Anda di halaman 1dari 3

\\

REFLEKSI

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggitinggi rasa syukur dirafakkan kepada Ilahi atas segala kemudahan dan nikmat yang
diberikan sepanjang kami melaksanakan Program Kemasyarakatan bersama PDK Gugusan
Manjoi.
Program ini dipimpin oleh pensyarah pembimbing, Puan Hajah Safiah Binti Haron. Beliau
banyak membantu dan memberikan pencerahan berkaitan tugasan projek atau program ini.
Sepanjang program ini, kami dapat memahami banyak perkara berkaitan pengurusan
program bermula dari pemilihan tempat, perancangan aktiviti sehinggalah pelaksanaan
aktiviti bagi program kemasyarakatan ini.
Sebelum menjalankan program ini, kami telah berhubung dengan penyelia PDK untuk
mendapatkan serba sedikit maklumat dan mengetahui kesudian pihak PDK Manjoi untuk
menerima kunjungan kami. Syukur tidak terhingga kerana pihak PDK manjoi memberi
respon balas yang baik dan memberangsangkan. Selanjutnya, kami mendapatkan
maklumat ringkas dari rakan yang melakukan lawatan individu di PDK tersebut.
Orang kata tak kenal maka tak cinta, kami kata tak kenal maka tidaklah tahu. Oleh itu, kami
merajinkan jari-jemari untuk merarau pada laman sesawang berkaitan topik-topik berkaitan
Pemulihan Dalam Komuniti. Sebelum ini, kami pernah pergi ke PDK untuk tujuan lawatan
sehari, tetapi menurut hemat kami, tempoh tersebut tidak cukup untuk kami memahami
sepenuhnya mengenai PDK ini. Tujuan kami agar kami tidaklah datang tanpa pengetahuan
mengenai pengurusan PDK semasa program dan aktiviti dijalankan nanti.
Sepanjang program kemasyarakatan ini dijalankan, terdapat pelbagai perkara baru dan
pengalaman-pengalaman menarik yang kami perolehi. Misalnya, semasa aktiviti senamrobik
dan sukaneka, kami belajar bahawa pelatih kanak-kanak berada di tahap 3 teori
perkembangan Erik Erikson iaitu inisiatif lawan rasa bersalah. Kanak-kanak pada tahap ini
mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil inisiatif untuk
melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Sebagai contoh,
walaupun seorang pelatih tidak berani berjalan menyelusuri terowong mini namun kerana
naluri ingin tahu, pelatih tersebut kuatkan semangat sehingga berjaya melepasi terowong.
Namun, di awal permainan pelatih tersebut perlukan teman untuk melalui terowong tersebut.
Kami sangat kagum dan terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan.

Selain itu, semasa aktiviti seni kraf, pelatih membuat kraf bunga dengan bimbingan pelatih
guru. Melalui aktiviti tersebut, pembentukan konsep kendiri positif boleh dibentuk. Hal ini
kerana, apabila pelatih melakukan sesuatu kerja mereka selalu menerima pujian, kasih
sayang, layanan baik dan perhatian sama ada daripada ibu bapa, guru atau rakan. Ia
sekaligus membantu mereka berasa gembira, berkeyakinan dan mempercayai sepenuhnya
pada diri sendiri serta lazimnya dapat mengatasi masalah dan cabaran dengan tabah.
Proses mempersepsi diri berkembang melalui perhubungan dengan ahli keluarga, rakan
sebaya, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Apabila pelatih terima diri seadanya,
menyayangi dan menghargai diri sendiri, mereka akan melakukan perkara-perkara yang
baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk orang lain. Oleh itu, guru boleh
membentuk konsep kendiri positif pelatih dengan cara memberi perhatian, kasih sayang dan
sokongan kepada pelatih.
Namun, terdapat juga beberapa kesulitan yang dihadapi semasa program dijalankan.
Pertama, kami perlu menukar aktiviti disaat-saat akhir kerana aktiviti yang dirancang tidak
bersesuaian dengan kemampuan pelatih di PDK. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat
diatasi dalam masa yang singkat berkat bantuan rakan-rakan dengan curahan idea dan
timbang tara kebaikan aktiviti gantian yang kami lakukan. Malah, perbincangan ringkas juga
dijalankan bersama penyelia dan guru di PDK agar aktiviti yang diubah dapat memberi
manfaat dan sesuai dengan kemampuan pelatih.
Seterusnya, kehadiran pelatih juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan
aktiviti yang dijalankan. Hal ini demikian kerana, kami menjangka dan merancang aktiviti
untuk sekurang-kurangnya 8 orang pelatih, tetapi pada hari kejadian, hanya dua orang
pelatih yang dapat memberi komitmen sepenuhnya. Pelatih kanak-kanak ramai yang tidak
hadir dan guru memaklumkan kepada kami kebiasaannya pelatih di sana tidak hadir ke PDK
apabila kehadiran mereka mencukupi sekurang-kurangnya lapan kali. Hal ini kerana,
peraturan yang telah dibuat oleh JKM adalah pelatih PDK perlu mempunyai kedatangan
sekurang-kurangnya lapan kali untuk mendapat elaun bulanan.
Secara keseluruhannya, kami merasakan program ini banyak memberi peningkatan
terhadap diri kami. Pertama, kami mendapat ilmu-ilmu baru yang kami yakin amat berguna
terutamanya ketika bertugas sebagai seorang pendidik kelak. Selain itu, kami juga dapat
mengenalpasti kelemahan dan kelebihan diri dan dapat membetulkan kekurangan yang ada
terutama, apabila bekerja dalam satu pasukan. Kami dapat fahami bahawa kerjasama dan
kesepakatan amat diperlukan bagi menjayakan sesebuah program apatah lagi melibatkan
warga luar IPG. Kami belajar untuk menyusun bahan maklumat secara sistematik dan
mendapat info berguna seperti toilet training untuk kanak-kanak kurang upaya. Malah,

sepanjang menyiapkan tugasan ini, nilai kerjasama dan kesabaran dapat diaplikasikan
dengan berkesan.
Sesungguhnya, pelatih PDK memerlukan sokongan daripada semua. Kita sebagai
masyarakat yang prihatin jangan sesekali menyisihkan mereka. Curahkan ilmu yang kita ada
kepada mereka terutama ilmu kemahiran kerana ia akan membantu pelatih untuk berdikari
kelak. Selain itu, perlu ada perbincangan yang selesa dan pendapat yang positif untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku secara drastik. Pastikan semasa berbincang semua
individu di PDK terlibat iaitu kami sendiri, penyelia, guru dan pelatih PDK
Kesimpulannya, keberkesanan sesebuah PDK itu bergantung kepada sinergi yang diterima
dari segenap pihak. Sekiranya hanya pihak PDK sahaja yang berusaha membantu golongan
OKU ini, sudah tentulah tidak mampu membawa banyak perubahan. Mentaliti masyarakat
perlu terbuka dan cakna dengan isu-isu melibatkan golongan OKU.
Kami berharap, tugasan kali ini bukan sahaja bermanfaat sepenuhnya kepada diri kami
sendiri, malah turut bermanfaat kepada semua rakan pelatih guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh ini. Sekian, kami akhiri penulisan refleksi dengan ucapan terima kasih dan
wassalam.
Pemulihan dalam Komuniti,
Dari Masyarakat,
Untuk Masyarakat,
Kepada Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai