Anda di halaman 1dari 1

Agama Hindu percaya bahawa penjelmaan dan kematian adalah sebagai pandangan jiwa beralih

daripada satu badan ke satu laluan untuk mencapai Nirwana, iaitu syurga.Kematian adalah satu
peristiwa yang menyedihkan. Manakala sami-sami Hindu menekankan pengebumian adalah satu
penghormatan dan tanda peringatan kepada si mati.

Masyarakat Hindu membakar mayat mereka, percaya bahawa pembakaran satu mayat menandakan
pembebasan semangat dan api adalah mewakili shiva, iaitu dewa pemusnah. Ahli-ahli keluarga akan
berdoa di sekeliling badan secepat mungkin selepas kematian. Orang akan cuba mengelak daripada
menyentuh mayat. Hal ini, kerana ia adalah dianggap sebagai lambang memalukan si mayat tersebut.
Mayat biasanya dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian putih, adalah salah satu pakaian
tradisional orang India. Jika si isteri mati sebelum suaminya, dia dipakaikan pakaian pengantin.
Manakala seorang janda akan dipakaikan sari yang berwarna putih atau berwarna pucat. Badan dihiasi
dengan cendana, bunga-bunga dan kalungan-kalungan bunga. Selepas itu, Vedas atau Bhagavad Gita
ataupun sivapuranam, iaitu Kitab suci Hindu akan dibaca . Orang yang berkabung diketuai olah anak
sulung lelaki ataupun anak lelaki bongsu, akan menerangi beberapa umpan api dengan mengelilingi
mayat, demi mendoakan pemergian jiwa.

KARUMATHI
Selepas pembakaran mayat, keluarga akan dihidangkan dan bersembahyang dalam rumah mereka.
Orang yang berkabung akan mandi dengan sepenuhnya sebelum memasuki rumah selepas
pengebumian. Seorang sami akan melawat dan melakukan upacara sembahyang untuk si mati pada
hari ke 16 sebagai tujuan mententeramkan si mati.

Biasanya, satu kalungan dijemur atau bunga-bunga diletakkan pada gambar si mati adalah
menunjukkan tanda penghormatan bagi mengingati mereka. 'Shradh' adalah upacara sembahayang
setahun selepas kematian orang. Ini diadakan setahun sekali bagi memperingati mereka. Sami juga
berpesan kepada ahli keluarga bahawa pemberian makanan kepada masyarakat miskin adalah satu
tanda ingatan kepada si mati.

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian


dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang
isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah
si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan
dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya
seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si
mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali.
Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga
dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami
membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan
disimpan dalam rumah.

Pantang larang kematian


a) Tetamu yang datang ketika berlaku kematian perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah.
b) Semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan kain putih ketika berlaku kematian.
c) Dalam masa setahun selepas berlaku satu-satunya kematian ahli keluarga tidak boleh meraihkan
sebarang sambutan dan majlis. Ahli keluarga juga tidak boleh mengadakan sebarang keraihan serta
tidak boleh bersembahyang secara "special" di kuil atau di rumah

Anda mungkin juga menyukai