Anda di halaman 1dari 1

Nyatakan bagaimana guru boleh mempertingkatkan persepsi murid dalam

pembelajaran.

Guru boleh mempertingkatkan persepsi murid dengan menerapakan


persekitaran didalam kelas dengan suka membaca, bekerja sama dalam kumpulan
antara satu sama lain. Guru juga berperanan berinteraksi antara satu sama lain dan
guru memainkan peranan penting untuk memangkin mereka dalam pelajaran. Dalam
sebuah bilik darjah sikap dan tingkahlaku murid-murid adalah berbeza kerana ada
yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai. Oleh itu bagi
menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru haruslah memperkembangkan
kematangan sosial murid-murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran
harmoni.

Bincangkan bagaimana guru boleh membantu murid untuk mengingat


dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu menerapkan latihan latih tubi dikalangan para pelajar. Latih tubi
membantu meningkat kemahiran baruserta meningkat kekecapan dalam sesuatu
kerja yang dilatih. Sebagai contoh, latihan matematik. Kaedah ini adalah
peneguhan kepada para pelajar agar sesuatu pembelajaran yang spesifik mereka
dapat menguasai. Latihan latih tubi melibatk kaedah ulangan dan perkara ini akan
menyebabkan kebosanan keatas para pelajar. Oleh itu, permainan dan
pertandingan diadakan antara para pelajar.

Berikan cara meningkatkan pemindahan positif dalam pengajaran dan


pembelajaran.

Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan


kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori,
mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk
kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Guru patut berusaha untuk
mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah
diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,
pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara
pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka
maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan
proses ingat kembali.

Anda mungkin juga menyukai