Anda di halaman 1dari 6

10 Destinasi Agro Pelancongan di Malaysia

Taman Pertanian Malaysia, Selangor


No. Tel: 03 5510 0922
Dengan Keluasan 817 hektar, Taman Pertanian Malaysia yang terletak di Bukit Cerakah, Shah Alam dipenuhi dengan
pelbagai species flora dan fauna termasuk ratusan species herba yang unik. Pengunjung berpeluang untuk mengunjungi
pelbagai taman seperti Taman Buah-buahan Tropika dan Taman Rempah Ratus serta Rumah Iklim Empat Musim.
Pengunjung juga disediakan dengan pelbagai kemudahan riadah seperti berkhemah, memancing, merentas hutan, berkayak
serta berbasikal. Tarikan baru di Taman Pertanian Malaysia ini adalah aktiviti Paintball dan Skytrex Adventure. Taman
Pertanian Malaysia juga menyediakan kemudahan penginapan seperti chalet, rumah rumah persinggahan serta pelbagai
kemudahan seminar dan kursus.
Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang Perlis
No. Tel: 019 4704388
Ladang Nipah Kipli merupakan ladang nipah berkonsepkan riadah dan santai. Dengan lebih 2,000 pokok nipah, pokok
cermai, pokok mempelam dan pokok kelapa menjadikan suasana ladang redup dan selesa. Pengunjung berpeluang untuk
bersantai di bawah rimbunan pokok nipah di samping menikmati minuman nira segar, jeli nira dan laksa Perlis di Restoran
Mini. Pengunjung juga akan dibawa melawat ladang dan diberikan pendedahan tentang teknologi penanaman nipah.
Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah
No Tel: 04 953 2550
Pengunjung berpeluang untuk melawat ke ladang buah buahan tempatan dan sayur sayuran di samping menikmati buah
buahan segar. Terdapat 20 jenis buah buahan yang ditanam dengan pelbagai peringkat umur. Jenis buah buahan
dibahagikan kepada jenis bermusim dan tidak bermusim seperti durian, rambutan, mangga, belimbing, ciku dan sebagainya.
Dusun buah buahan menjadi tarikan utama pelawat di mana mereka terus dibawa ke sana dan memetik sendiri buah
buahan dan merasa suasana sebenar di ladang. Selain itu, teman ini menyediakan kemudahan aktiviti aktiviti riadah
seperti perkhemahan, berbasikal dan memancing.
Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah
No. Tel : 04 457 2117
Chalet Terapung PPK Merbok diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok terletak 5 KM dari Pekan
Kuala Kedah. Tarikan utama di chalet ini adalah aktiviti memancing ikan di sangkar sangkar ikan atau pun memancing di
Kuala Sungai Merbok. Perkhidmatan bot disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk memancing atau menyusuri
Sungai Merbok. Chalet ini menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan dewan untuk bermesyuarat. Pengunjung
juga ditawarkan pakej ke Pulau Songsong, Pulau Ular, Pulau Bidan dan Tukun Terendak serta Pakej ke Tanjung Dawai
untuk membeli produk produk laut tempatan serta menikmati makanan makanan laut yang segar.
Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang Kedah
No. Tel : 04 786 9878
Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang terletak 38 KM dari bandar Alor Setar dan merupakan satu satunya
pusat memproses madu lebah asli oleh FAMA. Pengunjung berpeluang untuk melihat kaedah pemprosesan madu lebah asli
(pembungkusan, pelabelan, penggredan) dan ujian ketulenan madu lebah dilaksanakan. Pengunjung juga boleh membeli
produk produk berasaskan madu di Pusat Jualan Madu Lebah. Pusat ini juga menyediakan pakej ekspedisi memungut
madu lebah tualang di Tasik Pedu dan Empangan Ulu Muda dengan harga RM350/orang bagi pakej 2 hari 1 malam.
Ladang Mempelam MOA Inc., Tobiar, Pendang Kedah
No. Tel: 04 772 8255
Ladang Mempelam MOA. Inc. adalah sebuah pusat pengumpulan, pemprosesan, penggredan dan pemasaran buah
mempelam jenis Tobiar Gold (Chok Anan MA224). Ladang ini juga merupakan pusat penetasan dan asuhan ikan tilapia
serta ternakan lembu fidlot dan kerbau. Pengeluaran buah adalah pada bulan Mei Ogos setiap tahun dan para pengunjung
boleh menikmati kesegaran buah mempelam tarus dari ladang. Pengunjung bukan sahaja dapat melawat ladang
tetapimempelajari teknologi penanaman mempelam, pembenihan ikan tilapia dan perternakan lembu fidlot dan kerbau.
Selain daripada pengeluaran produk produk berasaskan mempelam dengan menggunakan puri buah mempelam Chok
Anan seperti kordial, jem, sos dan halwa. Ladang Mempelam MOA Inc. ini telah diiktiraf oleh Skim Amalan Ladang Baik
Malaysia (SLAM) dan Malaysia's Best.
Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang
No. Tel: 05 491 1255
Terletak di Cameron Highlands menjadikan Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands sebagai destinasi yang
mesti dikunjungi kerana pengunjung dapat melihat penanaman sayur sayuran, buah buahan dan bunga bungaan
beriklim sederhana menggunakan teknologi terkini. Taman agroteknologi ini juga mempunyai taman taman mini untuk
kunjungan pengunjung seperti Taman Inggeris, Taman Herba, Taman Ros, Taman Orkid dan juga test bed Ladang
Strawberi.
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang

No. Tel: 09 581 9087


Pusat Penerangan dan Santuari Penyu (PPSP) Cherating terletak 51 KM dari Kuantan dan telah beroperasi sejak 2 Januari
1998. Pusat ini berfungsi sebagai sebuah pusat pemuliharaan, penetasan, perlindungan, penyebaran maklumat awam,
pembelajaran, penyelidikan spesies penyu dan pelancongan. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating ini telah di
isytiharkan sebagai salah satu produk pelancongan bagi tahun melawat Malaysia 2007 oleh kerajaan negeri Pahang. PPSP
menawarkan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung seperti program penetasan penyu, pelepasan anak penyu, penghayatan
penyu dan perkhemahan.
Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu
No. Tel: 09 690 2245
Peladang Setiu Agrotourism & Resort merupakan pusat peranginan yang jauh daripada kesesakan kota yang menyediakan
pelbagai kemudahan rekreasi dan lokasi yang menarik seperti kebun buah buahan, taman herba, ternakan haiwan dan
gerai jualan hasil hasil pertanian. Selain itu, sebanyak 58 chalet dan 3 buah asrama disediakan untuk kemudahan
penginapan para pengunjung dengan kemudahan restoran terapung dan agro Caf. Peladang Setiu Agrotourism & Resort
juga menawarkan pakej pakej seminar dan kursus dengan harga yang berpatutan.
Taman Pertanian Sabah
No. Tel: 088 258 529
Taman Pertanian Sabah yang terletak di daerah Tenom mempamerkan pelbagai tumbuhan tropika dari dalam dan negeri
yang unik. TPS mempunyai pelbagai tarikan yang boleh dinikmati oleh pengunjung seperti Taman Orkid Borneo, Pusat
Madu Lebah, Taman Evolusi serta Taman taman Hiasan. Pengunjung juga berkesempatan untuk menjalankan aktiviti
riadah seperti berbasikal, memancing dan menaiki tren mengelilingi TPS

REKREASI DAN PERLANCONGAN

Program Agro-pelancongan telah mula diperkenalkan oleh Kementerian sejak tahun 1989 melalui pembangunan Taman
Pertanian Malaysia BukitCahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor. Hala tuju pembangunan Agro-pelancongan tertumpu
kepada program farmstay/homestay di mana pelancong bermalam di pusat-pusat pertanian atau rumah-rumah kampung
untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian di luar bandar.
Direktori Lokasi Agro-pelancongan

Peluang Menginap di Taman Pertanian Malaysia

10 Destinasi Agro Pelancongan di Malaysia

Selangor

Perak

Pulau Pinang

Kedah

Perlis

Pasar Tani Mega

Homestay

Sabah

Labuan

Terengganu

Pahang

Johor

Melaka

Taman Botani Negara Shah Alam

PENYELIDIKAN & KEMAJUAN PERTANIAN

Khazanah Alam Dengan 1,001 Khasiat Perubatan

Cendawan ada pelbagai jenis. Ada yang boleh dimakan dan ada pula yang beracun. Terdapat cendawan
ditanam secara komersial dan sesetengahnya pula hanya hidup secara liar dalam hutan...

Teknologi Padi Hibrid

Apa itu Oryza Sativa? Mungkin ada yang menyangka ia adalah istilah untuk sebuah proses sains. Apa y
istilah itu adalah nama saintifik bagi padi....seterusnya

PENTERNAKAN

PERTANIAN

SOM Jamin Kualiti


Hasil Pertanian
Organik

Anasia Guna Ekstrak


Nanas

Projek Pembangunan
Industri Asas Tani

PERIKANAN

Pencegahan
Kezaliman Terhadap
Haiwan

E-Permit Kawal
Jejak Haiwan

Potensi Besar
Industri Burung
Walit

Benchmarking (pdf)

PENGAIRAN & SALIRAN

Ternakan Ikan
Sangkar : Penjana

Pendapatan

Kenali Spesies
Udang Kara Air
Tawar
Sprinkler Kurangkan
Kematian Benih
Udang Galah

MANCID

Benchmarking In
Irrigation And
Drainage Sector

ICID

Sebelum ini Kementerian ini hanyalah salah satu cabang daripada


Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menjadikannya Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan. Namun semenjak Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Seri Najib
mengambil alih, ia dijadikan satu kementerian yang khusus iaitu Kementerian Pelancongan.
Sebelum ini tugas ini digalas oleh Dato Seri Ng Yen Yen dan Dato Seri Azalina Othman Said.
Selepas pengumuman Kabinet Menteri 2013-2018 oleh Dato' Seri Najib, kementerian ini
kembali digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan menjadi Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (singkatan
Bahasa Inggeris: Motour) adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia.
Menterinya masa kini adalah Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (singkatan Bahasa


Inggeris: Motour) adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia.
Menterinya masa kini adalah Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Anda mungkin juga menyukai