Anda di halaman 1dari 25

Tajuk 3 KURIKULUM PERSEKOLAHAN

Sinopsis

Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep dan jenis kurikulum, model-model
kurikulum, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) serta peranan dan kewajipan guru sebagai pelaksana
kurikulum.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:


1. Menjelaskan konsep dan jenis kurikulum (1.1).
2. Menterjemah model-model kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti
pembelajaran yang bermakna (2.3).
3. Berkomunikasi dengan berkesan dalam menghuraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembentukan kurikulum (5.2)
4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh
pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3)
5. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti
pembelajaran yang bermakna (2.3)

31
Kerangka konsep tajuk ini

Kurikulum
Persekolahan

Faktor-faktor yang
Model-model mempengarui
Konsep dan jenis
Kurikulum Kurikulum pembentukan
Kurikulum

Kurikulum Bersepadu Kurikulum Standard Peranan dan


Sekolah Rendah Sekolah kewajiban guru
(KBSR)& Kurikulum Rendah(KSSR) & sebagai pelaksana
Bersepadu Sek Men Kurikulum Standard kurikulum
Sek Men

3.1 Konsep dan jenis kurikulum

3.1.1 Konsep Kurikulum


Perkataan ‘kurikulum’ berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada
‘laluan dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan konsep ini, kurikulum berkait
rapat dengan perkataan ‘laluan’. Ia juga merujuk kepada kandungan dan bahan
pembelajaran yang berkembang, iaitu ‘apa’ itu persekolahan. Ahli progresif dan
behavioris membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-
unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi
pengajaran.
Terdapat beberapa definisi kurikulum:
a. Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk
mengdisiplinkan
cara berfikir dan bertindak (Valiga,T. & Magel,C. 2001)
b. Isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar
memperoleh ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan

32
mengubah sikap serta menghargai dan mempelajarari nilai-nilai murni
di sekolah (Doli,R. 1996)
c. Pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil
pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik
dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di sekolah, bagi
pertumbuhan dalam hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan
dan bersungguh-sungguh.
d. Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yaqng terancang yang
bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah
e. Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi
kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan
pembelajaran, tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan
pelajar untuk pembelajaran, bagaimana dan di mana kurikulum
dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)
f. Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau
institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Kurikulum mengandungi dua aspek:
Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
Kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform
(Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, dalam konteks
Malaysia)
g. Kurikulum Kebangsaan adalah program pendidikan yang merangkumi
aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya,dan
kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya
dari aspek fizikal, rohani, mental, dan emosi serta memupuk dan
memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan.
Akta Pendidikan 1996, Peraturan Kurikulum Kebangsaan 1997

Jawab soalan-soalan berikut untuk mendapat penjelasan konsep


kurikulum.

a. Apakah yang harus diajar?


b. Kepada siapa ia harus diajar?

33
c. Mengapa ia harus diajar?
d. Bagaimana ia harus diajar?
e. Bila (berapa lama; dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar?
f. Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?
g. Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, buku aktiviti,
video, audio, majalah, bahan internet, dll)
h. Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan?
Apakah kumpulan (kooperatif, homogenous, individu) yang akan
digunakan?
i. Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi, ekologi
bilik darjah) yang akan digambarkan dalam kurikulum?

a. Apakah definisi anda tentang kurikulum?


b. Adakah anda rasa kurikulum itu statik? Mengapa?

3.1.2 Jenis-jenis kurikulum

Apakah jenis kurikulum yang anda tahu? Sebenarnya, terdapat dua jenis
kurikulum utama, iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. Kurikulum formal
ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau
objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Kurikulum formal ini merupakan satu
set dokumen yang digunakan sebagai rujukan untuk dilaksanakan. Ia
mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah
disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang, iaitu, satu set
objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta
hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operational yang
dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred di mana
peranan guru didefinisikan dengan jelas.......Ornstein,A.C. & Hunkins,F. 1993.

Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal.
Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ‘tak rasmi’. Ia merupakan perlakuan dan
sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan
disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia dibentuk oleh faktor-faktor
seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

34
Jadi, apakah peranan anda sebagai guru dalam kurikulum tersembunyi? Anda
harus berupaya untuk mengenal pasti aspek-aspek kurikulum tersembunyi,
terutamanya kemungkinan ketidakfungsian potensi atau pengalaman
pembelajaran negatif dan di mana-mana kemungkinan untuk mengawal dan
memperbaiki situasi.

Fikirkan beberapa tingkah laku yang dapat anda kenal pasti sebagai
kurikulum tersembunyi ketika anda mengajar dalam bilik darjah.
Dapatkah anda mengawal tingkah laku ini?

