Anda di halaman 1dari 36

AHLI KUMPULAN : DEVIGA A/P MUNUSAMY PUONESWARI A/P SUNDARAJOO

ADAT KELAHIRAN MELAYU

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barangbarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan.
Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya.

Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu.
Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah.
Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu.

Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi.

Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan. Ibu berpantang selama 40 hari dan hanya makan makanan yang ditetapkan.

Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakuttakutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Rambut bayi akan dipotong sedikit dalam majlis cukur jambul dan berendul.

1 )memberitahu kepada siak atau penjaga masjid kampung atau pekan itu supaya dituliskan pada papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumikan atau dikuburkan.

2) Sekiranya orang yang meninggal dunia pada sebelah petang atau malam, biasanya waktu pengebumian mayat itu ditetapkan pada waktu tengah hari atau selewat-lewatnya pada waktu petang keesokan harinya. Jika si mati meninggal dunia pada waktu subuh atau pada waktu pagi maka masa pengebumiannya akan dilakukan pada sebelah petang itu juga.

SEBAB

menjadi tuntutan agama Islam supaya mayat itu dikebumikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Pada sisi Islam adalah lebih afdal mayat dikebumikan di dalam tempoh enam jam selepas waktu hayatnya.

1)

2)

Mayat diangkat daripada tempat ia meninggal dunia dan diletakkan di tengah rumah samaada di atas katil atau tilam yang beralas kain cadar yang bersih dan elok. Di atas mayat itu dipasang langit-langit daripada kain bagi tujuan untuk menahan atau menyekat sebarang habuk atau kotoran jatuh ke atas mayat itu.

3) Kedua-dua tangan mayat itu dikiamkan ke dadanya dan mayat itu diselimut atau ditutup dari kepala hingga ke hujung kakinya dengan sehelai ataupun dua kain panjang. 4) Sebuah kacip pinang akan diletakkan melintang di atas kain yang menutupi mayat itu iaitu di tengah antara perut dengan dadanya. Tujuan - menegah mayat itu daripada dilangkah hantu atau syaitan.

5) Sebelah mayat itu, bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api diletakkan dan sejenis serbuk harum dibakar di dalamnya. Setanggi ataupun serbuk kayu gaharu digunakan sebagai bahan bakar dalam bara. Bakaran ini dilanjutkan sehingga mayat berada di dalam rumah. Selain itu,ada juga upacara dimana meneruskan bakaran tepak bara pada setiap siang dan malam selama 3 hari.

6) Sementara menunggu alat-alat kelengkapan mandi, kapan dan keranda mayat itu disiapkan,maka sesiapa daripada kaum keluarga dan sahabat handai mayat tersebut yang ingin melihatnya bolehlah bergilir-gilir masuk melihat mayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. 7) pelawat yang menziarahi dan juga jiranjiran di sekeliling rumah mayat itu hendaklah tidak membuat hingar bingar dan berbual-bual perkara yang tidak senonoh.

8) Adat resam Melayu dan dikehendaki oleh syariat Islam sebagai tanda menghormati insan yang telah meninggal dunia buat selama-lamanya dan menganggap setiap roh mayat itu akan masuk ke syurga. Begitu juga ketika mengiringi mayat di sepanjang jalan sehingga mayat itu diangkat dan diiringi ke kuburnya, bacaan surah al-fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh mayat tersebut.

9) Apabila tiba masanya mayat itu dimandikan, mayat itu pun diangkat dan dibawa ke tempat yang disediakan untuk dimandikan oleh:a)Tukang mandi perempuan jika mayat perempuan. b) Tukang mandi lelaki jika mayat lelaki.
10) Tubuh badan mayat dilumur serataratanya dengan dua jenis serbuk iaitu kapur barus dan cendana.

11) Di celah-celah pelipat dan lain-lain tempat yang mustahak diselitkan dengan kapas, kemudian barulah mayat itu diangkat dan dibawa ke tengah atau serambi rumah itu untuk dikapankan iaitu dipakaikan kain dan seluar daripada kain putih yang tidak berjahit. Seterusnya, mayat itudibungkus atau disarung dengan kain putih yang juga tidak berjahit.

12) Mayat yang telah dibungkus itu tadi dililit dan diikat dengan beberapa ikatan dari kaki hingga ke leher kecuali di bahagian kepalanya dibiarkan tidak berikat untuk sementara waktu. Tujuan - Kaum keluarga mayat itu akan dipanggil untuk menaburkan sejemput daripada serbuk cendana yang memang sediakan, disekeliling kepala mayat itu, sebagai isyarat atau tanda penghormatan terakhir kepada mayat.

13) Setelah selesai adat menabur cendana itu barulah kepala mayat itu dibungkus dan diikat. 14) Kemudian mayat itu dimasukkan ke dalam sebuah keranda yang diperbuat daripada kayu yang ringan. Di bawah keranda itu lantainya diregang tutup dengan sebidang kain putih yang dilekatkan disekeliling papan keranda itu dengan pin-pin lekap.

15) Keranda itu diangkat dan diletakkan di atas usungan dan keranda itu ditutup dengan beberapa lapis kain panjang yang elok. Kain lapis teratas sekali, biasanya diletakkan kain yang bertulis ayat-ayat Al-Quran. 16) Keranda dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan secara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya.

16) Keranda dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan secara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya untuk disembahyangkan jika mayat itu tidak disembahyangkan di rumahnya. 17) Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda seperti kain pelekat kepada haji atau lebai yang telah menyembahyangkan mayat itu.

18) Setelah itu, mayat itu pun dipikul kembali untuk di bawa ke kubur yang telah siap sedia digali. Mayat dengan kerandanya dimasukkan ke dalam kubur itu. 19) Sebelum menimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur untuk membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya.

20) Mayat itu disendal dengan kepalkepal tanah yang kebanyakannya dikepal oleh keluarga mayat itu dan setelah dibangkan(diazankan) di telinga mayat itu oleh siak, maka, barulah keranda itu ditutup dan kubur itu ditimbus dengan tanah. 21) Setelah kubur itu ditimbus,sebatang ranting pohon dipacakkan sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari.

Siap sahaja kubur itu ditimbus, seorang haji,imam atau orang alim akan membaca talkin dan bertahlil serta membaca doa untuk mayat itu. 2) Di tepi kubur itu disediakan setalam bunga rampai atau pelbagai bunga changa dan disediakan juga satu atau dua balang air cendana. Setelah selesai talkin, tahlil dan doa dibaca dan diaminkan oleh sekalian pengiring-pengiring mayat ,lalu air kedua-dua balang itu pun disiramkan ke atas kubur sehingga habis air.
1)

Adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati oran yang meninggal dunia sambil memberi sedekah doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat.

RUJUKAN INTERNET
http://nyaringnora.blogspot.com/2011/0 5/adat-kematian-melayu.html http://www.ashtech.com.my/adat/kem atian.html

Anda mungkin juga menyukai