Anda di halaman 1dari 2

Psikoseksual merupakan teori yang dikembangkan oleh Sigmund Freud dalam menganalisis

psikologi manusia. Menurut beliau, tingkah laku manusia dipengerahui oleh id, ego dan
superego. Id ialah dorongan semulajadi atau lebih dikenali sebagai naluri. Ego merupakan
struktur dalaman yang terbentuk daripada pengalaman dan realiti. Manakala superego
merupakan nilai dan norma masyarakat.

Menurut Freud perkembangan diri setiap individu terbahagi kepada lima peringkat iaitu
oral, anal, falik, latensi dan genital. Peringkat oral bermula dari 0 hingga 18 bulan. Peringkat anal
pula dari umur 2 tahun hinnga 4 tahun. Manakala peringkat falik pula dari usia 4 tahun hingga 6
tahun. Peringkat latensi pula dari umur 6 tahun hingga 12 tahun dan seterusnya peringkat genital
iaitu dari umur 12 tahun hingga 18 tahun. Setiap peringkat berlaku secara urutan dan
perkembangan yang berlaku dalam setiap peringkat tersebut akan memberi kesan yang besar
kepada pembentukan personaliti seseorang itu.

Melalui pembelajaran perkembangan tingkah laku oleh Freud, boleh dirumuskan dapat
memberi faedah ilmu psikoseksual para guru. Ini membolehkan para guru lebih memahami
mengapa pelajar bertingkah laku sedemikain, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri,
membantu guru-guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajar
dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Melalui teori psikoseksual Freud, guru boleh mengaplikasi teori dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan cara perlu menyusun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik, langkah demi langkah serta menggunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai
dengan peringkat umur pelajar. Ini kerana setiap peringkat perkembangan berbeza berdasarkan
teori Freud.

Pada peringkat peringkat latensi kanak-kanak lebih menumpukan kasih sayang kepada
orang lain seperti rakan sebaya. Kanak-kanak juga terlibat dengan unsur-unsur pendidikan,
bermasyarakat dan mengalami perkembangan superego. Kesannya seseorang itu akan mula
mengalami perkembangan superego dan penumpuan terhadap komunikasi dengan masyarakat
sekeliling. Apabila tidak dikawal dengan baik, individu ini akan menjadi seorang yang sukar
berkomunikasi kelak. Sebagai contoh guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Pelajar akan berbincang
bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Murid-murid akan
didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar sebagai satu pasukan. Murid-
murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Tujuan
kaedah membina kumpulan kecil ini ialah untuk membantu murid agar merasakan bahawa
mereka diterima serta dihargai oleh anggota lain.

Selain itu, berdasarkan teori psikoseksual ini, guru perlulah mempunyai asas bimbingan
kaunseling untuk berhadapan dengan murid kerana murid terdiri daripada individu yang berbeza-
beza. Teknik nasihat yang diberikan juga perlulah berbeza-beza bagi memenuhi keperluan semua
murid yang berada di dalam peringkat perkembangan yang pelbagai. Murid hanya mempercayai
guru yang dirasakan memahami dan melayaninya dengan baik. Guru sebegitulah yang mampu
menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Guru perlulah bersikap penyayang, bertolak ansur
dan bersabar dengan murid-murid supaya dapat memahami perasaan dan emosi mereka. Guru
perlu membimbing dan menunjukkan simpati kepada murid kerana sikap orang dewasa boleh
mempengaruhi perkembangan personaliti mereka. 

Anda mungkin juga menyukai