Anda di halaman 1dari 13

PROFESINOLSME GURU,PERANAN DAN CARA MENINGKATKANNYA

PENDAHULUAN
Sejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya
semakin rancak diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-
masing mengikut presfektif mereka. Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995
Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam Islam, kerana ia difirmankan dan
ditujukan oleh Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu alaihi
wassalam pula menyebut orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan
cahaya akhirat. YB Pehin Datu Seri Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul
Aziz bin Juned, 2005
Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil
guru, mereka ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan
pendidikan. Jika dikatakan orang yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran
dalam sesuatu bidang, manakala menurut presfektif islam mengikut Ibnu Masud
Radhiallahu anhu katanya:

Maksudnya:
Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada
Allah. Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185
PENGERTIAN GURU
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail
Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).
Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu
sistem pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka
maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para
guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah
merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan
contoh yang berkesan.
Guru atau pendidik ialah , . atau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan
yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi
kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen
dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif
Islam:m.s: 4 )

Maksudnya: Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah
ulamak
( Surah Fatir, ayat 28 )

SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU
Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai
pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan
kamahiran tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali
dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan
dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.
Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar
menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya.
Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu
bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim
Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )
Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha
pembentukkan peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk
melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka
bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan,
kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.
1. Dari segi akal fikiran:
Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil
baligh, sihat berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan
dan pelajaran yang banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar
membaca buku-buku pengetahuan khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan
mata-mata pelajaran yang diajar olehnya.
2. Dari segi tubuh badan:
Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan
pancainderanya, cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang
menarik serta bergaya senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai
mengawal pakaian dan kekemasannya, tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan
yang tertentu dalam lapangan olahraga kecuali jika hendak menjadi guru dalam lapangan.
3. Dari segi Akhlak:
Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka
mengeluarkan kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan,
percaya kepada kebolehan sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas
ketika membuat sesuatu, bersifat pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima
keritik dengan tenang, tidak cepat marah, senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun
menjalani kewajipan, pandai menggalakkan murid-murid atas kebolehan dan kemajuan
dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa
hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat dan
mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam
perspektif Islam Guru, m.s: 2-4 )
GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA
Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan
pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis
yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang
dianggap mulia ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan
dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas
apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang
di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka
yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori
profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran
yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah
dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf
seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan.
Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan
sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s:
85 )
Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha
sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu
telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian
akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa
wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar
terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka
membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha
proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan
guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan
fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan
suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang
individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati
A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi
era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu.
Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan
dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan
perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi
maklumat abad ke-21.
Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan
atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan
profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat
keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)
Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya .
Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa
timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam
bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.
Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri
kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai
sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah
tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang
walau dalam apa keadaan sekalipun.
Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya
bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih
daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat
sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya.
Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi
maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan
mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi
telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai
cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info
komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan
pendidikan yang cemerlang dan berkualiti
Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan
berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang
tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan.
Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari
penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.
Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan
isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed
Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )
CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru
yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan
pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut:
Bersikap professional
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
Kaya dengan ilmu
Bertindak atas landasan etika dan tatasusila
Bermoral teguh
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa
Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral,
berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya
Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi
Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional.
Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat
dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan
inovasi dalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang
kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )
PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan
Negara
Mungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar,
mencurah dan memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya
terlalu sempit, ertinya seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang
pengajar. Sedangkan pendidik bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga
mendidik, mengasuh bakat yang baik, mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu
pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak, menjadikannya
seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang
sama sebagai Khalifah Allah di bumi .
Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik
murid, membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan
yang benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang
berpengaruh, membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul
mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq. Inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya
menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan
Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut
perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )
Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam
memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja
setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk
sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala
lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa
kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan.
Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah
perlu penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan
bahawa sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-
olah sifat-sifat guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan
bukan dipelajari dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya.
Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah
diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai
sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak
diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya
di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )
Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam
pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh
seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari
segi aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:
1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan
pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang
sesuai.
2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak
penyusunan meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai.
4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan
mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai
sebahagian keluarga mereka.
5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta
membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarat.
6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada
murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa
murid.
7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid
yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.
8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan
aktiviti sekolah.
9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan
peperiksaan, dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal
pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan
yang telah dikenal pasti, guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang
disediakan, merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku
kemajuan, menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain.
11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme
keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran.
12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh
Guru Besar.
13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak
sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )
Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan
mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan
membuat hipotesis. Murid juga digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
Selain itu, murid digalakkan untuk membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau
perbincangan dengan mengemukakan soalan-soalan yang bercapah. Untuk melakukan
aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka
dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui
cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing
murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 )
Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak
bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua
negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara
mengejar arus pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).
Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru
seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian,
kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus
peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan
membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara
holistic. Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk
komunikasi, kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan
dalam kurikulum di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan,
pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri.
Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua
perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa
keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan
factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )
Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas
mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap
kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang
orang tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu
berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku
sekolah.
Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wataala
berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada
Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-
Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )
GURU SEBAGAI PEMIMPIN buku jejak2 MS 103 Metodologi Kepimpinan
Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima
oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya
dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang
mengikutnya melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya.
Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda
sebagai Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi
dan dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui
kenabian dan kerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya
kepimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan Islam ialah
keredhaan Allah Subhanahu Watala.
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan
mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang
membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun
pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan
pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada
abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh
mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran
mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang
diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi
pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut
digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin
patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli
kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad
Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).
Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi
arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan
perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat qiadah atau pemimpin tetapi ianya juga
merupakan qudwah iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu uswah. Ini jelas dinyatakan
oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh
untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan
Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan
uswah hasanah.
Allah Subhanahu Wataala berfirman maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Watala, kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )
Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan
perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut.
Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara
perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap double standard adalah dikutuk oleh
Allah Subhanahu Wataala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan
kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wataala
berfirman maksudnya:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri
kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wataala tidaklah
kamu berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ).
Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan
memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak
mengamalkan apa yang dikatakannya itu. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu
hendaklah iltizam dan mengamalkan apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn
dahulu.
Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat
dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin,
tawaduk, wara, berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang
yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk
mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan
berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan
keredhaan Allah Subhanahu Wataala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang
sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 104 )
GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mentarbiyyah
murid-muridnya agar mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram.
Guru terus berperanan memimpin mereka untuk mendapat keredaan Allah, masuk ke
syurga dan bahagia di dunia dan akhirat.
Menurut Islam, ilmu yang diajarkan oleh guru-guru itu hendaklah ilmu yang bermanfaat, ilmu
tersebut sama ada berbentuk ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah. Ilmu ini bermakna
ilmu yang boleh mendorong seseorang itu berfikiran matang, berpengetahuan dan
berpandangan jauh yang mana ilmu tadi mendatangkan kebajikan kepada manusia dan
alam seluruhnya dan boleh mendekatkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya.
Hasrat dan cita-cita almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan
Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddein diteruskan dan dipertingkatkan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan membina
Sekolah-sekolah agama khas, disemua daerah di Negara ini, serta berkenan meninigkatkan
taraf guru-guru agama tempatan sebanding dengan guru-guru agama dari luar negeri iaitu,
dengan menubuhkan pusat latihan perguruan Ugama dinamakan sebagai Maktab
Perguruan Ugama Seri Begawan.( Dipetik dari: kata aluan-aluan Yang Berhormat Pehin
Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Hj
Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama dalam buku Perkembangan Persekolah Agama Di
Negara Brunei Darussalam Dari tahun 1956-1984 yang dirulis oleh Dato Seri Setia Awang
Haji Abdul Hamid bin Mohd. Daud )
Dengan tertubuhnya institusi latihan perguruan dan penaikan tafar institusi tersebut pada
menjadi sebuah Kolej univedrsiti dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan dan juga agensi-agensi pengajian Islam, Jabatan Masjid, Pusat Dawah Islamiah
dan Jabatan Mufti disamping institusi-institusi lain yang mempunyai maksud visi, misi dan
matlamat yangh sama dalam mendidik masyarakat Brunei. Ini bererti peluang untuk
masyarakat mendapatkan didikan agama adalah terbuka luas. ( Kertas Kerja Usataz Mazne
Bin Hj Othman ).
Guru adalah melaksanakan tugas yang berat tetapi mulia. Menjadi guru bererti mengajar
dan mencurahkan ilmu yang bermanfaat, di samping mendidik dan mentarbiyyah murid-
murid agar berakhlak mulia. Tugas ini sebenarnya tugas yang telah dipikul oleh Nabi-nabi
dan Rasul-rasul sebelum ini.
Firman Allah Subhanahu Wataala bermaksud:
Wahai Tuhan Kami!. Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri,
yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajikansanaan,
dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana
Ayat di atas adalah doa Nabi Ibrahim Alaihis salam bagi negeri Mekah Al-Mukaramah dan
penduduknya. Baginda telah berdoa agar Allah Subhanahu Wataaala mengutus dari
kalangan mereka seorang Rasulullah yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat
Allah, mengajar isi kandungan Al-Quran, al-hikmah dan membersihkan jiwa mereka serta
mentazkiah diri mereka. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23
September 2002: M.s: 10 11 )
Sebagai pendidik, guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Antara
sifat-sifat harus dimiliki oleh guru ialah:
1. Sifat Zuhud
Sifat zuhud iaitu mendidik semata-mata kerana mencari keredaan Allah.
Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para guru perlu disemai dengan sifat-sifat
zuhud dalam dirinya. Bersifat zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana
balasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredaan Allah.
Namun demikian ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu
tetapi, kemuncak matlamat kerja yang dilakukan itu seharusnya tidak diukur dengan
pencapaian kebendaan, kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian
orang yang berada di bawah didikannya.
2. Kebersihan Diri.
Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu
mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh,
riak, pemarah atau mempunyai sifat-sifat lain yang keji.
3. Keikhlasan Dalam Bekerja.
Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong
kearah kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri
keikhlasan yang perlu wujud dalam dirinya ialah:
i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.
ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.
iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.
iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.
v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.
Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan
berterusan berusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa
dirinya sebagai murid yang sedang mencari kebenaran.
Dalam Islam ahli ilmu diberi kebebasan dalam mengkaji dan mempertingkatkan diri dalam
bidang keilmuan. Tidak ada petak-petak tertentu yang dibataskan dalam kajian ilmu. Hal ini
terletak kepada kemampuan individu untuk mendalaminya. Disiplin keilmuan tidak
mengikatnya dalam ruang dan batas yang sempit. Pengkhususan bidang bukan menjadi
penghalang kepada bidang-bidang yang lain.
4. Mempunyai Sifat Helem.
Guru mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun disamping boleh menguasai
diri dan dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar. Seorang guru juga
tidak mudah marah atau berang dengan perkara-perkara kesilapan yang kecil.
5. Guru Perlu Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri.
Guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada pandangan murid. Ini boleh dilakukan
dengan menjaga peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayani hati orang
dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dengan suasana yang boleh
menjatuhkan peribadi dan maruahnya, samada dari segi pakaian, perbuatan atau
percakapan.
6. Guru Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Setiap Muridnya.
Guru mesti mempunyai perasaan kasih terhadap setiap murid sebagaimana ia kasih kepada
anaknya sendiri. Untuk itu ia perlu memahami latar belakang muridnya supaya ia dapat
melayan mereka dengan sebaik-baiknya terutama bagi pelajar-pelajar yang dating dari
keluarga yang miskin. Dengan layanan sedemikian, sekurang-kurangnya dapat
menimbulkan rasa saying dan hormat gulungan murid kepada guru. Kesemua ini akan
memudahkan lagi bagi guru untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada mereka
kerana ikatan mesra telah terjalin erat.
7. Guru Mesti Memahami Tabiat Muridnya.
Guru hendaklah memahami dengan jelas akn latar belakang dan kemampuan muridnya.
Dengan berbuat demikian ia bukan sahaja dapat menyesuaikan bahan dan cara
penyampaian kepada murid-murid malah dapat juga melayani mereka dengan sebaik-
baiknya.
8. Kemampuan Dalam Keilmuan.
Guru hendaklah mempunyai persediaan yang cukup dalam bidang ilmu yang diajar kepada
muridnya. Dia hendaklah sentiasa membaca dan mengkaji supaya apa yang disampaikan
itu tidak dirasakan beku atau mendatar. Dengan kemampuan yang baik dikalangan guru-
guru maka akan lahirlah kepercayaan kepada murid dan ibu bapa. ( Guru, Ilmu dan
pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 6 12 )
CARA MENINGKATKANNYA
Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama
harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja
keras bagi memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk
meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat
pengiktirafan masyarakat. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai
2010 : M.s: 141 )
Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan
pelajaran. Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara
yang telah dipelajari pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain.
Pemindahan pembelajaran ini ada yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif.
Pemindahan pembelajaran yang bercorak positif berlaku apabila pengetahuan atau
kemahiran yang diperolehi dapat membantu atau memudahkan pembelajaran yang lain dan
dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada orang perseorangan misalnya
kemahiran matematik dapat membantu dalam pembelajaran ilmu perdagangan.
Pemindahan negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal menganggu atau menghalang
pembelajaran seterusnya. Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia mungkin menganggu
pelajaran bahasa Inggeris.
Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan,
kesesuaian bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid
berfikir, berkomunikasi dan berinteraksi.
Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai
pelbagai teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada
keperluan pelajar, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara
komponen dalam keberkesanan pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan
kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran,
menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik darjah
dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai prestasi
mengajar sendiri. . ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )
Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi,
mempunyai sifat-sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu
pengajaran tidak akan memberi kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran,
kurangnya galakkan dari guru terhadap murid-murid, tidak ada ganjaran atau denda yang
digunakan, kurangnya interaksi antara guru dengan murid dan sebab-sebab yang lain. ((
Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 19 20 )
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara
dan umat ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan
secara berkesan dan berhikmah harus diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan,
guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan progresif dan inovatif. ( Kertas Kerja oleh
Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji Ibrahim. M.s: 16 )
Menurut Sufean hussin 1993, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh
terhadap perkembangan pembelarajan murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka
akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian
besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 147 )
Model Slavin ( 1989 ) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi
pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan
pelbagai bahan bantuan mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian
kandungan dan sistem penilaian serta mingikut aras kebolehan pelajar ), insentif (
perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan)
dan masa ( engaged time dan time on task ). ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet
Wah, 2010,M.s: 9 )
The National Board of Professional Teacher Standards ( 1993 ) di Amerika Syarikat telah
mengenal pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu:
1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk
menyampaikan kepada pelajaranya.
3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya.
4. Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari
daripada pengalaman masing-masing.
5. Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti. (
Mohd Yusof Abdullah et al.: 2009: m.s: 157 )
http://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/

Anda mungkin juga menyukai