Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 1:

NAMA:
NO. KP:
NO. MATRIK:
OPSYEN:
TARIKH HANTAR:
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1

2. FUNGSI KOMUNIKASI BERKESAN 1-2

3. CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN 3

4. CONTOH BAHASA DALAM KOMUNIKASI 4-7

BERTULIS

5. PENUTUP 8

6. LAMPIRAN 8

7. SENARAI RUJUKAN 9-10


1. PENDAHULUAN
Pada era globalisasi ini, perkembangan komunikasi memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia. Manusia berkomunikasi setiap detik ketika mereka berada dalam
keadaan sedar. Mereka merupakan makhluk sosial yeng perlu berkomunikasi antara satu
sama lain bagi menjamin kelangsungan sistem sosial tersebut.

Menurut Abdul Mua’ti (2006), komunikasi dianggap sebagai satu proses pemindahan
makna yang terdapat dalam maklumat, idea atau perasaan melalui penggunaan simbol
sama ada berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan, visual atau simbol lain daripada pihak
penerima dengan harapan akan menghasilkan maklum balas atau respon yang dihajati.
Komunikasi berkesan pula bermaksud komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat
dengan jelas daripada penyampai kepada penerima dalam usaha mencapai matlamat
organisasi. Komunikasi berkesan merupakan proses dua hala melalui penghantaran mesej
yang betul, baik dan tepat maksudnya tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham.

2. FUNGSI KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi merupakan medium utama manusia untuk berinteraksi sesama mereka.


Oleh sebab itu, seseorang individu perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan
untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Terdapat pelbagai fungsi komunikasi
berkesan salah satunya ialah menjadi agen yang membentuk keyakinan diri seseorang.
Setiap kali kita berkomunikasi dengan orang lain dan mendapat maklumbalas positif, ia
menandakan bahawa komunikasi yang kita lakukan adalah berkesan. Hal ini secara tidak
langsung akan meningkatkan keyakinan diri kita. Fungsi ini telah dibuktikan oleh Shuttuck
(1980) dengan mengatakan kanak-kanak yang dipinggirkan oleh orang di sekelilingnya tidak
mempunyai keyakinan diri dan mempunyai masalah dari segi pembangunan mental,
psikologi dan ada segelintirnya mempunyai masalah percakapan ataupun bahasa. Dapat
kita simpulkan di sini, seseorang perlu berinteraksi secara efektif dengan orang di sekeliling
supaya dapat memberi keyakinan kepada dirinya sendiri.

Selain itu, komunikasi berkesan sangat penting dalam penentuan agenda. Setiap
komunikasi yang berlaku mempunyai matlamat dan agendanya tersendiri. Sebagai contoh,
agenda ejen insurans ialah ingin menarik perhatian pelanggan agar berminat dengan
perkhidmatan yang mereka tawarkan. Oleh itu, mereka akan menjelaskan agenda mereka
secara terperinci agar difahami oleh pelanggan. Ejen insurans tersebut perlulah memiliki
kemahiran persuasif atau pemujukan yang tinggi di samping mempunyai personaliti yang
petah berkata-kata dan peramah. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan dan

1
secara tidak langsung dapat memastikan pelanggan memahami mesej yang hendak
disampaikan. Hasilnya, pelanggan akan bersetuju dengan tawaran perkhidmatan yang
diberikan kerana penyampaian mesej yang menyakinkan.

Akhir sekali, komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam bidang
pendidikan. Melalui pendidikan, masyarakat dapat memperoleh informasi dengan lebih tepat
dan jelas. Hal ini demikian kerana, komunikasi bertindak sebagai medium yang mendidik
masyarakat tentang sesuatu perkara. Misalnya, masih ramai masyarakat yang tidak
mengetahui apa itu Goods & Services Tax. Oleh itu, melalui komunikasi pendidikan yang
diberikan secara efektif seperti menggunakan iklan dan perkongsian di media sosial yang
ringkas serta padat, masyarakat akan lebih memahami dan jelas mengenai sesuatu perkara
seperti apakah fungsi dan kebaikan GST. Pendidikan secara komunikasi ini lebih mudah
untuk difahami oleh masyarakat kerana ia bersifat mesra pengguna.

2
3. CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

3.1 KOMUNIKASI LISAN

Bagi menjadikan komunikasi itu berkesan, adalah penting untuk memahami cara
manusia berinteraksi dan menginterpretasikan sesuatu mesej. Antara ciri komunikasi lisan
yang berkesan ialah pengirim menyampaikan mesej yang difahami oleh penerima agar
penerima dapat bertindak mengikut tafsiran mesej. Sebagai contoh, seorang pelanggan
memberitahu peniaga bahawa dia ingin membeli 500 gram bawang merah. Disebabkan
pelanggan tersebut menyatakan jenis bawang yang dia inginkan, peniaga telah menimbang
500 gram bawang merah dan bukannya bawang putih atau bawang besar. Hal ini jelas
membuktikan bahawa kefahaman merupakan ciri yang sangat penting dalam berkomunikasi
agar sebarang kesilapan dapat dielakkan.

Selain itu, aspek keseronokan perlu diselitkan dalam proses komunikasi untuk
mencipta suasana yang meriah. Unsur-unsur jenaka dan alternatif lain seperti permainan
mini terutamanya di dalam majlis ilmu membolehkan panel penceramah berinteraksi dengan
lebih efektif kerana audians merasa seronok dan tidak bosan dengan kaedah penyampaian
kreatif yang digunakan oleh penceramah.

Akhir sekali, bersifat terbuka semasa berkomunikasi adalah sangat digalakkan. Hal
ini demikian kerana, sifat keterbukaan akan membolehkan kita menerima pandangan orang
lain khususnya dalam mencari penyelesaian masalah di samping dapat mengelakkan
tercetusnya sebarang konflik. Misalnya, pegawai atasan menerima pendapat staf lain dalam
usaha meningkatkan keuntungan syarikat.

3.2 KOMUNIKASI SECARA BERTULIS

Bagi komunikasi bertulis pula, seseorang individu perlu menggunakan bahasa yang
positif dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian kerana, bahasa yang
baik dan mudah difahami akan menyebabkan penerima khususnya pembaca jelas dengan
isi kandungan mesej yang hendak disampaikan. Perlu diketahui bahawa bahasa
melambangkan personaliti seseorang, jika bahasa yang digunakan dalam penulisan adalah
sopan dan baik maka kita akan dilabel sebagai individu yang mempunyai tahap kesantunan
yang tinggi. Selain itu, penulis atau penyampai sewajarnya mengkaji terlebih dahulu
sebarang informasi yang hendak dimasukkan ke dalam penulisan bagi mengelakkan
berlakunya salah faham dan penyebaran maklumat palsu.

3
4. CONTOH BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS

MEMO

Memo merupakan alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung
secara rasmi. Selain itu, memo merupakan satu bentuk penulisan yang ringkas, padat tetapi
jelas. Walaupun ringkas tetapi memo mempunyai ciri-ciri umum yang perlu dipatuhi ketika
menulisnya. Paling penting, memo merupakan perintah atau arahan daripada pihak atasan
yang ditujukan kepada kakitangan bawahan. Rajah 1 di bawah menunjukkan ciri-ciri memo.

Ditulis secara ringkas

Mementingkan keseragaman dalam penggunaan di organisasi


Berbentuk borang dan terbuka

Ciri-ciri memo

Penggunaan memo dalam organisasi yang sama


Mementingkan isi

Rajah 1. Ciri-ciri memo


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANAK
PETI SURAT 495
89507 PENAMPANG
SABAH

MEMO DALAMAN

KEPADA : AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

DARIPADA : PENGETUA SMK LIMBANAK

RUJUKAN : XEA4130 / 700-15 /01 (02)

TARIKH : 10 FEBRUARI 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA HEM SMK LIMBANAK BIL. 2 TAHUN 2021

Merujuk perkara di atas, semua ahli Jawatankuasa HEM diwajibkan hadir ke mesyuarat
seperti ketetapan yang berikut :
Tarikh : 18 FEBRUARI 2021 (KHAMIS)
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT ANGGERIK SMK LIMBANAK

2. Perkara yang akan dibincangkan adalah :


2.1 Perancangan aktiviti tahunan.
2.2 Laporan ahli Jawatankuasa HEM mengikut unit.
2.3 Hal-hal berbangkit.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,

(XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX)
XXXXXX,
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX.
SURAT KIRIMAN RASMI
Surat rasmi merupakan alat komunikasi yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan,
badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung atau berkomunikasi secara rasmi
antara satu sama lain. Surat rasmi juga merupakan surat yang ditulis untuk urusan-urusan
rasmi. Rajah 2 menunjukkan format penulisan surat kiriman rasmi.

Pengenalan pengirim dan penerima

Jarak perenggan dan baris


Tajuk

Format surat kiriman rasmi


Indentation Tarikh

Penutup surat Rujukan fail

Isi surat

Rajah 2. Format surat kiriman rasmi


XXXXXXXXXXXXXXXXXX,

XXXXXXXXXXXX
XXXXX,XXXXXXXX
XXXXX. Tel: 01136963477

Pegawai Eksekutif,
Majlis Daerah Penampang,
89507, Penampang,
Sabah. 9 FEBRUARI 2021.

Tuan,
ADUAN MENGENAI MASALAH DI TAMAN DIGOT
Dengan segala hormatnya, saya mewakili penduduk Taman Digot, Penampang ingin
membuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi.

2. Aduan pertama ialah mengenai masalah kutipan sampah. Saya mendapati kutipan
sampah di kawasan kami tidak menentu. Sampah sarap dikutip selang sehari akan tetapi
ada kalanya sampah sarap langsung tidak dikutip buat beberapa hari. Hal ini mengakibatkan
penduduk membuang sampah ke dalam tong sampah di simpang jalan. Bau busuk daripada
tong sampah itu menjejaskan keselesaan penduduk.

3. Selain itu, masalah anjing liar yang berkeliaran terutama pada waktu malam. Salakan
anjing yang bertali arus menganggu ketenangan kami tidur.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap aduan ini mendapat pertimbangan dan tindakan
sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, kerjasama dan keprihatinan pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX )

7
5. PENUTUP

Kesimpulannya, setiap individu sewajarnya mengusai kemahiran berkomunikasi tidak


kiralah lisan mahupun bertulis. Kemahiran komunikasi yang berkesan membolehkan kita
mudah untuk menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Bukan itu sahaja, jika kita dapat
menjalinkan komunikasi yang berkesan dengan semua orang, kita akan memperoleh
banyak manfaat seperti berpeluang menambah kenalan dan saling bertukar pendapat.

6. LAMPIRAN

Proses dan elemen komunikasi Contoh komunikasi bertulis

Ilustrasi komunikasi berkesan

8
7. SENARAI RUJUKAN

Abang Joe (2012, Disember 7). Komunikasi yang berkesan.


http://abangjoe18.blogspot.com/2012/12/komunikasi-yang-berkesan.html

Ahmad Rozelan Yunus, Amir Aris (2016). Komunikasi berkesan. ResearchGate.


https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKESAN

Contoh format surat rasmi. Contoh.my.


https://contoh.my/contoh-format-surat-rasmi

Deenizam. (2018, Ogos 16). Ciri-ciri komunikasi yang berkesan.

https://www.scribd.com/presentation/386334543/Ciri-ciri-Komunikasi-Yang-Berkesan

Faris Asyraf, Fatin Sakinah, Angeline Oii, Pavithra Pillay. (2018, Februari 6).

Ciri komunikasi berkesan.

https://www.slideshare.net/cikgukinah/ciri-komunikasi- berkesan

Kemahiran Komunikasi. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.

http://www.myhealth.gov.my/kemahiran-komunikasi/

Maizatul Haizan Mahbob, Nik Anis Syakira Megat Ali, Wan Idros Wan Sulaiman, Wan

Amizah Wan Mahmud (2019). Komunikasi strategik dan peranannya untuk

mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi. Malaysian Journal of

Communication.
http://journalarticle.ukm.my/13191/1/31727-104681-1-PB.pdf
Siti Salamah. (2016, September 23). Komunikasi berkesan.

https://registrar.utm.my/kualalumpur/files/2016/12/KOMUNIKASI-

BERKESAN.pdf

Steve Blan (2014, Mac 5). Memo.

https://www.slideshare.net/steveblan1/memo- 31945899

Anda mungkin juga menyukai