Anda di halaman 1dari 14

BAB 3

E L E M E N K OMUN I K AS I

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


Menerangkan elemen dalam proses komunikasi.
Mengenal pasti fungsi dan peranan elemen komunikasi.
Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi elemen komunikasi.
3.1 PENGENALAN

Dalam bab yang lepas kita telah didedahkan tentang sejarah


perkembangan bidang komunikasi dan takrifan komunikasi. Dalam
proses komunikasi terdapat elemen-elemen yang saling
bergantungan (dependent) antara satu sama lain bagi memastikan
komunikasi dapat berjalan dengan lancar dan efektif. Cuba anda
imbas kembali komponen- komponen yang terlibat dalam proses
komunikasi.

Jika kita lihat takrifan komunikasi sebagai suatu proses pertukaran


maklumat dan pembujukan dalam Bab 2 yang lepas, kita dapati
dalam elemen-elemen proses komunikasi tersebut terdapat sumber
(pengirim), penerima (khalayak), saluran, mesej, gangguan dan
konteks. Peranan dan komponen yang terlibat dalam sesuatu proses
komunikasi bergantung kepada bentuk komunikasi sama ada
komunikasi berlaku secara sehala (model linear) atau dua hala
(transaksional). Selain itu, konteks dan persekitaran juga memainkan
peranan penting dalam menentukan keberkesanan proses
komunikasi.

Bagi tujuan subjek Pengantar Komunikasi anda hanya akan


didedahkan dengan asas-asas elemen komuniasi. Namun begitu
kefahaman tentang elemen-elemen komunikasi amat penting apabila
anda meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam
program komunikasi ini.

3.2 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

Berdasarkan Rajah 3.1 anda boleh lihat hubungan elemen-elemen


komunikasi dalam proses komunikasi. Antara elemen-elemen yang
akan
1
dibincang dalam bahagian ini adalah sumber (source), penerima
(receiver), saluran (channel), mesej (message), maklum balas
(feedback), gangguan (noise), rangka rujuk (frame of reference), dan
konteks (context).

Keberkesanan sesuatu proses komunikasi amat bergantung kepada


elemen dan ciri-ciri yang terkandung di dalamnya.

Rajah 3.1
Proses Komunikasi dalam Model Shannon
Isyarat Terima
Mesej Isyarat Mesej

Sumber maklumat Transmiter Penerima Destinasi

Sumber gangguan

3.2.1 Sumber

Sumber juga dikenali sebagai pengirim. Sebenarnya sumber boleh


terdiri daripada orang perseorangan, sesuatu kumpulan dan boleh
juga terdiri daripada sesebuah organisasi. Fungsi sumber itu sendiri
adalah menghasilkan utusan. Mesej pula mungkin terhasil daripada
perasaan yang hendak diluahkan, pendapat dan idea-idea yang
hendak disampaikan kepada pihak lain. Mesej yang dihasilkan ada
pelbagai tujuan sama ada untuk perbincangan, kefahaman,
memberikan maklumat dan arahan. Cuba anda fikirkan
bagaimanakah sumber dapat mewujudkan komunikasi yang
berkesan?

Sekiranya anda sebagai sumber, apakah kriteria yang


perlu ada pada diri anda yang dapat menentukan
kejayaan sesuatu komunikasi.

Sebagai sumber banyak perkara yang perlu diberi perhatian jika


ingin mencapai komunikasi yang berkesan. Kita perlu melihat
kepada faktor kemahiran komunikasi yang ada pada diri sendiri,
tahap pengetahuan yang dimiliki terutama dalam topik-topik
tertentu, sikap dan status. Berikut kita bincang secara ringkas ciri-
ciri sumber yang dapat mempengaruhi proses komunikasi.
1. Kemahiran komunikasi

Sebagai punca utusan, kemahiran berkomunikasi adalah amat


penting. Bagaimana pula kalau kita ingin berkomunikasi dengan
orang yang bisu atau buta? Sebagai komunikator kita perlu mencari
pendekatan yang berbeza berbanding orang yang normal. Pelajar
hendaklah memikirkan pendekatan yang dapat membantu
menyelesaikan masalah ini. Ini bertujuan memberikan kesan kepada
komunikasi yang berlaku. Jadi, latihan berkomunikasi dan
kemahiran menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks komunikasi
amat penting dalam memastikan keberkesanan proses komunikasi.