Berikut adalah huraian ringkas yang boleh membezakan antara pelbagai jenis
kurikulum:
Kurikulum tersembunyi
 Terletak di luar konteks pengajaran rasmi; belajar secara implisit
 Mengandungi peraturan tak bertulis, konvensi, adat resam, nilai
budaya yang dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga
kebersihan, dan jujur
 Dibentuk oleh faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang
pengalaman guru dan murid
Cadangan kurikulum
 Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan
profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar
Kurikulum bertulis/yang dihasratkan
 Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan
daerah seperti Kurikulum Kebangsaan, iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah
Kurikulum sokongan
 Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang
disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya
Kurikulum yang diajarkan
 Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru
Kurikulum yang diuji
 Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru,
ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian
Kurikulum yang dialami/dipelajari

35
 Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku
adalah hasil daripada pengalaman persekolahan

Kurikulum masa depan


 Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan
mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta
berupaya belajar sepanjang hayat
 Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan
pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal
melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis.
 Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan
pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat
keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan
futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.
 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:
1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara
penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi
2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui
rangkaian jaringan
3. Bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada
pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras
kurikulum

3.2 Model-model kurikulum

Terdapat pelbagai model kurikulum. Di sini yang akan dibincangkan adalah


model kurikulum oleh Ralph Tyler (1949), Hilda Taba (1966), dan Stenhouse
(1975).

3.2.1 Model Perkembangan Kurikulum Tyler

MODEL TYLER
Berdasarkan 4 persoalan asas
Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?
Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat
mencapai tujuan tersebut?

36
Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara
berkesan?
Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau
sebaliknya?
Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar
pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tertentu tetapi untuk
membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting
untuk mengenal pasti bahawa sebarang penyataan objektif sekolah adalah
merupakan penyataan perubahan yang berlaku di kalangan murid.
Sistematik
memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku
menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah
penyampaiannya dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai

3.2.2 Model Perkembangan Kurikulum Taba

MODEL TABA
Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak
Pendekatan bawah ke atas (bottom-up) terhadap kurikulum di
mana guru memainkan peranan utama
Terdapat peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru
harus membantu dalam proses perkembangannya
7 langkah dalam perkembangan kurikulum:
 Mendiagnos keperluan
 Pembentukan objektif
 Pemilihan kandungan
 Pengurusan kandungan
 Pemilihan pengalaman pembelajaran
 Pengelolaan aktiviti pembelajaran
 penilaian

3.2.3 Perkembangan Kurikulum oleh Stenhouse

MODEL STENHOUSE

37
kurikulum sebagai satu proses
kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan
interaksi guru, murid dan ilmu
kurikulum ialah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah
dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan
penilaian
proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan
oleh Aristotle
suatu cubaan untuk menyampaikan prinsip-prinsip dan ciri-ciri
pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penelitian kritis dan
boleh diterjemahkannya ke bentuk praktikal
perlu menyediakan asas untuk merancang sesuatu kursus,
mengkajinya secara empirikal dan mempertimbangkan alasan
untuk membuat justifikasi. Ia harus menawarkan perancangan:
 prinsip-prinsip bagi pemilihan kandungan apa yang perlu
dipelajari dan diajar
 prinsip-prinsip bagi perkembangan strategi pengajaran
bagaimana ia dipelajari dan diajar
 prinsip-prinsip bagi membuat keputusan tentang urutan
 panduan untuk guru dari segi kesesuaian untuk melaksanakan
kurikulum dalam pelagai konteks sekolah, konteks murid,
suasana dan situasi kumpulan rakan sebaya
 maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang
berbeza dan ke atas murid yang berbeza dan memahami
sebab-sebab variasi tersebut
justifikasi kurikulum dibentuk bermatlamatkan mudah diakses
untuk diteliti dan di kritik
melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang
amalan pengajaran (cara menterjemahkan sebarang idea
pendidikan ke dalam bentuk hipotesis yang boleh uji, bersedia
untuk dikritik, direka bentuk bukan untuk diguna disebarang
tempat).
Hasil kurikulum bukan lagi menjadi ciri utama jika objektif dibina
secara sempit dan keadah ditentukan lebih awal, apa yang berlaku
di dalam model teori kurikulum ini dan amalannya adalah
disebabkan oleh kandungan dan cara berkembang hasil daripada
kerjasama antara guru dan murid.

38
Pembelajaran adalah berpusatkan murid. Fokus adalah pada
interaksi (tumpuan beralih dari pengajaran kepada pembelajaran
dimana proses pembelajaran menjadi fokus utama guru)

3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan kurikulum:

KERAJAAN MATLAMAT & PRIORITI PROGRAM


Memilih polisi untuk Tujuan, matlamat dan objektif untuk
melaksanakan kurikulum program pendidikan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN & PERUBAAN
KURIKULUM

KANDUNGAN KEPERLUAN INDIVIDU


KURIKULUM  Minat, kemahiran asas 3M
Pemilihan kandungan  Untuk membolehkan murid memperoleh
kemahiran sosial, berupaya memahami diri
sendiri, mengembangkan minat &
potensi,pembentukan perwatakan

KEPERLUAN NEGARA & KEPERLUAN UNIVERSAL


MASYARAKAT  Untuk menyebarkan ilmu & latihan
 Memperoleh kemahiran kepada murid untuk membolehkan
asas, konsep & teknik murid menerapkan pemahaman dan
dalam kehidupan dari kerjasama secara universal
sudut politik, sosial &  Penambahbaikan cara hidup
ekonomi masyarakat
 Untuk memenuhi  Menekankan nilai, sentimen, ilmu &
aspirasi
Di semua masyarakat,
negara, kandungan baru pendidikankemahiran
harus mencerminkan ilmu dan
untuk memastikan
cita-cita & ideologi kestabilan masyarakat, motivasi
kemahiran
negara yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi individu, keupayaan
individu & kawalan tingkah laku
dan kebolehan untuk menyertai tenaga kerja serta menghadapi cabaran
baharu, terutamanya dengan kemajuan pesat dalam sains dan teknologi.

39
3.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM)

3.4.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Pendidikan sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Pada tahap satu,
iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga, penekanan adalah kepada
penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahap
kedua, iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam, penguasaan kemahiran
tertumpu kepada pengukuhan dan penekanan terhadap pembinaan yang
kukuh pada isi kandungan dan asas sains. Peperiksaan pada Tahun Enam
digunakan untuk menilai prestasi. Sebaliknya penilaian berasaskan sekolah
dijalankan pada semua peringkat.

3.4.1.1. Matlamat KBSR


Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu
yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan
individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997)

3.4.1.2. Prinsip-prinsip KBSR


KBSR digubal berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh
ilmu dan kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah
berbanding dengan pengalaman hidup harian mereka. Oleh itu,semua
aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman
hidup mereka mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek
intelek, rohani dan fizikal.
Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan
menggalakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama
dalam kalangan murid-murid itu.

40
Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan
pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif
dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan.
Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum).
Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
Penilaian perlu diintegrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran
dalam bilik darjah).

3.4.1.3 Objektif KBSR


Objektif KBSR adalah seperti berikut:
Menguasai Bahasa Melayu
Menguasai kemahiran asas bahasa
Mengembang dan meningkatkan kemampuan intelek termasuk pemikiran
rasional, kritis dan kreatif
Menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan
seharian
Menguasai kemahiran belajar dan berfikir
Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Mengembangkan sifat kepimpinan dan keyakinan diri
Menjadi peka terhadap manusia dan persekitaran
Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
Memahami dan menghargai budaya serta menyertai aktiviti riadah
Menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal
Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti
Memperoleh kemahiran membaca, melafaz dan memahami makna ayat-
ayat dalam Al-Quran
Mengukuhkan asas akidah (kepercayaan pada Tuhan) dan amalan nilai
murni
Menyemai semangat kenegaraan
Mengembangkan bakat dan kereativiti
Mengembangkan sikap positif

3.4.1.4 Ciri-ciri KBSR

Nilai Patriotisme
Kemahiran Merentas Merentas
Berfikir Kurikulum Kurikulum
41
Bahasa Melayu Pemulihan dan
Merentas pengayaan
Kurikulum CIRI-CIRI KBSR

Kemahiran Strategi Berpusatkan Penilaian


Asas (3M) Murid Berterusan

Buat rujukan (sama ada dari buku atau internet) dan huraikan dengan
lebih mendalam tentang prinsip dan ciri-ciri KBSR. Seterusnya
terangkan struktur dan komponen yang terdapat pada KBSR.

3.4.1.5 Pengubahsuaian dalam Sukatan KBSR


Program KBSR memulakan percubaannya pada 1982 sementara KBSM
dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988,
program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya.
Akibatnya, KBSR yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Renda
ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan
matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020,
globalisasi dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Draf
baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian
dilaksananakan pada Disember 1994.
Antara perubaan besar dalam KBSR ialah:
Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran
Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian
Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling asas kepada
yang paling kompleks mengikut topik
Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran
Mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmatik perniagaan ke
dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat.
Mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua mata
pelajaran, iaitu mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan

42
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan
semua mata pelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1
dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

Sejauh manakah objektif KBSR tercapai di sekolah anda? Bincangkan isu


ini dengan rakan sejawat untuk memikirkan apa-apa yang boleh dilakukan
bagi objektif yang belum lagi tercapai.

Buat carian dari internet berkenaan isu-isu yang terdapat


berkenaan kurikulum diluar negara.

3.5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard


Sekolah Menengah (KSSM)

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru


iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai
2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam
usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi


memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di
negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat
global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta
menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian


Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas
murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.  Ini kerana mulai 2016
juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan
melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran
sekolah dan pentaksiran pusat.

43
Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang
satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu
fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.
Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian
akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada
guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

 Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan


Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh
Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan
dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah
perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan
dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati
wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah
rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan


penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan
transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa
bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum
persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti
dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah


melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju
bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan
setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut
mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti
Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan
kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah
berasaskan standard dibangunkan.

44
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2
Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum
yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi
memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan
di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira
cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran
terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,
iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:


- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu

45
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Rajah 1: Teras Pembangunan Kurikulum

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR.


Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan holistik.  Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti
berikut:

Rajah 2 : Prinsip-prinsip KSSR

46
Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk


pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus
kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara
eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap
tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

47
Rajah 3: Tunjang Dalam KSSR
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Huraikan tunjang-tunjang yang terdapat dalam KSSR.

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai


standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap
tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca,
menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan
membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

48
Rajah 4: Fokus KSSR

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan


penguasaan asas 4M. Rujuk kepada Rajah 4 di atas.  Penekanan
diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut.  Penekanan juga diberikan kepada
kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan
dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan


aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK,
penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan
pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
 
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan
mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang
dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara
modular  iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk
modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul
mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal
pasti untuk dikuasai oleh murid.

 
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan
standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh
dan tahap persekolahan.

49
 

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang


Satu penetapan kriteria
perkara yang murid patut
atau petunjuk (indicator)
ketahui dan boleh lakukan
kualiti pembelajaran dan
dalam suatu tempoh
pencapaian yang boleh
persekolahan merangkumi
diukur bagi setiap standard
aspek pengetahuan,
kandungan.
kemahiran dan nilai.

Rajah 5: Pernyataan Standard dalam KSSR


Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 

 
 
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,


Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum


diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi
melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam
pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui Rajah 6 di bawah.

50
Rajah 6 : Elemen Merentas Kurikulum

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Rajah 7 dibawah menggambarkan perbezaan KSSR dan KBSR.

Rajah 7 : Perbezaan KSSR dan KBSR

51
Sebelum ini, Bahagian Pendidikan Khas bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap pembangunan kurikulum Pendidikan Khas yang digunapakai oleh
murid-murid berkenaan. Sekarang Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan
yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah
pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.
 
Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas
(Masalah Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran
perdana. Sungguh pun begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan
terhadap beberapa mata pelajaran aliran berkenaan (khususnya dari segi
pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas
pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid
Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan
mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi
(BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).
 
Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan
tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini
lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan
individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaran Asas
3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains,
Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik,
Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan
Pengurusan Kehidupan.
 
Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997.

52
3.6 Peranan dan kewajipan guru sebagai pelaksana kurikulum
Mentafsir
 Memahami dan menghargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap
positif, beriltizam untuk mengembangkan kurikulum membaca,
memahami, organisasi pengalaman & menghargai objektif sukatan)
 Mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, Panduan Khas oleh PPK:
mengubah suai di mana perlu)
 Memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai
dengan keperluan
Merancang
 Rancangan Semester, Rancangan Pelajaran Harian (Objektif
pengajaran dan pembelajaran, topik dan kandungan, strategi,
penilaian)
 Mengatur aktiviti-aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang
sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)
 Pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman
pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Mengubah suai
 Berdasarkan keperluan (murid, persekitaran)
 Sumber yang ada
 Penggunaan ICT
Melaksanakan
 Melaksanakan dalam bilik darjah
Menilai
 Untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi
 Analilsis keputusan
 Mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

Fikir tentang pengalaman pengajaran dan pembelajaran anda sendiri.


Buat analisa tentang peranan anda dalam melaksanakan KBSR
di sekolah anda. Sediakan senarai aspek yang perlu disemak
semula. Huraikan secara ringkas.

53
TUGASAN TERARAH
Sebagai seorang guru sekolah rendah, analisis dan tafsirkan ciri-ciri utama
KBSR dan KSSR.

Pada pendapatanda, sejauh manakah KBSR berjaya mencapai matlamat


Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Sebagai seorang guru, huraikan bagaimana anda boleh mainkan peranan


melaksanakan KBSR dalam era teknologi maklumat dan komunikasi

LAMAN WEB
www.moe.gov.my
www.prenhall.com
www.infed.org
www.soe.purdue.edu

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan
diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Egan,G. 1990 The Skilled Helper. 4th Edition, Pasific Grove, Books, Gole
Publishing

Bondi, W. 1989, Curriculum Development : A Guide to Practice. 3th ed. Ohio.


Merrill Publishing Co.

Pusat Perkembangan Kurikulum 1994. Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah (KBSM) Secara Menyeluruh. Kuala Lum[ur. Kementerian
Pendidikan Malaysia

Stenhouse 1975 An Introduction to Curriculum Research and Development,


London, Heinemann

54
IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

55

Anda mungkin juga menyukai