Anda di halaman 1dari 20

PERANAN MIB DALAM MENGHADAPI CABARAN DIALAF BARU

1. SEJARAH MELAYU ISLAM BERAJA

Bila kita bercakap tentang Melayu Islam Beraja ringkasnya MIB soalan yang pasti akan
ditimbulkan ialah bila sebenarnya MIB wujud? Kewujudan MIB secara legalitinya lahir sejak
pengisytiharan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang
Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 dimana baginda bertitah,

"Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu
Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang
merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli
Sunnah Waljamaah …"

Ini menurut sejarah Brunei adalah pengisytiharan rasmi yang memberigakan ke seluruh
dunia dan diterima sebagai sebuah bahan dokumen rasmi. Walau bagaimanapun, pada
hakikatnya orang-orang Brunei secara nalurinya sudah lama mengamalkan dan menghayati
unsur-unsur MIB sebagai sumber kehidupan seharian iaitu sejak berabad-abad lamanya, hanya
tidak diisyhtiharkan atau dirasmikan. Secara ringkasnya sejak kedatangan agama Islam di Brunei
Darussalam, orang melayu Brunei telah lama mengamalkan kehidupan yang berpandukan
kepada ajaran agama islam dan menerima system pemerintahan beraja sebagai system
tatanegara. Kesimpulannya MIB itu adalah satu warisan kehidupan orang Brunei yang tidak
dapat ditolak sebagai suatu unsur asing atau baru. Atau lebih buruk lagi kalau kita mengatakan
MIB tidak sesuai dengan cara kehidupan kita baik masa kini mahupun masa depan.

2. TAKRIF MELAYU ISLAM BERAJA

Sejak pengisyhtiharan kemerdekaan 1984 , MIB telah diberikan dengan berbagai-bagai


tafsiran dan erti hingga membawa kepada suatu keadaan yang mengelirukan dan meragukan.
Harapan ramai ialah supaya Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja (MTKMIB) akan
1
dapat mengubal suatu takrif yang lebih konkrit sebagai landasan untuk perbincangan dan
rumusan yang bermatlamat dan berobjektif. Maka setelah diadakan beberapa beberapa
perbincangan dan penelitian, dengan mengambil kira kepentingan-kepentingan yang dapat
mewujudkan perpaduan dan keharmonian orang Brunei dalam menuju kepada pengamalan
beragama dan sistem beraja yang lebih baik dan sempurna, maka Majlis Tertinggi Kebangsaan
Melayu Islam Beraja telah bersetuju bahawa MIB itu adalah tiga unsur komponen penting atau
integral yang memperakukan:

 MELAYU : Sebagai hak bangsa melayu yang terdiri dari tujuh puak jati
bangsa melayu dengan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu dan dominan
menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa
dan bernegara. (iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayaan, Murut dan Tutong [ Bab
4(I)a dalam undang-undang taraf kebangsaan Brunei, 1961])

 ISLAM : Sebagai agama rasmi Negara menurut akidah ahli sunnah wal
jamaah, bermazhab syafie’ yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap,
sempurna dan unggul.

 BERAJA : Sebagai pemerintahan beraja di mana sultan sebagai pemimpin


dan penaung kepada rakyat baginda adalah memegang amanah ALLAH bagi
menjalankan kuasa tertinggi memerintah Negara.

3. PENGHURAIAN UNSUR MELAYU DALAM MIB

‘Melayu’ diberi takrif sebagai berikut:

 Negara Brunei Darussalam adalah Negara melayu

 Mengekalkan sistem pemerintahan melayu yang dipimpin oleh sultan sebagai sistem
pemerintahan Negara

 Pengukuhan nilai luhur melayu dan kebudayaan melayu sebagai nilai luhur yang
dominan dalam bahasa kebangsaan.

2
‘Melayu’ dalam MIB memberi takrif bahawa Negara Brunei Darussalam adalah Negara
melayu dalam system pemerintahan cara melayu yang dipandu islam yang dipimpin olehsultan
dalam satu masyarakat yang bersatu padu mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu dan
identiti kebruneian yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan kelebihan. Ini memberikan
implikasi bahwa Negara Brunei Darussalam menginginkan kesinambungan kekuasaan politik
melayu dalam Negara.

