Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AKTIVITI

AMALI
TARIKH :
30 SEPTEMBER 2014
TEMPAT :
BILIK 10
NAMA:
KARTINI BINTI JAPAR
SITI KHODIJAH BINTI AHMAD ROSLAN

PENDAHULUAN

Amali 2 : Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl merupakan dua model utama yang
mana bukan sahaja digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran malah turut
menjadi sumber rujukan dalam pembinaan soalan bagi tujuan pentaksiran. Taksonomi
Bloom adalah model ilmu yang berteraskan kognitif individu yang dilengkapi dengan
enam aras iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Manakala Domain Karthwohl pula berkonsepkan sikap dan emosi murid yang terdiri
daripada lima aras iaitu Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan
Perwatakan.
Amali ini merangkumi tugas membina soalan-soalan pentaksiran hasil
perbincangan berdasarkan Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.Tugasan amali
ini juga melibatkan pembentangan soalan hasil perbincangan secara berkumpulan
berdasarkan hasil pembelajaran pembinaan soalan Taksonomi Bloom dan Domain
Krathwohl.
OBJEKTIF
Objektif amali dijalankan:
1.1 Peserta dapat mengenalpasti dan menyatakan aras-aras yang terdapat
dalam

Taksonomi

Bloom

dan

peringkat-peringkat

dalam

Domain

Krathwohl.
1.2 Peserta dapat menerangkan mengenai setiap aras Taksnomi Bloom Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian serta
peringkat Domain Krathwohl - Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian,
Organisasi dan Perwatakan.
1.3 Peserta dapat membina soalan berdasarkan aras-aras taksonomi dan
peringkat domain krathwohl.
1.4 Peserta dapat memindahkan maklumat dalam bentuk lakonan atau simulasi.
1.5 Peserta membentangkan soalan-soalan yang dibina hasil perbincangan
dalam kumpulan masing-masing.

SEBELUM AMALI
Sebelum amali ini dijalankan, kami telah melakukan perbincangan beberapa kali
untuk menentukan aktiviti yang akan kami laksanakan berdasarkan tajuk amali
yang diberi.
Hasil perbincangan, kami memilih kata putus untuk menjalankan amali ini
menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Hal ini bermaksud, peserta amali
melakukan aktiviti secara aktif semasa amali ini dijalankan dan meliputi
pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktivitiaktiviti yang kami rancang juga melibatkan peserta sepenuhnya supaya mereka
berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam amali ini.
Selain itu, kami juga akan menerapkan kaedah pembelajaran secara
koperatif yang memerlukan peserta bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai objektif yang ditetapkan. Walaupun berkumpulan, setiap peserta
mengekalkan individualitinya dan membantu menyumbang idea kepada kumpulan.
Setiap peserta dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi
sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja.
Teknik yang kami gunakan sepanjang amali ini nanti termasuklah teknik
main, teknik penerangan dan teknik lakonan atau simulasi.

SEMASA AMALI
PENILAIAN AKTIVITI

Aktiviti 1: Ayam Bergerak


Alatan/ bahan: Patung ayam, pemain muzik mp3, pembesar suara.
Arahan: Peserta diminta membuat satu bulatan besar. Secara rawak,
pembentang akan menyerahkan patung ayam kepada peserta dan muzik
dimainkan. Peserta perlu menggerakkan patung ayam dengan cara memberi
kepada peserta disamping mereka dan diteruskan sehingga muzik dihentikan.
Peserta yang memegang patung ayam semasa muzik terhenti perlu menjawab
soalan yang dikemukakan oleh pembentang.
Penilaian:
Melalui aktiviti ini, kami dapat mengenalpasti sejauh mana kefahaman peserta
terhadap tajuk amali pada hari ini. Antara soalan yang dikemukakan adalah
seperti berikut:1. Apakah yang anda faham mengenai Taksonomi Bloom?
Peserta

: Siti Nor Diana

Jawapan

: Taksonomi Bloom merupakan model kognitif (pengetahuan)

dalam pembelajaran iaitu apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan
hukum.
2. Nyatakan aras-aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom?
Peserta

: Asyraf

Jawapan

: Berdasarkan kefahaman saya, terdapat enam aras dalam

Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis


dan penilaian.
3. Apakah yang anda faham mengenai Domain Krathwohl?
Peserta

: Tracy Leong

Jawapan

: Menurut kefahaman saya, Domain Krathwohl merupakan bidang

berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap murid dalam pembelajaran.


4. Nyatakan aras-aras yang terdapat dalam Domain Krathwohl?

Peserta

: Kamarul

Jawapan

: Peringkat-peringkat yang terdapat dalam Domain Krathwohl

adalah Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan.


Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peserta, kami dapati bahawa
peserta mempunyai kefahaman mengenai tajuk. Hal ini demikian kerana
peserta mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tajuk hasil daripada
sesi perbincangan dan kuliah bersama pensyarah pembimbing.
Aktiviti 2 : Sijil Ilmu
Arahan : Semua peserta diminta mencari Sijil Ilmu yang disembunyikan di sekitar
ruang kelas. Peserta yang menjumpai sijil memilih rakan yang lain untuk
membentangkan sijil. Pembentangan Sijil Ilmu dilakukan dengan cara bacaan
berirama dan bacaan beremosi yang telah ditetapkan pada Sijil Ilmu.
Penilaian :
Aktiviti Sijil Ilmu dilaksanakan bagi menyampaikan ilmu yang tepat mengenai
tajuk amali yang kami bentangkan iaitu Taksonomi Bloom dan Domain
Krathwohl. Melalui penerangan berirama dan berintonasi oleh peserta tertentu,
peserta-peserta lain memperoleh pengetahuan konsep yang tepat dan benar
mengenai aras dalam kedua-dua model ini.
Penyampaian secara berirama dan berintonasi ini berupaya membina
kreativiti individu di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang santai
dan menarik minat peserta untuk menumpukan perhatian kepada penyampai.
Aktiviti

ini

berjaya

dilaksanakan

apabila

sebelas

orang

peserta

telah

membentangkan setiap aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl dan


mendapat maklum balas yang positif daripada pendengar (peserta lain).

Aktiviti 3 : Bola Aras


Arahan : Setiap peserta diminta mengambil sebiji bola aras. Peserta membentuk
kumpulan berdasarkan aras yang ditampal pada bola. Dalam kumpulan, peserta
perlu membina tiga soalan berdasarkan aras masing-masing.
Penilaian:
Aktiviti ini merupakan aktiviti kemuncak dalam amali yang kami jalankan bagi
mencapai objektif utama tajuk amali iaitu membina soalan berdasarkan aras
taksonomi bloom dan Domain Krathwohl. Penggunaan Bola Aras dalam
pembahagian kumpulan adalah bagi memastikan pembentukan kumpulan
dilaksanakan secara adil. Melalui pembentukan kumpulan ini, peserta diminta
bekerjasama sepanjang membina soalan iaitu sebanyak tiga soalan bagi
Taksonomi Bloom berdasarkan aras yang diperoleh melalui Bola Aras dan satu
soalan bagi Domain Krathwohl. Aktiviti ini juga dilaksanakan bagi menilai sejauh
mana kefahaman peserta mengenai tajuk yang dibentangkan.
Aktiviti 4 : Saya Cikgu!
Arahan : Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk membentangkan
hasil soalan yang dibina. Wakil memegang watak sebagai seorang guru dan ahli
kumpulan lain sebagai murid.
Penilaian:
Aktiviti terakhir yang kami jalankan ini bertujuan untuk memastikan peserta dapat
menyampaikan segala maklumat hasil perbincangan dalam kumpulan ke dalam
bentuk situasi berdasarkan konsep Saya Cikgu.
Semasa aktiviti ini dilaksanakan, peserta telah memindahkan segala isi
mengenai topik dengan ringkas dan padat secara lisan mengikut kreativiti setiap
kumpulan masing-masing. Soalan yang dibina juga dibentangkan pada aktiviti ini
dengan wakil kumpulan berperanan sebagai guru manakala ahli kumpulan lain

berperanan sebagai murid yang bertanggungjawab menjawab soalan yang


dinyatakan pembentang.
Setiap kumpulan memberikan kerjasama yang sangat baik semasa
aktiviti dijalankan. Hal ini berdasarkan pemerhatian mengenai pembentangan
kumpulan yang telah dilakukan melibatkan setiap ahli dalam kumpulan. Semasa
membentangkan hasil kerja mereka, setiap ahli dalam kumpulan tersebut telah
menjawab dan menerangkan konsep soalan yang dibina dengan jelas dan
mantap. Secara keseluruhannya, objektif untuk perlaksanaan aktiviti ini telah
tercapai dan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

SELEPAS AMALI
Selepas amali ini dijalankan, kami menjalankan tugas menyiapkan laporan amali.
Laporan ini merangkumi perjalanan sebelum, semasa dan selepas amali.

Anda mungkin juga menyukai