Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang

penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Kelahiran guru-guru seperti Harun Aminurrasyid Makmur, Ahmad Bakhtiar, A. Samad Ahmad dan Abdullah Sidek dalam lembaran sejarah lepas yang lantang menentang penjajah di samping meniup obor semangat masyarakat ketika itu merupakan suatu perjuangan yang patut dibanggakan. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan kompleks. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terangterangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Hanya guru-guru yang komited dan intelek sahaja yang mampu mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru ini. Namun, kini, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan peranan guru berbanding dahulu? Mengapa masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua? Mengapa masih ada yang berani mempertikaikan keupayaan dan kemampuan guru sebagai golongan pendidik? Mengapa kerjaya guru dilihat sebagai kerjaya yang tidak mempunyai masa depan dan peluang yang cerah? Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Adakah status guru tidak setaraf dengan kerjaya dan profesion lain yang dianggap lebih berprestij seperti golongan korporat? Sampai bila kita hendak membiarkan guru berkonflik terhadap status guru yang lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) dan bukan profesion? Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam memastikan profesion perguruan dimartabatkan di tempat yang sepatutnya? Soalan demi soalan bertalu-talu bermain di benak fikiran golongan pendidik. Apa yang nyata, kini, sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah bagi memastikan keprofesionalan guru tidak mudah diganggu gugat atau dipertikaikan.

Kadang-kadang kita perlu menilai dan mengambil kira pandangan-pandangan insan veteran dalam dunia perguruan dan pendidikan. Contohnya kenyataan daripada Abu Bakar Shawkat Ali iaitu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK) yang menegaskan bahawa keadaan dan masa yang berubah dengan begitu pantas menyebabkan kemudahan untuk guru kini perlu setanding dengan profesion lain. Begitu juga dengan harapan Tan Sri Profesor Dato' Dr. Awang Had Salleh iaitu Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia semasa penulis bersoal jawab dengan beliau dalam Seminar Pengurusan Personalia Pelajar 2000 di UPM pada 14 Disember 2000 iaitu beliau ingin melihat kerjaya guru diiktiraf sebagai suatu profesion yang profesional. Jadi, diharap selepas ini tiada lagi rintihan hati daripada para guru sama ada tentang gaji yang tidak setimpal dengan beban tugas yang semakin bertambah, kedudukan guru yang sedang berkhidmat, jawatan dan peluang kenaikan pangkat mahupun persepsi dan apresiasi masyarakat terhadap profesionalisme perguruan itu sendiri. Pihak kerajaan perlu bersunguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Pihak-pihak yang terlibat dengan kebajikan dan prospek perguruan pula seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) perlulah memainkan peranan yang aktif dalam membentuk satu organisasi yang mantap dan kuat yang boleh menjaga kepentingan para guru seterusnya mempunyai kuasa kawalan terhadap para guru itu sendiri. Sebagai penutup, penulis ingat akan kata-kata Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia semasa penulis berdialog dengan beliau baru-baru ini iaitu beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tangggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagi jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

TAJUK : PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION. BINCANGKAN. 1. Pengenalan Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terangterangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. 2. Konsep Profesion dan nilaitaranya Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya. 3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion 3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada muridmurid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 3.2 Mempertingkatkan Profesionalisme Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998) 3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. 3.4 Mahir Menggunakan IT Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaranpembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah. 3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi,

pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. 4. Penutup Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahanperubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. Rujukan Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Books. Quantum

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERSONALITI GURU
Personaliti guru : Pengaruh ke atas pengajaran dan pembelajaran Abstrak Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion.

Pendahuluan Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai profesionaliti yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion. Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya. Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Latar belakang Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di

kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral. Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku), pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik. Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang professional dengan guru yang tidak professional ,merujuk kepada gambarajah di bawah.

Bil Guru yang profesional Guru yang tidak profesional 1 Mula kerja awal pagi Memulakan kerja setelah loceng berbunyi 2 Sedia bergerak awal pagi Sudah pun letih di awal pagi 3 Mengurus dengan merancang Mengurus dengan krisis 4 Ada perancangan & matlamat Ada berbagai alasan 5 Berpakaian secara professional Berpakaian selekeh 6 Guna waktu luang sebagai waktu kerja Guna waktu luang dengan mengumpat dan mengeji 7 Cari perkara-perkara untuk dipuji Cari perkara-perkara untuk dikomplen 8 Sedia membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Bertanya Apa patut saya buat? Kajian LiteraturTerdapat beberapa sorotan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pakar berkaitan dengan personaliti guru mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan semenjak dahulu lagi, semua kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan strategi untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru. Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh guru, sikap pelajar dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dan sains sosial. Beliau melaporkan

bahawa terdapat empat ciri positif guru yang dianggap sangat kuat pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah. a) Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam pelbagai situasi yang berbeza, iaitu daripada yang aktif kepada yang agak pasif, sama ada peranannya sebagai pengawas atau pembantu dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. b) Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta merta menurut kehendak situasi, dan tidak terikat hanya kepada satu cara berinteraksi tanpa memikirkan cara-cara lain yang lebih sesuai.

c) Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi, dan cepat membuat keputusan mengenai sesuatu tindakan yang seharusnya dijalankan. d) Guru yang mempunyai kesedaran yang sensitif dan kritis sebagai pengawas dan pemerhati di dalam bilik darjah. Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila usaha seorang pelajar diikuti oleh satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara untuk mendapatkan pelajar membuat sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja sekolah ialah dengan memberi perhatian kepada kerja-kerja yang baik yang dibuat oleh mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang ada pada semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik darjah pada ras pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar. J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya. Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk. Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

Kajian yang telah dilakukan oleh Hart (1934) menunjukkan empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling disukai oleh 3725 orang pelajar di sekolah menengah di Amerika Syarikat iaitu Bil Alasan pelajar menyukai personaliti guru Peratus 1 Sedia menolong dalam kerja-kerja sekolah, pengajarannya jelas dan menggunakan contoh-contoh dalam pengajaran 51 2 Periang dan peramah, suka berlawak dan pelajar pun boleh berlawak dengannya 40 3 Berperikemanusiaan, baik dan menganggap pelajar sebagai sahabat 30 4

Mempunyai minat dalam hal-hal pelajar dan memahami pelajar 26 Empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling tidak disukai oleh 3725 orang pelajar sekolah menengah. Bil Alasan pelajar tidak menyukai personaliti guru Peratus 1 Terlampau kasar, keras, cerewet, tidak pernah senyum, suka penyindir dan pembengis 50 2 Tidak membantu kerja-kerja sekolah, pengajaran tidak jelas dan tidak teratur 30 3 Menyayangi sebahagian pelajar dan tidak menyayangi pelajar yang lain 20 4 Sombong, besar diri, tidak kenal nama pelajar dan tidak mempunyai minat terhadap pelajar 20 Kajian ini jelas menunjukkan bahawa selain teknik mengajar yang boleh mempengaruhi pelajar, terdapat berbagai-bagai personaliti guru yang boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya menggambarkan sifat interaksi guru-guru yang berjaya. Ini merupakan sifat-sifat yang positif, selain pengetahuannya mengenai isi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Beliau juga mengatakan guru-guru yang kurang berjaya kerana mereka terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Mereka ini sangat ketat dalam pengawasan di dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan kepada pelajar berinteraksi sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitif kepada keperluan pelajar sebagai individu. Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara pengendalian kelas boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan. Persoalan i- Adakah personaliti guru mempengaruhi minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan ? Dapatan dan perbincangan Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru

semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.

Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktorfaktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. J.S.Kounin dan P.V.Gump telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkahlaku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah. Setiap orang pelajar

yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk. Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontak atau hubungan mata yang sesuai. Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.

Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat. Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang diterimanya

Rumusan dan cadangan

Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Pengalaman saya sendiri yang sering dialami sewaktu ke kedai atau sesuatu tempat baru, walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak memperkenalkan diri sebagai seorang guru tetapi peniaga terus memanggil saya dengan panggilan cikgu. Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu mengatakan perwatakan saya mencerminkan personaliti seorang guru. Katanya dari cara pertuturan, cara pemakaian, cara berjalan dan sebagainya. Walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak mengiakan tetapi peniaga tersebut berkeyakinan memanggil dengan panggilan cikgu kerana katanya pada pengamatannya personaliti guru memang mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga dengan guru. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya, malah rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr. Rajendran sendiri pernah mengalaminya. Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik. Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu menjaga personaliti ini untuk menjadikan profesion perguruan terus dihormati oleh masyarakat umum. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.

Rujukan i- Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ii- Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong dalam darjah, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,Bentong, Pahang. iii- Johns WestBurnham & Fergus OSullivan,penterjemah : Hamidah Baba(2004), Mengembangkan Profesionalisme di Sekolah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB), Kuala Lumpur. iv- _____________(1993), Cabaran,falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul. Kumpulan

Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9, Universiti Kebangsaan Malaysia,Selangor. v- Lihat Winfred F.Hil(1971), A Survey Of Psychological Interpretations, Edisi Semula, San Fransisco, Chandler Publishing Co. vi- http://http://www.angelfire.com/journal2/fakir%20zamani/ceramah8.htm vii- Glenn Myers Blair etl.al, penterjemah: Noran Fauziah Yaakub (1991), Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur. viii- Sue Leach(2006),How to be a successful Secondary Teacher, Continuum, London,New York. ix- Mel Silberman(2004),Active Learning :101 Strategies To Teach Any Subjec,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur
Dicatat oleh LOGIK di 2:49 PG

Anda mungkin juga menyukai