‘Melayu’ dalam MIB juga bermakna pengukuhan nilai-nilai luhur, adat resam dan
kebudayaan melayu sebagai nilai luhur budaya yang dominan dalam kebudayaan kebangsaan.
Adalah perlu bagi masyarakat mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu sebagai identiti
kebruneian yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan kelebihan. Dengan perkataan lain,
pengukuhan melayu sebagai nilai luhur dan budaya yang dominan dalam kebudayaan
kebangsaan memberikan implikasi :

1. Pengamalan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu yang berunsurkan kebaikan, kebajikan,


kemulian, bekerja keras, bermuzakarah dan bijaksana dalam membuat keputusan.

2. Pengukuhan bahasa melayu sebagai bahasa nasional.

3. Mempraktikan adat resam dan budi pekerti melayu dan adat istiadat yang tidak
bercanggah dalam islam sebagai etika kebangsaan. Dan

4. Mengekalkan adat istiadat diraja sebagai system protokal kerajaan. (YBPOKLWDSS Hj Awg
Abd Aziz,1993,ms: 13)

4. PENGHURAIAN UNSUR ISLAM DALAM MIB

‘Islam’ dalam konteks MIB mempunyai makna sebagaimana berikut:

1. Pengukuhan islam sebagai cara hidup yang lengkapdan sempurna (Ad-Din) sebagai
ugama yang hanya diakui oleh Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firmannya:

         


          
       
3
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-
orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisabNya” (Surah Ali Imran Ayat 19)

Yang mengatur sistem hidup dan penghidupan sama ada sebagai individu ataupun
dalam pelbagai hubungan antara manusia dan manusia, manusia dan pencipta atau
manusia dengan alam sekitar. Ini bermakna bahawa segala aspek kehidupan dan
pentadbiran negara adalah sentiasa tertakluk kepada hukum dan etika islam.

2. Penegasan bahawa raja adalah ulil-amri dan payung ALLAH di bumi Brunei,yang
menjalankan syariat Islam dan melayu mendukung kewujudan raja dan kedaulatan
baginda. Lebih jauh lagi taat kepada raja sebagai ulil-amri adalah wajip bagi rakyat
dan penduduk yang bermastautin di negara ini.

3. Penegasan bahawa islam adalah sistem yang memandu rakyat dan pemerintahan
dinegara ini. Islam sebagai Ad-Din adalah teras pemerintahan dan pentadbiran yang
akan menonjolkan unsur-unsur kebajikan dan bermanfaat bagi semua lapisan rakyat
sama ada orang islam atau bukan islam yang berlangsung dalam suasana aman,
sejahtera dan saling hormat menghormati.

4. Penonjolan unsur-unsur islam yang berkebajikan. Mengalakkan umatnya untuk


menuntut ilmu pengetahuan dan dapat berdikari. Islam mendorong umatnya untuk
bekerja keras, penuh ikhlas, berdikari dan tidak menyukai umat yang meminta-minta
dan membentuk etika kerja yang amanah , berdisiplin, berkemahiran, dedikasi,
bekerja keras dan yakin akan hasil titik peluh sendiri.

5. Penegasan bahawa Negara Brunei Darussalam bukanlah Negara sekular sama ada
dari bidang politik dan kenegaraan, ilmu pengetahuan dan kehidupan sosial.

4
‘Islam’ dalam MIB juga member takrif bahawa Islam adalah ugama rasmi Negara.
Pengakuan islam sebagai ugama rasmi Negara beerti mengesahkan islam sebagai sistem yang
memandu kehidupan rakyat dan pemerintahan di Negara ini. Hal ini memberikan implikasi
sebagai berikut:

1. Sultan adalah ketua negara islam

2. Pemimpin-pemimpin, ketua-ketua dan pegawai-pegawai utama yang membuat


keputusan yang melibatkan maslahah orang islam, mestilah terdiri dari ahlut taqwa dari
kalangan orang-orang islam

3. Kewajipan mentadbir menurut etika dan lunas-lunas islam

4. Kewajipan melaksanakan syariat-syariat islam bagi rakyat yang beragama islam dan
memberi teladan tentang ketinggian agama islam

5. Islam memberi jaminan terhadap kehidupan yang amandamai bagi masyarakat bukan
islam dinegara ini

6. Masyarakat bukan beragama islam dikehendaki mempelajari agama islam bagi tujuan
memahami dan dan menghormati islam sebagai agama dan cara hidup orang Brunei

7. Kewajipan taat kepada sultan sebagai Ulil-amri dan payung ALLAH di bumi Brunei.

8. Islam yang dipraktikkan di Negara Brunei Darussalam adalah mengikut fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie’

9. Cara hidup dan pentadbiran yang mengikut lunas-lunas islam yang cekap, bersih dan
amanah tetap akan menjamin perpaduan kebangsaan oleh kerana unsur toleransi dalam
islam tetap menjamin keserasian hubungan dan menghormati pemeluk agama lain
(YBPOKLWDSS Hj Awg Abd Aziz,1993,ms: 16)

5. PENGHURAIAN UNSUR BERAJA DALAM MIB

5
‘Beraja’ dalam konteks MIB bermakna sistem kerajaan atau pemerintahan yang beraja
yang wajip diterima dan ditaati. Raja adalah payung bagi Negara dan perpaduan bangsa,sesuai
dengan ungkapan bahawa raja adalah ibarat payung ALLAH di muka bumi. Raja dalam konteks
Melayu Islam Beraja Adalah sultan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan
kemakmuran Negara serta mempunyai pandangan yang jauh kedepan. Raja dalam konteks
kebruneian bukanlah raja ceremonial, simbolik, sintitik atau raja ‘interior decoration’, Raja
adalah pemegang amanah untuk mengendali dan menjalankan kerajaan dan pemerintahan dengan
cara yang adil dan ihsan menurut landasan-landasan hukum ALLAH, kerana kuasa memerintah
itu adalah kurnia amanah dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagaimana firmannya:

          
             
  

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan!


Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang
menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (Surah Ali Imran Ayat 26)

Pemerintahan beraja dalam falsafah Melayu Islam Beraja adalah menegaskan sistem
pemerintahan melayu dengan kuasa pemerintahan tertinggi terletak ditangan sultan yang
berdaulat dan memegang amanah kuasa penuh. Kedudukan raja iyu sangat tinggi dan lebih jelas
digambarkan melalui ‘puja sultan’ semasa perpuspaan baginda:

 Sudah dengan kehendak ALLAH tuanku menjadi raja dalam Negara Brunei Darussalam

 Sudah dengan kehendak ALLAH tuanku menjadi junjungan Negara Brunei Darussalam

 Sudah dengan kehendak ALLAH tuanku menjadi pemimpin kepada rakyat Negra Brunei
Darussalam

 Seudah kehendak ALLAH tuanku menjadi yang di-pertuan bagi Negara Brunei
Darussalam
6
Dengan demikian, dalam konteks Melayu Islam Beraja, kedudukan raja adalah : (YBPOKLWDSS Hj
Awg Abd Aziz, 1993,ms: 18)

1. Raja adalah payung ALLAH di atas bumi Brunei

2. Raja adalah ketua agama islam

3. Raja adalah kepala Negara

4. Raja adalahketua kerajaan

5. Raja adalah ketua adat

6. Raja adalah ketua angkatan bersenjata.

6. MATLAMAT MIB SEBAGAI FALSAFAH NEGARA

Matlamat sesebuah kerajaan adalah untuk mengujudkan keamanan, kemakmuran dan


kemajuan negara untuk faedah rakyat, disamping untuk mengekalkan imej bangsa dan negara.
Bagi mencapai matlamat tersebut disamping ianya dipandu oleh falsafah negara iaitu dalam
konteks Negara Brunei Darussalam – Melayu, Islam, Beraja; tetapi ianya juga bergantung
kepada beberapa aspek-aspek utama termasuklah kestabilan politik dan pemerintahan atau
pentadbiran yang baik atau dalam bahasa Inggerisnya, lebih dikenali sebagai "good governance"
iaitu keberkesanan perlaksanaan undang-undang; dasar dan peraturan; perancangan dan
perlaksanaan keselamatan; perancangan kemajuan ekonomi; pengagihan kemudahan-kemudahan
asas seperti perumahan, pendidikan, kebajikan sosial dan kesihatan serta perlaksanaan dasar
kerohanian bagi memantapkan kesejahteraan dan keamanan rakyat serta penduduk.

Kesemua aspek-aspek utama ini adalah sebagaimana jua wawasan dan halatuju yang
terdapat dalam isi kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa pemasyhoran kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984.

7
Tujuan-tujuan MIB dijadikan sebagai falsafah Negara dapat di huraikan oleh YMPSKDPSS Ustaz
Awg Hj Yahya bin Hj Ibrahim 1994, Falsafah MIB sebagai landasan pegangan hidup bangsa melayu,
Kertas Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Brunei Nusantara seperti berikut :

1. Memberikan satu kesatuan kesefahaman mengenai asas pandangan hidup dan cara hidup
berbangsa dan bernegara.
2. Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam membentuk masyarakat sejahtera
melalui sistem pentadbiran dan pembangunan yang teratur.

3. Sebagai asas kepada semua aktiviti yang menyentuh tentang kepentingan bangsa dan
Negara seperti ugama, bahasa, budayam sistem pemerintahan dan pembangunan.

4. Sebagai norma dan cara hidup kebruneian.

5. Menjadi asas dan panduan utama dalam pembentukan peribadi, perwatakan serta identiti
Melayu dan dijadikan asas perpaduan bangsa seperti pandangan cara berfikir, bertindak,
pendidikan dan suasana sekeliling pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

7. CABARAN MIB DI ALAF BARU

Sejak falsafah MIB diisytiharkan pada tahun 1984 sewaktu pemashuran hari
kemerdekaan Negara Brunei Darussalam hingga sekarang ini ianya tidak luput dari menghadapi
cabaran-cabaran baik dari pandangan dalaman mahupun luaran. MIB akan terus menghadapi
cabaran-cabaran selama mana Negara Brunei Darussalam mengamalkan falsafah ini. Dalam
keghairahan kita merangka wawasan masa depan Negara, secara tidak kita sedari unsur-unsur
MIB sudahpun dimetrai, hanya penyebutan MIB secara khusus tidak dilibatkan. Apa-apa yang
dirancang untuk membaiki dan meningkatkan kehidupan orang melayu Brunei merupakan unsur
‘melayu’ sebagai bangsa yang dominan.Apa-apa yang dirancangkan untuk memandaikan orang
Brunei, untuk membaiki taraf kesihatan, untuk berdikari dalam ekonomi, berniaga, rancangan
mempelbagaikan ekonomi tidak semata-mata bergantung kepada minyak dan gas adalah untuk
kepentingan orang melayu Brunei dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

8
Namun dalam proses kearah pembangunan ini kita akan menghadapi masalah gejala
sosial yang negatif, keruntuhan akhlak, penyalahgunaan dadah, pemugut, masalah juvenile,
kewujudan jurang generasi sehingga ada generasi muda yang sudah tidak menghormati orant tua
mereka. Kerisauan dan keperihatinan terhadap masalah gejala sosial yang meruntuhkan akhlak
dan rumahtangga ini ialah kebanyakannya dilakukan oleh orang melayu.Antara dua usaha yang
bertentangan membangun bangsa dan Negara dengan masalah keruntuhan akhlak yang melanda
masyarakat. Fokus yang ditumpukan adalah bagaimana usaha membangun dan membaiki kedua-
duanya kerana ianya melibatkan bangsa melayu.

Dalam perkembangan dan pendakwahan agama islam pula, kita sentiasa melihat
pembangunan yang berterusan, daripada pembinaan masjid-masjid dan pertambahan jamaah,
majlis-majlis keagamaan, perayaan hari-hari kebesaran islam, sembahyang di masjid-masjid,
majlis-majlis korban, majlis-majlis pengislaman, suasana musim haji, krusus-krusus
perkahwinan bagi memantapkan persediaan berumah tangga, ceramah-ceramah ugama serta
harapan raja untukmenjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai ‘Negara Zikir’. Apakah
perlakuan yang kita lakukan didunia ini demi kebaikan diri, masyarakat bagi persedian dunia
akhirat. Walaupun pada dasarnya pembangunan masyarakat islam untuk menghayati islam
dengan kerajaan, namun rancangan pembangunan islam tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak
diulu-ulukan oleh jentera perkhidmatan kerajaan. Pembangunan dan perkembangan agama islam
akan terus dijalankan oleh kerajaan selagimana ketua Negara menjadi ketua Negara islam dan
selagimana agama islam menjadi agama resmi Negara.

Bagaimanapula dengan konsep beraja? Bagaimana pula kerajaan merancang agar rakyat
Brunei akan sentiasa taat menjunjung raja dan kerajaan baginda, hormat kepada pemimpin
sebagai ulil-amri. Atau adakah rancangan taat setia dan hormat menghormati itu disalurkan
semata-mata melalui pendidikan sama ada di sekolah atau di rumah,atau terbit dari naluri semula
jadi bahawa orang melayu akan sentiasa taat kepada raja dan kerajaan baginda?