2. Pengetahuan

Pengetahuan merupakan elemen yang mampu menyemarakkan


proses komunikasi agar dapat berjalan dengan lebih lancar dan
berkesan. Mengapa ia memainkan peranan yang penting? Cuba kita
berkomunikasi tentang topik proses komunikasi dengan tukang
kebun sekolah, sudah tentu dia tidak dapat memberikan maklum
balas dengan baik. Jika ada pun maklum balas daripadanya mungkin
berbentuk umum sahaja. Selain itu, perbincangan yang berlaku tidak
diberikan perhatian yang serius dan tidak ada sebarang keputusan.
Justeru, pengetahuan sumber dan penerima dapat menentukan
kelangsungan komunikasi dan pemikiran seseorang.

Jika anda sebagai sumber tetapi kurang


berpengetahuan tentang sesuatu topik dan diminta
berucap di khalayak, adakah anda menerima tawaran
tersebut?

3. Sika
p

Sikap dalam konteks sumber bermaksud sikap terhadap diri sendiri,


kedua sikap terhadap mesej yang hendak diperkatakan serta apa
yang orang lain boleh dapat daripada mesej tersebut. Ini bermakna
sikap sumber hendaklah selari dengan sasarannya. Jika berlaku
sesuatu yang bertentangan, maka komunikasi yang berlaku tidak
mendatangkan faedah atau tidak berkesan.

Contohnya, jika kita bercakap dengan seorang petani yang cetek


pengetahuan tentang keupayaan teknologi komputer dalam
meningkatkan pendapatannya, sudah tentu apa yang hendak
disampaikan tidak diberi perhatian berbanding nelayan laut dalam
yang memerlukan sistem komputer untuk mengesan kawasan ikan
yang banyak.
Jadi, kita dapati sikap kita sebagai sumber hendaklah bijak supaya
apa yang hendak dikomunikasikan selaras dengan sasaran agar
komunikasi kita itu memberikan faedah kepada kedua-dua belah
pihak sama ada sumber mahupun penerima.

4. Status

Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila kita berkomunikasi


dengan orang lain. Pernahkan anda memikirkan peraturan-peraturan
tersebut? Mungkin kita terfikir bahawa yang penting kita sudah
memberitahu pihak kedua, tetapi bagaimana sistem budaya sesuatu
masyarakat itu? Sistem budaya juga adalah sesuatu yang amat
penting kerana melibatkan imej dan adat. Contohnya, ketika
bercakap dengan ketua di pejabat kita memerlukan keadaan yang
lebih formal berbanding berkomunikasi di luar dengan rakan-rakan
yang tidak formal. Kenapa dengan ketua di pejabat kita
berkomunikasi dalam keadaan formal tetapi dengan rakan- rakan
tidak? Sudah tentu ia disebabkan oleh peraturan-peraturan dan
sosiobudaya yang sedia wujud.

Soal status memang perlu diberi perhatian. Jika tidak, komunikasi


kita dengan orang lain akan sia-sia sahaja. Jelas bahawa dalam
keadaan apa sekalipun seseorang komunikator perlu bersedia untuk
menyesuaikan diri apabila hendak berkomunikasi.

3.2.2 Penerima

Dalam komunikasi antara manusia, penerima merupakan pihak yang


penting. Sebagai penerima, ciri-ciri yang ada pada sumber
sepatutnya dimiliki. Cuba kita bayangkan sekiranya ciri-ciri tersebut
tidak sama atau tidak serasi? Ciri-ciri tersebut perlu selari supaya
komunikasi yang berlaku lebih berkesan. Kalau sumber
berkeupayaan mengenkod, di pihak penerima pula perlulah
berkeupayaan mendekod. Jadi, maksudnya sama ada sumber atau
penerima kedua-duanya perlu membentuk kesefahaman supaya
komunikasi antara mereka berkesan.

