Anda di halaman 1dari 4

ADAT DALAM UPACARA DAUR HIDUP

“KEMATIAN”

Disusun Oleh :

KELOMPOK 5
RISKY WAHYUDA
M. ZAIDI
M. CANDRA
FADLI ARDIANSYAH
M. FARID ANSHORI
NIKO
KELAS X DKV

SMK NEGERI 1 BENGKALIS


TAHUN AJARAN 2022/2023
A. UPACARA KEMATIAN DI DAERAH RIAU

Upacara Kematian di daerah Riau ini mempunyai beberapa tujuan tertentu


antara lain untuk mendeskripsikan tata cara yang berlangsung dalam suatu upacara
kematian yang masih hidup pada beberapa suku bangsa di daerah Riau; untuk
memelihara dan mengukuhkan nilai-nilai luhur yang terkandung di dalam setiap
upacara tersebut sehingga dapat diinformasikan kepada generasi muda bangsa
sebagai generasi penerus; dan untuk menimbulkan minat generasi muda terhadap
kebudayaan bangsa sebagai suatu warisan yang amat tinggi nilainya yang perlu
dipelihara, ditelaah sehingga terlepas dari penyakit berpikir sempit, picik dan
etnosentris, namun diharapkan timbul sikap saling harga-menghargai dengan penuh
toleransi sebagai suatu bangsa yang memiliki kebudayaan heterogen.

B. ADAT KEMATIAN KAUM MELAYU

"Setiap Yang Hidup Pasti Merasakan Mati”

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah


pengkebumian berasaskangaris panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan
dengan sedikit adat-adat kemelayuaan.Pertamanya,semasa berlakunya kematian,
keluarga si mati akan menghebahkan kematiankepada imam atau siak yang berada di
masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuanmendapatkan pertolongan
daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati.Disamping
itu,untuk menghebahkan kematian si mati.Mayat tersebut akan diletakkan di ruang
tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup darikepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-duatangannya pula
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang
yangmenziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapanmayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan
akan dibakar. Tambahan pula,Semasamayat masih berada di dalam rumah, sebarang
jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut jugaperlu dikebumikan secepat yang
mungkin.Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali
mati syahid). Prosesmemandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh kaum
sejantina si mati. Biasanya daripadakalangan keluarga si mati itu sendiri.Ianya
meliputi membersihkan seluruh bahagian badan si matimenggunakan kapur barus
dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari tubuhnya.Ini kerana ianyasejajar
dengan tuntutan agama yang menyatakan bahawa si mati perlu bertemu dengan
tuhannya(Allah S.W.T) dalam keadaan bersih.Selesai memandikan mayat, jenazah
akan dikafankan. Kafan disini mendukung maksudmembalut badan jenazah dengan
aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kainputih yang
mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat
seterusnyamengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat
lelaki ialh 5 lapisanmanakala mayat perempuan 7 lapisan. Sesudah jenazah
dikafankan, ahli keluarga terdekat danmuhrim dibenarkan mengucup mayat sebagai
tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan airmata tidak menitis pada tubuh
jenazah.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si


mati akanmemberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati
jika selama hayatnyabeliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut
juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan
agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut bolehmenuntutnya pada waris si mati.
Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalusebanyak tiga atau tujuh
kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada simati. Walau
bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh
masyarakatMelayu pada hari ini. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam
keranda dan diusung ke tanahperkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar
jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanitakurang digalakkan kerana
dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yangberlebihan
terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam (Ahmad Fahmi
Irsyad binAziz Azmi)Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan di masjid atau
surau yang berhampiran dahulusebelum dikebumikan. Selesai sembahyang mayat,
biasanya diedarkan sedekah berupa wang ataubenda contohnya seperti kain pelekat
kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayatitu.Selesai sahaja solat
mayat,mayat dengan kerandanya itu akan dibawa dan dimasukkan ke dalamkubur
yang disedia.Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa akan turun ke
dalam kuburmembuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta
membukakan ikatan di kepala.Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah
dikepal-kepal dan selepas diazankan ditelinganya. Selesai kubur itu ditimbus,
dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untukmemacakkan batu nesan
pada kemudian hari. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga
tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.Seterusnya upacara
membaca talkin dan membaca doa kepada si mati akan dijalankan olehtuan haji, lebai
atau tuan alim. Selepas talkin dan doa habis dibaca, air akan disiram di atas kubur
simati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai puladitabur .Biasanya selepas kematian si mati,kenduri arwah dan doa
selamat akan diadakan olehkeluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia
diadakan pada hari pertama, ketiga,ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus
hari. Tujuannya adalah untuk mendoakankesejahteraan si mati yang berada di alam
barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukanadat turun batu iaitu
menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil
disekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
Pengebumian Islam.

Anda mungkin juga menyukai