Kurikulum sekolah yangmengajarkan MIB merupakan satu kaedah melatih pelajar


sekurang-kurangnya tahu dan faham akan konsep beraja dan kepentingan mentaati raja. Namun
antara timbal balik antara rakyat dan raja dan raja kasihkan rakyat, maka konsep timbal balik itu
hendaklah disalurkan melalui konsep’taat-adil’. Ketaatsetiaan rakyat yang diberikan mestilah
ditimbang dengan keadilan yang diturunkan oleh ‘beraja’, yang mengandungi tiga unsur iaitu
9
raja, rakyat dan kerajaan. Wujudnya ketidakadilan daripada salah satu unsur ini akan
mengakibatkan kepercayaan daripada timbal balik antara rakyat dengan beraja akan terjejas.
Unsur beraja itu akan dilihat sebagai contoh teladan sebagai pemimpin.Semua unsur ‘taat-adil’
itu mestilah didasari oleh agama islam.

Oleh itu dalam memastikan kewujudan falsafah Negara Melayu Islam Beraja untuk
menghadapi cabaran dialaf baru bergantung kepada keprihatinan dan ketahanan rakyat melayu
Brunei dan beraja untuk terus mengamalkan falsafah Negara dengan agama islam menjadi
paksinya. Sememangnya kita menyedari bahawa kita akan sentiasa menerima kriktikan dan
tentangan dari luar terhadap dasar Negara kita. Falsafah Negara kita telah disalah ertikan sebagai
falsafah yang anti bukanmelayu, anti bukan islam dan antisistem bukan beraja. Kita tidak
sepatutnya merasa rendah diri terhadap apa yang kita amalkan kerana yang mencerahkan dan
mengubah masa depan kita masa kini dan masa akan datang ialah kita rakyat Brunei sendiri ,
bukan orang luar.

8. PERANAN DAN USAHA YANG BERPANDUKAN FALSAFAH MIB DALAM


MENGHADAPI CABARAN DIALAF BARU

8.1. Tanggungjawab kepada Negara Brunei Darussalam

Tanggungjawab kepada Negara dan pemerintahannya merupakan satu tanggungjawab yang


sangat luas diantaranya seperti:

1. Taat setia kepada raja atau Sultan.


2. Menghormati dan mematuhi Perlembangan dan Undang-undang Negara

3. Mengiktiraf dan menghormati bangsa Melayu, bahasa melayu dan Ugama Islam.

4. Mendukung falsafah Melayu islam Beraja.

5. Mendukung matlamat dan aspirasi Negara.

10
6. Mewujudkan perasaan setia pada Negara

8.2. Tanggungjawab kepada Masyarakat

Diantara peranan wajib dipikul yang di maksudkan tentang tanggungjawab kepada


masyarakat ialah:

1. Mengiktiraf, menghormati dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemimpin-


pemimpin masyarakat stempat seperti ketua kampong dan penghulu-penghulu.
2. Melibatkan diri dalam kegiatan badan kebajikan dan persatuan setempat.

3. Melibatkan diri kepada majlis suka duka masyarakat seperti majlis perkahwinan,
kematian dan seumpamanya.

4. Memberikan pemedulian dan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik
seperti anak-anak yatim, cacat dan sebagainya.

5. Memberikan kerjasama pada menjaga kesejahteraan kebajikan kampong seperti


memucang-mucang dan seumpamanya.

8.3. Tanggungjawab Kepada Keluarga

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap keluarga seharusnya melahirkan ahli


keluarga dan keturunan yang sempurna yang akan menjadi aset berharga kepada bangsa dan
Negara seperti:

1. Ahli keluarga terdidik dengan keimanan, ketaqwaan, disiplin dan akhlak murni.
2. Terhindarnya dari gejala-gejala yang negatif seperti antisosial dan penyalahgunaan
dadah, pemugut, pelacuran dan bermacam kegiatan jenayah yang tiada bermoral.

11
3. Memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak bagi menjamin masa depan
mereka dan Negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

4. Memberikan kasih sayang kepada ahli-ahli keluarga bagi melahirkan anggota masyarakat
yang penyayang dan harmoni.

5. Menanam nilai-nilai adat dan budaya di dalam diri anak-anak dan juga semangat cintakan
bangsa dan negara.

9. CARA MENDORONG PERPADUAN DENGAN BERKOSEPKAN MIB

          
 

“…dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” ( Surah An-Nisa, Ayat:1)

Perpaduan merupakan suatu perkara yang amat penting dalam mengekalkan keharmonian
dan kedamaian di dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin
kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai
kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Antara cara mengekalkan
perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan
rakyatnya. Kita seharusnya menyayangi negara kita dan merasa bangga menjadi seorang rakyat
Brunei yang berdaulat, tidak kiralah sama ada ianya berlainan jenis puak apapun. Kita juga perlu
mengenali serta menghormati raja yang memimpin negara kita kerana dialah yang berusaha
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha baginda untuk memajukan
negara pun haruslah senantiasa disokong dan didokong kerana kesemua itu adalah demi
kebahagian rakyat jelata jua.

12
9.1. Menyemarakkan Kebanggaan Negara

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara
juga harus dikenali dan dihormarti oleh setiap warganegara Brunei. Bendera negara kita haruslah
dikibarkan dengan penuh bersemangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus
membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa
bendera panji-panji negara sedang berkibar di tiang bendera di pelusuk bangunan-bangunan
kerajaan mahupun di sektor swasta. Apatah lagi ianya dikibarkan di setiap rumah dan ada juga
yang mengambil inisiatif memasang bendera Negara itu di kenderaan kereta masing-masing
menandakan kebanggaan dan kesetiaan mereka pada Raja dan Negara. Kita juga harus berdiri
tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan iaitu ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan menghayati
liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Ianya bukan sekadar lagu kebangsaan
sahaja bahkan merupakan satu lirik yang berunsurkan doa memohon keberkatan, keamanan dan
kemakmuran kepada Allah s.w.t. :

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

Ya Allah, Lanjutkanlah usia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia,

Adil berdaulat menaungi nusa, Memimpin rakyat kekal bahagia,

Hidup sentosa, Negara dan Sultan, Ilahi selamatkan, Brunei Darussalam

Ciptaan - Hj Awang Besar bin Awang Sagap

Senikata - Yura Halim

Susunan Muzik Mejar - (B) Awang Haji Manaf bin Haji Kamis

Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemakmuran negara. Sejarah
negara kita juga turut amat membanggakan kerana dari semenjak pemerintahan dulu hingga

13
sekarang semua pemerintahannya adalah di bawah kepimpinan Sultan-sultan Brunei yang
bijaksana.

9.2. Masyarakat Setia dan Penyayang

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga
harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap
negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan
mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu
dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Brunei merupakan sebuah
negara yang aman dan harmoni, dan sangat-sangat terkenal diseluruh dunia dengan pemerintahan
beraja yang bersistemkan keislaman yang aktif. Oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai
warganegara Brunei

        


           
.          

“ Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.
kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa, Ayat:59)

9.3. Melaksanakan Perintah Allah Dalam Penyatuan Ummah

Semangat kekitaan dan semangat mengambil berat juga amat penting dalam mengekalkan
perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan
14
bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar,
dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau
kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan
kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-
royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

      ……. 

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai…”(Surah Al- Imran. Ayat:103)

Allah S.W.T. sering memperingati kita di dalam Al-Quran supaya umat-umat Islam di seluruh
dunia ini dapat bersatu padu dan menjauhi dari perpecahannya ummah dan pebelahan sesama
mereka itu sendiri. Tidak kira dalam apa jua bangsa sekalipun, sama ada ianya tergolong diantara
kedudukan golongan bangsawan ataupun golongan bawahan. Perkara ini sangat-sangatlah
ditekankan oleh agama Islam.

9.4. Memiliki disiplin Kemelayuan

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi
dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi
negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau
kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan

15
Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan
dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat itu sendiri.

9.5. Meningkatkan Prestasi Dalaman Rakyat

Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara.
Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi Negara, melahirkan generasi-
generasi yang berintikan keislaman yang mantap dengan menjauhi perkara-perkara yang ditegah
oleh syariat agama Islam, merealisasikan kehendak Negara yang cermelang, dan meningkatkan
taraf hidup mereka sebanding dengan kemajuan di Negara-negara lain. Mereka juga harus
bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada
setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara
tanpa menjejaskan perpaduan negara. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua
cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

9.6. Meraikan Sambutan Hari Kebangsaan

Setiap tahun tanggal 23 Febuari, semenjak tahun 1984, Negara kita akan menyambut hari
kebangsaan menandakan pemasyhuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam mengambil alih
semula tangungjawab antarabangsa dengan secara penuh sebagai sebuah Negara yang berdaulat
lagi merdeka di kalangan masyarakat antarabangsa yang merdeka secara rasminya. Setiap
sambutan yang diraikan akan memperjuangkan tema-tema menandakan keiltizaman rakyat pada
Negara.

Tema-tema Hari Kebangsaan Semenjak merdeka sehinggalah tahun 2010 ialah:


1. 1984 - Merdeka lagi berdaulat.
2. 1985 - Bersatu Padu Menghayati Konsep Negara Melayu Islam Beraja.
3. 1986 - Membangun Negara Tanggungjawab Bersama
16
4. 1987 - Bersatu Kearah Keamanan Dan Kemajuan.
5. 1988 - Berdisiplin, Cergas, Berbudaya, Negara Bahagia.
6. 1989 - Berdikari Meningkatkan Kemakmuran Negara.
7. 1990 - Perhubungan Berkesan Mengeratkan Perpaduan.
8. 1991 - Bersatu Padu Mengekalkan Ketahanan Nasional.
9. 1992 - Menanai Kedaulatan Tanahairku.
10. 1993 - Meneguhkan Kesejahteraan Tanahairku.
11. 1994 - Bangsa Cemerlang Tanahair Gemilang.
12. 1995 - Brunei Darussalam Tanahairku.
13. 1996 - Pembangunan Masyarakat Matlamat Negara.
14. 1997 - Kemajuan Ekonomi Teras Kesejahteraan.
15. 1998 - Membina Insan Yang Sempurna Dengan Pendidikan Bersepadu.
16. 1999 - Siap Siaga Ke Alaf Baru.
17. 2000 - Mengukuhkan Jati Diri Bangsa Di Alaf Baru.
18. 2001 - Maju Bangsaku Sejahtera Negaraku.
19. 2002 - Memperkasa Keupayaan Bangsa.
20. 2003 - Bangsa Berilmu Negara Maju.
21. 2004 - Patriotisme Teras Keteguhan Negara.
22. 2005 - Bersepadu Memperkasa Mandiri Bangsa.
23. 2006 - Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa.
24. 2007 - Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa.
25. 2008 - Tunas Bangsa.
26. 2009 - Kedewasaan Bernegara.
27. 2010 – Negaraku Brunei Darussalam

Jika dilihat dan di teliti kesemua tema-tema yang telah di perkenalkan, hampir keseluruhannya
memiliki objektif dan motif yang mendorong kepada bersatu padu terutamanya bagi puak-puak
jati Brunei khasnya dan warganegara brunei yang lain amnya dalam mendorong perpaduan
bangsa, disamping membangkitkan semangat jiwa cintakan Negara yang kental dalam meniti
arus-arus kemerdekaan dengan berpandukan ajaran-ajaran Islam

17
10. CADANGAN

Menjadikan ISLAM dalam MIB sebagai yang ‘pertama’. dalam usaha kita untuk
merealisasikan peranan MIB dalam membentuk kerajaan yang berdaulat dan sentiasa didalam
lindungan ALLAH kita seharusnya berusaha untuk lebih memahami lagi huraian yang terdapat
dalam tiga unsur ini terutamanya dalam unsur ISLAM, walaupun ianya terletak di tengah-tengah
akan tetapi peranannya dalam dalam MIB adalah yang paling utama. Dengan ISLAM inilah
Negara kita mendapat petunjuk dari ALLAH sehinggakan kita mendapat kemerdekaan, Negara
yang berdaulat dan mendapat naungan dan rahmat dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
hinggakan diabdikan didalam ‘panji-panji’ negara kita perkataan bahasa arab

“ ‫“ الدائمون احملسنون باهلدى‬

Yang membawa maksud “ Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk ALLAH “ . Jadinya
dapat disimpulkan dalam usaha kita untuk memertabatkan MIB agar dapat bertahan dan
meneruskan peranannya dalam menghadapi cabaran dialaf baru kita perlu benar-benar
memperkukuhkan ISLAM didalam jiwa-jiwa orang Brunei, walaupun bagi mereka yang tidak
menganut agama ISLAM. Ertinya warganegara yang bukan beragama islam mesti benar-benar
faham akan ISLAM. Keazaman Baginda amat jelas untuk menjadikan ISLAM sebagai suatu
yang perlu dipegang erat oleh setiap warga Negara Brunei agar MIB dapat bertahan dalam
menempuh cabaran dialaf baru. Keazaman Baginda ini juga dapat kita lihat melaui beberapa lagi
petikan titah Baginda,

Baginda pernah bertitah semasa merasmikan Persidangan Belia Asia Tenggara dan Pasifik pada
18 Mac 1984,

“adalah menjadi hasrat beta dan kerajaan beta untuk terus memelihara ajaran-ajaran Islam
menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang sempurna dan segala peraturan
kehidupan berasaskan ajaran-ajaran Islam”

Baginda juga pernah berikra sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1387H/1967 untuk “

“… menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan penuh dengan nikmat bagi
keseluruhan rakyat dan penduduk di negara Brunei Darussalam”

Baginda juga pernah mengajak rakyat supaya ,


18
“… menumpukan tenaga dan usaha bagi menuju melaksanakan Islam sebagai ideologi
negara”(Titah Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 2 Ogos 1969)

Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada pembukaan Majlis Ilmu 2008 sempena
hari keputeraan baginda :

"Dengan konsep Negara Zikir, kita insya Allah, akan membangun Negara dan kehidupan,
dengan perkara-perkara yang dipandang baik serta bagus oleh Allah dan juga oleh manusia. Kita
akan usahakan kecemerlangan dengan konsep ini"

Titah baginda lagi :

"Ertinya, anak-anak kita cemerlang dalam pelajaran, orang teknikal kita cemerlang, doktor kita
cemerlang, pentadbir kita cemerlang, pemegang polisi kita cemerlang, pendeknya semua kita ini
adalah cemerlang kerana keramah dan berkat zikir (ingatan kepada Allah)"

Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan ISLAM sebagai yang ‘pertama’ dinegara ini memang
nampak jelas akan tetapi usaha ini perlu digiatkan lagi bukan saja di sekolah-sekolah dengan
menjadikannya pelajaran teras, malah di jabatan-jabatan, baiknya dari sektor kerajaan mahupun
swasta.

11. KESIMPULAN

Pada hakikatnya corak kehidupan yang kita lalui pada masa kini banyak yang mempunyai
unsur-unsur MIB, maka penonjolan falsafah MIB itu banyak yang tersirat daripada yang tersurat.
Dalam menghadapi cabaran-cabaran dialaf baru ini dalam gelombang teknologi maklumat dan
kesedian kita menerima konsep globalisasi, kita tidak perlu melaungkan falsafah MIB itu kerana
corak kehidupan kita telah didasari oleh falsafah MIB. Yang perlu kita ajukan ialah bagaimana
MIB itu dapat membawa dan memberikan kebaikan bukan keburukan. Jadikan perkara yang
penting kita befikirkan bersama ialah merangka apakah lumih-lumih yang diperlukan untuk
mengisi unsur melayu, islam dan beraja bagi membawa falsafah MIB kehadapan supaya dapat
menghadapi cabaran dialaf baru. Isu ini harus diambil perhatian oleh setiap kementerian sebagai
tanggung jawab peranan mereka dalam pembangunan bangsa dan Negara Brunei Darussalam.

19
Dengan berfalsafahkan konsep Melayu Islam Beraja ini, Negara kita telah Berjaya
membuktikannya kepada dunia dengan keutuhan sistem politik beraja. Malah rakyat Brunei,
walau dalam apa jua jenis puak sekalipun termasuklah puak iban, kaum cina dan keseluruhan
warganegara Brunei mampu mengekalkan identiti kebruneian selaras dengan perkembangan
dunia moden dalam era globalisasi masa kini. Kita juga sepatutnya merasa bangga kerana telah
Berjaya mempertahankan dan mengekalkan institusi kesultanan, adat resam negara, budaya-
budaya kebruneian yang telah diwarisi lebih dari 600 tahun yang lalu.

Kita juga sepatutnya sedar dan yakin bahawa segala warisan tradisi puak-puak Brunei
yang telah diamalkan sejak beratus tahun yang lalu patut kita pertahankan walau apa sekali pun
tohmahan dan kritikan masyarakat luar terhadap perlaksanaan dasar-dasar pemerintahan di
negara ini. kita juga patut berbangga kerana dari aspek sosiobudaya dan politik, Brunei adalah
pewaris bangsa Melayu Nusantara yang masih mengamalkan pemerintahan Kesultanan Melayu
Islam.

…   ….

“Negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan Yang Maha Pengampun” (Surah soba , Ayat:15)

Adalah diharapkan falsafah MIB akan dapat dipertingkatkan dan diamalkan mengikut
peredaran masa agar MIB itu dipandang sebagai identiti orang melayu Brunei dalam sifat
kemelayuan, sifat keislaman dan sifat keberajaan. Hanya rakyat Brunei sahaja yang dapat
menjamin agar impian Negara untuk menjadi Negara yang digalati kita menjadi satu kenyataan.

20

Anda mungkin juga menyukai