Anda di halaman 1dari 1

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan.

Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali. 2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri. 3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan. 4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut. 5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri. 6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok. 7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya. 8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Anda mungkin juga menyukai