Anda di halaman 1dari 5

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa

1.1 Definisi dan Konsep keguruan


Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan
negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses
penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era
globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati
seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan
pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.
. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion
perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai
oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa
itu sendiri.
tajuk perbincangan atau penulisan kali ini adalah berpusar mengenai
Profesional Perguruan. Sebenarnya sudah agak lama untuk saya menulis mengani
tajuk ini. Namun kesempatan dan ruang waktu agak tidak mengizinkan. Justeru,
peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin agar ianya bermanfaat buat diri
sendiri yang merupakan bakal guru dan juga sahabat pembaca sekalian. untuk
pengetahuan, tajuk ini adalah merupakan salah satu daripada topik
pembelajaran di dalam salah satu kuliah yang saya hadiri. Kami diminta untuk
membincangkan isu-isu yang berkaitan baik yang semasa ataupun isu-isu
lepas.

Secara ringkas, apakah perbezaan diantara dua kata nama ini, Perguruan dan
Keguruan? Perguruan membawa maksud pengajaran kepada guru pelatih/bakal guru,
murid atau lain-lain manakala keguruan pula adalah perkara yang berkaitan
dengan peranan, tugas guru dan seumpanya.

Apa pula Profesion? Ia lebih merujuk kepada pengkhususan kepada sesuatu


perbidanan. Justeru Profesion Perguruan membawa erti pekerjaan pengajaran
yang memerlukan pendidikan yang tinggi dan latihan khas manakala Profesion
Keguruan pula merupakan suatu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab
integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.
Seputar mengenai isu bidang perguruan sebagai kerjaya. Sedang hangat
diperkatakan sekarang ini dan banyak maklumat serta informasi yang saya
perolehi bahawa penyerapan masuk pelajar jurusan perguruan di IPTA tidak lagi
semudah tahun-tahun sebelum ini. Hal ini adalah mungkin disebabkan beberapa
faktor seperti jumlah kouta guru yang diperlukan adalah dalam bilangan atau
kuantiti yang mencukupi dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan bahawa
pelajar jurusan perguruan daripada IPG adalah lebih diutamakan daripada IPTA.
Mungkin ianya adalah disebabkan oleh silibus serta kurikulum di kedua
institusi ini yang agak berbeza.

Jika mengikut kepada nota kuliah yang diberi, sebenarnya agak panjang
perbincangan yang dibuat berputar mengani isu-isu dalam perguruan dan
keguruan, ciri-ciri seorang guru, akauntabiliti keguruan dan perguruan, beban
guru dan berbagai lagi, namun suka bagi saya untuk memetik beberapa kata-
kata yang dinukilkan oleh pensyarah saya iaitu, Shahrin bin Hashim (UTM) yang
menjelaskan mengenai Puncak Kuasa Profesion Keguruan.

Terdapat lima perkara pokok dibawah tajuk ini, iaitu;

1. Memindahkan Pengetahuan
2. Menterjemah Kepintaran
3. Menyuntik Inspirasi
4. Membangun Modal Insan
5. Menyerlak Patriotik

Saya akan membincangkan secara ringkas daripada satu perkara pokok kepada
perkara pokok yang lain.

Memindahkan Pengetahuan
Secara tidak langsung, sebagai seorang guru, kita seharusnya memindahkan
pengetahuan yang sedia ada pada diri kita atau dari sumber lain kepada
pelajar kita. Dengan memastikan setiap cabang pengetahuan itu sampai kepada
pelajar, maka boleh dikatakan kita telah menyelesaikan salah satu
tanggungjawab kita sebagai seorang guru. Namun, cukupkah sekadar itu?
Pemindahan pengetahuan sebenarnya adalah jauh lebih luar pengetiannya, ia
membawa maksud bahawa seorang pelajar hendaklah mampu untuk befikir,
berkomunikasi dan bertindak mengikut arus pengetahuan yang diterima
daripada guru mereka.

