Anda di halaman 1dari 1

Pernyataan Profesional Sepanjang Praktikum

Minggu 4 ( 21 April - 25
April 2014 )
Nama

: Kartini Binti Japar

Unit

: K15 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( SK)

Minggu keempat praktikum.


Minggu ini merupakan minggu yang sangat penting untuk saya. Pertama,
minggu ini merupakan minggu pelaksanaan projek yang kami sertai. Minggu ini juga
merupakan minggu terakhir penilaian bersama pensyarah dan guru pembimbing.
Malah, minggu ini juga akan dijalankan satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran
warga PPKI SKRC.
Sesungguhnya, saya akui saya berasa gementar dan berdebar-debar.
Namun, pengalaman minggu sebelum ini sedikit sebanyak memberi kekuatan dan
motivasi kepada diri saya untuk melakukan yang lebih baik.
Seperti yang dinyatakan, PdP minggu ini mungkin tidak dapat dijalankan
seperti biasa. Hal ini menyebabkan pemerhatian saya terhadap perkembangan
murid yang saya pantau sedikit terganggu. Walaubagaimanapun, saya akan
berusaha memantau murid tersebut sekiranya ada waktu terluang semasa guru lain
masuk mengajar kelas murid tersebut.
Bagi tugasan projek, semua persiapan sudah kami jalankan sepanjang
minggu lepas. Tinggal lagi, pelaksanaan projek tersebut. Secara peribadi, saya
sendiri tertarik dengan konsep lawatan ini. Saya juga merasakan keterujaan muridmurid pendidikan khas. Hal ini demikian kerana terapi membeli-belah secara hijau
merupakan sejenis aktiviti yang tidak pernah saya ikuti dan jalani. Oleh itu, saya
berusaha memberi bantuan fizikal dan mental agar projek ini berjalan dengan lancar.
Saya sudah membuat perancangan RPH untuk penilaian terakhir praktikum.
Namun, saya akui banyak perubahan-perubahan yang bakal saya lakukan terhadap
aktiviti dan interaksi PdP. Hal ini bergantung kepada prestasi murid semasa PdP
sebelum penilaian dijalankan.
semoga setiap apa yang saya rancangkan dipermudahkan dan hasilnya akan
memberi manfaat kepada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai