disamping memahami dan menganalisa
masalah. Pada peringkat kanak-kanak biasanya mereka mula membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Justeru, perkembangan kognitif ini
merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Teori-teori perkembangan kognitif


Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima
diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada
dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif sebaliknya
otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat
kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan
penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia
yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan
sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika
kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.

Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak
asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Piaget merupakan seorang ahli
biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model
biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda
boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi
dengan persekitaran.

Penyelidikan Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran semula


jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga orang anaknya. Menurut Jean Piaget,
kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang
berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak,
sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai
proses

penerokaan,

manipulasi

dan

menilai

persekitaran

fizikalnya.

Piaget

telah

memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan
keseimbangan..

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti sebuah
kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema juga adalah proses mencipta,
memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan,
skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan mengenggam dan apa sahaja benda
yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan,
bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau
sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap. Namun, terdapat enam
sub tahap pada peringkat ini dengan melihat kebolehan berdasarkan umur bayi. Dari lahir
hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini bayi hanya mampu melakukan
gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan,
gerakan tangan iaitu genggaman dan sebagainya, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata
dan seterusnya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada
gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan
sahaja. Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan
Prasekolah, asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu
penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Contohnya, seorang kanakkanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya,
kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman.Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar
apabila ditiupkan angin ke dalamnya.Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif
atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan
skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada,
maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka
maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian diri berlaku
apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap
skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu kemahiran tertentu. Hal ini berlaku secara
berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet
akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

terhadap magnet itu. Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam
skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak
dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau
mencipta skema yang baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga
dewasa. Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka
yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan
kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi
asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang
lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan
dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.

Pembelajaran kognitif lebih menekankan kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi .
Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap pembinaan persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang
patut . Penerapan budaya dan nilai murni dari . menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan .
pengurusan bilik darjah dinamik nota ilmu pendidikan bagi kursus Susunan meja dan kerusi
dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada. kognitif, bagi mengembangkan
minda murid serta penerapan nilai.

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan
proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia
juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan
bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses
pembelajaran.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasiimplikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.
Teori pembelajaran kognitif merangsang ingatan semula kanak-kanak dalam proses
pembelajaran murid-murid. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan
pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Contohnya, setiap
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan
yang sedia ada. Dengan pengetahuan yang ada ketika di prasekolah, tentu situasi ini tidak akan
menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut untuk proses pembelajaran. Selain itu, implikasi teori
pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid
ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini
menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari
peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang
aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka
masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun
tingkat umur mereka.

Selain

itu

juga,

ia

juga

bergantung

kepada

bagaimana

kanak-kanak

tersebut

memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak memperolehi pengetahuan


melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Zaman persekolahan akan dapat
membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama
sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Di samping itu, isi-isi pelajaran
hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean
Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap
perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor (sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi (2
hingga 7 tahun), operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan operasi formal (11tahun hingga
remaja).

Justeru itu, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak kerana pengetahuan dan kebolehan kanakkanak adalah berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Oleh itu, guru haruslah
menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada
pengetahuan asas tentang kemahiran 4M. Oleh yang demikian, guru hendaklah mengajar

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar


mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

BAHAGIAN B:

LAPORAN
Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit

Pengenalan
Keterangan ringkas tentang kanank-kanak yang terlibat :

Profil Subjek :

Perkara
Nama

Subjek 1

Subjek 2

Nurul Alia Nabila

Clarissa Lola

Jantina

Perempuan

Perempuan

Tarikh Lahir

19.03.2007

09.08.2006

Umur

6 Tahun

7 Tahun

Kelas

&

Nama Pra Sekolah Diligent,

Tahun 1 Amanah,

Sekolah

SK Pujut Corner

SK Pujut Corner

Nama Bapa

Zamnee Bin Ismail

Gary Tindi

Pekerjaan Bapa

Pegawai AADK

Guru

Pendidikan Tertinggi

Universiti ( Sarjana Muda )

Universiti ( Sarjana Pendidikan )

Nama Ibu

Hilda Bt Matasin

Rosita Mardan

Pekerjaan Ibu

Guru

Guru

Pendidikan Tertinggi

Universiti ( Sarjana Muda )

Universiti ( Sarjana Muda )

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

10

Teori Piaget tahap praoperasi dan tahap konkrit

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut Piaget, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan
yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman
tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang
tinggi.

Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan
umur.
Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
1. Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
2. Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
3. Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
4. Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Pada
tahap ini, kanak-kanak akan mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya
mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi
kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang
dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Pada tahap ini proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna
menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
- Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang
ketara seperti kebolehan mengira.
- Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
- Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

11

Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena
mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
- Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian
terhadap sesuatu yang dilihat.
-

Ingatan merupakan satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali


memori mengenai peristiwa lalu.

- Bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya
pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Untuk tahap ini, Piaget telah membahagikannya kepada dua sub tahap iaitu :
Tahap Pra-konseptual ( 2-4 tahun )
Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua
atau lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka belum dapat menyusun penerangan
yang ada dalam pemikiran.

Pada tahap ini kecerdasan adalah minima, tidak mampu membuat kesimpulan

dan tidak

menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat
kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat',
'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.
Selain itu juga, berlaku kekurangan dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa
kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanakkanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang
sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)

Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini,
kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.
Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu
yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Semangat inkuiri semakin
meningkat menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

12

belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka
akan mula memasuki zaman persekolahan.

Perubahan lain yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami
unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan
padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Namun begitu,
kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkaraperkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya.
Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan,
tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanakkanak pada tahap ini hanya boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi
tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

13

Pengumpulan dan Analisis Data


Tugas 1: Konservasi Jisim
Bahan:
Gunakan DUA ketul plastisin dan membentuknya supaya kedua-dua ketul itu
mempunyai saiz (kuantiti) yang sama.

Nama Subjek : Nurul Alia Nabila ( 6 Tahun )

Penyelidik

: Perhatikan dua ketul platisin ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama banyak.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penyelidik

: Sekarang, adakah platisin ini sama banyak?

Kanak-Kanak : Tidak.
Penyelidik

: Yang mana lebih banyak?

Kanak-kanak : Yang ini banyak. (Menunjuk pada plastisin yang leper)


Penyelidik

: Boleh kamu beritahu mengapa?

Kanak-kanak : Sebab yang ini besar.

14

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

15

Nama Subjek : Clarissa Lola ( 7 Tahun )

Penyelidik

: Perhatikan dua ketul platisin ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama banyak.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penyelidik

: Sekarang, adakah platisin ini sama banyak?

Kanak-Kanak : Yang ini sama banyak dengan yang itu.


Penyelidik

: Boleh kamu beritahu mengapa?

Kanak-kanak : Sebab saya tekan yang sama banyak.

16

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

17

Tugas 2 : Konservasi Cecair


Bahan:

Anda memerlukan 2 gelas yang sama saiz & bentuk dan 1 gelas yang bercorong
panjang.

Nama Subjek : Nurul Alia Nabila ( 6 Tahun )

Penyelidik

: Perhatikan dua gelas air ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama banyak.

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penyelidik

: Sekarang, adakah air ini sama banyak?

Kanak-Kanak : Tidak.
Penyelidik

: Yang mana lebih banyak?

Kanak-kanak : Yang ini banyak. (Menunjuk pada silinder)


Penyelidik

: Boleh kamu beritahu mengapa?

Kanak-kanak : Sebab yang ini lebih tinggi.

18

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Nama Subjek : Clarissa Lola ( 7 Tahun )

Penyelidik

: Perhatikan dua gelas air ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama banyak.

19

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penyelidik

: Sekarang, adakah air ini sama banyak?

Kanak-Kanak : Air ini sama banyak dengan air itu.


Penyelidik

: Boleh kamu beritahu mengapa?

Kanak-kanak : Saya masukkan air yang sama banyak ke dalam ini.

20

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tugas 3 : Konservasi Nombor


Bahan:

Anda memerlukan 12 keping biskut yang sama saiz & bentuk.

Nama Subjek : Nurul Alia Nabila ( 6 Tahun )

Penyelidik

: Perhatikan dua baris biskut ini. Adakah bilangannya sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama banyak.

21

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penyelidik

: Sekarang, adakah bilangan biskut ini sama banyak?

Kanak-Kanak : Tidak.
Penyelidik

: Yang mana lebih banyak?

Kanak-kanak : Yang ini banyak.


Penyelidik

: Boleh kamu beritahu mengapa?

Kanak-kanak : Sebab yang ini lebih panjang.

22

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Nama Subjek : Clarissa Lola ( 7 Tahun )

Penyelidik

: Perhatikan dua baris biskut ini. Adakah bilangannya sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama banyak.

23

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penyelidik

24

: Sekarang, adakah bilangan biskut ini sama banyak?

Kanak-Kanak : Sama.
Penyelidik

: Boleh kamu beritahu mengapa?

Kanak-kanak : Sama 6. ( Sambil menghitung )

Interpretasi
Terdapat perbezaan pendapat dan jawapan di antara pelajar 5 tahun dan pelajar 7 tahun.
Merujuk kepada kajian konservarsi yang saya lakukan terhadap kanak-kanak 5 tahun dan 7
tahun, terdapat perbezaan jawapan dan pendapat. Berbanding kanak-kanak berumur 5 tahun,
,kanak-kanak yang berumur 7 tahun telah mengalami peringkat perubahan yang mana mereka
mengalami lebih banyak pengalaman. Berdasarkan ujikaji konservasi yang dilakukan, saya
dapat melihat dan menilai bahawa pemikiran kanak-kanak berumur 5 tahun dan 7 tahun adalah

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

25

berbeza. Jelaslah bahawa kanak-kanak mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza-beza


mengikut tahap umur mereka. Kanak-kanak berumur 5 tahun tidak mampu berfikir seperti
kanak-kanak yang berumur 7 tahun.
Ternyata kanak berumur 5 tahun ( Tahap praoperasi 2 hingga 7 tahun) ini tidak boleh memberi
jawapan yang betul berbanding kanak-kanak berumur 7 tahun kerana mengalami beberapa
kekurangan seperti ketiadaankeupayaan untuk menggambarkan proses transformasi. Pada tahap
ini, kanak-kanak berumur 5 tahun ini hanya dapat melihat sesuatu yang konkrit tetapi belum
menguasai dan memahami konsep dan sesuatu yang abstrak. Mereka juga tiada keupayaan
mengamati operasi songsang atau pembalikan. Kanak-kanak diperingkat ini tidak mempunyai
kebolehan untuk membuat perbandingan diantara proses yang telah diubah dengan keadaan
asal. Keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membentuk konsep paduan 1-1
antara kedua-dua set tetapi tidak dapat mengekalkannya sebaik sahaja bentuk atau keadaan
ujikaji diubah.

Operasi songsang atau pembalikan ini tidak dapat diamati atau difahami oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak ini juga belum menguasai konsep keabadian. Mereka mudah dipengaruhi oleh
bentuk, saiz, panjang dan tinggi perkara/objek yang diperhatikannya. Contohnya dalam ujikaji
konservasi cecair, kanak-kanak ini ditunjukkan dengan dua gelas yang sama besar dengan
isipadu air yang sama, setelah segelas air tersebut dimasukkan dalam silinder, kanak-kanak ini
memberitahu bahawa air yang di dalam silinder itu adalah lebih banyak daripada yang ada di
dalam gelas. Ini membuktikan kanak-kanak diperingkat ini percaya dan berpegang pada
pendapatnya berdasarkan apa yang dilihatnya. Mereka menggangap orang lain juga sependapat
dengannya.

Tahap kesukaran tugas-tugas yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah ketika ditahap pra-operasi
yang berumur dari 2 hingga 7 tahun . Kanak-kanak yang berada di tahap ini belum lagi faham
akan prinsip pengekalan (conservation). Contohnya jika 12 keping biskut disusun dalam dua
barisan. Setiap barisan mengandungi 6 keping biskut yang sama, mereka akan katakan keduadua kumpulan duit syiling itu adalah sama. Tetapi jika satu daripada barisan biskut disusun
dengan menjarakkannya dalam bentuk garisan lurus dan lebih panjang, mereka akan
mengatakan yang panjang itu adalah lebih banyak. Mereka hanya mengetahui perbezaan dari
segi persepsi kuantitatif.

Kanak-kanak akan dapat membina konsep pengekalan di mana

mereka memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau
sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

26

platisin dan nombor. Kanak-kanak berumur 7 tahun, menguasai konsep tidak memusat
(decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Secara mental mereka dapat
melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam gelas. 2 gelas yang sama besar
diisi kandungan air. Air dalam salah satu dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas
yang lebih tinggi iaitu silinder

Kesimpulan
Pada permulaan peringkat praoperasi ( 2 7 tahun ), kanak-kanak menghadapi kesukaran
mengoperasi konsep, walaupun mereka boleh mengira secara urutan satu hingga sepuluh,
mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain
kanak kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri
yang sempurna kerana kurangnya fleksibiliti dalam susunan pemikiran mereka. Selain itu juga,
kanak-kanak ini mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan
yang tepat serta tidak boleh memahami perubahan yang dinamik. Mereka juga lemah dan
kurang kemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.

Manakala kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan,
pengekalan, isipadu, pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi. Proses
pembalikan (reversibility) ialah dimana kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal
sesuatu objek. Sebagai contoh, sekiranya salah satu plastisin yang sama saiz dileperkan, kanakkanak boleh mengingat semula bentuk asal sebagai imej mentalnya. Pengekalan isipadu ialah
(conservation of volume) ialah kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah
walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan. Percambahan (decentration) di mana kanakkanak boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara
serentak .Contohnya, kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya.
Kanak-kanak pada tahap ini berupaya membuat perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical
relationship) dengan berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif.
Klasifikasi (classification) merupakan keupayaan kanak-kanak berfikir untuk mengkelaskan
objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut
bentuk dan warnanya.

Menurut Piaget, pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses
operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

27

orang yang telah mereka lihat. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanakkanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat,
mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational
logic).

ECG222
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Rujukan

Modul AEU, EEG222 CHILD GROWTH & DEVELOPMENT


BAB 3, Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky

http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

http://teoripiaget.blogspot.com/

28

Anda mungkin juga menyukai