Menterjemah Kepintaran
Penterjemahan kepitaran ini teruji dalam dewan peperiksaan adalah perkara
biasa. Namun pentermahan kepintaran dalam bentuk praktikal atau realiti
adalah suatu yang jarang diperbincangkan atau diperbahaskan. Menjadi salah
satu daripada tugas seorang guru untuk memastikan bahawa kepintaran yang
hadir dalam diri seorang pelajar bukan hanya diterjemah diatas kertas di
dalam sebuah bilik/dewan semata-mata, tetapi turut hadir dan diamalkan
dalam percakapan, perbuatan dan pemikiran seharian. Dengan ini, akan
lahirlah kumpulan pemikir yang bijak pandai serta bertindak atas kepintaran
dan bukan rasional ilusi semata-mata. Dari sini pula akan lahir generasi
ulul albab yang sering dibicarakan dalam media Islamilisasi.

Menyuntik Inspirasi
Contoh teladan itu adalah guru. Setiap tuturnya, perilakunya, hikirannya
sering menjadi inspirasi kepada seorang pelajar. menjadi tanggungjawab
seorang untuk menampilkan perwatakan yang mulia baik takkala di hadapan
pelajar mereka, bersama masyarakat sekitarnya atau dimana-mana kerana
mereka sering diperhatikan dan setiap tindak tanduknya akan menjadi topik
perbualan persekitaran yang akhirnya bernatijah di dalam pemikiran seorang
pelajar kepada seorang guru. Keberhati-hatian seorang guru adalah sangat
perlu dan perlu dididik agar mereka mampu lahir sebagai seorang guru yang
boleh diteladani dan bukannya dicemuhi.

Membangun Modal Insan


Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa era beliau menjadi Perdana Menteri sangat
memberi penekanan kepada pembinaan modal insan baik di kalangan para
penjawat awam, swasta, pelajar sekolah dari peringkat mula sehingga
akhirnya sehingga terbit banyak buku serta kem/program yang berkonsepkan
pembinaan modal insan. Salah satu daripanya adalah Integriti yang menitik
berat kepada soal akhlak, ketelusan dan perilaku. Jika di kalangan pekerja,
soal rasuah atara topik hangat dan jika di kalangan penuntut ilmu, soal
kejujuran dalam dewan peperiksaan atau kerja rumah harian) sering diberi
perhatian. adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membangunkan
modal insan di kalangan pelajar khususnya dan pelajar setempat amnya bagi
melahirkan generasi yang penuh dengan ciri-ciri kesempurnaan dan beretika
sosial dalam menjalani kehidupan seharian. Akhirnya negara ini akan
mengecapi keindahan tutur perbuatan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Dilihat, konsep pembangunan modal insan ini adalah berputar soal
pembangunan kefahaman agama/moral dan bagaimana menterjemah ilmu tersebut
adalah tanggungjawab bersama.

Menyerlak Patriotik
Patriotik bukan sahaja bermaksud anda perlu turun ke medan juang atau medan
pertempuran lalu menumpahkan darah anda ke bumi dan kemudiannya anda akan
digelar perwira yang patriotik dan sanggup berjuang demi negara. Malah
patriotik adalah sesuatu yang lebih bermakna dan lebih luas pengertiannya.
Anda ke sekolah dan belajar bersunggu-sungguh dan akhirnya anda menjadi
seorang angkasawan, ahli perniagaan, penjawat awam atau swasta, ahli
akademik yang jujur serta amanah, anda juga dikira patriotik kerana dalam
sedar dan tidak sebenarnya anda sedang menyumbang kepada negara. Membeli
barangan Malaysia juga dikira patriotik kerana anda cuba membantu membangun
ekonomi negara. Memilih pemimpin yang betul-betul layak pada posisinya juga
adalah menunjukkan anda patriotik. Ia bukan hanya berputar pada memperjuang
bangsa tetapi lebih luas daripada itu adalah memperjuang peningkatan atau
perubahan kepada sesuatu yang lebih baik kepada perkembangan kemajuan
negara dalam segala bidang yang ada agar negara ini menjadi lebih baik dan
lebih berdaya saing.

Sekian, saya tinggalkan selebihnya untuk sama-sama kita berfikir. Muga


segala yang disampaikan baik secara tersurat mahupun secara tersirat dapat
diserap sebaiknya. Sama-sama kita menuju ke arah pembinaan negara bangsa
yang tepat pada tunjangnya dan kena pada gayanya.

Salam Perguruan dari saya

Anda mungkin juga menyukai