Anda di halaman 1dari 2

GURU BERETIKA ADALAH GURU YANG BERAKAUNTIBILITI.

TINI: KATA ALUAN


IJAH: Etika
Teping : Akauntabiliti
Tini: Berbalik kepada topic perbincangan kita pada hari ini, sejauhmana
anda bersetuju dengan kenyataan Guru beretika adalah guru yang
berkualiti?
Qwen: Jika dilihat, akauntabiliti guru ini terbahagi kepada empat dan salah
satunya ialah akauntabiliti terhadap murid. Seorang guru terhadap muridnya
haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Disamping itu, guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain. Di samping itu, seorang guru yang bertanggungjawab
haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama.
Hal ini sebenarnya selaras dengan Kod etika keguruan yang menggariskan
tanggungjawab terhadap pelajar. Oleh yang demikian, pada hemat saya , saya
amat bersetuju dengan kenyataan guru yang beretika adalah guru yang
berkualiti kerana dari pengamalan etika guru maka lahirnya guru yang
berakauntabiliti.
Tini: terima kasih saudari qwen. Baiklah, berbalik kepada saudara teping,
bagaimana saudara melihat etika dan akauntabiliti itu pada masa yang sama?
Teping: Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. bagi mencapai
standard itu, seorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya
mengamalkan etika perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja
professional dan membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang
mengamalkan etika perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang
efisyen, betatasusila dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan
tugasan hariannya. Ianya juga dapat membendung guru daripada insiden-insiden
yang bakal menghancurkan kariernya sendiri.
Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita
memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru
perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil,
akan tetapi tanggungjawab yang dipikul merupakan suatu aset besar yang
dipertaruhkan kepada kita. Aset itu adalah seorang murid, yang merupakan
seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang pewaris yang bakal menentukan
masa depan negara.
Tini: terima kasih. Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan
ada dinyatakan bahawa Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu
yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.
Boleh saudari ulas sedikit mengenai kenyataan ini.

Ijah: Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid.
Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh
harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya
menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Perkara
inilah yang menjadi asas kepada akauntabiliti guru terhadap ibu bapa.
Guru sebagai seorang yang memegang amanah ibu bapa murid supaya
mendidik dan membentuk peribadi murid menjadi modal insan yang cemerlang
perlulah memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Penutup: Etika Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk


membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada
satu-satu masa.
Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk
membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi
lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau
profesion beliau. Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika
kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan
diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej
profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem
pendidikan di Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai