Anda di halaman 1dari 3

PRINSIP KESANTUNAN DAN KESOPANAN

Kesopanan dan kesantunan pada umumnya berkaitan dengan hubungan antara dua

perkara yang dapat disebut sebagai ‘diri sendiri’ dan ‘orang lain’. Pandangan kesantunan

dalam kajian pragmatik diuraikan oleh beberapa ahli. Di antaranya adalah Leech, Robin

Lakoff, Bowl dan Levinson. Prinsip kesopanan memiliki beberapa maksim iaitu maksim

kebijaksanaan (tact maxim), maksim kemurahan (generosity maxim), maksim penerimaan

(approbation maxim), maksim rendah hati (modesty maxim), maksim persetujuan (agreement

maxim) dan maksim simpati (sympathy maxim). Prinsip kesopanan ini berhubungan dengan

dua peserta percakapan iaitu diri sendiri (self) dan orang lain (other). Diri sendiri adalah

penutur dan orang lain adalah lawan tutur (Dewa Putu Wijana, 1996).

Maksim merupakan kaedah bahasa di dalam interaksi lingual iaitu kaedah-kaedah

yang mengatur tindakannya, penggunaan bahasanya dan interpretasi terhadap tindakan dan

ucapan lawan tuturnya. Selain itu maksim juga disebut sebagai bentuk pragmatik berdasarkan

prinsip kerjasama dan prinsip kesopanan. Maksim-maksim tersebut menganjurkan agar kita

mengungkapkan keyakinan dengan sopan dan menghindari ujaran yang tidak sopan.

5.0 MAKSIM KESANTUNAN LEECH

Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk “Prinsip Pragmatik” (1993) telah

mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi semata-mata.   Beliau

berpendapat  bahawa sesuatu keadaan pertuturan biasanya bergantung kepada beberapa faktor

relatif kekal seperti umur, jantina, status, darjah keintiman dan peranan.  Leech menyatakan

maksim kesopanan ini dapat menjelaskan perkaitan sopan dengan tingkah laku manusia. Hal

ini kerana maksim kesopanan ini akan kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab dan

hanya versi positif sahaja dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja digunakan.  Leech

telah mengemukakan maksim-maksim kesopanan atau maksim kesantunannya yang dapat


menjelaskan perkaitan antara “kesopanan” dengan tingkah laku manusia.  Kesopanan terdiri

daripada dua iaitu kesopanan mutlak dan kesopanan relatif. 

 Maksim kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek penting dengan

ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip kerjasama  Grice dan lakuan

bahasa.  Pendekatan prinsip kesopanan dapat dilihat melalui maksim yang berpasangan iaitu

meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan  dan memaksimumkan

kepercayaan yang sopan serta berpusat kepada diri sendiri, penutur, pendengar atau individu

lain. 

 Dengan itu, Leech mengutarakan enam maksim.  Maksim tersebut ialah maksim

kebijaksanaan,maksim kedermawanan,maksim penghargaan,maksim kesederhanaan,maksim

persetujuan dan maksim kesimpatian.  

5.1. Maksim Kebijaksanaan (tact maxim)

Gagasan dasar maksim kebijkasanaan dalam prinsip kesantunan, para peserta yang

bertutur hendaklah berpegang pada prinsip untuk selalu mengurangi keuntungan dirinya

sendiri dan memaksimalkan keuntungan pihak lain dalam kegiatan bertutur. Orang bertutur

yang berpegang dan melaksanakan maksim kebijaksanaan akan dapat dikatakan sebagai

orang santun. Leech (dalam Wijana, 1996) mengatakan bahawa semakin panjang pertuturan

seseorang itu semakin besar pula keinginan orang itu untuk bersikap sopan kepada lawan

bicaranya. Demikian pula pertuturan yang diutarakan secara tidak langsung lazimnya lebih

sopan jika dibandingkan dengan pertuturan yang diutarakan secara langsung. Pelaksanaan

maksim kebijaksanaan dapat dilihat pada contoh berikut.

Contoh ayat Maksim Kebijaksanaan di dalam Cerpen Pak Utih.


1. Muka surat 55 perenggan pertama.

“ Dan untuk mencapai kejayaan seratus peratus pasti memerlukan persiapan yang

seratus peratus pula. Yang penting sekali ialah wang. Ini syarat nombor satu.

Tanpa wang, tanpa rancangan. Tanpa satu apa.”

2. Muka surat 55 perenggan ketiga.

“ Tapi Pak Utih rasa dia perlu menyelit sebilah wali baru dipinggang”. Siapa

tahu? Ada nanti anak-anak muda di kota Alor Setar yang cuba berkelakuan

kurang ajar terhadap Mak Utih.

3. Muka surat 61 perenggan 35.

“ Pak Utih tersentak. Ada sesuatu terlekat di rengkongnya. “ Ini Cuma untuk encik

saja. Kalau orang lain tak kurang satu ratus. Ini jam orang putih buat. Tahan

sampai anak cucu.

Anda mungkin juga menyukai