3.2.3 Saluran

Saluran adalah merujuk kepada sama ada alat atau perantara yang
berkemampuan menyalurkan mesej daripada sumber kepada
penerima. Pemilihan saluran dalam komunikasi memainkan peranan
yang penting kerana ia menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan
maklumat komunikasi. Pada pendapat anda adakah menggunakan
saluran yang banyak lebih baik berbanding menggunakan satu
saluran untuk menyampaikan mesej atau saluran yang berkualiti itu
adalah lebih penting?
Kesesuaian memilih saluran untuk digunakan sebagai penyalur
mesej yang berkesan adalah lebih penting. Kita boleh lihat terdapat
banyak saluran yang digunakan dalam komunikasi. Kalau kita
berkomunikasi dengan rakan, kita dikenali sebagai saluran
bersemuka. Proses komunikasi seperti ini biasanya dalam situasi
yang sama.

Saluran terbahagi kepada beberapa bentuk:

(i) Saluran bersemuka – interpersonal.


(ii) Saluran perantara – televisyen atau radio.
(iii) Saluran melalui mesej tanpa lisan – bahasa isyarat.

3.2.4 Mesej

Mesej merupakan intipati dalam proses komunikasi. Mesej terdiri


daripada simbol-simbol bukan lisan atau perkataan lisan yang
digunakan oleh sumber untuk menyampaikan sesuatu makna. Mesej
juga ada yang tersurat dan yang tersirat. Sebagai penerima kita
hendaklah mentafsirkannya mengikut persekitaran termasuk
pengetahuan dan pengalaman.

Jadi, apa sahaja yang boleh membawa makna semasa berkomunikasi


adalah mesej. Contohnya, seorang pensyarah menunjukkan wajah
yang muram ketika diminta mengajar kursus yang di luar bidangnya.
Mungkin kursus tersebut bukan bidang kemahirannya tetapi dia
terpaksa berbuat demikian. Ini membuatkan pensyarah tersebut
merasa tertekan. Kita dapati mesej yang hendak disampaikan adalah
mengharapkan pelajar faham dia tidak begitu mahir dalam bidang
tersebut tetapi terpaksa. Situasi begini juga mengharapkan pelajar
sendiri bertemu pihak berwajib agar dapat membekalkan pensyarah
lain yang benar-benar mampu mengajar kursus tersebut pada masa
akan datang.

Sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan berkesan apabila ianya


memiliki kandungan mesej, kod mesej dan pengolahan mesej.
Apakah yang dimaksudkan dengan kandungan mesej, kod mesej dan
pengolah mesej itu?

1. Kandungan mesej

Maklumat yang diperoleh dan didapati dalam mesej yang


dienkodkan oleh sumber kepada penerima. Maklumat seperti topik
sesuatu perbincangan itu adalah contoh mesej yang hendak
disampaikan.
2. Kod utusan

Kod mesej membawa erti satu kumpulan simbol-simbol yang dapat


memberi makna kepada penerima.

3.2.5 Maklum Balas

Maklum balas merujuk kepada reaksi penerima apabila menerima


sesuatu mesej daripada sumber. Bagaimanakah anda memberikan
reaksi apabila anda ditanya dengan cara menengking tentang sesuatu
perkara? Sudah pastilah anda terperanjat dan memberikan jawapan
dengan keras. Dalam proses komunikasi, maklum balas berlaku
secara pasif dan agresif. Maklum balas boleh dalam bentuk lisan
ataupun simbol bukan lisan. Berdiam diri juga merupakan satu
bentuk maklum balas. Maklum balas penting dalam menentukan
keberkesanan mesej dan kelangsungan proses komunikasi.

3.2.6 Gangguan

Dalam proses komunikasi mungkin terdapat beberapa gangguan


yang boleh menyebabkan penerima tidak dapat menerima mesej
dengan jelas seperti mana yang disampaikan oleh sumber. Dapatkah
anda bayangkan jika mesej yang hendak disampaikan tidak dapat
disampaikan dengan jelas. Apakah kemungkinan wujudnya halangan
dalam proses komunikasi tersebut?

Cuba anda fikirkan bagaimana gangguan


menjejaskan proses penyampaian maklumat dan
pentafsiran maklumat.

Gangguan komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu


gangguan mental, gangguan fizikal dan gangguan fisio-psikologi.

1. Gangguan mental

Gangguan seperti ini berpunca dari dalam diri sendiri. Contohnya,


apabila kita menghadapi masalah kewangan sudah tentu keadaan
menjadi tidak tenteram dan mempengaruhi proses kita
berkomunikasi.

2. Gangguan fizikal

Gangguan seperti ini biasa dikaitkan dengan persekitaran seperti


keadaan lalu lintas yang bising, keadaan bilik yang panas dan
pembesar suara yang tidak berfungsi dengan baik ketika kita
berkomunikasi.
3. Gangguan fisio-psikologi

Gangguan jenis ini lebih menekankan kepada keupayaan diri dan


tanggapan terhadap orang lain. Bagaimana ianya boleh berlaku? Ini
disebabkan budaya yang berbeza dan kesediaan diri sama ada pihak
sumber mahupun penerima itu sendiri. Apakah tahap pengetahuan
kita menjadikan gangguan seperti ini berlaku kepada diri kita?

3.2.7 Rangka Rujuk

Pengalaman dan pengetahuan kita dalam sesuatu peristiwa atau


bidang memberikan impak kepada komunikasi. Rangka rujuk yang
sama antara sumber dengan penerima dapat menyumbang kepada
keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Pernahkah anda mendengar
bualan orang yang mengatakan tentang “macam ayam bercakap
dengan itik.” Kata-kata ini menggambarkan ketidakselarasan dua
belah pihak. Begitu juga apabila berkomunikasi, faktor kesamaan
pengetahuan dan pengalaman memainkan peranan yang penting
dalam menentukan keberkesanan interaksi.

3.2.8 Konteks

Konteks merujuk kepada di mana situasi dan proses komunikasi itu


berlaku. Pada pendapat anda kenapa dan mengapa konteks itu
penting dalam proses komunikasi? Dalam proses komunikasi,
konteks dilihat sebagai salah satu elemen yang penting kerana
menurut DeVito (2002) konteks tertentu boleh mempengaruhi
bentuk dan kandungan mesej. Mengapa dikatakan demikian? Ini
kerana setiap elemen dikatakan saling berkait rapat dan
mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya, kalau kita
berkomunikasi dengan seorang rakan ianya lebih tertumpu
berbanding kita berucap di hadapan khalayak ramai seperti dalam
bilik kuliah yang berbeza keadaannya. Misalnya, sebagai
komunikator kita perlu merancang supaya komunikasi kita lebih
berkesan.

3.3 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah mengenal pasti dan menghuraikan elemen-
elemen komunikasi yang saling bergantungan dalam memberikan
kesan kepada proses komunikasi. Kaedah yang digunakan juga
memainkan peranan yang penting mengikut tujuan komunikasi.
Antara sumber dan penerima ia memerlukan kesamaan seperti
kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan dan status. Dalam
hal ini penyesuaian amat penting untuk diberikan perhatian serius
kerana maklumat atau mesej yang sampai kepada penerima adalah
sama dengan apa yang hendak disampaikan oleh sumber.
SOALAN DALAM TEKS

Mengapakah komunikasi dikatakan satu proses?


Nyatakan EMPAT (4) ciri utama yang harus ada pada sumber dan penerima supaya sesuatu komunika

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah rangka rujuk merupakan salah satu elemen dalam


komunikasi yang dikatakan memberikan kesan dalam sesuatu
proses komunikasi? Berikan beberapa contoh yang dapat
menjelaskan kenyataan ini.

2. Huraikan EMPAT (4) bentuk gangguan komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Tidak diketahui bila permulaan dan akhirnya atau ia berterusan.

2. (i) Kemahiran komunikasi


(ii) Sikap
(iii) Tahap pengetahuan
(iv) Kedudukan (dalam sesuatu sistem
budaya)

Anda mungkin juga menyukai