Anda di halaman 1dari 7

PRINSIP KESANTUNAN DAN KESOPANAN

Kesopanan dan kesantunan pada umumnya berkaitan dengan hubungan antara dua

perkara yang dapat disebut sebagai ‘diri sendiri’ dan ‘orang lain’. Pandangan kesantunan

dalam kajian pragmatik diuraikan oleh beberapa ahli. Di antaranya adalah Leech, Robin

Lakoff, Bowl dan Levinson. Prinsip kesopanan memiliki beberapa maksim iaitu maksim

kebijaksanaan (tact maxim), maksim kemurahan (generosity maxim), maksim penerimaan

(approbation maxim), maksim rendah hati (modesty maxim), maksim persetujuan (agreement

maxim) dan maksim simpati (sympathy maxim). Prinsip kesopanan ini berhubungan dengan

dua peserta percakapan iaitu diri sendiri (self) dan orang lain (other). Diri sendiri adalah

penutur dan orang lain adalah lawan tutur (Dewa Putu Wijana, 1996).

Maksim merupakan kaedah bahasa di dalam interaksi lingual iaitu kaedah-kaedah

yang mengatur tindakannya, penggunaan bahasanya dan interpretasi terhadap tindakan dan

ucapan lawan tuturnya. Selain itu maksim juga disebut sebagai bentuk pragmatik berdasarkan

prinsip kerjasama dan prinsip kesopanan. Maksim-maksim tersebut menganjurkan agar kita

mengungkapkan keyakinan dengan sopan dan menghindari ujaran yang tidak sopan.

A. MAKSIM KESANTUNAN LEECH

1. Maksim Kebijaksanaan (tact maxim)

Gagasan dasar maksim kebijkasanaan dalam prinsip kesantunan, para peserta yang

bertutur hendaklah berpegang pada prinsip untuk selalu mengurangi keuntungan dirinya

sendiri dan memaksimalkan keuntungan pihak lain dalam kegiatan bertutur. Orang bertutur

yang berpegang dan melaksanakan maksim kebijaksanaan akan dapat dikatakan sebagai

orang santun. Leech (dalam Wijana, 1996) mengatakan bahawa semakin panjang pertuturan

seseorang itu semakin besar pula keinginan orang itu untuk bersikap sopan kepada lawan
bicaranya. Demikian pula pertuturan yang diutarakan secara tidak langsung lazimnya lebih

sopan jika dibandingkan dengan pertuturan yang diutarakan secara langsung. Pelaksanaan

maksim kebijaksanaan dapat dilihat pada contoh berikut.

Contoh ayat Maksim Kebijaksanaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 55 perenggan pertama.

“ Dan untuk mencapai kejayaan seratus peratus pasti memerlukan persiapan yang

seratus peratus pula. Yang penting sekali ialah wang. Ini syarat nombor satu. Tanpa

wang, tanpa rancangan. Tanpa satu apa.”

2. Muka surat 55 perenggan ketiga.

“ Tapi Pak Utih rasa dia perlu menyelit sebilah wali baru dipinggang”. Siapa tahu?

Ada nanti anak-anak muda di kota Alor Setar yang cuba berkelakuan kurang ajar

terhadap Mak Utih.

3. Muka surat 61 perenggan 35.

“ Pak Utih tersentak. Ada sesuatu terlekat di rengkongnya. “ Ini Cuma untuk encik

saja. Kalau orang lain tak kurang satu ratus. Ini jam orang putih buat. Tahan sampai

anak cucu.

2. Maksim Kedermawanan

Maksim kedermawanan atau maksim kemurahan hati, mengharapkan penutur dapat

menghormati orang lain. Penghormatan terhadap orang lain akan terjadi apabila penutur
dapat mengurangi keuntungan bagi dirinya sendiri dan memaksimalkan keuntungan bagi

pihak lain. Pelaksanaan maksim kedermawanan dapat dilihat pada contoh berikut :

Contoh ayat Maksim Kedermawaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 62, perenggan 38.

Sepuluh orang pengemis berderet menghulur tempurung. Pak Utih takjub kenapa tak

seorang pun di antara beribu ribu orang itu bersedekah. Betul-betul kurang ajar orang-

orang di kota besar ini. Oleh Pak Utih dihulur wang syiling sepuluh sen tiap-tiap

seorang.

3. Maksim Penghargaan

Di dalam maksim penghargaan menjelaskan bahawa seseorang akan dianggap santun apabila

dalam pertuturannya selalu berusaha memberikan penghargaan kepada pihak lain. Dengan

maksim ini, pertuturan yang disampaikan tidak saling mengejek, mencaci, merendahkan

pihak yang lain. Penutur yang sering mengejek penutur lain semasa bertutur akan dianggap

sebagai orang yang tidak sopan. Tindakan mengejek merupakan tindakan yang tidak

menghargai orang lain. Pelaksanaan maksim penghargaan dapat dilihat pada contoh berikut:

Contoh ayat Maksim Penghargaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 63, perenggan 44.

Pak Utih bercadang hendak memanggil semua sanak saudaranya berkumpul untuk

mendengar cerita tentang kota besar yang dibina oleh Tunku Abdul Rahman itu.
2. Muka surat 61, perenggan 35.

“ Ini Cuma untuk encik saja. Kalau orang lain tak kurang satu ratus. Ini jam orang

putih buat. Tahan sampai anak cucu.”

4. Maksim Kesederhanaan

Maksim kesederhanaan atau maksim rendah hati, penutur diharap dapat bersikap rendah hati

dengan cara mengurangi pujian terhadap diri sendiri. Orang akan dikatakan sombong dan

bongkak hati jika semasa bertutur selalu memuji dan meninggikan dirinya sendiri.

Pelaksanaan maksim kesederhanaan atau maksim rendah hati dapat dilihat pada contoh

berikut:

Contoh ayat Maksim Kesederhanaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 55, perenggan kedua.

Pak Utih tidak sanggup membiar orang-orang kota mengejek-ngejek keluarganya

semata-mata kerana berpakaian rompong-rompong. Untuk Mak Utih saja sekurang-

kurangnya sehelai baju warna merah hijau merah. Untuk lima orang anak lelakinya,

Pak Utih terpaksa menyediakan lima buah songkok empat inci tinggi.

2. Muka surat 57, perenggan 13.

“ Orang-orang kota cuma pandai pukul gebang saja. Masuk kampung nasihat supaya

berjimat cermat. Tapi kalau hendak berjimat apa pun, hati mahu juga seronok.

3. Muka surat 62, perenggan 39.


Sampai di kedai Mamak Maiden dekat Empire Theatre, mereka singgah makan.

Mamak tersenyum mula-mulanya tapi bukan nasi yang diminta oleh Pak Utih. Cuma

air sejuk tujuh gelas sahaja. Mak Utih sudah siap bekalan dari rumah lagi.

5. Maksim Persetujuan

Di dalam maksim ini, penutur saling membina persetujuan semasa bertutur. Apabila terdapat

persetujuan antara diri penutur dengan penutur lain semasa bertutur, masing-masing daripada

mereka akan menunjukkan sikap santun. Pelaksanaan maksim persetujuan dapat dilihat pada

contoh berikut:

Contoh ayat Maksim Persetujuan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 56, perenggan 6.

Mula-mula mereka muafakat juga hendak berangkat ke kota, tapi bisul si Hamid tidak

juga mahu pecah.

2. Muka surat 58, prenggan 17.

“Berangkatlah pak. Jangan dengar cakap orang sekarang ini. Habis duit pun tidak apa.

Kita yang punya. Hati kita yang seronok.” Pak Utih Mengangguk tanda setuju. Mak

Utih pun mengangguk. Barangkali tanda setuju juga.

3. Muka surat 60, perenggan 67.


“ Kita tidur sajalah di kaki lima.” Mak Utih memecah, “ Lima belas ringgit tu boleh

beli seribu macam. “ Tidur atas simen di kaki lima itu sejuk, ” balas Pak Utih. “Nanti

semua kita dihinggapi penyakit untut.”

6. Maksim Kesimpatian

Maksim ini diungkapkan dengan pertuturan asertif dan ekspresif. Di dalam maksim

kesimpatian, penutur dapat memaksimalkan sikap simpati antara pihak yang satu dengan

pihak lain. Jika lawan penutur mendapatkan kejayaan, penutur wajib memberikan ucapan

selamat. Bila lawan penutur mendapat kesusahan atau musibah, penutur layak berduka atau

mengutarakan pembelaan sebagai tanda kesimpatian. Sikap antisimpati terhadap penutur akan

dianggap tindakan tidak santun. Pelaksanaan maksim kesimpatian dapat dilihat pada contoh

berikut:

Contoh ayat Maksim Kesimpatian di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 56, perenggan 4.

Kesihatan keluarganya lebih penting daripada pakaian. Kalau salah seorang di antar

keluarganya jatuh sakit, rancangan raksasa untuk ke kota tidak akan diteruskan. Pak

Utih tidak lupa meminta doa kepada Tuhan agar terselamat dari sebarang malapetaka ;

sekurang-kurangnya dalam sebulan dua ini.

2. Muka surat 56, perenggan 6.

Malulah kalau Si Hamid berjalan kangkang-tempang di tengah kota. Dan lebih malu

lagi kalau bisul it uterus pecah dalam kedai mamak nasi.


3. Muka surat 58, perenggan 16.

Kami Cuma hendak beli benda-benda baru. Mak Utih kau ini cuma. Hendak makan

sepinggan mee goreng dan mahu kerintingkan rambutnya. Budak-budak ini cuma nak

tengok wayang gelap, ambil gambar dan kalau ada mau sangat pak ni naik bas dua

tingkat.

Anda mungkin juga menyukai