Anda di halaman 1dari 6

Kedudukan Melayu Didalam Melayu Islam Beraja

Di dalam meniti arus kemodenan dunia, Negara Brunei Darussalam


masih tetap mengamalkan satu falsafah yang menjadi tunggak pegangan
negara, iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Falsafah ini secara rasminya telah
diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404
Hijrah bersamaan dengan 1 Januari 1984 Masehi, seperti yang terkandung
dalam Titah Perisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam:
Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah
kurnia

Allah Subhanahu wa Taala akan untuk selama-lamanya

kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka,


berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran
ugama Islam menurut Ahli Sunnah wal Jamaah
Apabila
diisytiharkan

falsafah
ia

Melayu

dijadikan

Islam

sebagai

Beraja

matlamat,

ini

diperkenalkan

amalan,

dasar,

dan

prinsip,

pegangan, landasan dalam berfikir, bertindak, menilai dan merancang


keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama. Titah pemahsyuran
kemerdekaan menggambarkan dengan jelas akan hasrat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei
Darussalam untuk menjadi sebuah Negara Melayu, Islam dan Beraja. Oleh
itu, dengan

dokongan dan sokongan padu seluruh rakyat dan penduduk,

Negara akan dapat mengekalkan kekuasaan pemerintahan dan politik


bangsa Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Negara. Dengan itu, terbuktilah bahawa Melayu Islam Beraja teras kearah
mencapai matlamat Negara Brunei Darussalam.
Melayu didalam konsep Melayu Islam Beraja boleh diterapkan dalam
tiga perkara berbeza. Pertama sebagai bangsa melayu yang masih
1

mengamalkan adat-adat serta nilai-nilai tradisi atau kebudayaan melayu


yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan menguntungkan. Kedua didalam
istilah Melayu Brunei pula bermaksud tujuh puak seperti dalam
perlembagaan Negara Brunei 1959 iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun,
Kedayan, Murut dan Tutong. Dan termasuklah orang Melayu yang sudah
berjanji setia (menjadi rakyat Sultan) di negara ini. Orang lain hanya akan
diterima menjadi rakyat secara berdaftar dan penuangan yang ditentukan
oleh syarat-syarat tertentu antaranya tempoh bermastautin selama 25 tahun
di Brunei dan diuji secara lisan atau tulisan oleh Lembaga Bahasa yang
berpuas hati bahawa orang luar itu mempunyai darjah pengetahuan bahasa
Melayu nya dianggap baik dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan
fasih serta berkelakuan baik. Dan ketiga, Bahasa Melayu adalah bahasa
rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan 1959.Orang Melayu telah
lama bernegarakan Brunei Darussalam, malah merekalah yang menjadi
pengasas,penegak dan pejuang yang telah menentukan keagungan dan
keselamatan negara. Sistem pemerintahan Melayu iaitu Beraja telah
diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. Nilai dan norma kebudayaan
melayu sebagai sandaran. Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk
dan nilai kebudayaan Melayu malah kebanyakan orang Melayu telah
mengubah kepercayaan mereka dan memeluk Islam.
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja mengiktiraf kedudukan bangsa
Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga identity penting
dan utama majority bangsa Melayu telah diangkat pada kedudukan yang
tinggi dalam system politik dan social negara ini iaitu:
1 Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
2 Islam menjadi ugama rasmi negara.
3 Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara.
Tamsilnya, Titah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut

ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-44 pada hari Sabtu 21 Julai
1990 yang berbunyi:
Maka dalam hubungan inilah, Beta baru-baru ini telah
memperkenankan penubuhan sebuah badan peringkat nasional,
Konsep Melayu Islam Beraja. Konsep ini sebenarnya bukanlah
baru,tetapi sudah lahir semenjak beberapa abad lagi. Ianya tidak
lebih dari menunjukkan bentuk dan curak sebuah Kerajaan Brunei
Darussalam yang tulin: Kerajaan Melayu Islam yang Bersultan atau
Beraja. Dan sebagai sifatnya sebuah Kerajaan Islam, maka ia adalah
yang terbaik dan yang terunggul serta paling adil untuk semua
lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, sama ada mereka itu
berugama Islam atau pun tidak.
Dari tiga rangkai kata: Melayu Islam Beraja,terdapat unsur atau nilainilai yang positif untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu,ialah
bahasanya. Siapapun tidak boleh menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu
adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa
ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi
mempunyai identiti.
Seterusnya, dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien,Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Maulud Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada hari Isnin 1 Oktober 1990
bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1411 yang berbunyi:
Sebagaimana Beta difahamkan, bahawa tema sambutan kita pada
tahun ini ialah sentiasa Mendukung Konsep Melayu Islam Beraja.
Beta berharap,tema ini bukan saja untuk ditulis dan
diucapkan,tetapi yang lebih penting ialah untuk dihayati dan
disempurnakan.
3

Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala


tingkah laku dan perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat
menghormati, kasih saying terhadap kanak-kanak,belas kasihan kepada
orang-orang

lemah

dan

orang-orang

tua.

Kemudian

dari

sifat-sifat

kemelayuan Brunei itu tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya,pada


cara bergaulnya,cara berfikir dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan
memakai cara orang, bergaul cara orang, berfikir dan bertindak cara orang.
Kerana keempat-empat unsur ini,apabila sudah melebihi cara orang itu,nanti
Brunei bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak mahu.
Dengan itu, terbuktilah bahawa dengan adanya Melayu dalam konsep
Melayu Islam Beraja sangat

berguna kepada Negara Brunei Darussalam

kerana sesungguhnya tidak lengkaplah Melayu Islam Beraja jika tidak ada
Melayu.Sebaliknya ianya akan di namakan Islam Beraja saja. Tanpa Melayu
tidak lengkap lah konsep Negara Brunei Darussalam yang berkonsepkan
Negara Melayu Islam dan Beraja.
Demi memelihara sifat dan sikap ketulenan Melayu, perlu diambil
langkah yang tepat dan segera, umpamanya langkah mempertinggi
maklumat, memperluas ilmu supaya dengan maklumat dan ilmu yang baik
itulah baru kita dapat memilih mana yang baik dan membuang mana yang
buruk dan melepaskan diri daripada perangkap yang terpasang. Kita perlu
mengembangkan budaya tinggi ilmu dan membuang budaya jahil. Ini
kerana budaya tinggi ilmu akan membuka jalan kebenaran dan cahaya
kearah kemajuan, sedangkan budaya jahil akan membuahkan segala
macam fitnah dan kemunduran semata-mata. Inilah sifat yang patut ada
pada bangsa Melayu alam zaman sekarang, dengan tujuan supaya mereka
menjadi tuan yang sebenarnya dan berkualiti, ada harga diri dan pemandai.
Melayu mempunyai dua pengertian iaitu identiti kebangsaan pada
kumpulan masyarakat yang dominan dan identiti bahasa. Puak jati bangsa
Melayu yang dimaksudkan itu ialah tujuh puak jati Brunei yang disebut
4

dalam undang-undang iaitu Melayu Brunei, Melayu Belait, Melayu Bisaya,


Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu Murut dan Melayu Tutong. Takrif
Melayu dalam falsafah Melayu Islam Beraja bukanlah bermaksud untuk
memalayukan

orang

yang

bukan

berbangsa

Melayu;

tetapi

mereka

dikehendaki mengetahui dan menghormati budaya Melayu Brunei dan bagi


mereka yang sudah menjadi rakyat Brunei mereka hendaklah menghayati
dan menyesuaikan diri dengan budaya tersebut.
Manakala, bahasa Melayu merupakan identiti yang lebih mengikat dan
konkrit yang menggambarkan budaya orang Melayu Brunei. Penyampaian
dalam bahasa Melayu dirasakan lebih mendekatkan perasaan dan minda
orang Melayu daripada penyampaian dalam bahasa asing. Walaupun system
pendidikan di Negara Brunei Darussalam menggunakan system dwibahasa,
iaitu Melayu dan Inggeris, namun pemakaian bahasa Inggeris itu hendaklah
hanya sebagai bahasa bagi maksud ilmu pengetahuan dan hubungan
antarabangsa. Pengetahuan bahasa Melayu yang baik (serta kebudayaan
Brunei) adalah juga menjadi syarat utama untuk mendapatkan taraf
kerakyatan Negara Brunei Darussalam.
Dalam memperkuatkan lagi erti kemelayuan Melayu Islam Beraja itu,
ketuanan Melayu mestilah merupakan satu susunan tenaga yang aktif bukan
kerana banyak bilangannya sahaja akan tetapi juga nilainya seperti nilai
bangsa, bahasa, ilmu, ekonomi, harga diri dan sikap serta pandangan masa
hadapan. Tanpa nilai ini, status kemelayuan walaupun melalui kuat kuasa
undang-undang akan tidak beerti dan akan tetap merugikan. Bangsa
Melayu Brunei perlu berusaha untuk meningkatkan nilai luhur budaya
Melayu, mengelokkan lagi adat, memperkaya dan mempertinggikan taraf
resam Melayu, termasuk adat istiadat diraja, dengan tidak mengubah
keasliannya serta menghidupkan kembali tulisan jawi dan pengukirannya.
Dalam erti kata lain, Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara
Melayu yang dipandu oleh ajaran Islam dan dipimpin oleh Sultan yang
mengamalkan
5

niai

luhur

kebudayaan

Melayu

yang

dominan

dalam

kebudayaan kebangsaan mempunyai unsur kebaikan dan kelebihan, yang


menjadikan nilai luhur kebudayaan Melayu itu sebagai asas pada pembinaan
sebuah anggota keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara termasuk nilai
mengenai pemikiran, pertuturan, pentadbiran dan sebagainya hendaklah
terus dipertahankan sehingga terbentuk satu bangsa Brunei yang dinamik,
kemasyarakatan yang kukuh, bermuzakarah, bijaksana dalam membuat
keputusan, menjiwai dan peka kepada kemajuan dan pembangunan dengan
berlandaskan ajaran Islam.
Seterusnya, bagi kelanjutan hidup bangsa orang Melayu Brunei yang
dihormati dan bermaruah ada bebrapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu
kemelayuan

Brunei

hendaklah

menjadi

budaya

yang

diamalkan,

ia

tergambar dalam akhlak, pakaian, cara bergaul, cara berfikir dan cara
bertindak. Selain itu, mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi orang Melayu
Brunei. Seperti dalam petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti
berikut :
Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala
tingkah laku dan perangai kita, penuh dengan sopan santun,
hormat-menghormati, kasih sayang terhadap kanak-kanak, belas
kasihan terhadap orang-orang lemah dan orang-orang tua.
Kemudian daripada sifat-sifat kemelayuan Brunei it, tergambar atau
terpapar pula pada pakaiannya, pada cara bergaulnya, cara berfikir
dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan memakai cara orang
bergaul, cara berfikir dan bertindak cara orang. Kerana keempatempat unsur ini, apabila sudah melebihi cara orang itu, nanti Brunei
bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak mahu.

Anda mungkin juga menyukai