Anda di halaman 1dari 8

APAKAH ITU PROGRAM SERASI?

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah
menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu
Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan
menyeluruh dalam pengurusan, kokurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di
kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan
swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan
alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menghargai alam sekitar
pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang
dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.

Objektif

-Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara


alam sekitar di sekolah

-Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang
menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

-Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang


menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

-Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?

Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan


dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap
kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan
memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.
Konsep SERASI

1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang


masa.

2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-


kurikulum.

3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga,


komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.

Kumpulan sasaran SERASI

-Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.

-Sekolah Menengah Agama Negeri.

-Maktab Sains MARA di negeri Sabah.

-Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).


AKTIVITI KESEDARAN ALAM SEKITAR

Ciri-ciri Aktivi kesedaran alam sekitar yang baik :

1.Menjalankan Program/aktiviti dengan pendidikan alam sekitar:-

2.Gotong-royong

3.Pengalakan penanaman Tumbuh-tumbuhan ( dalam atau luar sekolah )

4. Projek Satu Pelajar Satu Pokok dsb.

5. Seminar ceramah, pameran dan bengkel alam sekitar kepada warga sekolah.

6.Lawatan sambil belajar, kem alam sekitar, kembara ke tempat yang bercirikan alam
sekitar.

7.Menganjurkan aktiviti lain yang bertemakan alam sekitar. (peringkat perlaksanaan


penglibatan orang luar )
PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Ciri-ciri pengurusan alam sekitar yang baik

1. Mewujudkan unsur alam sekitar di dalam misi / visi / objektif sekolah.


2. Organisasi Jawatankuasa Penyelaras program alam sekitar yang terdiri daripada
pentadbir,ahli PIBG, guru-guru, staf sokongan dan wakil pelajar.
3. Mengadakan mesyuarat dan mempunyai mesyuarat dan mempunyai minit
mesyuarat untuk di rujuk.
4. Mempunyai strategi dan pelan tindakan:
 Cara penyebaran mesej alam sekitar sekolah.
 koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat
sumber sekolah.
 Implementasi peraturan sekolah berkaitan ndividu yangalam sekitar.
 Memberi pengiktirafan kepada individu yang terlibat secara aktif.
 Sistem memantau pelaksanaan (Jadual pelaksanaan kemajuan kerja
untuk dirujuk)
 Sistem laporan kemajuan (Rekod yang lengkap dengan kriteria berikut
untuk dirujuk):-
 Jenis aktiviti dan tarikh pelaksanaan
 Jawatankuasa penganjur
 Penlibatan - Warga sekolah / masyarakat setempat.
 Komen pencapaian
 Mesyuarat postmortem
Penghijauan Sekolah

Menyertai pertandingan yang bertemakan alam sekitar seperti :-

1. Melukis, mewarna
2. Esei, puisi, debet, drama
3. Mencipta barangan kitar semula dsb.

(Merekodkan semua Program yang dilaksanakan sebagai bahan rujukan)

Ciri-ciri penghijauan sekolah yang baik

 Amalan 5R (Rethink, Reduce, Repair, Reuse, Recyle)


 Pengasingan sampah
 Guna semua air hujan untuk menyiram pokok, membersihkan longkang, dsb.
 Membuat baja kompos dari sisa makanan dan tumbuhan
 Pengurusan sumber
 Penjimatan kertas, air dan elektrik di sekolah
 Penghijauan taman
 Ada keterangan dan fungsi pokok
 Pelebalan baja organik
 Membuat dan menggunakan baja kompos.
Pertandingan Gerai Lestari

Pertandingan Gerai Lestari ini diadakan setiap kali penyampaian Majlis Anugerah SERASI
yang berlangsung setiap dua tahun sekali. Pameran disertai kepada tiga bahagian:

1.Bahagian Agensi Kerajaan

2.Penyertaan Sekolah-sekolah

3.Badan-badan NGO.

 Hanya Penyertaan sekolah-sekolah sahaja yang akan dipertandingkan untuk


menjadi pemenang GERAI LESTARI.

 Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pertandingan Gerai Lestari adalah


Sijil dan wang tunai.

 Bagi para pengunjung Gerai Lestari akan layak menyertai soalan kuiz mudah
mengenai alam sekitar dan perkara-perkara yang terdapat di pameran tersebut.
Setiap peserta yang berjaya menjawab dengan tepat akan diberikan hadiah
berupa barangan yang telah disediakan oleh penganjur.
MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA ( MASM )

PENGENALAN

Program SERASI menjadi program utama sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia
(MASM) peringkat Negeri Sabah. Program ini diwujudkan bagi memberi pengiktirafan
dan penghargaan terhadap usaha-usaha pihak sekolah dalam memupuk nilai-nilai
cintakan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran agar masyarakat lebih peka dan
prihatin terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar pada
sepanjang masa demi generasi akan datang. Program ini dilaksanakan pada setiap tahun
sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003.

TUJUAN

Bagi menjana kesedaran dan pemikiran generasi muda agar mengamalkan nilai-nilai
sayangkan alam sekitar, maka AJK kecil publisiti dan pameran berperanan memastikan
aktiviti promosi dan publisiti untuk menyebarluaskan Program SERASI dilaksanakan
secara sistematik. Setakat ini, pelaksanaan program tersebut telah berjaya disebarkan
menerusi aktiviti promosi dan publisiti melalui media komunikasi manakala interaksi dua
hala pula dilaksanakan melalui pameran dan lawatan ke sekolah-sekolah oleh AJK
penganjur SERASI.
Sudut serasi
2018
1 Arif

Anda mungkin juga menyukai