Anda di halaman 1dari 15

Busana Sarawak

Hit : 2792
Busana Sarawak
Busana Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan
kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif
etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang
sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini
dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju
Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju
satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa.
Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta
hiasan diri dari emas dan perak juga.

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang
lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita
memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari
perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.
Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain
tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali
pinggang perak. Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil
atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak
seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.
Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini
dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi
melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar
memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur
dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.
Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Bajo Baban ini digayakan wanita Melanau
berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi
kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta
pending.
Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang dipadankan dengan sirat kain
tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian
istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri
barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan
Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.
Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak
Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah
diserikan selempang sarung di bahu.
Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan
kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif
aso dan naga.
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked
oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah
dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.
Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat
berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan
panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias
selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah
dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala.

Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang menggayakan jaket sunong dan cawat bah berhias
manik dan tali berwarna-warni penyeri tangan dan kaki. Perhiasan kepala lavung kirieng dari
manik berhias bulu kenyalang.

Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala daripada
bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung
dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu.
Pakaian Bayuh Borih atau bomoh wanita digayakan semasa Kumang Gawai. Jipo dan bidang
dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik. Memakai sipiah sebagai hiasan kepala dan
tali pinggang gobeng dari untaian syiling-syiling.

Wanita Melayu Sarawak menggayakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur,
selayah kerengkam dan selempang songket.

Anda mungkin juga menyukai