Anda di halaman 1dari 4

KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa
dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun
Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang
Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga menpunyai rancangan jahat dan pilih
kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang
mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)mangkat pada usia
yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Pada
tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia
Tenggara. Orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis
dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis
diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut
Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke
Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di
Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal
dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Faktor Dalaman

- Kelemahan pemerintah Melaka


Sultan Mahmud Syah digambarkan sebagai seorang
pemerintah yang sering diabaikan doktrin keadilan dalam
pemerintahannya.
-Kelemahan sistem pertahanan
ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun
Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan
kerajaan
Kurangnya perpaduan rakyat Melaka
pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,misalnya
wujud puak tua(kumpulan Sultan Mahmud)dan puak
muda(kumpulan Sultan Ahmad)yang tidak sefahaman
demikian juga wujud pertelingkahan antara kaum
india-muslim dengan kaum melayu.

-Sikap pembesar
pembesar beesikap tidak adil seperti megenakan cukai yang berlebihan
kepada pendagang-pendagang
hal ini menyebabkan pendagang-pendagang menjadi marah dan mula
mencari pelabuhan-pelabuhan lain seperti Aceh,Bentan,Pattani dan
Brunei untuk menjalankan kegiatan pendagangan mereka.

-Pegangan agama yang lemah


berlaku perkara seperti kezaliman,ketidakadilan dan penindasan terhadap
masyarakat.
kegiatan rasuah dalam kalangan juga berleluasa

Faktor Luaran

-Penemuan Tanjung Pengharapan


aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan
Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa barat
mula berminat dengan tapak-tapak pendagangan di timur.
Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor
memonopoli dagangan rempah,menyekat penguasaan dagagan
pedagang-pedagang islam dan menyebarkan agama kristian

-Terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar


seperti Utimutiraja,seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan
membawa askarnya bagi pihak Portugis.
-Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan
pertahanan Kota Melaka dapat disalur keluar

-Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.


Melaka menang pada serangan pertama,namun gagal mempertahankan
kotanya pada serangan kedua.
seranagan Portugis pada 24 julai 1511 diketuai Alfonso de Albuquerque
bersama angkatannya(yang terdiri daripada 19 buah kapal perang dan
1400 orang tentera)telah berjaya menundukkan Melaka.

Pengajaran
1.Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan
pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman
kesultanan melayu Melaka yang menjerumus kepada
kejatuhan sesebuah kerajaan.
-pepecahan dikalangan pembesar Melaka
-belaku perebutan pengaruh antara pembesar.

2.Rakyat hendaklah membentuk perpaduan antara kaum dalam


membangunkan ekonomi negara yang pelbagai

3.kita perlulah memanfaatkan sumber negara dengan baik yang terancang.

4.Janganlah berlaku sebarang perbalahan politik didalam sesebuah negara


kerana ia akan meruntuhkan sesebuah institusi.
-wujud konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan
dengan Tun Mutahir.
-kejadian Raja Mendeliar yang menfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi
kekayaan Sultan Mahmud Syah.

5.Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka


seperti Sultan Muzaffar Shah,Tun Perak dan Bendara Tun Ali dan banyak
lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara.

6.kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menjalinkan hubungan


dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap negara kita.

Anda mungkin juga menyukai