Anda di halaman 1dari 10

Budaya kaum India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara


pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya
thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu
kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu
bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air
susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara
rasmi telah menjadi suami isteri

Kematian.

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah


ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian
adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke alam
barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan
upacara ini pelbagai adat di tentukan.

Upacara menanggalkan thaali.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya


sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya
boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Upacara vaikkarasi

Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir
kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan
tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut
telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam
sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung
melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang
yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu
pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan
hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum
mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka
sepertideepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi
perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan
menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut
hindu melakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada
dewaMurugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai
tanda kesyukuran.Bagi ponggalpula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan
memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan
untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan
persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap
sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

KAUM CINA

Terdapat enam kumpulan dialek utama iaituHakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(H
okchiu).Sandakanpernah bergelar “Hong Kong Kecil” kerana bandar itu dijadikantempat ting
gal kedua bagi kebanyakan pendatang dariGuangdong.Maka,secara amnya terdapat tiga kum
pulan sub-linguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat cinamengamalkan pelbagai b
entuk adat resam dan pantang larang dalamkehidupan seharian mereka.

Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan
mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikutkepercayaan mereka,pasang
an yang berkahwin tanpa mengikutaturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perka
hwinanmasyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resamperkahwinan mere
ka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisikdijalankan untuk mengetahui latar belakang 
gadis yang diingini.Halini kerana mereka terlalu mengambil berat tentangnama,keturunan,per
ibadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakildihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan 
perkara-perkaraberkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujuidimaklumkan 
kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan puladilakukan berdasarkan kalender cina.Dala
m upacara ini,khidmattukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinanberpandu
kan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinandiadakan setelah bertunang selama 
setahun atau mengikut tempohyang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua
pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinanmereka.

Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larangdiamalkan oleh wanita
cina semasa mengandung dan selepasbersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak d
itimpakejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarangmelakukan kerja-kerja
memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahirakan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa be
rpantangselama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakatmelayu,mereka turut men
gadakan kenduri apabila bayi tersebutmencapai umur
sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adatmencukur rambut bayi kerana mereka meng
anggap rambut bayiyang baru lahir adalah rambut sementara.

Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yangberkaitan dengan soal-soal kematia
n.Apabila berlakukematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tandapenghorma
tan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan kedalam keranda yang diperbuat daripada 
kayu yang diukirmenarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisisi mati.S
emasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagudimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluarg
a menjalani adatberkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapahari sehingg
a hari perkabungan tamat.

Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran olehmasyarakat cina bagi menanda
kan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa  12
binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluargaberkumpul untuk makan bersa
ma pada malam Tahun Baru.Buahlimau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian ba
gimerayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru
Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.

Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengansulaman benang emas dan sutera.
Namun,ia masih boleh dilihat padamasa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah labuh,Cheongs
am,BajuShanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacaramajlis.Kebanyakannya diha
silkan dari negara China denganmenggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang
dengan ragam hias benang emas dan sutera.

Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagaijenis makanan.Salah satu 
daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulanmerupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan s
ewaktu perayaanpertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunanmanis dan m
emiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,GanPan Mian juga merupakan makanan 
masyarakat cina.Nama lainnyaialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakatFoochow.
Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yangbiasanya dimakan semasa sarapan p
agi dan lewat malam.

Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisionaldalam budaya cina.Tarian i
ni sering dipersembahkan pada musimperayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga 
mewakilikekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegahjenayah.Gerakan-
gerakan dalam persembahan ini melambangkanperanan naga yang menunjukkan kuasa dan m
aruah.Tarian singajuga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian singayang am
at terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian SingaSelatan”.

KAUM Melayu

ADAT RESAM  MASYARAKAT MELAYU

Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap
anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu
perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-
adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu
mengandung, bersalin dan selepas lahir.

 Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan
kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau
kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk


  Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan

  Segantang beras

  Sebiji kelapa

  Beberapa urat benang mentah


Damar

  Minyak kelapa atau minyak urut

  Lilin

  Tepak sirih yang lengkap isinya

  Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil
tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang
lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu
yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah
kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke
hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek
dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika
sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut  wanita
hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta
dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan
diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah
dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

 Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari.
Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas
bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang
berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat
tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan
makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa
menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di
sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi
akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas
bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. 

  Azan/Qamat

         Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala


bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.

  Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula
dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah
mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang
menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru
lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun
demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

   Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung
selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang
berpantang selama seratus hari.

    Tempoh Berpantang

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh
anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan  ikan yang
mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan
bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan
yang dibakar, direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.

   Bertungku

 Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal.   Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan
kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang
dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya
dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan
berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun
selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

     Selepas lahir

         Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

  Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada
ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat
naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan
akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau
Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

  Nasi kunyit dan lauk-lauk

  Seekor ayam hidup

  Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang

  Hadiah untuk bidan sepersalinan

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki
ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak
bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan
dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta
sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.  

Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik
kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi
manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

   Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras  kunyit
dan bertih.
  Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.
Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya
dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.   

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke
tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar
serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting
sedikit rambut  bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.

Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang
ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara
menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak
menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau
sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke
dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon
anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. 

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut     diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa         pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu
atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali
sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan
jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya
ialah dua  ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah
adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat
dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur
rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Naik Buai 
Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh
meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang
menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang
akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.
Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari
ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat
cukur rambut.

JejakTanah/TurunTanah
Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak
yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan
untuk    memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan
secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun
barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas
kenduri    selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan
berjalan. Di  atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang,
termasuk makanan  dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah
cermin, sikat, jam  tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk
dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut
akan  dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan
sahaja.

  Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan
kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu
mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug
boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan   memijakkan kaki kanak-kanak itu ke  piring-
piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi
oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.

 Bersunat / Berkhatan
 Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya   dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan
akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini
akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat
atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat
berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan
adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia
baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis
berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis
perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai